Travel Tips - Macam mana nak rancang travel ?



Salam...

Fuh, lega rasa dah habis tulis travelog Korea lepas. Tak pernah saya buat tulis sepanjang dan sedetail tu. Hopefully bermanfaat untuk sesiapa yang memerlukan.


Cuma malangnya saya kurang faham dengan perangai blogspot - kalau simpan lama-lama sikit tak publish, mesti dia tak timbul2 dah dalam update. Isk3.. Kesian kawan-kawan atau adik-adik saya yang tengah menunggu-nunggu bila nak habiskan sebab diaorang pun dah nak mula susun untuk diaorang sendiri.

*Good luck yang tengah planning*

Jadi, secara kesimpulan untuk travelog Travel To Korea ni kita ada 4 part

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Sekian Terima Kasih....

Ok

Tajuk seterusnya :  Macam mana nak plan travel ?

(Pss... tips ni mungkin hanya sesuai untuk travelers student atau yang simple dan sempoi. Maaf ya)



Baru-baru ini ramai yang datang tanya tips-tips dan pengalaman macam mana nak travel. (mentang-mentang dah nak cuti.)  Tapi of course la yang tanya mostly junior. Senior-senior dah pandai jalan sendiri. hehe...

Nak travel senang. Pertama rajin. Kedua ada duit. ^^

Kalau yang rasa tak mampu nak travel, jangan putus harapan, belajar dulu caranya sekarang then nanti ada rezeki boleh teruskan perancangan...~

Yang ada duit tapi takut tak cukup pulak sebenarnya boleh je nak travel tapi dengan syarat rajin cari jalan dengan banyakkan membaca dan mengkaji sendiri serta sanggup bersusah- payah untuk travel secara tak terlalu selesa. Erti kata lain, ngam-ngam je selesanya seperti para backpackers.



Bagaimanapun, cara backpackers lelaki dan perempuan travel semestinya sangat berbeza. Orang lelaki tidur tepi station bus sepanjang masa pun macam takde masalah sangat. Perempuan jangan haraplah. Karang menyusahkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain jugak. Better berjaga-jaga.

Bagi saya, saya kurang gemar travel yang terlampau selesa. Saya suka cabaran tapi saya tak suka pulak kalau mencabar over sampai tak prepare apa-apa dan pergi menonong sahaja. Travel kena prepare. Lagi banyak prepare lagi bagus. Macam belajar, kena prepare. Travel ni pun kira satu sistem pembelajaran la jugak. Sebelum masuk kelas (read : gerak travel), kena baca sekilas pandang so then bila cikgu ajar (read : jumpa time travel) kita boleh recall dan tambahkan apa yang perlu.

contoh link - ada di area link di belah kanan blog ini
Basic travel seperti tempat tinggal kena confirm walaupun sekadar berkhemah (macam Kelana Convoy) atau duduk hostel (macam mostly tours agency) atau duduk rumah student lain di situ. Nak try tinggal kat tempat yang lagi power dan unik?

Nak privasi tapi rumah local - Cuba tengok Airbnb~
Nak duduk dengan local terus - Boleh usyar Couchsurfing~
Nak duduk dengan local secara barter tenaga - Daftar lah WWOOF~

Kalau dalam part jalan-jalan pulak, saya lebih suka jalan dalam kumpulan yang sangat-sangat kecik. Lagi best kalau ada local atau student yang study situ ikut, boleh tanya macam-macam. Sebab saya memang tak boleh berhenti bercakap kalau time travel. Saya nak tau macam-macam semua benda pasal tempat saya pergi. Sebab tu saya perlukan orang yang dah mahir dekat situ.

(boleh je baca buku travel dia.. tapi lagi best kot ada orang terus yang terangkan. lagi zouq. =D )



Ke Korea misalnya saya pilih Kelab Kembara (Travel and Tour) Persatuan Pelajar Malaysia Korea dan Yeha Tours sebab diaorang hanya buat grup kecil yang ada local ikut sekali. Tapi actually kalau ada kawan tengah free sikit macam time saya di Russia ( buli Adik), lagilah best~


**********************************   IKLAN KEJAP **************************

Kalau ada sesiapa nak khidmat travel guide dari kalangan student Korea dengan bayaran yang berpatutan selain TnT, boleh contact Luqman (kawan kitaorang yang bawak gi Nami Island haritu) di alamat emailnya :
  amanfageero@yahoo.com

(Testimoni kami : BEST~ ) ^^,




*************************  OK, SAMBUNG CERITA BALIK  **********************





Kalau nak cuba jalan dengan local tanpa guna travel agency, boleh tengok-tengok dekat laman Greeters. Kita ada Global Greeter (Europe dan US) dan Seoul Greeter. Tempat lain saya tak sure. Greeter ni adalah satu group volunteer dari kalangan local yang sanggup nak bawak kita jalan-jalan tempat diaorang tanpa charge. Menarik kan?

Kalau tak berapa percaya dengan Greeter sebab mana tahu kot-kot kita jenis takboleh open dengan strangers sangat, boleh try cari penpal je sendiri dulu. Boleh cuba di laman Interpals misalnya. Facebook pun boleh je, tapi saya kureng sikit dekat situ. Kenal dulu sebulan dua ke setahun dua ke, then baru decide jumpa dia dekat sana. Dia for sure boleh tolong kalau tak sibuk. Cara ini adalah antara cara yang saya pakai waktu ke Korea dan Russia dulu, tapi penpal Korea je yang sempat jumpa. Dari Interpals lah saya jumpa Jackie. Kami masing-masing jadi host di negara masing-masing. Best tau!

Dan untuk tips-tips lain - mana murah, mana senang, mana best, mana nak pergi - boleh cari dekat pelbagai laman web travel yang famous macam lonely planet atau Tripadvisor. Takpun geledah je blog-blog travelog yang ada merata-rata dalam dunia tanpa sempadan nih. Banyak sangat boleh jumpa.

Tempat-tempat menarik ? ----> Buka laman web rasmi pelancong setiap negara./ web rasmi travel dunia ^^



Yang terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpenting juga, silalah bertanya kepada orang sekeliling yang pernah pergi tempat tu. Orang kata 'orang yang jauh berjalan ni luas pengalaman'. Manalah tahu dia boleh ajar kita secret-secret baru yang dia jumpa waktu kat sana dulu ke kan... Kelab-kelab Kembara atau grup-grup kembara juga banyak ada, bolehlah join komuniti kalau nak mencari lebih lagi. Kelab Kembara PERMAI dengarnya tengah nak naik, tak sabar nak tunggu tengok macam mana tahun nih. 

 =D

See? See?

Banyak sangat benda kita boleh buat untuk susun plan kita nak travel secara optimum. Yang penting, rajin-rajin lah usaha....~

dan pssssss... sebenarnya kalau nak susun sendiri tanpa orang buatkan pun mudah je sebenarnya. Lagi best, boleh tukar-tukar sesukahati. Dapat belajar berdikari lagi sekali-sekala ... Hehe...

Ok, setakat itu sahaja saya nak cerita.  Kesimpulannya marilah semua travel tak kira dalam atau luar negara atau ke mana-mana di sekeliling anda... Hidup cuma sekali. Dan pergi tempat-tempat ini juga mungkin hanya sekali. So, Grab your chances ~ =)



Mohon doakan cuti saya yang bakal bermula minggu depan kali ini bermanfaat - tak kiralah travel atau tak. Kalau dapat travel, lagilah saya suka! 3 minggu tuu.....

-insyallah,round  forensic kami pack terus seminggu. Khamis ni terus exam. Ngeeeeee..... Wish me luck!-

Jumpa lagi!

-lepas ni nak cuti blog kejap sebelum cuti betul. Daa~ *komen boleh tinggal, takpe, tak hilang*-




5 comments

tepianmuara | October 16, 2011 at 7:18 AM

trimas!

betul2, nak kembara mesti kena prepare, menonong memang buat terpinga-pinga.

ismiizzah | October 16, 2011 at 8:28 AM

Salam mek.. miss you lah... miss cerita-cerita dari mulut you.. huhu

bestlah still student lagi... pergilah berjalan-jalan lagi, serius aku jeles.. haha. .. nak ikut.. nak belajar lagi..

dah ada kat rumah ni, jangan haraplah dapat berjalan jauh-jauh lagi..

well, tunggu you balik msia, then i jalan2 datang rumah you, nak tengok sawah padi.. hihii


cuti ni nak ke mana pulakk..??

Ainul Arina Madhiah | October 20, 2011 at 2:01 PM

haniff:
yep. tepat.

izzati:
tunggu lagi dua tahun, lepas tu orang bukak rumah luas2 tunggu awok datang. bendang, sawah, ayam, parit ban semua menanti. hehe..

miss awok and the house too, three, four till ten. ^^ takde dah umah sewa kedua nak menduduk. Sob2 T_T. Balik Irbid le awok, nak? ;p

cuti ni secret~ hehehe

eKa | November 12, 2011 at 9:56 PM

wahhhhhh...sangat membantu lah...thanx for sharing adik !!!

Ainul Arina Madhiah | November 13, 2011 at 4:17 AM

kak eka:
hehe.. alhamdulillah

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget