Travelog Korea 2011 - Part 1 : First Impression

10:49 PM 29 Comments A+ a-

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, medan perjuangan tahun 4 tamat dengan jayanya. Berbaki lagi dua tahun di sini, mari kita ucapkan ahlan wasahlan kepada diri sendiri untuk ke peringkat seterusnya yakni tahun lima di bulan September nanti.

Sebelum itu, sebelum kaki menjejak Malaysia untuk cuti puasa dan hari raya yang agak lama, saya hadiahkan dahulu di sini satu travelog untuk sesiapa yang mahu membaca terutama buat adik-adik Jordan yang tak sabar-sabar nak mahu merancang misi menjelajah bumi Allah yang seterusnya dan kawan-kawan yang ada plan yang serupa... =)

Nota travelog macam biasa : Sangat-sangat-sangat panjang - maka jaga masa ya.. Tapi kali ini saya sudah bahagikan kepada beberapa part untuk memudahkan pembacaan.

*masuk gear satu*

Mukaddimah

Korea seperti yang semua ramai tahu terbahagi kepada dua bahagian berdasarkan idealisme masing-maisng : Korea Utara (Komunisme) + Korea Selatan (Demokrasi). Berbanding di Utara, Korea Selatan kelihatannya lebih terbuka dan lebih maju. Maka di sana lah destinasi utama tempat yang kami tuju.


Masalah berjalan bagi saya bukan satu perkara yang sukar di Korea. Pertamanya disebab Korea agak terkenal dengan pelancongannya maka kebanyakan papan tanda di Korea adalah multi-bahasa termasuk English. Dan transportation di Korea sangat senang nak guna. Easy to reach and simple. Insyallah tak sesat.
Keduanya bagi yang gemar mempelajari bahasa baru seperti saya, asas-asas bahasa Korea adalah sangat mudah untuk dipelajari termasuk dari aspek tulisannya. It is just like a code! Tak perlu pening2 confius sebab lebih kurang sama bentuk seperti di Russia atau berselirat-selirat bentuk seperti di China, huruf asas Korea adalah sangat senang. Serius!

Visa? Lagi heaven~ Sebab tak payah visa. hehe~ Malaysian yang nak ke Korea dapat kemasukan free selama sebulan kalau tak silap tanpa visa. So, tak perlu pening kepala (^_^)Y

Currency 1 USD = 1000 won = 0.71 JD = RM3


Macam Russia, matawang Korea pakai ribu-raban. Living kos pun lebih kurang, dua-dua agak mahal. Memandangkan cuti sangat pendek (2 minggu sahaja) dan bajet kurang mencukupi, maka saya hanya ke Seoul dan Jeju Island. Bajet pula sekadar 900JD tepat termasuk travel + penginapan + makanan + shopping. (jangan banding dengan pergi turki ye, better bandingkan dengan pergi europe.. ini sudah sangat-sangat murah..)

Our Travel Team

Oh ya, sebagai information ringkas saya bahagikan travel kami kali ini kepada 3 bahagian ( saya akan post 4 part termasuk part ini) berdasarkan teman perjalanan kami. Bahagian satu adalah 4 hari yang pertama - kami mengembara di Seoul bawah kelolaan Tour & Travel Agent milik Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK). Bahagian dua adalah satu hari di Jeju - kami berjalan bersama Yeha Tours Agency milik warga tempatan Korea di Jeju. Dan bahagian terakhir adalah baki 4 hari di Seoul lepas balik Jeju, kami jelajah Seoul sendirian berhad.
Catalog TnT : Kembara Sonata Salju
Tour & Travel (lepas ni disebut TnT) PPMK bagi saya adalah badan terbaik untuk student ke Korea (selain under kawan sendiri). Sebabnya bagi saya, untuk travel ke sesebuah negara saya mahu grab banyak benda. Bukan setakat jalan-jalan cuci mata tapi saya mahu tahu dalam-dalam tentang masyarakat di sana. Rahsia mereka, budaya mereka, fun fact mereka yang bagi saya hanya diketahui oleh orang-orang yang lama tinggal di sana.


Jadi, ini antara caranya yang saya jumpa. Plus, TnT hanya bawa kumpulan kecil max 5, diketuai oleh seorang AJK yang berbeza untuk hari-hari yang seterusnya. So close. TnT ini merangkumi semua benda-travel tour, penginapan dan makanan. Sangat flexible dan sangat informative (the cheapest place, the best spot, the halal food- they know everything..). Dan juga boleh jadi tukang tawar harga yang sangat bombastic! ini I like! =P So you got everything - new experiences, new friends, new culture and ect2. Cool..~


Tentang makanan, memang di Korea sangat susah nak jumpa makanan halal kecuali di Ittaewon. Kami memang kalau boleh taknak masak sebab dekat sini ada banyak sangat makanan-makanan korea yang kami nak cuba kalau boleh dimakan. seperti yang berasaskan sayuran dan seafood. Masalah campur alcohol tak berapa banyak sangat kat korea. Yang banyak selalu air rebusan daging. Maka orang terbaik yang tahu dekat mana boleh makan adalah student sana sendiri. Insyallah, saya tsiqah dengan mereka. Ini juga antara sebabnya saya prefer berjalan dengan student.=)

Yeha Guest House
Yeha Tours plak saya sendiri cari dan saya pilih. One of the most inportant reason : Ada budak Melayu pernah ambil (ada gambar dalam web dia) . So I guess they must know a lot about Muslim. Dan alhamdulillah bila kami sampai ke guest house dia, we have everything accomodation special for muslim - Makanan khas, pinggan mangkuk khas, and a cupboard full of every needs for Muslim. Ok, now I think I can survive here alone! Haha.. ^_^
Halal - for muslim only..... macam kami! =)
Keduanya sebab Yeha Tours can handle everything! Just say it : Ticket? Guest House? Travel tour? Food? Bagi je semua kat diaorang, diaorang boleh selesaikan everything for you. Siap dapat a lot of diskaun lagi kalau semua benda -benda tadi Yeha Tours yang uruskan. So, kalau dah boleh rileks buat apa nak pening-pening lagi? =P and their English is very good~

Untuk trip haritu yang mana semua sekali Yeha handlekan selama 2 hari 1 malam, kami bayar  RM588 sahaja. "Berbaloi dan agak murah. Tak jumpa plak agency ni dulu.." kata rakan-rakan yang pernah ke Jeju atau at least merancang ke Jeju tapi tak jadi sebab mahal

Guest book for those love Yeha~
Ketiga, Yeha Tours punya group also so small. Haritu kitaorang pergi dalam 9 orang je satu van (Kami berempat dari Jordan and another 5 person from Singapore). And we become so close, which is great. Selain tu, dia punya guest house punya dormitry sangat best! Besides located 5 minit je dari airport (klu lewat boleh lari sendiri. hehe..), dorm dia 2 katil double-deck in one room, dengan toilet in each room. Privacy terjaga~ Selesai... See, Yeha is the best! Believe me~ ^^,
Dan memandangkan 2010-2012 adalah Tahun Melawat Korea, sebenarnya kalau pandai dan rajin nak geledah cari info sebelum pergi Korea, kita boleh jumpa banyak sangat promotion-promotion hebat yang Korea sedang tawarkan. Contohnya shuttle bus free macam ni. Pergh, nasib baik cuti tak panjang. Kalau tak boleh kami gi Busan melenggang free. Hehe..~ Banyak lagi yang boleh anda cari dahulu - by web or by video. Semua ada, contoh macam video Seoul kat bawah nih..


Nak lagi bajet murah dalam tempoh masa yang lama? Boleh try buat volunteer work!  Macam yang Kak Zarina pernah buat dekat sini. Kak Zarina ni one of my sifu tentang travelling to Korea. Mantap habis pengalaman dia. Daripada blog Kak Zarina ni lah, banyak benda yang saya tahu dan saya belajar tentang how to travel in Korea.



Now, baru kita masuk sesi kembara


Tarikh travel kami : 9hb June sampai 17hb June 2011. Tarikh ni sebenarnya Korea dalam musim border antara summer dan spring. Bunga masih ada dan alhamdulillah memang ngam-ngam sangat kami datang sebelum 18hb tu sebab lepas 18hb hujan lebat dah mula mencurah-curah tiap-tiap hari di Korea. (Summer Korea selalu hujan)

Saya ke Korea by Air Asia, yakni erti lain saya 'transit' di Malaysia dulu sebelum ke Korea. Di Malaysia, saya bergabung berempat - Saya, Maisarah, Kak Pady dan Kak Nad sebelum sama-sama naik flight selama 7jam dari Malaysia ke Korea (jauh giler, macam Malaysia ke Kuwait je lama dia..).


Satu benda yang saya paling tak tahan nak gelak sebaik sahaja tayar kapal terbang mencecah di bumi sonata adalah bila mana sementara nak tunggu encik pilot parking flight tu, maka berkumandanglah lagu-lagu korea dendangan kumpulan 4minutes di dalam kapal terbang (maybe encik pilot yang buka kot ks kami tak boring).


Mak aih... Terbalik habis 180 darjah dengan flight Gulf yang buka doa dan zikir setiap kali flight landing atau bertolak. Uuuuu.... Inilah penanda pertama penangan kuasa hiburan di Korea.. (moga aku tak leka kat sini, amin...)

Tiba di Incheon Airport jam 9 malam, kami disambut oleh 3 AJK TnT - Ain, Zureen, dan Anis. Mereka ini yang akan bawa kami pulang ke hostel mereka di Dongyang sebab kali ni tiba-tiba guest house biasa TnT tempah dah full, jadi mereka letak kami di hostel student sahaja, dan kebetulan ada satu bilik kosong untuk kami guna. Yeay, alhamdulillah.. saya rasa that is better!~


First impression kami erm.. okayla orang Korea tak pandang kami head to toe macam orang Russia dulu. Tapi bila sampai je part nak naik teksi, dah mula nampak kerenah pakcik korea yang garang giler. 'Terlambatkan dia sikit' dan 'beg kami terkotorkan kerusi kereta dia sikit' adalah 2 benda yang terus buat dia angin dan marah-marah tak mahu ambil kami naik teksi. Erk.... maka berpesanlah adik-adik AJK tadi pada kami "normal la tu akak, kena marah dengan orang korea.." Oooh, okayyy~*gulp*


Penginapan kami sepanjang 4 hari yang pertama ini adalah Dongyang Mirae hostel. Dongyang Mirae adalah universiti lokasi tumpuan student Malaysia baru yang datang Korea untuk ambil diploma. So, ini memang port budak Malaysia lah kiranya. Nice cosy room. Tidur bertoto dan dan berbantal sahaja tanpa katil, memang 'Korea' habis life kami kali ni. Best apa,  kan kita nak rasa budaya mereka? =)

Dongyang Mirae University
Bilik kami
Jadinya malam kami datang tu, kami sekadar berkenal-kenalan dengan AJK TnT yang ada termasuk Ketua AJK Trip kami di sini nanti- Iffah (which is kawan kepada host kami di Russia juga, Piqah.. Keciknya dunia!).

Malam itu juga kami kembali susun tentatif mengikut keperluan sebab ada sedikit masalah dan juga sedikit keinginan, maka last-last banyak yang diubah tapi rasanya jadi lebih best dan bertuah. Dan paling saya syukur bila duduk di Dongyang ni adalah bila mana adik-adik AJK ni tetiba offer kami terus duduk kat Dongyang sampai kami balik tanpa perlu bayar apa-apa, walhal sebelum ni ikut tentatif duduk situ 4 hari je. Makanya terus 8 hari stay Dongyang tanpa perlu keluar (4hari bayar, 4hari free). Alhamdulillah3x~
ni bukan gerainya ya. Ini contoh google sahaja. 
Oh lupa, sebelum kami sampai ke hostel tu sebenarnya Anis bawa kami makan di gerai luar. Yup, mestilah Korean Cuisine!  Kami dah request pada mereka kami mahu tiap-tiap hari makan makanan korean sahaja. Alang-alang boleh request kan hentam je lah! Hehe. So, our first food is Rapokki...~
Rapokki
Rapokki ni macam mee kuah tapi pedas dia fuhhh memang pedas habis lah! Suka2~! Dalam Rapokki ada ddeokbokki ( Korean Rice Cake), salah satu snack Korean yang sangat femes dan saya dah selalu dengar. Jadi memang excited lah nak mencuba. Apatah lagi bila ada Korean side dish (Banchan) yang saya tunggu-tunggu - Kimchi, cendawan, dll.. Yum2~
side dish : Cendawan, pickles, dan kimchi~
Untuk sarapan esoknya plak, Iffah bawakkan kami Kimbap (Korean Rice Roll yang ala-ala sushi gulung tu) dan  Jumokbap (Korean Rice Fist Ball). Dah nama pun Fist Ball kan memang sebesar penumbuk pun. Kenyang giler makan pagi-pagi.
contoh Jumokbap yang ada kat korea
Untuk hari pertama, AJK yang bawa kami adalah Iffah. Kemana Iffah nak bawa kami?? Tungguuuuuu....
Untuk entry kali ini, saya mahu tuliskan dahulu beberapa rahsia budaya di Korea yang saya jumpa dan tahu daripada pemerhatian dan cerita Iffah sepanjang kami berjalan dan mentadabbur alam. Subway adalah salah satu tempat utama untuk saya belajar tentang manusia di bumi Sonata.

Madrasah Manusia : Subway, Korea


tua muda semua sama - berteknologi tinggi
1- Kalau di Eropah kita tengok ramai orang baca buku di train, di Korea pula agak lain ceritanya. Kalau depan saya waktu itu ada 10 orang, 9 daripada mereka masing-masing sedang khusyuk pegang tablet computer, i-pad dan handset yang berantena-antena - mungkin membaca dan mungkin juga sedang tonton berita atau drama.Baki yang seorang tu pula kebiasaanya sekadar earphone di telinga.  Everyone tua muda semua sama canggih-canggih belaka. Macam takde buta IT je kat sini. Hebat!

metafora tinggi....!
2. Agak-agak apa maksud iklan yang bergambar cincin ini?

"Marilah membeli cincin yang lebih besar" ????
" Simpanlah duit demi kebahagian masa depan" ???

Oh salah! Ini adalah iklan pembedahan plastik!  Ceit, aku tertipu rupanya. Nasib baik Allah bagi nikmat fikir kenapa lah boleh wujud 1 iklan barang kemas tersesat di kalangan 8 iklan pembedahan plastik yang beratur rapi memenuhi dinding gerabak train. Rupanya ini pun iklan pembedahan plastik juga. Maksud iklan? Fikir sendiri la ya... Mari tengok iklan-iklan lain pula.





OMG!! Astagfirullah... Patut la comel-comel belaka..No wonder juga sampai orang boleh keluar kenyataan kata MOSTLY wanita-wanita korea adalah plastic semuanya. Dikisahkan juga pada saya bahawa selepas habis belajar, pelajar cemerlang lebih suka dihadiahkan dengan hadiah peluang dapat pembedahan plastic berbanding hadiah lain. Boleh jadi juga sebab diaorang sangat pentingkan kecantikan untuk dapat kerja. Tsk3.. Kasihannya mereka sebab terlalu memperhambakan rupa~


3. Saya jarang naik LRT di Kuala Lumpur. Jadi saya tak tahu Malaysia beratur atau tidak. Tapi di Eropah, beratur untuk tunggu metro macam jarang saya jumpa. Selalunya berdiri secara rawak je la kan. Tapi dekat sini, disiplin memang tip top lah saya tengok. Saya pulak yang termalu sebab terberatur tengah-tengah sorang-sorang sebab tak terperasan dulu. -_-'


4. Ajumma = Wanita tua di Korea. Banyak sangat cerita kalau nak dihimpun tentang ragam-ragam ahjumma yang kami jumpa.Ajumma ni selalunya ada ciri-ciri yang konfirm ada pada setiap ajumma - rambut kerinting, suka pakai topi, baju seluar selalu kaler kontra terang. Hehe.Kiutt!  Serius, semuanya sama. Memang sebijik gaya~

Okay, rahsia ajumma yang pertama - Takkan wujud seorang ahjumma yang tidak berambut kerinting di Korea! Uiks, menarik~  Kenapa? Kata Iffah, sebab orang Korea rambutnya nipis, jadi bila tua cepat sangat nampak botak. Maka mereka kerintingkan supaya nampak tebal dan tutup botak. Itu memang jawapan benar dari seorang ajumma di sana. Haha. Kreatif kan! 


Rahsia kedua - Ahjumma sangat suka tourist kalau nak banding dengan orang muda yang agak suka buat selamber je. Everytime masuk subway, mesti ada ahjumma yang tegur kami. Kebiasaannya mereka suka tanya tentang tudung yang kami pakai. "Yippo! Yippo! (cantik2!) " tak sudah-sudah tudung kami dipuji. 



Maka, kalau nak cari peluang sembang, tegur lah ahjumma yang ada. Mesti diaorang layan. Even kadang-kadang tu dia semangat nak tegur kita dulu, macam gambar atas ni : ajumma ni sangat sungguh-sungguh nak ajar Maisarah sebut sebutan Korea dengan makhraj yang betul! =P

Tapikan, nak cakapnya orang tua sangat ramai di Korea. Orang muda pun lebih kurang. Tapi kanak-kanak sikittttt sangat. Iffah kata sekarang kerajaan Korea tengah pening macam mana nak kasi orang korea ni ada anak banyak. Institusi perkahwinan pun macam tak berapa nak digunapakai dah. Hurm....


5. Komunity Korea sememang petite dan slim-slim belaka. Lelaki dan perempuan dua-dua sama. Jarang lah nak nampak yang overweight, apatah lagi obese. Sepanjang 8 hari duduk Korea hanya ada dalam 4 atau 5 orang je yang saya jumpa overwieght. Kata Iffah, itu mungin sebab gaya hidup mereka yang bagus iaitu:


a) mereka makan kimchi yang mana telah pun ada kertas kajian kata bahawa kimchi boleh menguruskan badan dan kasi maintain slim tanpa perlu risau gemuk. Uuuu... menarik! Itu baru kimchi, belum campur lagi kepelbagaian sayur-sayuran yang sangat sedap dan lazat kat Korea. Sayur dah macam jadi antara bahan utama nak makan di sana. Memang syurga sayur!

Han River Bank
b) Orang kata orang korea adalah sangat workaholic. Maybe. Tapi bila diaorang tak dapat cari masa untuk bersenam waktu siang, maka diaorang pergi bersenam waktu malam. Wow! Mantap! Seriuss... ini memang sangat betul..!

berkelah tepi Han River
Saya sendiri yang memang selalu jalan malam di sana waktu tu terutama waktu naik Cruise di Han River, memang nampak kat taman tebing sungai tu pukul 8 malam sampai 10 lebih pun still penuh dengan orang joging, orang main basikal, orang camping, orang jalan-jalan ambik angin dll. Orang Taichi atau taekwando malam-malam buta je tak pernah nampak lagi ..

on the way to Nami Island
Life style yang seterusnya adalah aktif sampai ke tua. Ajumma baju pink biru ni antara salah satu ajumma saya jumpa waktu dalam perjalanan nak ke Nami Island. Actually dia ni adalah salah satu member daripada 6 orang member dalam geng dia. Macam mana saya boleh detect? Apabila mereka sentiasa bersama-sama kecoh-kecoh jalan ramai-ramai sama tinggi, sama rambut putih kerinting, sama comel, sama kiut dengan beg hiking besar yang tersandang di belakang masing-masing sambil cari-cari jalan macam orang nak travel. Semua berenam segeng tu adalah sama baya okay, ajumma belaka. Hiking kat Nami tu.. Wah, kuatnya stamina nenek-nenek nih..~


6. Kali ni nak bercerita tentang rahsia tandas plak. Eh, ni bukan saya tengok kat subway eh. Tapi seluruh tandas di Korea memang saya jumpa satu perkara ni. Tandas airport, tandas restaurant, tandas univerisiti semua mesti ada. Dan benda ni sangat-sangat baru bagi saya. Menarik dan bagus untuk diamalkan.

Ok, saya mulakan dengan budaya di negara Arab. Kalau masuk tandas perempuan, benda pertama yang anda wajib akan nampak adalah wanita Arab berdandan bermake-up sehabis-habisnya depan cermin. Siap sembur perfume head to toe lagi. Sangat beza bila saya berada di Korea. Now banding kan dengan budaya baru yang saya baru jumpa di sini iaitu budaya gosok gigi...!

gambar google sbb tak berani snap orang dalam tandas.huhu..

Waktu hari pertama berjalan, saya dah mula perasan sikap mereka di Korea. Ketika tu tengah area tengahari di tandas Yonsei University. Awal-awal nampak, saya fikir maybe diaorang baru lepas lunch. Ramai gak la dalam dua tiga orang depan cermin, semua tengah gosok gigi. Ok. 

Then sepanjang hari-hari seterusnya bila masuk lagi toilet kat mana-mana setiap masa mesti jumpa orang yang tengah gosok gigi. Macam gosok gigi tu dah jadi satu budaya biasa seperti biasanya arab bersolek di sini setiap kali masuk toilet. Erm, so maksudnya diaorang memang bawak berus gigi merata-rata la kan nampak gayanya? Bagusnya kan!



7. Dan info terakhir sekali : America adalah hero di mata Korea. Awak cari lah sampai ke ajumma paling tak membaca mana pun di Korea, walaupun diaorang illiterate dan tak tahu dunia luar seperti wujudnya negara bernama Malaysia, tapi America pasti diaorang akan tahu dan diaorang sangat-sangat hormat dan sayang orang America.

Antara sebabnya kerana America banyak bantu South Korea waktu diaorang perang dengan North Korea. Pembangunan Korea mostly juga banyak terhasil disebabkan pertolongan dari America. Justeru tak hairanlah kalau dalam ramai-ramai foreigner di Korea, orang putih Mat Saleh lah yang paling kerap diagung-agungkan dan cepat diberi pertolongan. 

Tak tahu nak cakap tapi bila saya dengar macam tu, saya rasa was-was pun ada. Boleh caya ke America nih? Macam tolong nak pecahkan dua beradik pun ada. Harapnya tak ada udang sebalik batu yang mana tahu boleh memusnahkan masa depan Korea Selatan sendiri. Who Knows kan? Allahu a'lam..~
.
.
.
.
.
.

Eh, ingatkan nak buat part-part ni sebab nak kasi pendek. Sekali satu part pun panjang berjela. Hehe. Maaflah, saya kalau menulis memang agak tak ingat dunia sedikit. Takpe, semoga apa yang tulis ni sedikit-sebanyak boleh memberi info kepada mereka yang tak pernah ke sana atau yang bakal mahu ke sana.

Untuk next part of the travelog, insyallah akan siap dalam masa yang terdekat. Sekarang saya sedang sibuk nak bersiap untuk pulang ke Malaysia esok. Ada masa terluang, insyallah saya selesaikan..~

Berhenti dahulu setakat ini. Insyallah jumpa lagi.

Ramadan Kareem~

p/s: Maaf kalau gambar-gambar makanan melaparkan sesiapa, saya yang menulis pun tengah menahan dugaan sebenarnya ^^,














29 comments

Write comments
Zarina Jani
AUTHOR
August 6, 2011 at 12:10 AM delete

Salam Ainul,
seronok baca travelog ni and thank you sebab link kan blog akak.
고마워!

Reply
avatar
Macedonia
AUTHOR
August 6, 2011 at 1:34 AM delete

Allahu Akram ^_^.

bestnya dia melancong...bahasa korea sangat berbelit utk disebut hehe...

tq, share travelog lagi...bye

Reply
avatar
-iNtaN-
AUTHOR
August 6, 2011 at 2:49 AM delete

kak ainuuulllll~!!

jelesss ok~!

cop, kak. kimchi tu boleh makan ek? setahu saya kimchi ada campuran alkohol(?)

akak makan x egg roll tu? apa ntah nama korea dia?


las but not least,

jeleessss laaaaaaaaa~! ^^

Reply
avatar
August 6, 2011 at 3:12 AM delete

aqilah:
=D

kak zarina:
ws kak.. hehe.. welcome! ^^,

syafiq:
*angkat kening* =)

Reply
avatar
August 6, 2011 at 3:16 AM delete

macedonia:
alhamdulillah allah kasi rezeki lebih sampai ke sana. insyallah nnti sy siap yang lain, saya post ^_^

intan:
kawan-kawan akak kat sana makan je akak tengok. Lagipun selalu diaorang sebelum stat makan tu, diaorang mmg tanya detail-detail dalam semua pasal ingredient + benda-benda yang takleh campur. Itu yang akak yakin boleh makan. Akak makan yang diaorang makan je. huhu.. INsyallah, okay.

egg roll? Kimbap ke? yg mana satu? ada gambar?

jeles? akak pun jeles gak awk dh smpai makkah. jom kita jeles menjeles sama2. hehe.. ;p Takdelah, akak doakan semoga nanti awak pun ada rezeki juga nak ke korea.Insyallah.. ^^,

Reply
avatar
zmah
AUTHOR
August 6, 2011 at 2:39 PM delete

Satu pengalaman yang menarik...beruntung dapat ke sana.

Reply
avatar
ainshams
AUTHOR
August 7, 2011 at 12:36 AM delete

salam Ainul,
mabrook!1 2 tahun tu kejap jek.. insya Allah, jmp kt hosp nnt, eceh =P

Well, thanks utk oleh2 korea tu, yeay!!! :)
ramadan kareem~

Reply
avatar
-hazen
AUTHOR
August 7, 2011 at 12:50 AM delete

harapnya kalau direzekikan pergi nanti, ada lagi la ahjuma2 tu.

er saya dah ada dah member kat korea tu. langkah awal la.

haha!

Reply
avatar
Mr. Identity
AUTHOR
August 7, 2011 at 9:38 PM delete

tahniah cik auriss haira! bertuah dapat melihat dunia dgn lebih luas.. nanti kirim salam kat rain yae..

Reply
avatar
August 8, 2011 at 9:23 PM delete

wah bestnya ainul. saya rasa macam ada kat korea je baca travelog awak ni :)

Reply
avatar
Akhyar
AUTHOR
August 10, 2011 at 8:19 PM delete

pergh, bez giler

dan, silap saya baca tym bulan puasa siang-siang. telan air liur tym tengok mee. *gulp*

Reply
avatar
August 17, 2011 at 5:23 AM delete

kak zmah:
alhamdulillah ^^

kak ain:
ws akak.. tq2! aminnnnn~ hehe
^_________^

syafiq:
haha. mantap2. bolehlah merancang awal. akak pun mau dekat half year gak merancang travel kali nih

Reply
avatar
August 17, 2011 at 5:24 AM delete

mr identity:
=) saya tak jumpa dia pun..

najihah:
membaca pun boleh kira melancong jugak kan? ^^

zul:
maybe awak patut simpan blog akak smpai dekat raya? hehe ^^

Reply
avatar
eKa
AUTHOR
September 10, 2011 at 10:12 PM delete

assalamualaikum...saya ada email tnt tu tp takde respon.kenapa ye agaknya...adad tak cara lain nak contact derang

Reply
avatar
fatt
AUTHOR
November 8, 2011 at 9:50 AM delete

assalamualaikum tuan rumah,

first time sy ke sini sbb nmpk trafik dr blog awk. tq sbb link blog sy..klu tak keberatan sy nk mtk izin link blog awk dkt bloglist sy

sy tertarik dgn info yg awk share ni. wlpun byk yg sy observe masa di sana tempoh hari tp sy tak teringt nak share...

anyway boleh sy tau mana awk dpt buku "food guide book for muslim" tu? TQ :)

Reply
avatar
November 12, 2011 at 12:05 PM delete

kak eka:
*balas kat blog akak*

fatt:
wa'alaikumsalam. ahlen2.. takpe2, sy tak kisah je. sorry ya link tak kasitau. hehe

buku tu saya cari online je. saya tak ingat kat laman mana, tapi sy ada je simpan dlm hardisk. nak?

Reply
avatar
January 27, 2012 at 4:28 PM delete

nak tanya, rm588 adalah hrga 2d1n pakej ke jeju utk brapa org tu?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 4, 2012 at 10:31 PM delete

menarik..sngat..saya sbenarnye tringin sngat nk pegi korea tp..blum ada peluang nk pegi:(

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 21, 2012 at 1:25 AM delete

kalau kami seramai 20 orang pelajar nak buat lawatan sambil belajar di sana, siapa yang boleh kami hubungi untuk mengendalikannya? tq

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
November 21, 2012 at 7:08 PM delete

eternal binder:
sorang

anonymous:
semoga dimurahkan rezeki utk pergi nanti =)

anonymous II:http://aurisshaira89.blogspot.com/2011/10/travel-tips-macam-mana-nak-rancang.html

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 1, 2013 at 4:36 AM delete

kak ainul, 900jd tu termasuk dgn flight dr jordan ke??

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 1, 2013 at 5:12 AM delete

yeha tours tu kak ainul dpt 588myr? sye check da jd 1500myr +.+

Reply
avatar
Ainul Arina
AUTHOR
February 1, 2013 at 10:49 AM delete

anon:
untuk jeju tu akak bayar 137jd, time tu currency mmg 558ringgit. TnT yuran dia dalm 318jd utk everything, tiket malaysia-korea dalam 252jd (akak gi korea dr malaysia, so tiket malaysia-jordan tak kiralah) shopping akak bajet dalam 200jd je (ni pun banyak sgt dah utk shopping ni). so total mmg 900 lah~

isk, jauh sgt beza 558 dgn 1500. ini mmg confirm iteniary yg sama ke? sbb akak just pergi jeju 2d1n je. Tak lama pun. Tu murah. Plus akak pergi time dia bkan peak season. Campur dgn join skali dia punya guest house n ticketing, so dpt bnyak diskaun.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 2, 2013 at 1:12 AM delete

owh okayh..sy tgok yg 3D2N >.< sorry akak!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 17, 2013 at 6:49 PM delete

Salam...

Nak tanya tourist guide yang mengembara di Seoul bawah kelolaan Tour & Travel Agent milik Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK)...camner saya nak contact yer? Kalau ade contact no/fb/email address boleh tak tolong emailkan info kepada saya jules_anakin81@yahoo.com...Terima Kasih

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
December 11, 2013 at 10:06 PM delete

Assalamualaikum. Saya natashah. Nak tanya, boleh tak bagi saya email or phone number tnt tu? Sebab saya bercadang nak pergi korea bulan 2. Kalau awak tak keberatan, send ke email saya natashahf@yahoo.com. terima kasih. Jasa baik awak sgt dihargai

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *