Ingatan Se' Hebat' Ikan

6:58 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum!

Salam Rabu semua~

Hari ni dah masuk hari ke 4 duduk rumah sorang-sorang sebab semua orang pegri sekolah. Nak keluar pun macam takde kawan, so duduk je rumah menghadap komputer dan buku-buku novel yang bertimbun tunggu giliran untuk dibaca.

24 Oktober haritu ada la sekejap keluar waktu tengahari dengan kawan-kawan segrup Arab yang sama cuti dan 2 kawan melayu lain yang kebetulan habis kelas awal.

Hari-hari lain? Duduk rumah. Duduk rumah. Duduk rumah. Geledah mana patut, kemas-kemas mana patut. Nak keluar malas sungguh. Tadi buang sampah kat luar pun sarung windbreaker. Pekehal keluar rumah panas rembang tengahari buta pakai windbreaker. Nampak sangat main rembat. Kalau bosan lagi macam tadi, pergi berkebun belakang rumah kutip buah yang dah masak. Bosan lagi? Tengok la apa-apa cerita yang ada.

Bercakap pasal cerita yang saya tengok, ada satu benda yang saya tertarik nak ceritakan semula dekat sini.


Pernah dengar orang kata memory ikan khususnya ikan emas adalah 2-3 saat?
( malangnya dah di-busted-kan oleh Myth Buster dan kajian saintifik bahawa ia salah!)

Rasa dulu ada sorang kawan saya dekat sini pernah kena sound dengan Dr Surgery kat sini grup dia sama level ingatan dengan ikan. Sapa ye? Saya lupa..=) Tapi sy ingat lah fakta dongeng tu~

Dalam cerita yang saya tengok tu (Pasta), dia punya ketua masya allah malignant petala kelapan sungguh. Tiap-tiap hari semua chef bawahan kena sound, kena baling pinggan, kena jentik dahi, kena ulang-ulang-ulang-ulang banyak kali buat balik semua makanan yang diaorang masak selagi tak perfect, selagi tu dia terus shoot masuk tong sampah. Pressure 100 degree!

Tak cukup dengan tu, ketua tersebut (baca : lelaki) sangat anti dengan chef yang berjantina perempuan. Sebab dia pernah ada kes dengan perempuan mungkin. Yang paling dasyat kena 'kisar dalam blender' adalah chef perempuan. Salah sikit je : You're fired!  Lelaki tak pulak tak kena pecat walaupun tahap  'kena cincang' dengan mulut pisau dia sama laju dan sama halus.



Tapi dalam ramai-ramai chef perempuan yang ada situ, ada seorang perempuan ini dia sangat pelik. Dah la dia paling junior, dia paling kurang pengalaman (baca : paling banyak buat salah sebab banyak tak tahu), dia paling kecik, dia paling blur, memang orang keliling dah cop lah dia ni memang bakal kena 'gulai' habis-habisan nanti.

Tapi last-last, dia yang paling lama bertahan dekat situ sampai habis cerita .(yelah, nama pun heroin =D )

Rahsianya : Hati batu, kepala besi, muka tembok, ingatan ikan

(semuanya ikut situasi jugak lah. Bukan constant. Hanya dipraktikkan waktu kena marah )

Nama gelaran dia by ketua tu pun : Goldfish - sebab ingatan 2 saat je.

Kenapa ketua dia cakap macam tu?

Sebab dia nih kalau hari ni dah kena marah teruk amat macam mana pun, kena "You're fired" banyak kali pun, kena tengking berjuta-juta kali sampai bergegar bumi pun, esoknya mesti dia datang balik beratur nak mula kerja dengan macam biasa (even takut-takut still ada).

Memang macam dia lupa yang semalam dialah yang dah kena pecat, makanan dialah yang semalam kena humban atas lantai, leher dialah yang semalam kena cekik dengan chopstik gergasi, dialah yang semalam kena dimalukan depan semua collegue. 

Serious! Hilang ingatan ke apa dia nih? 

Bila ditanya kenapa masih bertahan? Tak malu ke?  

Jawapan dia: sebab saya nak belajar. Saya tak kisah kena tengking asal saya diajar betul.

Tergamam ketua dia. Memang spesis gam UHU sungguh lah perempuan nih...



Bagus kan? Ketua dia yang super firaun tu pun lama-lama jadi lembut hati sebab dia ni betul-betul nak. Tapi dengan syarat, setiap kali kena tegur yang berasas ( walaupun gaya tegurnya macam nak perlekeh atau nak baham orang), terima je. Sebut " Yes, Chef !!! "

Even orang lain semua sakit jiwa bila berdepan dengan ketua yang boleh buat orang hilang akal macam tu, dia telan je semua kepahitan tu dengan susah payah sampailah last sekali dia rasa manis sangat-sangat - bila dia dah perasan ketua dia ajar dia banyak sangat rahsia untuk jadi chef yang hebat secara tersirat. Termasuklah tersingkap kebaikan-kebaikan yang tersembunyi di celah-celah guruh suara ketua tu yang selalu menerbalikkan dapur mereka jadi medan perang dan kawasan gempa bumi. 

(Tetiba teringat Surgeon Bong Dal Hee. Sama situasi.)

Benda-benda ni buat saya terfikir tentang khabar-khabar angin dunia HO yang katanya sangat err.. neraka?.
Jangankan HO, anak kawan emak saya yang baru tengah sambung twinning kat Penang Medical College lepas balik dari UK 3 tahun pun dengarnya tak sudah-sudah kena maki dengan doktor Cina kat Hospital Besar Penang. Tu student tu, belum HO lagi. Gulp.. 

Well, nak tak nak saya tetap kena get ready? Kan? Kalau bertuah, alhamdulillah. Kalau tak? Erm, terima je.

Persediaan fizikal? ---> Banyakkan study and amali
Persediaan hati? ----> Rapatkan hubungan dengan Allah dan tawakkal tinggi-tinggi
Persediaan mental? ----->  Tiru Chef Goldfish ni dan Surgeon Bong Dal Hee maybe?  (^^,)Y

Teringat saya tentang situasi terima kritikan orang depan-depan. Bohonglah kalau tak takut waktu nak mula. Apatah lagi kalau berdepan sorang-sorang tanpa ada sesiapa untuk back-up. Menggeletar tangan tau. 

Sepanjang saya duduk di Jordan dan belajar berpersatuan, menerima kritikan orang adalah satu latihan. Tapi dalam pelbagai pengalaman, hanya 2 peristiwa sahaja bagi saya yang sangat-sangat menguji ketahanan. Bukan sewaktu berdiri di pentas beramai-ramai menjawab soalan waktu mesyuarat agung atau dipanggil dalam mesyuarat untuk musahabah bersama jawatankuasa yang ada.

Tapi dua peristiwa ini jadi secara face to face - duduk bertentang mata dan berlaga lutut antara saya dan orang yang mahu mengkritik saya. Dua peristiwa ini meletakkan saya sebagai seorang junior yang terpaksa berhadapan dengan seorang senior yang sangat perfectionist lagi lantang serta tajam tegurannya.

Kali pertama waktu tahun satu, waktu itu saya digalaskan biro program satu acara. Entah macam mana saya terdengar ada senior meluahkan ketidakpuasan hati di belakang. Terasa teringin nak tahu apa yang mereka nak cakap, saya berdepan secara pura-pura berani. Tiga senior didepani satu junior. Sorang. Tepi pokok bunga depan Dewan Farabi. Pengkritik : Ketua Helwi, Ketua (PP+KK - dulu sama) dan Setiausaha MPPM. Peh, kena dengan kakak-kakak jenis tegas plak tu. Mampus den. 

Kali kedua pula di tahun empat. Kes Baju KARISMA. Menghadap sorang kakak senior yang sama yang masih di sini. =) Tapi kali ini ada housemate teman. Juga ada senior lain sorang. Tapi dua-dua tolong perhati sahaja sebab tak berani masuk campur waktu saya kena 'siang'. Duh, kena lagi.


Takut ok! Even saya rapat dengan senior perfectionist ini, tapi still kalau masuk time dia tak puas hati, korang jangan main-main. Rapat tak rapat tolak tepi. Berdebar giler. Tangan sejuk amat. Jantung laju thumping macam nak pecah. Habislah. Habislah. Kalau kena suruh jawab, harap-harap tak gagap. Kena fire? Of course lah. Doa habis biar telinga saya kalis api. Muka kena maintain sengih dan pasrah setiap kali kesalahan saya kena tuju. Yelah, memang saya salah pun. Padan muka. 

Waktu itu dalam kepala saya hanya ada dua benda. Pertama, fokus apa salah saya dan jangan melawan. Kedua, tenang (walaupun kadang macam nak nangis juga). Habis 'operasi pembedahan', benda pertama yang kena buat adalah tarik nafas dalam-dalam, senyum sambil bisik "saya kuat! saya kuat!". Then seterusnya, ingat apa salah tadi dan lupakan segala kegarangan senior. Haa..... kemudian boleh sambung balik sembang-sembang gelak ketawa manja-manja senior junior. 

Sampai sekarang setiap kali saya berdepan dengan situasi menerima kritikan, saya akan bandingkan balik dengan 2 peristiwa paling mencabar ketahanan saya (termasuk waktu kena fire dengan doktor). Kalau setakat kena perli-perli pedas gurau-gurau dengan kawan-kawan sekeliling, apa lah sangat. Mungkin sebab itu jugakah kot saya selalu ditanya kenapa saya batu sangat kalau kena laser. Agaknya. Haha..

Sebab itu kalau nak kena kritikan, kena get ready. Kalau tengah tak stabil, baik jangan berdepan lagi. Tenang dulu. Grab rationality. Then baru lepas tu kita boleh terima kritikan dengan lapang. Saya sendiri kalau kalau tengah tak stabil, saya lebih suka jauhkan diri. Karang ada juga yang kena tak memasal. 



Oh, baru teringat. Mungkin jugak ini berkat latihan abah di rumah. Saya dulu mungkin agak nakal. Setiap kali ada kesalahan yang bakal buat saya kena sebat dengan abah, abah tak sebat on the spot. Dia selalu kasi beberapa minit dulu untuk get ready. " Lepas ni masuk bilik." adalah ayat yang paling buat saya rasa -oh menyesalnya aku, kenapa la aku buat macam tu, kan dah kena! Waaaaa! - Sangat tegas. Sangat tajam. Takde jalan pulang. Nasib lah, sapa suruh buat. Terima je lah. Bersedia. Kan abah kan? 

Hehe.. So, sebab itu sekarang, kalau nak kena sebat secara lisan pun, just gimme a second to get ready ya? 

Itu kalau yang boleh dapat peluang get ready lah. Kalau tak dapat, just behave. Lepas tu dah habis, boleh guling-guling padam api sendiri waktu orang tak nampak. Sampai reda. Sampai tak ingat balik pernah kena fire macam tu. =)

.
.
.
.
.
.
.
.

*Thinking*

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Well, okay. Mari ramai-ramai berharap boleh dapat ingatan sehebat ikan emas dongeng setiap kali kena fire atau kena ambush atau kena kritik. Barulah takde dendam-mendendam kan? Salah sendiri, kenalah tanggung. Yang penting kita perbaiki diri. Jadi better and better and better everyday~ 


Yosh~ (pesan pada diri sendiri)

Jumpa lagi!

2 comments

Write comments
hamuz
AUTHOR
October 29, 2011 at 2:22 AM delete

seriusssss menarik tertarik,cinul ko memang the bom..pengalaman hidup terinspirasi,x rugi kongsi chaiyok2x

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *