Episode Baru

Assalamualaikum


Apa khabar rakan pembaca sekelian?

Harapnya kalian semua baik-baik belaka. Tak kisah la jasmani, rohani atau emosi..

Alhamdulillah hari ini (Ahad 2 Oktober) adalah hari pertama untuk permulaan minggu kita hari ini. Hari yang saya rasakan agak penting untuk diri sendiri sebab hari ini saya dah ambil keputusan untuk kembali sama memperbaharui diri.

Pertamanya sebab hari ini saya akan mulakan rotation baru : Radiology.
Bidang berkaitan gambar-gambar x-ray yang hitam putih tu. Harap-harap menyeronokkan dan tidak akan membuatkan saya ter-syahid dalam dewan seminar. Hehe... Amin. =p

Keduanya sebab hujung minggu lepas adalah hari-hari yang amat menekan.
Walllahualam, saya terserempak sesuatu yang sangat-sangat menyakitkan hati dan menghancurkan kepercayaan saya kepada beberapa perkara di sini. Bayangkan apa perasaannya bila selama hampir 4 tahun lebih saya dengan penuh innocent beranggapan bahawa............. tapi sebenarnya...............

Hancur. Berkecai. Tak boleh terima.

Opss, sebelum tu tolong jangan kaitkan hal ini dengan cintan-cintun. Saya bukan jenis itu. Ini hal lain. Ini juga bukan hal-hal hot di Permai. Tapi sumber masalah ini memang di Irbid ini. Sekitar saya.

Disebabkan perkara tersebut, saya jadi sangat tertekan. Nasib baik saya jumpa ia betul-betul lepas exam. At least masa yang berbaki sebelum masuk kelas baru saya boleh gunakan untuk lepaskan perasaan. Lebih parah, bila saya seorang sahaja yang tahu. Orang-orang berkaitan mungkin langsung tak sedar apa berlaku. Dan kesannya, bila saya keluar dan terjumpa mereka, dalam kepala memang asyik berputar apa yang saya tahu.

Serious rasa macam nak lari. Nak cakap tak boleh. Nak tulis bahaya. Nak lepas confirm tak boleh. Sakit.

Sebab itu juga, bila tangan saya capai papan kekunci, ayat saya jadi kucar-kacir. Tajam tapi matanya tak tahu hala siapa. Saya cuba sedaya upaya menekan hasrat mahu bersuara seterangnya.  Sebab itu juga entry Eureka kelmarin berbau 'ular'. Sebab saya jumpa banyak ular jadian sekarang. Lidah bercabang semuanya. Dan entah mengapa kali ini Allah bukakan hijab mereka depan mata saya.

[ those yang tak faham entry lepas, mungkin sekarang dah boleh faham agaknya... =) ]

Langkah pertama saya : berundur dari semua
Tapi still saya tak akan lari macam tu je. Saya masih ada tanggungjawab di sini. Berbaki lagi 2 tahun.Tapi alhamdulillah sumber-sumber masalah memang sentiasa Allah jauhkan daripada bertemu mata dengan saya sepanjang hujung minggu lepas. Lega..

Langkah kedua saya : Cari ubat sendiri
Ubat-ubat saya macam biasa sebelum ini. Rakan yang memahami, aktiviti yang menenangkan hati dan tingkatkan talian dengan rabbul izzati.
(jangan risau, saya tak buat benda-benda kurang cerdik yang lain....)

Langkah ketiga saya : Satu hari berbaki untuk lepaskan diri
Lepaskan melalui buat benda-benda tak berfaedah sesuka hati tanpa perlu dengar sesiapa cakap apa-apa kepada saya. Sibukkan diri sendiri supaya tak ingat benda-benda tu lagi.

Alhamdulillah, semua dah selesai. Bukan selesai masalah ya, tapi saya selesaikan membentuk diri untuk memulakan langkah baru. Masalah ini saya kira tak mampu untuk saya hilangkan memandangkan ia bukan bersifat face-to-face. Jadi cara lain untuk melangkah adalah dengan menguatkan diri sendiri dan lalui sahaja tanpa perlu dipengaruhi bertubi-tubi.

Dan sekarang, di sini saya berdiri.

Masih dalam proses rawatan hati tapi insyallah saya sudah mampu berlari.

Mari kita mulakan semuanya serba baru. Buat apa nak pening-pening sentiasa dan bermuram durja. Hidup ni patut kita habiskan semata-mata kerana masalah seciput yang melanda kita. Ganbatte ne~

* Walaupun awalnya agak sukar tapi sekarang saya percaya, Allah lalukan saya di situ adalah supaya saya belajar bahawa sebagai manusia, kita mampu melaluinya. *

Yosh, our new episode of life !

Ahlen.....~!!

p/s: Mama, abah, if you read this... don't worry! ^_^Y ....I'm fine... I can do it... and I'm cool! =D

Jumpa lagi...


4 comments

ai's | October 2, 2011 at 2:11 AM

Ainul sabar yer... hidup di dunia nyata memang macam tu...belum lagi bertemu dengan orang yang makan kawan untuk naik, kawan yang bermuka dua, dan kawan yang tak sangka akan buat macam tu kat kita... kak dah rasa semua tu... pengalaman itu mematangkan kita....

-hazen | October 2, 2011 at 7:16 AM

"Bila kecewa dengan mereka, maka ingatlah mereka itu milik DIA jua~" -Kak Izzah.

luahkan la melalui puisi, he he.

saya menanti :D

Ainul Arina Madhiah | October 2, 2011 at 7:40 AM

kak ai:
insyallah.. ^^

syafiq:
kak izzah mana satu nih?
aduh, bila orang request ni yang lagi ketar. tambah-tambah bila awak plak yang request, uuu inferior.. hehe..

one day, insyallah ^^

-hazen | October 2, 2011 at 10:23 AM

kak Izzah NIMA.

saya tunggu, saya tunggu.

:D

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images