26 Sesi Suai Kenal Untuk Travel Buddies

8:58 AM 27 Comments A+ a-

Assalamualaikum..


Baru-baru ini entah macam mana boleh berkenalan dengan ramai warga-warga kaki berjalan yang ada travelog khas masing-masing di sesawang yang super luas ni. Menarik, dapat tukar-tukar cerita dan pandangan. Banyak juga benda yang saya baru perasan. Nice to know all of you, everyone~ 

Dan sebagai meraikan mereka semua yang sekepala di sana( saya gelarkan korang travel buddies boleh?) , maka sekarang saya dengan suka citanya nak join sama tag yang telah diasaskan oleh Sis Fatt untuk semua kenalan traveblog nya. 

Sangat Panjang. Sangat Detail. Sangat tentang Travel. Sebarang risiko, tanggung sendiri =)

Part I

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas

Nama panjang ada kat belah kiri blog (About Me). Singkatan selalunya orang panggil Ainul. Student medic tahun 5 di Jordan University of Science And Technology. Baru 22 tahun 22 hari lahir kat bumi Allah nih. Orang Malaysia. =D

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Angan-angan mula sejak kecik sebab teruja tengok gambar mak ayah study oversea (Canada). Mana aci kan mak ayah je pergi. Anak teringin nak pergi gak. Alhamdulillah rezeki Allah kasi dapat sambung belajar medic under MARA dekat Jordan. Makin disemarakkan lagi bila tengok orang terdekat seperti lecturer sendiri pergi memusing jelajah dunia.

So, inilah permulaannya. 31 Ogos 2007. Tarikh keramat melangkah kaki first time ke luar Malaysia sambil orang laung merdeka2~ Satu lagi sebab kenapa saya giat bertravel masa belajar adalah sebab saya takut lepas kerja jadi doktor nanti mungkin saya bakal kekurangan masa nak bertravel beriang gembira seperti ini. Who knows.. So, live your life to the fullest!

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

Mmmm half-half ?? Bersederhana kata orang. Tapi saya lebih suka panggil diri sendiri ‘Student traveller’. So faham-fahamlah perangai student macam mana.  Lagi simple lagi best. 

Tambahan, saya takde kad kredit langsung dan saya tak reti pakai kad debit. Never used both by myself. Kalau ada yang urgent, semua minta tolong kawan buat before travel. Say No to Kredit Card = Say No to Shopping! Haha.. (traveller miskin kan? =p) 

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency

Semua. Selagi boleh save budget, selagi tu saya buat.

5. Siapakah travel partner anda?

Selalu tukar-tukar ramai-ramai. Tapi yaling paling kerap selalu sekali rasanya my housemate – Maisarah. She is the best! Semua negara saya pergi semua dia join sekaki. Time pergi Spain je dia takde. Sebab waktu tu dia gi mesir. 

Part II

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

31 Ogos 2007? Eh ni bukan bercuti nih. Ni dah menetap terus. Siap dah bajet lama sampai 6 tahun lagi. >_<

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

Jordan (semua)
Turki (Istanbul + Antakya + Capadocia + Hatay + dll)
Syria (Halab + Damsyik)
United Kingdom (Leeds + London)
Perancis (Paris)
Belgium 
Holland (Amsterdam + Volendam)
Austria (Innsbruck + Neuschwanstein)
German (Frankfurt + Fussen)
Italy (Venice + Florence + Rome + Pisa)
Switzerland ( Jungfrau + Lauterbrunnen)
Spain ( Cordova + Granada  + Barcelona)
Perancis (Paris + Besoncon + Gilley)
Syria (Damsyik + Homs + Hama + Nawa + Busra )
Russia ( Moscow + St. Petersburgh)
Korea (Seoul +Jeju)
Mesir
Kuwait
Bahrain
Oman

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut

Kalau tolak Jordan, tempat yang lebih dari sekali pergi adalah Syria ( tiga empat kali kot) dan Paris (2 kali – b.o.s.a.n ;p)

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa

Saya suka nak ulang semua tempat terutama tempat-tempat penuh bersejarah seperti Turki, Mesir, Jordan dan negara sekitar. 

Tapi kalau kiraan selain dari aspek sejarah, tempat paling-paling saya rindu adalah....


Swiss!
syurga dunia yang tercapai dek deria saya. Awesome yang amat-amat !
( ni baru dunia, syurga akhirat macam mana la ye?)

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan

a- Makkah Madinah 
(Kempunan paling dasyat selama 5 tahun adalah ketidaksampaian hajat nak jejak sini sebab takde mahram. Nak grouping2 pun tak boleh. (T_T))
b- Jepun / Bosnia / Canada
c- China / Aussie / New Zealand (opss.. banyak la sebenarnya teringin. Hehe)

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti

Saya pick yang paling terkesan. Tak kelakar dan takdelah manis mana. Tapi hati saya memang kena tembak habislah dengan pengalaman ni. Susah sangat nak lupa.

Alkisahnya bermula di Leeds. Tahu kan orang putih-putih itu memang tak main aci-aci tunggu lambat walau sesaat. Korang lambat, bye-bye. Adios amigos, sorry-sorry naik lorry. Pada suatu hari itu, entah macam mana boleh terlambat keluar dari rumah tumpangan. Jalan pulak jem teruk. Patut 5 minit jadi 15 minit atas jalan. Gelabah amat-amat dah rasa mesti kena tinggal bas. Paling cuak sebab tiket bas tu nanti sampai-sampai terus ngam-ngam dengan tiket-tiket lain. Terlepas yang ini memang azab lah nanti yang lain-lain. Dah la mahal, abang sepupu plak tu yang belanja ni. Memang kalau terlepas rasa bersalah amat-amat. 

Waktu tu, abang sepupu dah suruh kami naik teksi sendiri dulu. Dia amik teksi belakang sebab takut kami lewat. Dalam hati dia memang dah confirm kitaorg mesti ketinggalan bas nanti. Duit pun rasanya dia balik amik semula kat rumah kasi cukup untuk tiket kami berdua. Mahal tahu, bas paling selamat dan paling bagus dia belikan haritu. Allahu rabbi. Please.  Tak sampai hati nak susahkan orang lain lagi. 

Tak sempat sampai depan station, kami stop tengah jalan terus melintas jalan kaki untuk shortcut. Sampai dekat station, bas tak ada. STOP. KAKU. Allah. Longlai. Tapi tak tahu kenapa waktu tu masih ada secebis doa berbaki ‘tolonglah kami Ya Allah, kami bukan orang kaya, kami bukan travel saja-saja. Kau je harapan kami sekarang. Amin3.’  Dan waktu tengah-tengah mati kutu tanya pakcik-pakcik drebar yang ada, tetiba ada sorang beritahu “bas ni belum sampai lagi, ada masalah teknikal. Lagi 5 minit kot dia sampai”. 

Allah! Allah! Allah! Alhamdulillah. Rasa macam orang buta baru boleh melihat je happy dalam jiwa! Call abang sepupu kata kami sempat selamat naik selamat tiba. Dan serious tak tipu saya terus menangis bila abang sepupu kata “ Subhanallah sepanjang abang duduk sini dan sepanjang yang abang tahu dari senior, system sini tak pernah lambat. Kalau ada masalah tetap akan tepat sebab ada backup. Ni first time abang dengar jadi. Dekat korang plak tu..”

 I don’t care lah apa people cakap. Lucky they say, but for me, this is miracle. Thank you Allah!


12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti

Sebenarnya takdelah buruk mana pengalaman nih melainkan ia bersifat manis seperti kuih batang buruk gayanya. 

Alkisah, pernah sekali tersalah naik bas di Italy. Dah la waktu tu dah habis maghrib, ternaik pulak bas yang sehala tak patah-patah balik dah.  Italy ok! Italy! Bandar yang boleh turn to be horror waktu malam. Hanya kami berlima orang asing. Dah la kami foreigner, semua kami perempuan pulak tu. 2 student Jordan, 3 kakak Malaysia yang dah kerja. Takde lelaki ikut. Omaigod! Yang  lain dekat situ semua warga Italy yang semuanya langsung tak reti Bahasa Inggeris walau sepatah. Yang gaya gangster macam nak nyanyi lagu rap pun ramai. Cuak. Nervous.

 Nak mintak tolong payah. Yang meminta tak faham, yang nak menolong pun tak faham. Pakcik Driver pun dah giveup malas terang. Last-last tersenyap ramai-ramai macam nak menangis. Doa banyak-banyak je la tunggu dia nak stop last dekat mana. Better stop dekat station last daripada berhenti tengah jalan tepi ladang takde orang. 

Yang tinggal adalah hanya se-everest Tawakal………………………………….. 

sampailah tetiba waktu bas dah kosong, jeng!jeng!jeng! naik seorang hero Arab yang hanya boleh cakap arab dan Italy. Allah! Allah! Allah! Waktu tu baru rasa ‘syukur Alhamdulillah sangat-sangat aku belajar kat Jordan’. Tipikal Arab – once you become their guest (terutama sama muslim), they’ll do anything for you! Maka bergeraklah kami balik naik train sejauh 7 station ditemani bodyguard itu sampai ke station asal camping. Balik terus sujud syukur. Sob3.

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?

Owh sangat-sangat! Selagi confirm halal dan disahkan boleh makan oleh orang-orang yang dipercayai, semua saya nak rasa~

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya





 apa-apa makanan yang ada Green Tea Ice Cream –>  sebab saya belum pernah rasa dan dia sedap dan dia berkhasiat.  Yum2.. ^_^

Part III

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

Dua-dua. Saya perlu beg troli utk bawak ke Negara tersebut sebagai beg spare yang simpan dalam bilik. Saya perlu backpack bila nak jalan-jalan keluar sendiri.

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan



Bag merah (3 in 1)– Terbeli di London tiga tahun lepas sebab tiba-tiba tak muat beg asal nak sumbat barang untuk bawak balik. Service terbaik sebab dia spacious dan ada roda. Malas angkut boleh main tolak-tarik. Ada 2 tali dia boleh tahan panjang, so kalau kronik lagi pemalas boleh buat stail backpack sandang belakang. Penyelamat setiap kali naik penerbangan murah yang sangat opposite syurga seperti Ryan Air sebab dia sentiasa boleh dikeronyok sekecik mungkin untuk muat peti ukuran cabin luggage. Dan as usual, saya tak pernah kena selongkar beg depan kaunter. Assa! I hate beg segi empat yang keras kedegang itu. Sekian.  (berapa banyak Negara? Erm, banyak sangat tapi tak terkira)

Bag koko – Beg sandang tepi yang selalu diangkat bawak jalan-jalan keluar. Tak kecik dan tak besar. Ngam2 untuk semua bahan basic travel yang wajib ada setiap kali nak keluar mengembara. (ni pun sama macam atas. Tak ingat mana yang dia tak ikut)

p/s: Tambah selain beg boleh? Benda paling evergreen dalam travel saya adalah kasut. Saya hanya pakai sepasang kasut ini untuk travel dari tahun satu sampai sekarang.. Errr Cuma ke korea baru-baru ni je terpaksa tukar sebab dah lunyai masya allah macam mulut buaya lapar. Kasut ini telah menjejak semua Negara yang saya pergi kecuali Korea. Nak buang pun sayang. Huhu.. (takde gambar ye, seganlah nak tunjuk kasut tua..)

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti

Bak kata kak Fatt “ Selain kamera, charger, passport, itinerary, buku catatan, mp3 player, kompas kiblat, Lonely Planet, sunglass, ubat-ubatan, toiletries, tuala mandi dan lain-lain…” --- selain tu err, macam takde benda wajib lain dah je rasa? Apa eh? …….Oh ha!  ada2! Quran dan Buku bacaan ! Tak lengkap kalau takde, nnti boleh meninggal kebosanan.

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe

Benda-benda yang boleh beli kat tempat sana.

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)

Korek rahsia masyarakat situ – budaya, adat, agama, kehidupan, dan semua benda
Menulis catatan sedetail- detailnya dalam bentuk seringkas mungkin setiap satu benda yang baru jumpa, baru tahu, dan baru lalu. 

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?

Suka! Suka! Tapi saya lagi suka gambar yang beramai-ramai. Bila tengok balik gambar tu macam ada aura happy. Gambar sorang-sorang macam lonely je. Huhu.

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah

tahun satu


tahun dua

tahun tiga

tahun empat

tahun lima 

-tinggal lagi setahun je... lepas tu kena balik malaysia dah..-

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

Yes. Memandangkan saya seorang student travellers yang pokai, saya hanya memandang kepada 4 benda sahaja setiap kali saya travel. Barang-barang lain saya tak berapa layan, beli hanya kalau ada duit baki. Tapi 4 yang ini wajib - untuk diri saya sendiri. 

1- SNOW BALL




Datang mana perangai pelik nih? Wallahualam. Sejak terpengaruh tv la nih. Tapi serious, kumpul snowball negara-negara adalah sangat best bila belek balik. Hehe. Saya hanya beli snowball yang ada nama negara. Snowball lain tak layan kecuali tengah kronik jiwa.Dalam semua negara yang saya pergi, hanya Syria dan Korea tak wujud snowball yang ada nama negara diaorang. Aiishhhh~

2. FRIDGE MAGNET


Ini adalah almari baju yang tingginya adalah sehasta lebih dari 163cm. Dah penuh half ruang dengan fridge magnet. Target tahun 6 nak kasi full satu almari terus boleh? Hehe.. Balik Malaysia lepas grad nanti bolehlah  nak penuhkan terus depan peti ais rumah on the spot. 

3. KEYCHAIN


Fokus pada keychain ya. 
Disebabkan bilangan keychain jauh lebih banyak dari bilangan kunci, maka hasilnya adalah perhiasan. Ini adalah cara menyusun keychain yang senang nak dikira dan comel berbanding cara simpan dalam kotak buat kumpul habuk. Belajar dari cik Umi Atiyah, nampaknya almari saya ada dah mula ada 'renda besi'.


 4. POSTCARD




Long-long ago, saya agak memandang rendah pada fungsi poskad selain untuk tulis-tulis surat. What the function? Tapi time pergi Leeds, ada sorang kakak tu ajar buat poskad jadi collage kat dinding. Sumpah lawa! Ha, baru nak terbuka minda~! Lepas tu terus jadi gian nak kumpul poskad. 

Tapi malangnya saya tak terlekat-lekat pun dekat dinding sebab nanti bila winter, dia macam jadi kemik kena air. Gambar atas tu antara puluhan poskad saya punya. Gambat poskad melekat kat pintu ni hasil kerja Maisarah, my travelmate. Bilik dia je boleh buat macam tu. Bilik saya takde pintu spare. Isk.

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?

Keluarga tu, confirmlah lebih wajib lebih utama dan lebih pecial.
Tapi kalau untuk kawan-kawan, dulu pernah belikan untuk satu batch, tapi lama-lama macam kopak dan boleh nampak macam kita sorang je terhegeh-hegeh buat macam tu walhal orang lain tak teringat langsung kita, makanya sekarang saya focus untuk orang-orang yang rapat sahaja. 

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?

1. PAMPLET + RESIT + SEWAKTU DENGANNYA


Ini gambar ihsan google. Semua tempat saya pergi saya akan kumpul segala benda-benda ini. Lantaklah beg terlajak berat, akan saya bahagi-bahagikan walau sampai sendat hand luggage dan backpack asalkan semua brochure ni selamat di bawak balik. Dekat Malaysia dah siap sekotak. Mau dekat 10 kilo kot semua saya dah kumpul sejak tahun 1. Beras pun ringan lagi. =p


2. TIKET FLIGHT


Ini pun bahan pengumpulan sejak tahun 1. Hanya tiket kertas je saya buang tong sampah. Tiket-tiket yang berbentuk tiket semua saya simpan. Sentimental value nih. Dah tahun lima nih alhamdulillah dah boleh susun buat barisan sambil mengenang kisah lalu. Aceh.. ^_^


Part IV

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

a- Jordan – Wakil Negara Arab. Semua Islam. Makanan confirm semua boleh makan. Tapi first time datang, terbeliak mata. Ku sangka semuanya berjubah litup sekali aduhhh boleh tahan seksi macam Eropah plak dah. Sudah lah kaler bumi bangunan semua koko, pastu kebersihan plak alahaiiii sedih benar rasa.  Kasar-kasar dan main suka-hati-ikut-suka-mereka plak tu perangai orangnya. Tapi bila betul-betul masuk menyelam kehidupan dekat sini, I can say that I really love Jordan. Buminya kontang tumbuhan, tapi subur dengan sejarah Islam. Orangnya nampak ganeh tapi dengan tetamu masya Allah Arabian is the best host! (bad guy masih ada. Tapi exception je lah few of them) Satu-satunya tempat yang saya tak sangka berjaya duduk sampai dekat 5 tahun sekarang. Ini tempat saya membesar sebagai manusia. And I’m proud to say ‘mata saya banyak terbuka di sini’

b- Russia – Wakil Negara Eropah. Gah. Sangat semangat patriotic dan cintakan komunis masih ada (hebat jugak sejarah dia). Tapi masyarakatnya dia ermm bagi saya terlampau individualistic. Kaya luaran dan amat-amat miskin dari sudut dalaman. But still Alhamdulillah masih belum terlampau punah macam Amsterdam. Being a Muslim student in Russia is not an easy job. Sepertimana kroniknya cuaca mereka yang ekstreme, seperti itu juga kroniknya life mereka yang mencabar di situ. Only the best man will win!

c- Korea – Wakil Negara Timur. Agak pertengahan dari segala dalam segi. Tak terlampau legend macam China dan tak terlampau hebat macam Jepun. Cumanya sekarang over famous dengan sebab drama. As the only Oriental Country yang saya pernah jejak, saya hanya mampu bandingkan Eropah Vs Timur. Sangat-sangat terbalik seperti kutub utara dan kutub selatan. Ada sipi-sipi macam teringin nak tiru Barat tapi akar budaya mereka nampaknya masih agak kuat. Tipikal timur – tak terlampau ganas, tak terlampau open, tak terlampau yang melampau-lampau. Err faham ke?

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

Saya berangan mahu pusing jelajah satu dunia dan tengok kehidupan semua manusia yang ada kat muka bumi Allah ni. Sebab lepas tu baru saya boleh sedar diri siapa saya dan betapa banyaknya nikmat Allah kasi yang saya dapat. Apekejadahnya kalau selalu manusia lupa diri… Dan paling penting, saya sangat-sangat teringin nak travel ke luar negara dengan keluarga sendiri suatu hari nanti. Dengan adik di Russia sudah. Dengan mama abah adik-adik lain dan orang yang belum dijumpai tu je yang belum.

Soalan Bonus :

Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)




Ini Visa Russia – stamp passport pun atas visa ni jugak. Kenapa suka? Erm sebab dia paling besar, paling pelik dan paling orang tak reti baca. Boleh? Hehe.. 

.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.


Alhmadulillah, akhirnya habis gak! tepat jam 9 malam. Lepas ni kena pulun study balik.
Ok Kak Fatt. I'm done~ 

=D

Anything, sila roger sini.. Roger and out!

Jumpa lagi
Wassalam

Aha, lagi dua minggu saya exam. Jadi doakan sama yer! Tq~

27 comments

Write comments
tepianmuara
AUTHOR
November 14, 2011 at 11:31 AM delete

Tipikal Arab – once you become their guest (terutama sama muslim), they’ll do anything for you!


angguk-angguk.

saya sekarang terfikir nak lawat Spain, Turki sekali lagi. Rasanya masih terlalu banyak rahsia.hah

Reply
avatar
fatt
AUTHOR
November 14, 2011 at 1:30 PM delete

assalamualaikum ainul!

cptnya kamu buat..hehehe...tahniah! :)
terima kasih ye sudi melayankan 26 soalan ni, nti akak link kamu punya jwpn dlm entry tu.

ok skrg nk review,

1. nm yg panjang tp sedap

2. betul tu. untung jd student oversea sbb byk tmpt bleh cover. tp nti dah kerja mmg komitmen dah byk so baiklah pulun sementara bpeluang

3. mmg elok sbnrnya takde cc. nti dah kerja jgn amik cc..bahaya. nti tak habis2 hutangnya. klu nk ada pun biarlah 1..itupun guna bila kecemasan je, ok!

4. =

5. byknya negara dah sampai...untung! teringn jgk nk smpai belah2 Mediterranean, currency & harga barang mahal tak?

8. knp paris bosan? bleh share?

9. klu suka swiss, mesti akan suka Nz. akak pnh jumpa org Swiss, dia ckp Nz sama mcm Swiss esp bandar Queenstown. bila tgk gmbr ni pun akak bleh kata view sama mcm Nz :)

10. (a) akak doakan suatu hari nti kamu sampai. tp mmg sungguh, bila dh pegi rasa nak pegi lagi. tp itulah, mmg susah klu takde mahram

11. pglmn ni mmg menarik. dlm pd yg sama menginsafkan. nti bila ada peluang ke Mekah brdoa la byk2...ada tu yg mmg on the spot Allah tunaikan..even terlintas pun terus jadi. teringt masa di sana dulu, masa tu baru terdetik dlm hati rasa lapar, tiba2 ada org bagi buah..on the spot. subhanallah...speechless :)

pasni jgn lambat lgi ye, bahaya!

12. pglmn kamu sume menarik. tp mmg bila kdg2 kita rasa lost hope sgt2 tetiba Allah bagi bantuan yg tak disangka2. penah rasa byk kali masa travel...mmg takkan lupa.

akak penah baca kat mana lupa dah, katanya doa org yg bermusafir ni cpt dimakbulkan. tp niat nak bermusafir tu kena betul. tp boleh jadi kan klu refer pd pglmn2 ni? :)

14. yup! ice cream green tea mmg sedap. tp klu bole cuba ice cream perisa wasabi..sedap jgk..rasa berangin gitu. ice blende pun sama :P~

17. alamak. lupa nak list down..akak pun ada bwk..tp buku surah2 mathurat & yassin. lelagi bila masuk bilik hostel ke g/house ke mmg baca sbb takut gak ada penunggu kat dlm tu...huhu

21. chop! gmbr masa tahun 3 tu..katne ek? nmpk cam masjid tp fancy gile. err, bf eh tu? hihi :P

22. (a) WAH BANYAK TUL SNOW GLOBE!! globe eh? ah takpela yg penting bendanya sama. so far sis ada 3 ketui jek T__T

hehehe..pasni nk kumpul jgkla byk2 camni..tak aci!

(b) tettt!! nampak fm sama...hehe..yg namsan tower tu (sblh bird kaler kuning) :P

(d) sama. ada gak beli poskad kosong byk2...tah bila nk buh dlm frame elok2...tp mmg dlm planning nak buat

25. (a) yeke org jordan seksi sekson??? baru tau...ingtkan mcm kat mekah/madinah tu...

(b) org rusia ni jenis kerek ke? pentingkan diri eh? dorg jenis yg bleh terima org luar ke?

(c) kalau perasan, org korea ni suka sgt wat plastic surgery. akak tak brp suka korea, bkn tak suka apa, sbb lebih suka pegi 3rd world country..byk benda bleh tgk+belajar sbb korea moden sgt. tp org korea mmg nice wlpun english bersepah

26. Insya Allah, ameen~

soalan bonus - mmg aneh+pelik sbb tulisan dia mcm terbalik..seems like dorg menterbalikkan tulisan eh? err, susah tak nk dpt visa sana? byk cekadak tak? teringin gak nk pegi...tp mcm tak brp konfiden

TQ again sbb sudi kongsi pglmn berjalan2 di tmpt org. nti akak akan compile dan select sape yg bertuah. all the best! :D

Reply
avatar
Mijoe
AUTHOR
November 14, 2011 at 9:44 PM delete

salam Ainul

pergi Turki (Capadocia) tuh naik belon udara panas tu tak? :p

Reply
avatar
Anash
AUTHOR
November 15, 2011 at 3:10 AM delete

Adik ainul
akak baca ... peh...banyak betul tempat dah lawat...bagus, usia muda dah digunakan untuk melihat negara orang...panjang langkah adik ainul nih...good...
Keep up travel bila ada peluang...

Reply
avatar
November 15, 2011 at 4:55 AM delete

haniff:
pergi-pergi. nanti dapat rahsia baru boleh share2 lagi..=)

mijoe:
ws. owh tak sempat naik yang tu. saya gi main ski je kat sana ^_^

kak anash:
yes kak! nak jadi macam akak lah, dh berkurun habis belajar pun still jalan lagi. hehe.. ;p

Reply
avatar
November 15, 2011 at 5:14 AM delete

kak fatt:

1. tq2.. =D

2. tu la. tapikan kalau jadi doctor yang bertravel, boleh je kalau nak join misi kemanusiaan. cuma persoalaannya, saya rasa macam susah je nak lepas permission. huhu..

3. yer.yer.

4. =

5. depend ikut negara. kalau mesir, ala2 indonesia je. Kalau jordan, barang dia murah2 tapi currency sedinar jordan sama dengan RM4.3 sekarang - mahal gak la. Kalau turki, dia bahagi dua duit jordan. syria = 1/6 duit jordan. Kuwait/oman/bahrain = rasanya 2 kali ganda jordan. haha.. senang je nak kira asal tahu duit jordan ;p

8. Erm, sebab saya bukan kaki shopping kot. paris ni banyak area shopping je saya tengok. then dia kan femes dgn bandar cinta. Saya mana kawen lagi, so nak bercinta dgn sapa kat sana? bosan ah pergi melangut sorang2. betul tak? haha

9 + 10. Tu lah, sy dgr gitu gak. teringin nak pergi. amin sejuta kali. ^^

11 + 12. tu lah. time2 travel ni selalu sngt kena tunjuk macam2. tu yang saya suka travel tu. =D

14. erk, wasabi? mana nak dapat? kat malaysia ada jual ke kak?

17. haha.. kira pendinding la eh? ^_^

21. tu bukan masjid la akak. tu church. kat russia. pernah dgr nama st basil church? ha tu la dia.. dulu kecik2 saya panggil dia kubah bawang hensel and gretel. comel giler kot kalerful. like2! ....... dan itu adik saya la, saya takde pakwe2 nih. nak tunggu kawen je terus. ;p

22.
(a) kumpul2! bestttt...~
(b) peh, akak usyar seketul2 ke? tajam giler mata. hehehe

25.
(a)Kat saudi je macam tu akak. Kat sini takdenyer. Sini bebas. Walaupun takdelah seksi dedah over macam barat tapi tutup2 dia pun boleh tahan ketat gak. Seksa gak mata tengok. Nasib baik sekarang winter. lalalalala....
(b) Russia lagi dasyat rasanya tertutup dia dari China. Dia baru open je negara dia dalam sedekad dua ni kalau tak silap. Dulu langsung. Aritu time saya pergi Russia memang susah gak la nak mintak tolong diaorang tambah2 kalau kat tepi jalan. Hampeh. Yang baik2 selalunya muslim2 negara tan2 tu je. Yang ori russia mostly memang berlagak sket. But still ada gak la yang ok.
(c) tahu2. tu lah, saya tak pernah lagi jejak negara2 dunia ketiga. Harap next time boleh la melawat belah sana plak. Baru terbuka lagi minda insyallah. Kan2? ^_^

soalan bonus - bukan setakat menterbalikkan, huruf yang nampak macam huruf biasa pun sebenarnya huruf lain. contoh 'B' ni bagi kita huruf B la kan, Tapi dia 'B' tu huruf V. Banyak lagi la. Memang memeningkan sket nak baca.

Visa Russia jauh lagi senang dari Visa Amerika. Takde interview bagai. Cumanya harga la kot macam over sket. Aritu saya pakai agen je mintak buatkan, so semua dia urus termasuklah surat jemputan apebenda ntah. Saya tunggu dan terima je last2 tu. Tapi bila dah sampai Russia, banyak gak la cekadak dia. Kena bayar yuran visa kat sana la plak dalam masa 3 hari sampai. Dah la susah sbb saya buat sendiri kat Jordan, tu yang tensen tu. Tapi kalau kita ikut travel agensi Russia sana, selalu diaorang kasi orang hotel uruskan terus. So senang gak la. Just susah sket je kot kalau kita buat solo2 sukati. Alah, tapi ok je kot. Akak kan terer bab2 solo2 nih. hehe

welcome! Thanks gak sbb kenalkan saya dgn ramai kat sana. Eksaited kot saya jadinya. hehe.. ;p

Reply
avatar
Anash
AUTHOR
November 16, 2011 at 2:04 AM delete

Ainul
Good..tapi nanti jadi dokter, sempat ke nak bejalan? 'On call' selalu...
doktor..mmm...leh mintak MC...(hahah...saja lawak..)
lagi setahun eh dok sana?...(tetiba rasa nak ke sana plak,boleh???"sambil nengok purse")

Reply
avatar
Ely Hasrul
AUTHOR
November 16, 2011 at 2:47 AM delete

asslm Ainul!


wahh beshnye souvenir tuhh, ekceli pamphlet ngan tics tu papi pon suka kumpul, tp mmg senyap2 la kena buang.. buat semak aje sbb pandai kumpul tp xpandai simpan..sudahnye.. hihii

besh betol review Ainul, tetiba cam xsabo plak nk tunggu Ainul pusing Asia..

Reply
avatar
November 16, 2011 at 4:30 AM delete

kak anash:
-_-'
itula pasal. terfikir gak. ntah dapat ke idak ntah berjalan lepas nih bila dah kerja. MC? errr... akak kena doa sy grad dgn cemerlang dulu baru kita boleh discuss ttg MC. hehehe...

lagi setahun setengah sbb sy baruuu je mula tahun 5. insyallah grad JUNE 2013. meh la datang. saya jemput. uuu, hehe.. =D

kak ely:
ws akak!
haha, papi tu tak mencari2 ke hasil pengumpulan dia? kalau saya, saya carik balik semua koleksi saya setiap kali balik malaysia. kalau hilang, siap! hehehehe....

Doa-doakan la akak sy dpt pusing asia. jauh sgt rasanya Asia tu selagi sy tak balik2 dr jordan. Kopak duit nak pergi. kena tunggu grad, balik malaysia baru boleh. ^_^

Reply
avatar
Janggel
AUTHOR
November 16, 2011 at 6:12 AM delete

Huish ni satu lagi yg unik..kumpul snowball! Best best! Semoga success selalu!

Reply
avatar
Anis
AUTHOR
November 16, 2011 at 6:37 AM delete

Salam Ainul,

Baca pasal italy tu memang ler betul, masa pegi sana pun cam takut2 sikit . Underground dia memang ler perlu dielakkan sesangat.. Alhamdulillah u all semua tak apa2.

Anyway good luck in yr exam..

Reply
avatar
kemang~
AUTHOR
November 16, 2011 at 7:37 AM delete

salam ainul ;)

7. byk nye dah jejak kaki.... jeles tahap dewa nih...

*korek tabung

Reply
avatar
Lily Riani
AUTHOR
November 16, 2011 at 7:27 PM delete

salam.... and respect!

bukan saja bab jelajah but blajar kat sana. few things i agree, takala di morocco, if you kata islam; mmg confirm sahih diarang tolong, terkedu/terharu/tersebak... touch kan. will we be half as good as that?

then you gi russia, in my wishlist dah sedekad... mcm tak sampai2 jek. tabik spring... culture and character and attitude diarang cam mana, dah blog ke? kene rewind baca dihujung minggu nih.

you dok kat negara in wish list!!! petra petra petra.... safe ke, i plan nak kesitu december nih but tukar sbb baca kata ada bom, ada riot every friday lepas solat jumaat, betul ke? it tak betul, january raya cina i wanna go, ok dak? leh tunjuk ajar dak? if dapa fulus ler.

love getting to know you :)

Reply
avatar
November 16, 2011 at 8:53 PM delete

janggel:
=D amin... tq2~

kak anis:
ws akak.
tu la, pengalaman. hehe.. thanks for the wish ^_^

kemang:
ws kemang.
takyah jeles pun takpe, tabung saya dah pecah. huhu... at least saya pun jeles gak pada orang2 yang boleh korek tabung lagi. ;p

Reply
avatar
November 16, 2011 at 9:02 PM delete

Kak Lily:
Ws... hi kak lily!
I'm impress too dengan you akak ok. Banyak giler tempat dah pergi. wow2 sungguh~

tu la kan, selalu sangat la nak sebak2 taching2 kalau jumpa muslim kat luar. Hopefully we'll learn to be like them too.

Saya tak pernah miss buat travelog about everything in details terutama part culture. Dah siap lama dah. paling2 lewat mesti 2 bulan lepas tu kena siap. Karang basi. hehe. akak review je lah nnti. ada dlm label travelog.

Don't worry akak. So far, Jordan is the safest middle east country in the world. The King are awesome and they have US as gang backup. erk.

Bom so far sepanjang 5 tahun duduk sini alhamdulillah takde dah. Riot every friday tu memang ada but it is only local riot yang tak merebak. Lagipun riot tu buat depan masjid kat pekan dia. tempat2 tourism dia tak kacau. and selalunya kalau riot truk, kitaorg akan diberitahu, so insyallah takkan lalu situ, kitaorg lalu jalan lain. SO far setakat ni aman je alhamdulillah.

january raya cina? ok je. Tapi saya lupa plak raya cina tu berapa haribulan. haha. lama tak dpt cuti raya cina.

Sure, mestilah boleh! I'm glad to help kalau sapa2 nak dtg jordan. Nak stay kat rumah Ainul pun takdek hal. Welcome2~ Saya tak gi mana2 pun januari tu, takde cuti, kat hospital je everyday and weekend mmg free. So, ahlan wasahlan~ =D

Apa2 roger Ainul yer.
Nice knowing you too. =)

Reply
avatar
Biqque
AUTHOR
November 16, 2011 at 11:17 PM delete

wahhhhhhhhhhhhh i paling jeles kalo dapat berjalan masa blajar...

*geram tul MARA tak antor US masa tu*

Reply
avatar
November 17, 2011 at 12:28 PM delete

kak biqque:

takpe kak, rezeki kita lain2. saya dpt study luar, akak dh keje pun dpt jalan2 luar banyak giler. we compensate each other. boleh? hehe ;p

Reply
avatar
Chibi Maruko
AUTHOR
November 17, 2011 at 2:23 PM delete

muda muda lagi dah banyak tempat pi, bagus betul dan cemburu terasa hahahah, dulu mak ayah tu study kat part mana kat canada...

Reply
avatar
November 17, 2011 at 9:29 PM delete

kak chibi:
hi akak! =D

*dtg jugak, jenuh tunggu. hehe*

mak ayah saya study kat uni toronto. Akak kat quebec kan?

Reply
avatar
Lily Riani
AUTHOR
November 19, 2011 at 2:47 AM delete

nih nak rewind and add follower so that lebih uptodate. safe ke jordan.... geram... kalau dak december nih lepas sampai sana....

but januari serious kene tgk fulus sbb dah terlajak lajak dah nih. kalau sincere tumpang kan umah, kecik tapak tanya; stadium merdeka saya tadah kan... ehheheh...serious ke? ish! terkedu.

Reply
avatar
November 19, 2011 at 3:52 AM delete

kak lily:
sure. why not? tapi rumah saya kat area irbid lah. bukan kat amman yang main spot tourism tu. hehe

Reply
avatar
shah_rule
AUTHOR
November 19, 2011 at 8:24 AM delete

salam ainul~
ooo menghabiskan scholar dengan travel yer~ haha sama lah..

seronok terus berpelung menziarah banyak tmpat kt tanah arab.. tp bg kitorunk student kat malaysia ni x mampulah kot nak berbelanja kat sana..

Reply
avatar
November 19, 2011 at 9:43 AM delete

shahrul:
ws.

yada yada!
semuanya adalah compensation untuk masa depan yang busy. ok tak jawapan tu? haha.

alah, time student je duit lain2. nanti keje insyallah serupa je. kecuali lain naik pakar. =D

Reply
avatar
anne
AUTHOR
November 24, 2011 at 7:45 AM delete

salam ainul, akhirnya sempat jugak menjengah ke sini, fuhh... semput!
jeless.. banyak tempat dah cover! bagus sbb pandai gunakan peluang yg ada.
btw, no 11 tu memang sentiasa terkesan di hati, kan?
good luck!

Reply
avatar
November 27, 2011 at 5:41 AM delete

kak anne:
ws akak. ahlen2~ kesian, penat eh? sabar2... ainul punya entry ni belum sampai ke 30 lagi. hehehe... aah, mmg terkesan sangat yang tu. konfirm ingat sampai bila2. ^_^

thanks for the wish ya~

Reply
avatar
November 29, 2011 at 3:58 AM delete

wowww, baru jadi student dah macam2 tempat kamu pergi. bertuahnya ...

semoga dapat menghabiskan study dengan score yang terbaik, cari kerja bagus, dan teruskan berkelana cari pengalaman gi tempat orang. jangan lupa explore tanahair sendiri juga tau, kira go global pada masa yang sama go glokal juga ( :

p/s: saya buat pautan untuk laman kamu di ruangan 'kembara bukan berbasikal' kat http://basikaltouring.blogspot.com

Reply
avatar
September 16, 2012 at 10:41 PM delete

salam ainul,

maaf...br nak follow blog ainul...rupe2nye geng 26 fakta travellers jugak eh...hehe...

suke sgt2 cite psl korea t...very the detail...i like it so much...

salam perkenalan..

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *