Saya Rindu Ramadan

2:20 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum


Hampir 2 minggu nampaknya kaki sudah menjejak Malaysia. Alhamdulillah rasanya cuti kali ini banyak terisi dengan bahagia bersama keluarga. Menjadi pelajar medik Jordan yang purata cutinya paling panjang hanya sebulan, cuti paling panjang yang sebulan ini (summer) memang sedaya upaya memang mahu dihabiskan dengan bersama keluarga. Agak susah nak keluar. 

Minggu yang kedua pula saya 'kuat'kan diri ke Kelantan untuk bersama-sama rakan sekuliah lain menuntut ilmu skill procedure perubatan yang susah kami dapat buat di Jordan. Perihal aktiviti ini nanti saya kisahkan lain hari. Pendeknya tentang dia, saya sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah tidak sesukar mana mahu membenamkan jarum di tubuh manusia, cuma kadang jadi gerun kalau yang dicucuk menjerit tiba-tiba. =)

Cuma hari ini, terasa nak berkongsi satu benda..

Sepanjang 2 minggu di Malaysia ini, erm... jujurnya saya rasa aura Ramadan macam makin hilang. Terutama kalau dalam berada di luar rumah. Sekarang, saya hanya rasa Ramadan itu di sisi hanya waktu berbuka, waktu solat tarawih dan waktu tengok rancangan TV yang berkisarkan Ramadan. Dan semuanya hanya boleh dapat di rumah. (Masjid lain cerita lah.. )

Keluar sahaja dari rumah...

Di kereta, yang berkumandangnya lagu-lagu raya
Di jalanan, yang digantung-gantung iklan-iklan raya
Di pasar-pasar raya, yang dijual barang-barang raya

Serius, memang boleh lupa diri kalau keluar rumah. Rasa nak raya tu sangat-sangat hebat auranya...

Dush, susahnya diri yang lemah semangat ni nak selalu kuat teringat yang sekarang ni masih bulan Ramadan.

Bulan pulun ibadat
Bulan kejar rahmat
Bulan berubah kuat-kuat

Sampailah tadi waktu tengah jammed teruk dekat Kota Baru, ayah Kak Wan buka siaran satu radio mana entah yang memang langsung tak sentuh bab raya. Lagu Ramadan memanjang. 

Tengah-tengah bosan tunggu kereta jalan macam siput itu lah tiba-tiba macam tersedar balik " eh sekarang Ramadan lagi lah! " walhal sebelum tu masuk KB Mall dah rasa macam esok ni hari raya sebab padat sangat orang shopping raya hari ni. 

Ya Rabbi, macam mana boleh lost nih!

Isk, Ramadan dah la tinggal half je dah. Tak boleh jadi ginih. Kena tukar gear balik nih. Mandom semacam je rasanya sekarang. 'Dok Gerok doh' bak kata makcik Pasar Siti Khadijah. Sayang2x~

Maaf ya Ramadan, aku tersasar sebentar..

Yalla3...~

Mari Imarahkan Ramadan yang berbaki....!

p/s: mungkin juga kita patut beli/download lagu Ramadan banyak-banyak dan bubuh dalam kereta hari-hari kalau keluar biar rasa sikit boleh lawan balik lagu raya yang meng'ganas' sekarang~


jom dengar lagu Rindu Ramadan.
Dulu Ramadan takde, mengada nak rindu-rindu..
Ni Ramadan dah datang, gedik plak kita boleh tinggal dia...
Tak datang langsung kang ha.....!

Set...! 

One...!

Two....!

Go.....!!!!!!!!!!!!!

Ramadan, here I come ~


-wassalam-

**travelog korea yang seterusnya in process*



p/s : updated - MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. Gambar sebelum ni double trick photo. Saya tak perasan. *ya rabbi malunye*

5 comments

Write comments
-hazen
AUTHOR
August 17, 2011 at 2:50 AM delete

terkejut tengok gambar?

Reply
avatar
August 17, 2011 at 5:06 AM delete

syafiq:
ha? *akak tak faham soalan awak*

Reply
avatar
-hazen
AUTHOR
August 17, 2011 at 10:57 AM delete

er yang something missing tu,

ape yang missing nye?

Reply
avatar
zmah
AUTHOR
August 17, 2011 at 1:52 PM delete

Risau juga kalau ini Ramadhan terakhir kita...

Reply
avatar
August 17, 2011 at 8:24 PM delete

syafiq:
aduh! haahla, akk pun bru perasan lepas suruh kawan akak bukak tngokkkan. terkejut kitaorg pagi2 buta tadi. T_T

thanks syafiq! lepas ni nmpaknya akk mmg kena hati2 lah kalau nak amik mana2 gmbr dr google dah.. ces~

kak zmah:
*fikir*

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *