Back to the Past : Freshman

1:31 PM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum..



Alhamdulillah dah genap seminggu berada di Irbid Jordan semula sekaligus sudah seminggu juga memasuki dunia baru dalam hidup sebagai pelajar perubatan. Macam tak percaya sudah sampai ke tahun lima. Kalau adik-adik baru asyik nak "wow! akak dah nak habis...", diri sendiri pun sebenarnya " wow! tak sangka dah sampai ke suku hujung akhir study.."

Cerita tentang kisah permulaan tahun lima, Allah rupanya dah tetapkan saya memulakan fasa dengan round subjek Anesthetic (Bius). Agak tersasar dari rancangan dan harapan asal. Tapi betul lah, Dia itu lagi maha bijaksana. Dengan mulanya fasa tahun lima di bawah Anest, saya jadi sangat over excited setiap kali datang hospital.



Mana taknya, dahla doktor teramat baik-baik belaka. Tebuk sekali sekala. Tak payah tahan telinga kena tembak macam time surgery. Lepas tu selalu sangat dapat peluang duduk serapat yang boleh dengan surgeon waktu pembedahan tengah dijalankan. Kalau kira-kira dalam seminggu nih, dekat puluh-puluh pembedahan jugaklah yang dah dapat tengok. Memang superb!

Selain tu, banyak sangat prosedure bius dalam teater bedah tu doktor kasi can try sendiri termasuklah intubation sampai berkali-kali (tapi sekarang still tak pass lagi sbb selalu lambat sgt masuk. huhu..) Sangat teruja dapat buat sendiri macam tu. Itu belum masuk dengan procedure canula yang Dr sangat puji student Malaysia sebab terer dah buat sendiri tanpa perlu Dr. ajar. Thanks to batch MEP7, ketahuilah sumbangan anda di Kelantan haritu sangatlah berharga dan bermakna.

Teringin rasa nak post suasana belajar anest. Tapi nantilah.... (^^,) Pendek kata anesthesia sudah masuk list nombor tiga untuk pertimbangan sambung specialist selepas OnG dan Pedi.. insyallah...

Oh ya, hari ni lepas seharian suntuk join Minggu Haluan Siswa untuk pelajar baru di Jordan sebagai fasilitator, diri rasa terpanggil balik untuk muhasabah diri sendiri semula apa dah jadi sepanjang hampir 5 tahun duduk di Jordan. Adakah tepat mengikut perbincangan dan matlamat 5 tahun lepas atau tunggang terbalik tersasar hala tuju?

Sambil terang pada adik, sambil check pada diri balik. Mana yang terlupa, set semula dalam kepala. Mana yang terlepas, ingat kan balik supaya tak terus terbabas. Memang agak terlambat kalau nak reset semua kembali, tapi selagi belum sampai final exam tahun 6 saya yakin saya masih ada peluang memperbaiki kelemahan yang ada.



Tapi dalam puluhan matlamat yang pernah saya sendiri timbulkan waktu jadi freshman dulu, alhamdulillah saya rasa 65% nya sempurna mengikut perancangan. Yang berbaki faham-faham la sendiri. Mungkin ada beberapa halangan yang masih belum dapat saya lalui dengan tepat dan betul caranya. Takpe, fighting!

Inilah antara kelebihan yang saya rasa bila kita turut serta dalam minggu haluan siswa semula. Siapa kata senior tak payah join dah pun tak pa. Mungkin ya, tapi kadang-kadang bila dah lama jadi senior, kita sendiri tak perasan sebenarnya laluan kita pun rupanya tersalah landasan. Dan dari sini, kita boleh ukur kembali diri.

Malu jugak okay cakap berdegang tapi diri sendiri pun sebenarnya hampir serupa dengan contoh permasalahan yang diberi. Fuh memang sedaplah sebelum talu pada adik, yang paling awal kena adalah diri sendiri. Jadi, dalam masa yang sama :  Adik sedar, abang kakak pun boleh sedar.

So alang-alang masih tahun sekolah baru, marilah bersama-sama tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi. Kita adalah siapa yang kita tentukan.

Dan untuk diri saya sendiri : Sila sedar diri selalu lagi setahun dua nak habis. Jangan fikir best boleh terus balik Malaysia, tapi fikir lah betapa besarnya tanggungjawab mengurus nyawa orang yang bakal kita pegang bila dah kerja nanti. Either you are a doctor or you are a murderer.. >,<

Doakan kami semua ya.....~

Jumpa lagi..


5 comments

Write comments
-iNtaN-
AUTHOR
September 23, 2011 at 4:54 PM delete

"Malu jugak okay cakap berdegang tapi diri sendiri pun sebenarnya hampir serupa dengan contoh permasalahan yang diberi. Fuh memang sedaplah sebelum talu pada adik, yang paling awal kena adalah diri sendiri."

part ni saya paling setuju~! semoga kata-kata jadi catalyst pada diri~!

>.<

Reply
avatar
kamilah
AUTHOR
September 23, 2011 at 5:26 PM delete

alhamdulillah...
dah tahun 5
mga berjaya dunia dan akhirat.

Reply
avatar
[fathiyyah]
AUTHOR
September 24, 2011 at 11:36 AM delete

"Yang berbaki faham-faham la sendiri"

agaknya, nikah masuk dalam plan awal2 dulu tak?

hehe. melawak je.

doakan kita sama-sama

:)

Reply
avatar
September 24, 2011 at 12:58 PM delete

intan:
amin.. ^^

kamilah:
amin. doakan selalu ya. ^^

fathiyyah:
rasanya part plan nikah tu masih mengikut perancangan asal waktu tahun satu - fikir lepas study. ;p

nak saya doakan apa? awk kan mmg dh nikah dah pun.

hehehe.. gurau3. ^^,

Reply
avatar
kak Mah
AUTHOR
September 26, 2011 at 6:45 AM delete

Tahniah ...dah hampir habis pengajiannya...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *