Dah tahun lima baru nak belajar tentang Palestin tempat sendiri..

10:09 AM 12 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Salam Winter.

Apakah perasaannya bila seluruh manusia dalam lif senyap dan pasang telinga dan memandang anda dengan muka teruja sebab dengar soalan anda pada kawan-kawan anda?

Nak duduk mencangkung sambil perasan menyorokkan diri?
Nak tebuk siling lif dan terbang keluar?
Nak rempuh lif lalu berlari sambil tutup muka?

Itu yang saya terfikir sangat bila saya dengan kurang sedarya terus tanya pasal Jews dalam lif dan mendapat perhatian ramai. Aih.



Saya tanya pada kawan-kawan Arab perempuan grup saya...
" Dalam fakulti kita, ada tak Yahudi Israel belajar sini eh? "

Dan dengan sangat terujanya mereka menjawab ramai-ramai serentak pada saya

" Eh, mana ada! Takde lah... "
"Yang Jews takde... Tapi yang lifestyle macam Jews maybe ada.."
"Kenapa? Kau ada plan nak bunuh sesapa ke? "

- Dalam pada masa yang sama, tiba-tiba terasa semua orang lain dalam lif pandang kami -

Gelabah.Gelabah

Taklah! Taklah!
Saya tanya je lah...
*sambil terus menghadap kawan segrup sebab segan dekat orang lain*

Dan tanpa disangka-sangka maka terbukalah kelas sejarah dan ketamadunan(?) bangsa dalam lif tu sebab persoalan saya.



Semuanya bermula bila lepas round ward di Basma tadi kami kena rush ke Hospital KAUH untuk seminar. Jam tinggal 20 minit. Dekat luar pulak hujan. Maka untuk menjimatkan masa dan tenaga, salah seorang kawan grup kami yang Arab offer kereta untuk kami tumpangkan sama ke hospital.

Dalam perjalanan selama 20 minit tu memang sangat terisi dengan banyak benda baru tentang life mereka yang saya baru tahu. Well , okay, tahun 5 baru tahu. Sebelum-sebelum ni tak berani tanya. Entah, takut sensitif jugak saya rasa barangkali dulu.

Tak tahu kenapa kali ini selamber gajah je kami terus tanya. Mungkin jugak sebab yang ditanya itu budak lelaki yang sporting dan poyo serta saya tak kisah dia nak terasa atau apa berbanding kawan-kawan perempuan Arab lain dulu. Dan mungkin jugak grup tahun lima kali ini lebih open dan lebih rapat antara satu sama lain, jadi saya pun jadi lebih berani. (hey, tinggal 2 tahun lagi okay. Sila tahu banyak cepat)

Kalau tahun satu dulu,
saya bukan jenis yang rapat dengan orang Arab. Kenal sorang dua sahaja. Ada sedikit issue. Tension.
Bila dengar diaorang balik kampung kat Hebrew, terus debar-debar.
Alamak, orang Israel ke nih?

Masuk tahun empat,
tersesat dua orang sahaja Malaysian di kalangan 13 Arab untuk semua aktiviti harian.
Ok, saya belajar untuk menerima dan redha walau kadang-kadang macam nak hantuk kepala tahan geram dengan perangai-perangai mereka yang saya tak boleh terima.
Memberanikan diri tanya sedikit demi sedikit tentang latar mereka yang berbeza. Terutama yang dari negara Palestin.





waktu itu baru tahu...
1. Arab 48 adalah Arab Muslim yang hidup aman damai di negara Palestin dan ada passport Israel

2. Arab Palestinian pula adalah orang Palestin yang takkan mahu iktiraf Israel dan mereka ada passport Palestin

3. Sapa-sapa yang ada passport Israel memang takkan dapat masuk Malaysia even mereka adalah Muslim

4 Err apa lagi eh? Lupa.. Tapi sikit sangatlah dapatnya. Tak tahu nak tanya apa dah waktu tu.

Masuk tahun lima,
ada empat orang malaysian dalam segrup seramai 21 orang yang bakinya Arab semua.
Tiap2 minggu bahagi dua untuk setiap rotation. Makin kecik, makin rapat
Orang-orang grup tahun ini nampak sangat open dan baik (dan masyaAllah banyak akal bukan main kalau ada idea nak jadi nakal - plus sangat pandai.. @_@ )
Seperti disokong-sokong untuk jadi lebih open dan berani maka banyak benda yang saya baru tahu sekarang

Tadi dalam kereta, saya baru tahu

(berdasarkan interview pada orang Arab 48 lelaki)

1. Palestin kita bahagi tiga - Jews, Arab 48, Arab 67 (67 ni yang Arab passport Palestin tu lah)

2. Orang-orang Arab 48 kawasannya dan kawasan sekitarnya mostly Muslim. Diaorang takdelah campur sangat pun dengan Jews kecuali sesetengah keadaan. (saya lupa plak nama tempat diaorang apa. Tapi yang saya ingat adalah Nablus, Nazareth, Haifa)

3. Mereka sangat aman damai, jauh lagi maju dan civil dan Jordan katanya.

4. Tak semua Jews jahat, yang over ekstrim adalah set-set Jews Zionis kat Tel Aviv nun terutamanya. They Really-Really Hate Arabs. (cakap tentang Jews tak semua jahat, teringat satu info menarik tentang Jews dari buku Online Dengan Tuhan. Nanti Bila-bila saya share~)

5. Dalam negara tersebut yang bergelombang dasyat dengan perang adalah Gaza dan beberapa tempat lain sahaja. Lain semua ok. Aman.

6. Semua Arab 48 sangat terer bahasa Hebrew. Yelah, kalau masuk Palestin segala benda semua bahasa Hebrew - tv, buku, sign, sekolah, bahasa. So nak tak nak wajib belajar.

7. Nak beza orang Jews dengan Arab sana adalah melalui loghat. It is easy for them, but not for foreigner

8. Dalam seluruh benua Asia selain Middle East, hanya Malaysia sahaja yang tidak membenarkan orang berpassport Israel masuk dalam. Never ever! ( cool !...... )

9. Mereka ini juga tak boleh tak boleh masuk Saudi. Eh, kalau gitu macam mana nak pergi haji dengan umrah? Ohhhh yang itu kami pakai visa khas. Hanya untuk itu. Kalau diaorang tak kasi kami buat umrah atau Hajj, kami buat intifadah terus karang. *semangat giler dia*

10. Orang Jews tak boleh hidup tanpa Arab sebab banyak kerja diaorang tak boleh buat, orang Arab boleh buat (not sure contohnya apa, tak berapa fokus plak tadi)

11. Orang-orang Arab 48 memandang Jordan agak ermmmm.... kureng sikit... sebab Jordanian ada banyak peluang nak maju tapi macam tak diguna pakai. Mereka siap banding Jordan ni macam 200tahun kebelakang dari Malaysia (ok, ini no comment. macam unfortunately, maybe a little true..)

and blablablablablablablabla...............................................

Dalam semua perkara ini, ada satu yang saya kurang faham sampai sekarang.

Sebelum saya datang Jordan dan melihat mereka (Arab 48), saya membayangkan Palestin itu adalah sangat kucar-kacir keseluruhannya. Pemudanya sangat semangat nak berjihad. Jiwa Islamnya kental dan penuh membara. Israel memang takkan mereka bagi muka.



Jadi bila saya tanya, how come sekarang saya nampak korang macam cool je duduk situ ?

Dia jawab " Habis, bukannya salah kami Israel datang jajah Palestin...... (jawapan lain saya tak ingat) "

Huh? Apekah? Dia yang sangat rileks atau saya yang tak faham situasi sebenar?

*fikir panjang*

Saya rasa saya lebih suka berpendapat yang saya belum mahir sepenuhnya selok belok bumi Palestin dan kehidupan di dalamnya tak kiralah di Gaza, di kampung para Arab 48 mahupun di pekan Jews. Saya patut belajar lebih lagi sebelum saya boleh cakap lebih-lebih. Saya perlukan view yang lebih banyak dan luas.

Cuma yang saya confirm, selalunya dalam jiwa anak-anak Palestin tak kiralah dia Arab 48 atau 67 semuanya masih ada nyala untuk membebaskan negara mereka seluas-luasnya. Paling-paling tidak, semangat ini kita boleh nampak waktu ada pameran-pameran booth negara tu. Insyallah mereka tetap bersemangat waja.

Ok, itu tadi cerita dalam kereta.

Dalam lif pulak dengan rakan-rakan Arab perempuan grup saya...

" You know Ain, we have to study alllllllll of it in history everyday in our school. We know very much about it. We have to learn it. It is compulsory for us. All the 48, 67 and excetra, it is all written in the history book. There is a lot more if you want to know..."

Dan secara tiba-tiba seorang dari mereka berkata

" Erm, sebenarnya aku sendiri konfius aku dalam golongan mana.."

Hah? *semua orang termasuk saya pun pelik*

- mula kelas sejarah -

" Korang tahu kan macam Ain kata tadi sana ada Jews, ada Arab 48, ada Arab 67. Then lepas tu kan kita ada jugak pembahagian jenis golongan ikut kad. Ada kad kuning untuk X yang dipanggil L----, lepas ada plak kad kaler hitam.hijau kot yang untuk Y yang dipanggil golongan saya-tak-ingat-nama apa, lepas tu kan kalau untuk orang luar yang jadi orang palestin diaorang panggil ---------, kalau orang palestin keluar jadi -------, kalau family aku yang Arab Saudi mix Palestin............ blablalbalablablalablablablab ( aaaaa ! saya pun dah pening! @_@ ) " 


dah tu sekarang kau keluar masuk pakai kad nationality mana satu nih?

" Owh, sebab family aku ni campur aduk sangat sampai aku sendiri pening, kitaorang semua lagi prefer guna nationality Jordan. Apa-apa hal ikut nationality Jordan. Senang dan better dari yang lain... "

owh ok.

Maybe ini macam pembahagian yang zaman madinah dulu kot. Orang kafir ada tiga jenis. Harbi, Zimmi dan satu lagi saya lupa. So, version sekarang orang Palestin ada banyak jenis. And saya langsung tak tahu apa selain tiga yang baru tahu tadi - Arab 48, Arab 67, Jews.

Tapi macam interesting pulak nak tahu lagi dalam. Selama ni ada je baca-baca jugak tentang Palestin. Tapi serasa saya bahan bacaan saya macam hanya berkisar tentang Palestin area Gaza. Area lain I have no idea.


Isk, kena belek banyak lagi nih.

Ada setahun setengah untuk betul-betul master tentang Palestin.


Dah lima tahun duduk Jordan. Palestin tu setengah jam dari area kawasan kami tinggal dekat sini. Tapi seriously macam malu pulak kadang-kadang sebab bukannya tahu banyak sangat pun pasal Palestin. Asyik baca ikut internet dan buku English Melayu je. Buku Arab langsung kurang disentuh.

Tsk.tsk.tsk

Ainul, Get Up!

Kumpul sebanyak mana yang boleh. Grab sebanyak mana peluang yang Allah kasi. Jangan kufur nikmat!

Kamu dekat sini sepatutnya kamu lagi dekat dan lagi nampak.
Kamu patut mata lagi terang dari mata orang-orang lain yang jauh kat Malaysia tu.

Ada faham?

Lantaklah dah terlewat tahun lima baru nak sedar diri ke, yang penting selagi belum grad selagi tu masih ada usaha... Sekian.

*mode muhasabah*

Ok, sebelum saya tutup keyboard saya nak kasi satu poem dari orang Palestin

Jawapan khas untuk soalan cliche - tak bolehkah Palestin beralah dan jangan benci-membenci kepada Israel?


stand saya : say no to jajah-jajah. Over ok ambik rumah rumah buat gaya rumah sendiri.

Sekian sahaja
Wabillahi taufiq walhidayah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sebarang pertambahan dari kawan-kawan tentang Palestin amatlah dialu-alukan~
Saya tak berapa jumpa sangat tentang populasi Arab Israel yang bernombor-nombor nih dekat internet. Yang paling simple ada di wiki ini. Tapi ingat, wiki takleh percaya sangat. So, please check other resources too~

Ma'assalamah..




(and tolong doakan juga saya ada mood nak study. Blur semacam tak tahu nak study macam mana hari ni. Tu pasal boleh keluar entry Palestin yang panjang nih. Study weh! Study!)

12 comments

Write comments
November 16, 2011 at 3:13 PM delete

menariiikkkkkk~ suke2.

perasan tak,dunia skarang lebih suke tnjukkan kejahatan dan keburukan dari sebarkan keindahan?

=]

nti lau ade ape2 info agy sal kod2 number segala tuh,share2 ye,akak comel?hehe~ :D

Reply
avatar
November 17, 2011 at 12:23 PM delete

qusteena:
kan? kan? tapi bukan ke jordan jarang tunjukkan keburukan? asyik dalam paper keindahan semata? macam mana tu? ;p

insyallah, akak still tengah discuss ngan kawan2 arab lagi buku mana best nak baca klu ikut kaca mata diaorg. nnti akk dpt, akk inform awk.

Reply
avatar
Lily Riani
AUTHOR
November 19, 2011 at 6:03 PM delete

BEST SANGAT!!!! i baca repeat, i mmg suka history n culture. Maknanye slama ni i duk judge overall ctry but actually the individuL acts differently. Perception hancus, who r we to judge them kan. I baca comment atas, if ada buku english, i pun nak, i g sana beli!! Ya allah..... U kena cite lagi, lepas abis exam ler kan. U betulke if i g u leh host tpt tito i, atas lantai pun i ok sbb nak dgr cite n tgk places. Atau if u dont mind, ni askg too much, bila u hols, leh jln jordan sama, mkn i leh belanja i tapi jgn mahai sgt lerrr... Hahhaha.... U dah buat i excited sgt, rasa nak cancel dubai n g jordan.

Reply
avatar
Nowwa Fitri
AUTHOR
November 20, 2011 at 5:52 PM delete

Ain...akak jumpa blog Ain dari blog Fatt.Seriously entry ni so interesting as akak pun selalu sangat tak paham pasal diorang ni.Good info dear..about Arabs..I do agree..being their adopted daughter, baru 9 bulan kadang2 pun nak terjun bangunan, inikan Ain yang dah lama bercampur dan hidup ngan diorang.Hehehe..

By the way main terjah je kan, salam kenal :) Nak gi Jordannnnnn....hahaha :)

Reply
avatar
November 24, 2011 at 1:51 AM delete

kak lily:
haha.. unfortunately saya pun belum tahu lagi mana satu. nnti sy dapat, sy inform. ok? ^^

pasal nk dtg sini, ok je nk duduk rumah saya. serius. sy dah biasa la terima guest ni akak. sy pun selalu duduk rumah kawan je kalau travel. hehe. Ala2 what I get, I did back. =D Don't worry ok. I'm serious.. Plus, nak gak dgr crita2 travel akak yg dh merata tu. ^_^

About holidays, sob3... sayangnya saya takde dah holiday start disember nih. The only holiday I have lepas ni adalah dalam bulan JUNE. T_T Kalau akak nak saya teman, boleh je tapi weekends la . Weekdays mcam payah sket. huhu. Tapi student2 yg bukan klinikal kat sini, diaorang cuti winter dlm area awal bulan januari ke awal bulan februari. If you need any tour guide from among us, insyallah saya boleh je nak carikan. ^^

come2~ =p

kak nowwa:
akak jadi adopter daughter diaorang? how? wow! hehe.. saya adopt sendirian berhad je dgn tuan rumah. haha.

salam kenal jugak. meh2~ jemput datang~ ^^

Reply
avatar
engku
AUTHOR
November 29, 2011 at 11:06 PM delete

asalamualaikum dik,
alang2 dah dekat, tak rasa nak melawat Palestine? BaitulMaqdis..?
lagi jauh berjalan, lagi banyak yang kita tak tahu sebenarnya..

Reply
avatar
November 30, 2011 at 9:00 AM delete

engku:

wa'alaikumsalam, akk/abg?

memang nak je sangat2 kalau dapat pergi sana. tapi susah sebenarnya nak masuk. tambah2 pasport malaysia. kalau nak masuk pun, better pakai agent yg boleh uruskan semua kemasukan. dia agak leceh sket sebenarnya sebab kena get ready paling2 3 bulan sebelum untuk buat visa bukan atas passport tu.

Allahualam, kalau ada rezeki next time Allah kasi peluang, maybe adalah nnti. Tapi bukan sekarang kot =)

Reply
avatar
engku
AUTHOR
December 1, 2011 at 10:39 PM delete

adik,
akak baru jer balik dari sana..
dapat lihat dgn mata kepala sendiri Baitul Maqdis..
sepanjang jalan dari KL ke sempadan..kami berdoa, berzikir moga urusan kami untuk masuk dipermudahkan..Alhamdulillah, Allah permudahkan. berdebar mcm nak roboh dada masing2 waktu di imigresen, mcm2 boleh berlaku, kesilapan kecik mungkin boleh menggagalkan urusan kami.
sedih lihat rakyat Palestine yang jadi gelandangan di bumi sendiri, ada yg masih di refugee camp. melihat sendiri kesan tembakan di Masjidil Aqsa.. moga Allah lindungi mereka.

Reply
avatar
December 1, 2011 at 11:09 PM delete

wah, menariknya...!

saya ada gak kawan melayu yang belajar sini sekali yang baru pergi sana last year kot. tapi dia pergi under agensi malaysia lah. rezeki dia. seronok tengok gambar-gambar dia kat sana. =)

akak ziarah sana berapa lama? pergi area mana lagi dalam sana? mesti akak pergi kan semua kawasan2 hebat sejarah kat situ. waaa...*teringin2*

Reply
avatar
engku
AUTHOR
December 2, 2011 at 2:04 AM delete

Pakej ni ke Jordan & BaitulMaqdis, so masuk Jordan dulu, ke Petra, Musa Spring, Gua Ashabul Kahfi, Masjid Nabi Syuaib & Nabi Yusha' a.s, lepas tu cross King Hussein Bridge, singgah ke Jericho, straight ke Jerusalem. Bermalam 2 hari, sempat 3 kali ke Masjidil Aqsa sbb hotel dekat je. Ke Gereja Nativity, Makam Rabiatul Adawiyah, Mt of Olives, Makam & Masjid Nabi Ibrahim a.s di Hebron yang jadi perebutan tu. ke Bethlehem, Makam Nabi Daud a.s & Makam/Masjid Nabi Musa a.s, balik singgah ke Dead Sea.
Mmg satu pengalaman yg sangat2 berharga.. tak semua org nak ke sana, tak semua org yg berani ke sana. sedih tengok tembok2 pemisah yg di bina..
Insyallah, ada rezeki, Allah izinkan, sampai la adik ke sana.

Reply
avatar
December 2, 2011 at 3:50 AM delete

@_@

waa... best2!

insyallah amin.... ~ ^_^

Reply
avatar
Biqque
AUTHOR
January 4, 2012 at 5:02 PM delete

OMG!

ainul, post ni terbaek! i suka gile kot baca sejarah2 camni...and dapat plak info first hand dari u :D mmg terbuka luas minda i skang. keep on writing dear, i wish i can meet u la...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *