Tradisi Ramadan Kami : Kuih E

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni dah masuk Ramadan yang kedua. Bermaksud juga ada lagi 2 hari nak final exam Commed.  Dan lagi 5 hari nak balik Malaysia *dugaan sungguh nak tahan*

Bosan-bosan studi tadi sempat sembang-sembang dengan sedara-mara yang sedang bahagia duduk dekat kampung. Tukar-tukar cerita sambil update bila nak balik sana. Dan termasuk juga sembang tentang juadah buka puasa (topik paling menyedihkan mungkin untuk orang luar negara..) Siap meng-tag lagi dengan makanan yang ada. T_T

Cooooobaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ~~~~



Oh, ya. Tadi saya ditag dengan gambar kuih Ee. Antara kuih kegemaran saya. Juadah paling femes dalam keluarga kami di Parit Buntar setiap kali masuk Ramadan. Walaupun takde kaitan dengan bulan Ramadan, tapi bila zaman dulu-dulu moyang dan tok dan para ibu-ibu dalam keluarga semua asyik bakal buat kuih Ee terutama waktu Ramadan, maka jadilah tanggapan kuih Ee itu kuih bulan Ramadan untuk saya. Hehe..

Waktu kecil, saya panggil kuih tu kuih E sebab semua keluarga saya panggil macam tu. Dekat sekolah bila kawan-kawan sorang pun tak tahu kuih Ee tu kuih apa, maka saya panggil ia kuih marble dalam air kasi senang dapat gambaran walaupun saya tahu mesti diaorang takkan tahu juga. Aneh. Dalam hati pernah tertanya-tanya "famili aku je ke yang makan kuih nih?" huhu..


Lagi satu, dari dulu sampai sekarang saya tak boleh terima makanan ini dipanggil kuih. Sebab mindset saya, kuih itu mesti kering dan tak berair. Benda-benda berair macam ni selalu kita panggil pengat atau bubur atau apa-apa je lah yang penting bukan kuih. Ah, tak kisahlah~

Bila dah sampai Jordan dan sekarang di-provok-provok dengan kuih 'tradisi' keluarga kami waktu bulan ramadan ni, saya jadi teruja plak macam nak buat sendiri. Terbayang-bayang kenikmatannya makan kuih Ee waktu berbuka. Sejuk, manis dan kenyal-kenyal macam chewing gum! Sangat sedap..~

Maka, saya pun pergilah geledah internet. Awal-awal tulis "Kuih E" langsung tak jumpa. Ah sudah.. Salah nama ke nih? Alamak, macam mana nih? Nak search by gambar pun kena pakai nama jugak. Isk..macam mana nih? Jenuh nak cari.

Pusing punya pusing tak jumpa-jumpa (frust dah) sampai adik sepupu mention kuih "Tang Yuan" - sejenis kuih yang ala-ala Kuih Ee tapi lain version kuah dia. Then baru terkeluar dalam carian nama kuih Ee yang sebenar adalah "Kuih Ee (double E)"



" Kuih Ee atau nama lainnya Tang Yuan adalah sejenis dessert yang selalunya dibuat sempena menyambut perayaan Dong Zhi (冬至iaitu soltis musim sejuk (kedatangan musim sejuk) di dalam adat masyarakat Cina. 


Bagi masyarakat Peranakan pula, Dong Zhi lebih kenali sebagai Tang Check. Keduanya menandakan hari malam terpanjang di sepanjang tahun, Tang Check / Dong Zhi adalah sangat penting dalam kalendar Cina dan sesetengah orang menyambutnya dalam skala yang lebih besar dari sambutan Tahun Baru Cina. 


Kuih Ee dibuat untuk menyambut kedatangan musim sejuk dan dengan memakan kuih ini, seolahnya kita akan setahun lebih tua. Dalam budaya Cina, bentuk bulat-bulat Kuih Ee melambangkan perpaduan dan kesempurnaan keluarga " 

Owh.. patut la dulu ramai orang Melayu kawan-kawan saya tak pernah dengar. Ini makanan tradisi orang Cina rupanya..

Lupa pula yang keluarga saya dari adik beradik, mak ayah, sedara mara ke tok-tok semua jenis dah biasa makan makanan bukan melayu (maybe sebab dah campur-campur dengan Penang yang bercampur), jadi kadang-kadang saya saya sendiri tak perasan rupanya juadah-juadah kami ni juadah pelbagai budaya.

Kuih Ee ni selalu jadi tarikan untuk kanak-kanak sebab ia warna-warni dan comel-comel. Selalunya kuih Ee ni dimakan sejuk-sejuk. Lagi sejuk lagi sedap. Mungkin sebab tu jugak kot famili saya selalu buat time Ramadan sebab Ramadan selalunya panas. Jadi bila makan Kuih Ee yang sejuk dalam cuaca yang panas, confirm nikmat ! ^_^

Ini yang nak try test buat time summer kat Jordan nih.. Hehe~

Resepi Kuih Ee boleh tengok sini --> Cara buat Kuih Ee

Erm... tapi tadi rupanya baru tahu stok daun pandan kat rumah dah habis. Alaaaaa... tak dapat buat kuih Ee! T_T  *sob2* Nasib baik lagi seminggu je nak balik Malaysia. Makan sana je lah nanti... -_-'

Ok, nak siap berbuka puasa. Jumpa lagi!

Selamat berbuka~

p/s:

Dalam banyak-banyak tradisi keluarga saya, kegemaran saya :
di Bulan Ramadan -  Kuih E
di Bulan Syawal - Biskut Y

ehh... macam ABC plak. =P

15 comments

arina | August 2, 2011 at 9:23 AM

weh cam sedap je. warna-warni pulak tuh. aku yang bukan budak2 nih pun rase cam teruja nak makan haha. ah sudah, aku dah terliur nih huhu.

-iNtaN- | August 2, 2011 at 9:48 AM

macam bubur biji nangka je~

ke nama lain jugak? =D

Syahida Majid | August 2, 2011 at 10:22 AM

Macam kuih puteri berendam, tapi mejo orang buat puteri berendam kuah letak santan sikit. Kalo ksyi malas letak santan, pakai air gula biase je.

Kuih Ee, puteri berendam, bubur sum sum. Hee, sepupu sepapat la tu

-hazen | August 2, 2011 at 1:25 PM

tak kesah la nama dia apa.

tapi memang sedap la nampaknya.

taknak jual2 ke? haha

zmah | August 2, 2011 at 2:21 PM

Akak kena cuba resepi kuih Ee ni..

Ainul Arina Madhiah | August 2, 2011 at 2:47 PM

arina:
sedap2! test lah buah. senang je pun.. ^_^

intan:
bubur biji nangka selalu kuah diabersantan, pastu bentuk dia silinder2. kalau kuih Ee ni bentuk wajib bulat, pastu selalu kuah dia either air gula atau air halia je. klu yg bersusu2 santan selalu dah jadi version tang yuan, maka mengikut kata kawan2 cina kitaorg, dia dah jadi kuih lain. walaupun mcm sama, ia tetap berbeza. haha.. ;p

kak syi:
haha.. haah la kak syi, oter2 sket dah lain kuih lain kan? kretip2~ sedara mara je rupanya kuih-kuih tu semua. ^^,

Ainul Arina Madhiah | August 2, 2011 at 2:53 PM

sadis:

dah dimention kan tadi, pandannya habis. jangan kan jual, makan sendiri pun tak lepas. huuu... awak ada pandan? klu ada, buatlah! pastu jual kat Permai. nnti mesti akk orang pertama jd customer awak! =)

kak zmah:
cuba kak, jgn tak cuba.. sedap nih. ^^,

laila biruni | August 2, 2011 at 4:45 PM

ainul..
balik raya kt malaysia eh thn ni?
nnt kabor2 la. aku free je raya ni.
rindu nk jmpa. huhu.

cikEff | August 2, 2011 at 5:00 PM

okes. nnt saya cuba nga famili saya ;) tengs.

Ainul Arina Madhiah | August 2, 2011 at 6:07 PM

laila:
haah, balik! sampai 17hb september insyallah.. pe lagi? hehe.. meh la turun nibong, ak dah pnah gi lenggong dah. hehe..

ciktim:
welcome~ ^^

Cidak | August 2, 2011 at 11:55 PM

saya ada pandan.

saya bagi akak,akak buatkan.

aci tak? aci tak?

NIk Fauziah Nik Hussin | August 3, 2011 at 12:09 AM

salam ainulllll...
dulu ofis mate merangkap editor akak, selalu cerita ttg kuih E nih.. makanan favourite arwah ayah dia di bulan puasa.. tp kuah dia guna gula melaka... bila tgk tajuk entry ainul, akak dah senyum sorang2 hehehe..

Ainul Arina Madhiah | August 3, 2011 at 1:40 AM

cidak:
esok akak exam, lusa tulat akak kena bersiap nak balik. 7hb akak dah balik. maka jawapannya tak aci kot dik. haha.

kak nik:
ws akakk! lama tak jumpa. hehe... kuih ni klu pakai kuah gula melaka pun sedap je. nak test la bila-bila.. ramadan kareem kak nik ^_^

Zarina Jani | August 6, 2011 at 12:13 AM

Salam Ainul,
itulah..bile akak tengok gambar kuih ni, terus akak fikir.."ini kuih kaum cina ni..hmmm" ^^

Ainul Arina Madhiah | August 6, 2011 at 2:21 AM

kak zarina:
terer! hehe.. akak orang first antara yang tahu tanpa tahu nama. ;p selalu makan eh?

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images