Travelog Korea 2011 Part 4 (Final) - Berdikari di Seoul sendiri


Assalamualaikum...

Lagi 2 minggu nak masuk cuti raya haji yang bakal bercuti dua minggu (kalau nasib baik, dapat tiga minggu). Ada orang dah mula rancang-rancang cuti. Saya? Wallahualam.. Tengokla nanti.

Sementara nak masuk cuti baru ni alang-alang baru habis exam Radio haritu, saya nak cuba habiskan travelog Korea yang masih berbaki satu bahagian - bahagian kami jalan sendirian. Tambahan, sudah ada beberapa junior sudah mula bertanyakan tentang kembara ini. Jadi, mari habiskan sekarang. Yosh!


Awal-awal datang  kemudian 4 hari pertama di Seoul seterusnya sehari semalaman di Jeju, kini kami berbaki 3 hari lagi sebelum bertolak pulang - kembali ke Seoul. Kali ini pengembaraan akan berjalan sendirian (tanpa rakan Seoul) sebab perjanjian dengan TnT sudah tamat dan rakan-rakan student ramai sedang exam. Tapi takpe ^_^ . Saya dah biasa~ Yang penting, syukur sangat-sangat student sini kasi terus duduk hostel diaorang yang kebetulan tengah kosong sampai kami balik. Free ok!  =)

Pengembaraan sendirian kali ini saya bahagikan kepada 3 bahagian mengikut hari sebab setiap hari partner travel kami berlainan. Mula dengan datang berempat dari Malaysia (saya, Maisarah, Kak Pady dan Kak Nad), hari pertama lepas balik Jeju hanya saya dan Maisarah yang meneruskan pengembaraan dengan gigihnya seharian- Kak Pady dan Kak Nad tak larat. Hari kedua, kami kembali berempat. Dan hari ketiga yang terakhir itu, saya dan Maisarah berpisah kembali dengan Kak Pady dan Kak Nad semula sebab kami nak habiskan pusing sepuas hati.

Hari Pertama

Tepat jam 9 pagi , kami mendarat kembali di Gimpo Airport. Rancangan asal mahu balik sebijik macam cara kami datang seperti yang disarankan student sini - teksi atau ke Airport Incheon dulu. Tapi bila usyar balik peta subway rupanya ada je connection lane terus ke Sindorim (area metro kawasan kami duduk) ikut Line Ungu then tukar ke Line Hijau. Jadi kita buat plan sendiri sebab saya suka tukar-tukar train, macam main  game puzzle rasa. Lagipun takdelah susah sangat. Senang je subway kat Korea~


Sampai Sindorim macam biasa naik bas biru/hijau/putih yang akan ke Donyang Mirae, stop makan rappoki kejap nak alas perut, terus tuju Hostel, baling-baling barang, tukar baju, bersiap, terus keluar balik cepat-cepat dengan Maisarah pada pukul 11.30 tgh (tanpa Kak Nad & Kak Pady yang kepenatan).

Hari ini nak travel sepuas hati sebanyak mana yang mampu. Kalau dengan TnT sehari 3 atau 4 tempat, kami nak buat travel sendiri ni double tempat. *angkat kening. hehe* Caranya? Sebelum keluar, tulis siap-siap tentatif nak pergi mana plus lalu subway mana berhenti mana dan exit mana. Confirm! Memang super cepat. Except kalau tetiba dia kata " jalan 10 minit belok kanan"  Haa yang tu memang kena try and error lah. Tapi community Seoul sangat-sangat membantu kalau nak tanya arah atau apa-apa bantuan. Jangan segan! They are really willingly to help us. ^_^

Oh ya, tentang bas awam di Korea. Kita ada 4 warna asas - Biru, Kuning, Hijau, Merah. erm tapi aritu ada gak yang putih (88). Kebiasaannya bas-bas ni akan berhenti ikut subway station.


Biru - kawasan city Seoul subway ke subway tapi dia boleh reach lagi jauh sikit dari bas hijau
Hijau - kawasan city Seoul subway ke subway jugak tapi bezanya dia lagi banyak lalu local route
Kuning - laluan dia macam circle for main spot dekat Seoul. So, lagi mudah kalau nak melancong lompat2
Merah - Ni kurang stop. Dia untuk yang jauh-jauh pekan ke pendalaman sikit-sikit macam tu lah.


Selain naik subway, bas awam adalah pilihan terbaik nak travel sendiri. Satu sebab selalu tempat dia stop selalunya sangat dekat dengan tempat lawatan, kurang padat dengan orang, laju giler, tak payah loncat-loncat train dan jugak pakai T-money card. Plus, bas dia ada pengumuman-pengumuman berhenti mana, so dengar je dan tahu sekarang kat mana untuk keluar kat mana. Lagi satu, dia agak jimat even masalah utama orang luar adalah nak baca sign board tentang laluan bas. Well, prepare je lah awal2 bas nombor berapa kena naik - lagi better dan mudah. Nampak, naik, scan T-money (first untuk tengok jauh mana), jalan, scan T-money semula (untuk charge), turun.. sampai!

p/s: Kalau buat jahat tak scan sebelum turun, nnti naik sekali lagi dia charge double. Dan seingat saya, ada something juga yang macam denda apa ntah. Lupa plak. Tapi pendek kata, jangan jadi jahat lah. Diaorang boleh detect. ^^

Ok, our first destination - Kimchi Museum dekat COEX mall (Line 2 Hijau - Samseong station exit 6). Entah kenapa ramai student Korea yang saya jumpa macam jarang datang sini, bila saya tanya semua tak sure. Tak femes kot. Tapi takpe, kita pergi je lah. Try tengok. Dan hasilnya bagi saya : SUPERB! Best! Tiket pun okay 3,000won je.
pintu masuk
Ada banyak benda yang kita boleh tengok dan belajar walaupun takdelah besar sangat muzium ni. Sangat mesra pelancong  museum nih. Tiga bahasa (korea english jepun) lagi -memang puas lah~ *gaya mcam geram kat Museum Russia je. hehe* Ada penerangan, ada gambar, ada miniature, ada statue, ada slot kesihatan dan paling best -ada slot rasa-rasa. *yummy!*

tempayan simnpan kinchi 
peti sejuk kimchi moden
rasa-rasa kimchi
patung suapkan kimchi?
aneka variasi kimchi
Untuk pengetahuan, berdasarkan testimonial rakan-rakan saya yang di Korea - umumnya semua Kimchi boleh dimakan sebab memang tak pakai sebarang daging atau air rebusan daging. 100% berasaskan tumbuhan sahaja. Even kalau pergi belajar buat Kimchi pun kat sana pun memang tak ada guna. Kalau ada pun, mungkin ada yang pakai wine. Tapi itu boleh didetect melalui harganya yang sangat mahal dan tak masuk akal. Selain tu kalau nak konfirm lagi, baca je lah ramuan apa - tu paling simple dan mudah. Jadi don't worry~ Insyallah kullu kheir.

ada jual kat Amman. Boleh beli makan.
Memandangkan COEX mall ni gabak ya amat, kalau rasa-rasa macam sesat, boleh tanya dekat kaunter pertanyaan di setiap square dalam mall nih. Diaorang agak fluent in English dan boleh kasi map Coex Mall sekali. Kiranya nak shopping ke tour mall ke boleh dibuat kalau nak. Besar giler!

caoex mall
hyundai versi baju
macdonald

dental hospital
Dalam Coex Mall ni jugak sebenarnya ada satu tempat menarik bernama COEX Aquarium. Alah, ala-ala Aqua KLCC tu. Kami memang plan nak datang stempat sini. Dia punya gate nak masuk Aquarium tu seriously sangat-sangat-sangat lawa dan menarik! Tapi malangnya, kami tak jadi masuk -setakat bergambar depan gate tu je lah. Sebab apa? Sebab tiket dia bernilai 18,000 won. Mak aii..~ Balik lahh *merajuk tiket mahal*
lawatan kanak-kanak.
comel kan?
Next, kami ke National Museum of Korea (150 meter ke Yongsan Family Park dari Incheon Station line 4 Biru Muda). Muzium ni dikatakan muzium keenam terbesar di dunia jadi boleh bajetlah lama mana duduk sini. Kitaorang spend dalam dekat 3 jam kot memusing. Besaarrrr sangat! Ada bangunan, ada taman, dan ada banyak sangat bahagian termasuk bahagian Asian Culture seperti Jepun, China dan Inodonesia.

Pintu masuk
taman, kolam dan pavillion
get ready dengan audio English 1,000 won 
Sebagai salah seorang peminat tegar budaya asing yang selalu teruja nampak tinggalan culture-culture Korea melalui drama-drama historical mereka seperti Queen Seon Duk (empayar Shilla), Painter Of The Wind (Lukisan), Dae Jang Gum (makanan, istana dan perubatan) dan Dong Yi (music), bila nampak sendiri benda-benda tu depan mata ia seolah-olah macam OMG OMG OMG Dah jumpa! Memang saya cari setiap satu benda yang saya tahu dulu. Dan perasaannya bila dapat jumpa semua adalah sangat-sangat puas~ Semua benda di sini dikira National Treasure, siap ada nombor masing-masing lagi. Boleh rujuk sini.

singgahsana raja
mahkota emas Silla - kerajaan yang menggabungkan Three Kingdom -first nampak dalam drama Queen Seon Duk
Lukisan Dancing Boy karya Kim Hong Do - first kenal dalam drama Painter of the Wind

self potrait of a famous painter Yun Du-seo -juga first tahu dalam Painter of the Wind
lukisan Holding A Drinking Bout karya Shin Yun Bok - juga first kenal dalam Painter of the wind

ochestra music - First nampak dalam Dongyi

gayageum - first kenal dalam Heartstring

pyeongyeong - ala2 lithophone. first kenal dalam Dong Yi
Seperkara lagi yang saya takkan lupa dekat sini adalah perasaannya bagaimana menjadi satu-satunya (dua orang je)orang bertudung yang ada di muzium sebesar dan sesibuk ini. Saya tak pernah rasa takut malah lebih seronok. Sebab awal-awal masuk je dekat tangga, terus ada sekumpulan budak-budak Korea yang berkumpul tegur kami dengan mesra sungguh dengan ucapan Assalamualaikum!! 


budak kecil peramah
Tak cukup itu, sepanjang kami jalan-jalan dalam muzium tu, punyalah ramai officer korea tegur dan bersembang dengan kami. Setiap kali baru jumpa mesti diaorang sapa dulu dengan  "Assalamualaikum!" Uiks,aneh sikit. Tapi rata-rata bila kami tanya "Awak muslim ke?" diaorang mesti gelak dan cakap "Taklah! saja je tegur awak.Need any help?"  Oh.. terharuu...~ Tukang ambilkan gambar sangat ramai dekat sini. Baik-baik belaka.

replica Gyeongcheonsa Pagoda
National Muzium of Korea sangat-sangat superb untuk dilawati. Pertama sebab dia memang ada banyak benda untuk ditengok, kedua sebab dia FREE (semua muzium utama kat Korea free ye), dan ketiga sebab ada tempat tengok movie dan tempat makan/rehat yang menarik. Kami siap jumpa ABC Green Tea yang sedap lagi~ Of course la beli, dah jadi kegemaran pulak ber-green tea di sini. Yum2~



ABC version korea
Next, kita berlarian laju-laju pula ke National War Museum (10minit jalan dari Line 1 Biru Tua Namyeong Station) sebab dia tutup pukul 6. Agak bermasalah sikit ke sini sebab internet bohong kata jalan sepuluh minit JE. Dari station tu kena belok kanan ke jalan utama, then belok kanan lagi jalan dalam 15-20 minit(jauhhh!) then lintas jalan, lepas tujalan ke kanan 2 minit masuk gate askar pastu jalan ke depan gate 5-7 minit baru dan bukan muzium yang betul-betul tepi pintu gate. Aiyoo, punyala berbelit ok jalan datang sini. Nasib baik orang-orang keliling baik.


bangunan utama
Awal-awal tu, kami tersilap masuk muzium yang tepi gate. Ingatkan dah sampai sebab nampak ramai askar. Sekali rupanya tu Muzium Wedding Hall. Muzium? Bantai je lah jom masuk, macam menarik je bunyi. Sekali bila masuk tanya, rupanya baru tahu itu dewan orang kawin, bukan muzium pamer barang! erk. -_-' Gelak sakan abang askar yang tolong kami dalam tu. Lalu sebab dia baik, dia pun tunjuk jalan ke muzium kat atas yakni yang betul sampai ke kaunter guard muzium tu.

museum wedding hall
Pakcik askar war muzium sangat-sangat baik. Dia bagitau kami muzium nak tutup lagi 25 minit, kalau nak masuk gak larilah masuk. Kalau tiket dah tutup, masuk je free.. "Palli..Palli (cepat..cepat)"  Dia suruh naik ikut tangga sebelah postguard dia (tangga itu agak aneh, sangat kecil melekat half ke dinding). Kami pun dengan innocent nyer lalu situ sebelum tiba-tiba dekat tengah jalan, pakcik guard tu keluar panggil kami kuat-kuat sambil tunjuk 'bukan situ. sebelah! sebelah!' sambil tergelak-gelak. Huh?  Aaaaa T_T Rupanya sebelah tangga tu ada lagi satu tangga yang proper. Silap naik tangga, ternaik tangga yang tempat paip bangunan lalu. Patut kecik benor. *malu*

As been predicted by pakcik tadi, kaunter tiket dah tutup. Kami takut-takut nak masuk lalu depan kaunter penyambut tetamu, tapi gayanya macam diaorang buat dono sahaja, maka kami pun segera amik pamplet dia dan terus buat muka selamber masuk. Yeay! Free! ( 3,000 won patutnya).




Disebabkan muzium ini juga sangat besar dan luas termasuk area luar, maka kami decide untuk tengok-tengok mana yang perlu je. Usyar-usyar sikit. Then keluar pergi area taman dia. Mungkin jugak sebab berdebar tinggal kami je manusia yang ada dalam tu area tu. Untuk mengurangkan rasa bersalah tak bayar tiket, kami pun pergi beli frigde magnet dia yang harga 3,000 won jugak. Hehe.. Dapat lah souvenir satu.






Sebelum jalan-jalan di sekitar taman di Muzium ni, kami solat jamak takhir di tepi pintu area parking bawah tanah muzium nih yang agak tersorok. Gilir-gilir solat supaya boleh tengok-tengok kalau ada sapa-sapa datang. Sini tak berapa boleh solat terang-terang, nanti orang tengok pelik. Kita jaga-jaga sudah. Waktu Maisarah solat, saya yang waktu itu menjaga persekitaran tiba-tiba didatangi seorang pakcik tua yang pegang bakul bunga dengan isterinya. Jual bunga kah? Alamak.Alamak.



Makcik tersebut sangatlah curious apa kami buat dekat situ, nasib baik Mai cepat habis solat. Kalau tak jenuh nak terang. Pakcik tu alhamdulillah mampu bercakap english macam budak sekolah rendah. Simple, comel tapi masih boleh faham. Kadang-kadang kena jugak pakai perkataan korea untuk fahamkan mereka. Yang makcik plak, langsung. Korea only. Tapi overall mereka sangat peramah dan baik hati. Comel je tengok diaorang macam datang dating berdua dah tua-tua..

" You works as English Seongsangnim(teacher)? "
"Aniyo..No.No. I know English little... I read book.. study little.. "  
" Aaa... geurayo(really)? Your English is quite good "  


Ok, kembali kepada cerita War Muzium. Satu benda yang paling saya tertarik di sini adalah The Statue Of Brothers. Siapa yang suka tengok cerita-cerita perang mesti pernah dengar/tengok movie Tae Guk Gi : The Brotherhood of War. Thanks to Abah, baru sekarang saya tahu rupanya ni kisah benar cuma ada sikit pengolahan jalan cerita. Kisah kasih sayang brotherhood yang sangat erat dan melankolic terutama bila mereka berjumpa sebagai pihak seteru dalam Perang Korea. *sedih*




Habis pusing seluruh War Muzium, kami bergegas ke Korean World Cup Stadium (Line koko 6 )pada lewat petang a.k.a nak maghrib. Disebabkan dah terlampau lewat, kami tak dapat masuk ke dalam stadium (malas sebenarnya). Jadi jalan-jalan luar tengok-tengok orang dah bergambar. Melalui pemerhatian, kebanyakan yang ada dekat sini waktu petang adalah kaum-kaum ibu dan anak-anak kecil yang bersenam. Bersenam main bola siap! Ibu aktif, anak setuju! Haha.. Comel~ Diorang punya subway station sini pun theme bola habis.

korea world cup stadium
subway stadium
subway stadium lagi



anak dan ibu ber riadhah
Next, teruskan perjalanan ke 63 building (jalan kaki 30 minit lepas Line Ungu 5 yoeido station). On the way, kami cuma sempat beli air untuk alas perut. Semangat sangat nak pergi 63 building. Pengaruh My girl? Tak tau. Tak tau. =p  Tapi yang penting, sengaja nak tengok view Seoul terutama Han River dari atas puncak. Cantik dengarnya.

63 building siang
63 building malam
63 Building ada banyak area untuk dilawati. Ada Top View area (tengok pemandangan), ada Seaworld Area (muzium ikan dan peguin?) dan ada Wax Museum (macam Madame Tussaude), ada muzium pameran seni, kedai cenderahati dan banyak lagilah . Tapi harga tiket dia....T_T... paling murah adalah Top View area : 11,000 won + pameran seni dan kedai... Nasib lah, nasib baik last tempat untuk harini. Nak naik punya pasal, lebur lah sebanyak itu. Area lain, ambik gambar depan pintu sahaja. Hehe. Jadiklah~

p/s: gambar naik lif tak smepat ambil, penuh sangat orang...




art gallery

atas 63 building

teropong cari Gong chan?
Turun-turun bangunan, rupanya jam dah pukul 10.00. Alamak! Ada lagi sejam je sebelum subway service tamat. Maka sebab tak larat nak jalan plus takut lewat nak ke subway station, kami terus naik teksi ke Yeouinaru Station. Ahamdulillah rupanya takdelah mahal sangat. 3,000 won je. Boleh guna T-money card lagi. =) Maka, kemudian meloncat-loncat trainlah kami balik ke Sindorim dan naik bas ke Dongyang balik. Tepat pukul 11 malam sampai depan pintu bilik sambil ditunggu Kak Pady yang dah bercekak pinggang risau. Ngee, mana tak nya handset takleh pakai, tentatif kami main tukar-tukar sendiri, macam mana dia nak reach? Mian~ ........................................*solat jamak dan terus tidur*

2nd Day

Bersama Kak Pady dan Kak Nad yang dah recharge sehari, saya dan Maisarah yang masih excited meneruskan perjalanan untuk hari second last. Selain travel ke tempat menarik yang berbaik, fokus hari ini juga adalah untuk pergi University-University tempat rakan-rakan kami belajar. Alang-alang diaorang busy, meh lah kami je datang sendiri. Hehe.. Cuma Maya je tak sempat jumpa, sebab dia di Daegu, luar Seoul. T__T
First, Bukchon Hanok Village (Line 2 hijau Anguk Station) - antara tempat idaman saya wajib sampai bila di Korea. Uniknya di sini, ia adalah sebuah kawasan yang mengekalkan bentuk dan struktur kebudayaan Korea lama terutamanya bentuk rumah di sini. Masuk area ini seolah-olah memasuki pintu peredaran masa -back to the past. Orang kata penduduk di sini dulu semuanya adalah pekerja-pekerja istana di sekitar kawasan ini. 






kawasan jalan kaki
contoh pintu rumah
Disebabkan kawasan ini teramatlah sangat besar termasuklah di kelilingi oleh Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace dan Jongmyo Shrine, activity 'Buckchon Wandering' kami hanya mampu menghabiskan 1 kawasan iaitu Gye-Dong Alley (selama dalam lebih kurang sejam setengah) daripada total 6 alley yang ada. Fuh, penat giler! Dah la berbukit~ @_@ *semput*

peta
Istana di sebelah
wandering
coffee shop
Buchon Cultural Centre
Oh ya, sebelum mula wandering, sebaiknya ambil pamplet peta di pusat utama dia yang ada di bangunan terawal sebelum masuk lebih dalam. Dari situ boleh tengok dalaman rumah lama dan boleh buat pilihan alley mana nak lalu dan tempat menarik apa yang ada. Macam kami, kami bantai je pilih Gye Dong Alley sebab pertamanya dia betul-betul sebelah istana, kedua dia punya jalan tak berbelit dan ketiga dia ada banyak  tempat singgah menarik contohnya Choong Ang Middle and High School - sekolah lokasi Winter Sonata. (tapi sebab kelam kabut, malas nak masuk dalam-dalam. sekali bila balik bukak internet baru wow! T_T )

Choong Ang High School -site drama Winter Sonata
salah satu rumah di Bukchon



sanggojae - salah satu rumah di Bukchon yang jadi lokasi penggambaran Personal Taste
Kemudian, kami cepat-cepat ke National Palace Museum (Line oren 3 Gyeongbokgung Station). Dia actually sebelah je dengan GyongbokGung Palace yang kami pergi dengan Razin dan Min dalam part 2 haritu. Muzium ni unik sebab dia khas untuk istana-istana punya barang sahaja. Memang superb gak lah. Kaya kot raja-raja diaorang ni dulu. Kita cuci mata sudah...~


pintu " sapa lalu, takkan tua sampai bila-bila"  - legend only
bersama entah siapa berpakaian hanbok
perhiasan kepala puteri time kawin
baju raja
cop mohor raja
corak raja?
Tengah-tengah pusing tu, tetiba terperasan ada something best dekat Gyeongbokgung Palace kat luar. *mengintai* waah, ada changing guard ceremony! Nak tengok! Kak Nad dan Kak Pady tak larat pergi, maka saya dan Mai terus keluar lari-lari nak cepat sampai. Wajib tengok.Macam dekat London dulu, ini pun tak boleh lepas ni. *jalan laju-laju*  _/~_~\ /






ada video tapi sekarang internet tengah ciput. nanti saya update lain~

Habis.... ! Yeay~

Eh, dah pukul 1 lebih. Kena bertolak ke Hanyang University (Line hijau 2) pulak. Hanyang University katanya adalah the best Engineering Universty dekat Korea. Wow. Ada temujanji nak jumpa Min dan Zaki, ex-schoolmate yang sekarang study sana. Err, erti kata lain sebenarnya diaorang nak bawak makan lunch. Hehe. Lapar dah~ Sambil reunion, sambil makan, sambil jalan-jalan Hanyang University, sambil solat dan rehat. 4 in 1. Terima Kasih Min! Terima Kasih Zaki!

dinding welcome to Hanyang
Hanyang Plaza
Uni Hanyang
Logo singa kebanggan Hanyang
Lunch with Min & Zaki  - ops, baru perasan Zaki langsung takde gambar dalam travelog. Huhu, tak ingat langsung dah. Ingat nak makan je. sorry.. =p
on the way ke hostel Min
Min and us in front of the hostel
pekan Hanyang
Next, ke Children Grand Park (Line hijau Tua 7). Takde kerja saja jalan-jalan taman sebab Jordan takde taman *tetiba. hehe* Okaylah, sangat besar, sangat warna-warni, sangat banyak pokok. Nasib baik time ni takde apa-apa event. Orang sana kata kalau ada event ke carnival ke memang sangat-sangat pack taman yang sangat besar nih. Uuuu.. Alhamdulilllah.. Boleh jalan-jalan sambil rehat lagi *dah penat sebenarnya*










Petangnya, our last destination hari ini adalah Korea University (line koko 6) - one of the best University terbaik Korea (dalam S.K.Y). Saja nak jalan-jalan dan ziarah kawan jugak dekat sini, Haniff. Korea University punya bangunan lawa-lawa. Macam bangunan istana. Disebabkan Haniff memang berbakat besar jadi tour guide, time pusing-pusing memang banyak la cerita boleh didengar. Contohnya adalah sikap student Korea yang time exam, diaorang akan tidur terus kat library dan bawak selimut ubat gigi semua. Wow, nerdnya.



gerbang utama





disebabkan Korea Uni takde gate yang ada lambang, maka snap  je la  lambang dengan pondok guard
Wan Hanif, the man of the evening
Habis pusing-pusing university, Haniff bawa kami makan waffle aiskrim. Dia belanja. Yes, Alhamdulillah.. ^^ Perasa pilihan : tentulah Green tea! Then berinterviewlah kami semua sebanyak-banyaknya dengan dia gaya macam kawan lama. Thanks Haniff! Semoga terus sukses dalam exam, jasamu dikenang~ *kitaorang terharu sebab dia sangat gigih sanggup bawak jalan-jalan sejam walaupun banyak kali kitaorang kata takpayah sebab esok tu dia nak exam *  Maka, seterusnya adalah balik hostel, berkemas siap-siap untuk esok, dan tidur.

ice cream waffle perasa green tea
Last Day


Kalau nak travel, ambillah tiket flight yang balik malam-malam macam kami. Sebab siangnya walaupun hari last boleh sakan travel lagi dengan syarat beg dah siap kemas malam sebelum tu. =D

Ok, untuk last day ini saya dan Maisarah berpisah balik dengan Kak Nad dan Kak Pady. Kami dah travel merantau tempat-tempat baru lagi. Akak-akak tu plak nak pegi shopping yang baki-baki. Maka, kami pun sepakat jumpa balik pukul 3 petang. Jadi seawal jam 8 pagi lagi saya dan Maisarah keluar supaya boleh maximumkan hari.

First, destinasi pertama kita hari ini adalah Sungkyunkwan Univeristy (SKKU). Oh, yang ini kenal dari drama historical Sungkyunkwan Scandal (SKKS) dulu. Plus, Luqman the AJK aritu pun study situ. University ni ada dua kampus, salah satu dari dua tu hanya satu je yang ada budak melayu kat SKKU. Sampai sekarang saya pening mana satu. Ntah macam mana kitaorang terpergi yang line biru tua (lagi satu line biru muda)  Daku ingatkan dekat., sekali sejam lebih naik train. Boleh bantai qada tidur lagi sepanjang jalan. Alhamdulillah, puas rehat. Orang pun tak berapa ada.



Sungkyunhwan University ni adalah university tertua dekat Korea. Wujud sejak zaman dinasti Joseon iaitu pada tahun 1398 - dah 600 tahun dah! Wow...~ Dengarnya dari dulu lagi University ni dah hasilkan ramai cendiakawan-cendiakawan Korea. Dalam area university ni jugak sebenarnya ada banyak monumen lama (or should we said purba...err.. ancient lah) seperti Dongjae and Seojae - yakni dormitary lama zaman dulu-dulu yang dengarnya digunakan sebagai latar dorm dalam drama SKKS. Tapi sebab asyik confius dekat campus mana satu, last-last tak cari pun. Jumpa gate, jalan-jalan, ambik gambar, balik. Sama ada ia lokasi penggambaran SKKS juga atau tak, I don't know. Pening.

gate sungkyunkwan Uni


bangunan Uni

Habis SKKU, kita bergerak ke Seoul National University (Line oren 3) pulak. One of the S.K.Y group iaitu uni terbaik Korea. Amirah belajar sini tapi tak sempat ziarah dia. Takpelah, kami pun kelam kabut. University yang ini pun ada macam confuse antara dua. Mana satu yang betul wallahualam. Confuse. Bantai je pergi. Janji jumpa gate dan dah sampai. =p (update lepas balik: silap lagi! terpergi yang education.. -_-' haih)




Dah selesai round university, next kita ke Hongdae (line hijau 2) balik. Kalau haritu part 2 datang jalan-jalan dan pergi Hello Kitty Cafe, kali ini kita mahu pergi cari Tricky Eyes Museum dan Location Site Coffe Prince. Hanya dua tempat ni yang sempat nak pergi serentak sebelum patah balik Nandaemun untuk last shopping dan balik.

Hongdae
moscot Cat Cafe tengah pening kepala nak menulis nota
First, cari Tricky Eyes Museum (exit 9). Disebabkan muzium ni kecik dan berada di celah-celahan bangunan macam rumah kedai, adalah lebih baik sekiranya tanya orang sekeliling atau singgah je dulu kejap dekat kaunter pertanyaan tourism tengah-tengah Hongdae tu mintak peta dan arah jalan. TETAPI...! pengajaran utama dari kami : jangan datang tricky museum last-last macam nih. Tiket dia 13,000 won! Maka, sebagai student yang dah kopak lepas 8 hari di Korea, memang telan air liur je lah. Tengok mana yang boleh je kat area kaunter. Ada la sikit. Tapi kat dalam lagi superb..... ni saya ambil dari blog orang lain ya~

sign board luar
signboard dalam
us~
dan lepas ni orang lain punya gambar...cilok.













Then, cari Coffee Prince Cafe site (exit 4). Agak jauh sikit dan berbelit jalannya. Usahanya tentulah melalui peta dan tanya orang. Alhamdulillah sampai. Tapi erm.. disebabkan sekarang diaorang macam tengah buat renovation, agak macam usang sikit nampaknya. Tapi still nampak jelas je lagi. Kami setakat ambil gambar dekat luar. Dekat dalam tak boleh ambil gambar kalau bukan customer. Nak minum situ? Erm paling murah kopi 6,000 won. (even macam takdelah mahal, tapi still duit nak simpan shopping). Ok bye~!

pagar luar
the cafe

the wall


the drawing
And finally, jom pusing Namdaemun buat kali terakhir untuk beli souvenir berbaki yang diperlukan a.k.a habiskan duit yang ada. Eh..eh.. lupa. 10,000won kena simpan sebab nak buat tambang naik bas airport. Alhamdulillah kali ini pergi Namdaemun dengan sangat laju sebab saya dah hafal jalan. Gerai utama tentulah gerai unni cantik yang kami sentiasa dapat murah haritu tu. Beli-beli apa yang patut, pusing-pusing kejap, and say goodbye to them.. Then, lari balik hostel cepat-cepat.



Tepat pukul 3, kami sampai hostel. Kemas apa yang patut, salam-salam dengan student-student dekat situ yang banyak tolong, then bergegas naik bas angkut beg yang bertimbun-timbun saratnya. Kata Iffah, lebih senang kalau naik bas airport sebab dia terus sampai ke Aiport sebagai last stop. Perjalanan dari kawasan kami adalah dalam sejam (kot). Tambang pun 10,000won je. Oklah,deal~



And this is the last episode. Sepanjang perjalanan tunggu bas, naik bas dan sampai airport, memang rasa macam tak nak balik. Korea is fun! Banyak sangat benda baru dan best-best yang saya belajar dan saya jumpa dekat sini. Punya feeling nak pusing slow-slow sehabis-habisnya even kat dalam airport untuk last tengok Korean punya suasana sampai hampir-hampir kena tinggal flight. Haha. Aduh, tak perasan lah! Nasib baik ada encik steward panggil - Adik? Ke KL kan? Eh, cepat~ Orang dah naik lah. Erk? @_@


bas khuntoria.. isk3..

hutan dalam airport
mission accomplish
good bye korea~
Alhamdulillah, pengembaraan selesai. 8 hari yang penuh dengan pengalaman-pengalaman serta pengajaran baru untuk kami bakal bekal sekembalinya ke rumah. Tak sangka dah habis jua akhirnya. Syukur alhamdulillah, jejak pertama ke timur selesai. Insyallah, selepas ini ia bukan sekadar berhenti di sini, tapi ini adalah batu loncatan untuk misi menjelajahi bumi Allah yang seterusnya, mencari makna dan menerusi hikmah yang ada. Insyallah.

Seinfiniti terima kasih saya kalungkan buat rakan-rakan yang banyak membantu di Korea terutamanya Min, Maya, Zaki, Wan Hanif, Iffah, Anis, Razin, Luqman dan adik-adik Dongyang Mirae yang lain. Tanpa kalian, mana mungkin pengembaraan ini akan semenarik seperti yang kami lalui. Moga Allah balas jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Jemput datang Jordan kalau berkesempatan~

Last but not least, saya harapkan seperti biasa pengembaraan ini bukan manfaatnya sekadar untuk saya tapi juga untuk semua disekeliling saya termasuklah para pembaca. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk juga dari-Nya tapi mungkin disandarkan di atas bahu saya yang penuh kelemahan dan mungkin selalu terlupa.

Dan andai kata ada yang bertanya adakah kalau sampai saatu masa kelak, saya mahu kembali ke Korea:
Ya. sudah tentu!  Masih banyak lagi yang saya belum gali dan temui....Dan telah banyak yang sekarang saya mula rindui. ^_^

ok, jumpa lagi!

update :  Tambahan lagi sorang - seinfinti terima kasih untuk Mr. Luqman Saram, project manager TnT. Tanpa belas simpati beliau yang sanggup dikacau seminggu sebelum kami fly, tak ada lah kami sampai ke Korea untuk join TnT. Thank you~

9 comments

Noor Hafirdaus | July 15, 2012 at 12:26 AM

saya nak korea tapi boleh bagitau berapa budget yg awak keluar atau kos keseluruhan.ini email saya nhafirdaus@yahoo.com

Anonymous | November 15, 2012 at 8:21 PM

awesome...brape bajet awk including plane, food, etc...overall how much..

Ainul Arina | November 16, 2012 at 5:04 AM

kaknoor:
done! =)

anonymous:
less than 4K kalau ikut currency Malaysia. ni total semua sekali termasuk shopping.

1.7K utk TnT
1.7K utk Jeju
500 shopping

LiYaNa2709 | December 25, 2012 at 11:32 PM

aslmlkm.

yang..akak nk ke korea gak tahun depan..mcm mn nk cr studnts grup yg arrnge travel n tour tu ek?
...then...bila jalan2 sndri redah tu..korg dh survey awal kt mlysia ke..kt sana br redah? ke ad guide tourbook boleh dpt kt mana mana?

LiYaNa2709 | December 25, 2012 at 11:34 PM

aslmlkm..

yang....bestnyaaa..jalan2 ke korea. tahun dpn akak nk ke sana juga..mcm nak jgk ad guide beberapa hari..mcm mn nak contact students grup kt korea tu..utk pkej travel tour?
....ms time korg redah berdikari sndri tu...tmpt2 dh plan awal ke...ke mmg btul redah je? mcm map,tour guide book..boleh dpt kt mana mana ke?

Ainul Arina | December 26, 2012 at 12:52 AM

kak liyana:
ws kak.

ni fb diaorg yg bawak org jalan kat sana.
http://www.facebook.com/pages/Cuti-cuti-Korea-Muslim-Style

psal yg tmpt nk pgi tu,mostly, kami dah aim awal2, tapi mcm mna nak pgi sana tu mostly sy prepare time dh smpi korea sbb kt sna nnti bru bleh dpt peta n info yg lngkp sket. so kiranya shari sblum pgi tu sy google siap2 dia punya station smbil tngok kat peta, lagi faham kot dr prepare awal2 kat malaysia. cuma tmpt mna yg nk pgi tu better kumpul siap2 kot mlysia supya tak blur sgt. =) pastu klu nk tmbh apa2 plan, sy refer to dia punya pamplet kat sana. lagi lngkp info. cuma cons dia ada certain benda yg kena book awal2 je la. ^^

map tour guide book semua sy amik kat korea. akak boleh cri kat dia punya tourguide booth atau both information yang merata2 kat seoul tu.

Anonymous | January 3, 2013 at 7:29 PM

awak bole ckp korea ke...or just blaja time tgok drama korea...saye nk pegy this year n the prob is communication...mostly sume org bole ckp english ke...

Ainul Arina | January 6, 2013 at 8:02 AM

anon:
saya belajar bahasa korea sama je mcm org lain - tngok drama, belajar dlm internet, guna buku. takde la lancar sgt pun. sekat2 jugak. tapi boleh la faham sikit2. tapi kalau diaorg cakap ayat susah2 yg panjang berjela dan sy tak dpt tangkap, mmg tak faham pun.

tak semua org korea boleh ckap english, tapi dkat kawasan tourism insyallah diaorg selalu ok je cakap english.

tapi kalau nak selamat, sebelum pergi sana, prepare dulu dgn certain2 ayat2 penting yg selalu org nk pakai waktu travel. boleh cari banyak e-book atau laman web dkat internet yg ajar bahasa basic korea utk foreigner yg dtg situ.

selamat praktis~ ^^

Teacher Yasemine | September 29, 2013 at 6:43 AM

Saya akan ke korea 24 november 2013 ini,.. sesiapa nak join jalan2 emel saya ya, at yasenurimani7@gmail.com

kamsahamnida

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images