Syita El-mulawwan

Assalamualaikum...

7hb Ogos kali ini insyallah saya akan pulang terbang balik Malaysia untuk cuti summer kami sebelum melangkah ke tahun lima. Walaupun sebenarnya dah jumpa keluarga sekejap waktu transit balik bulan 6 haritu, tetap kali ni saya excited masih tinggi sebab cuti kali ini adalah cuti terpanjang pernah saya dapat sepanjang 4 tahun jadi pelajar Jordan ( puasa 3 minggu + raya dua minggu lebih)  *jakun*  =P

Oh ya! Macam biasa sebelum balik Malaysia, dalam buku nota sudah ada catatan-catatan kecil tentang barang-barang kiriman orang dari Malaysia. Kalau dulu waktu 1st year saya bawa sendiri hadiah-hadiah dari Jordan untuk semua, dah makin lama duduk sini dah makin hilang idea nak bawa apa. Jadinya siapa tempah, dialah dapat hasil di Malaysia. Hehe. ^_^

Antara barang-barang yang kerap saya dan kawan-kawan bawa pulang ke Malaysia adalah jubah-jubah lelaki dan wanita, barang-barang laut mati, lapik meja arab yang stylish liplap-liplap tu, coklat-coklat dan manisan Jordan, buah-buah dan rempah-ratus yang mahal giler kat Malaysia tapi murah ya amat di Jordan dan macam-macam lagi yang kurang ada di Malaysia (kalau ada pun, mahal~)

Tahun ni pun macam tu juga. Cumanya ada pertambahan barang baru yang pertama kali saya kena beli seperti satu set teko aladdin yang tembaga antik tu. Abah teringin. Dulu waktu tengok di Malaysia, harganya cecah sampai beratus-ratus. Setahu abah, benda-benda macam ni kat negara timur tengah senang dapat dan murah. Oh,ok. Saya mana tahu, tak pernah terfikir pun nak tengok kat Jordan. hehe..

Ini yang kayu jati dari Indonesia. Saya cari yang tembaga punya.


Jadi semalam, pusing punya pusing satu Irbid dari Duwar Naseem ke Irbid Mall ke Arabella Mall ke balad semua takde. Mak aih, payah giler nak cari! Kat Jordan (spesifiknya Irbid) tak wujud ke eh? Dah hujung-hujung singgah Mukhtar Mall baru jumpa. Itu pun diaorang ada tiga set je.Nasib baik betul murah (dalam RM60 je).  Gelak pakcik Mukhtar Mall tu sebab dia tahu kitaorang pusing cari tak jumpa-jumpa selain kat kedai dia. Nasib baik kat Irbid ada walaupun susah jumpa, sebab saya malas sangat nak pergi balad Amman time panas-panas waja macam sekarang. Alhamdulillah~


Ha! dan semalam juga, ada satu benda baru yang kami belajar tentang jubah lelaki. Selama 4 tahun membeli jubah lelaki selama ni, kami tahu je yang dia ada banyak fesyen bergantung ikut negara asal jubah tu dibuat dan jubah summer dengan jubah winter lain jenis. Tapi kami tak pernah tahu plak tentang yang ini..

Kami : Pakcik, nak jubah lelaki syita (winter) kaler putih satu!

Pakcik Kedai : Tak de.

Kami : Maksudnya kau dah habis stok warna putih ke?

Pakcik Kedai : Bukan2. Yang kau mintak tu memang tak wujud. Syita El-mulawwan! ( Winter hanya warna-warni sahaja)

Uiks.... Laaa, macam tu ke? Jadi selama ni kalau winter memang takde orang jual jubah lelaki yang kain tebal la ye? Ooooo..... Tak pasal-pasal dekat kedai tu pakcik tu bagi ceramah tentang tekstile plak pada kami. Katanya, waktu winter orang tak pakai kaler putih. Orang pakai jubah yang berwarna-warni. Putih hanya ada untuk summer yang kain licin nipis lembut tu. 

Kenapa eh? Sebab putih tak simpan haba ke waktu musim sejuk?

Owh, begitu. Tak pernah perasan pun. Mungkin winter depan kita boleh tengok, orang lelaki ada pakai jubah putih ke tak. Kalau ada, hanya ada dua kemungkinan sahaja. Sama ada dia pakai baju lain kat dalam atau kemungkinan lagi satu, pakcik kedai tadi merapu. Wallahualam...

Tapi takpe, sekurang-kurangnya saya dah tambah satu info baru tentang Jordan. Nice! =)

Alhamdulillah, semalam dah pusing habis cari semua benda kecuali lapik meja, kurma tangkai, dan fanous (plan sahaja). Bakinya ni cari lepas exam lah 4hb nanti. Doakan ya kami nak exam kali ni. Malas ya amat dah rasa sebab tak sabar nak balik Malaysia. Huhu. Padahal lagi 5 hari je pun. Debar plak rasa. ^^,

Ok, cukup sampai sini. 

Jumpa lagi~ 

p/s : 

Ramadhan Irbid mula 1 Ogos. Ramadan Kareem semua! ^_^









9 comments

Cidak | July 30, 2011 at 4:08 AM

akak balik naik flight pe?

saya tak cari pape lagi,sibuk final exam..

Ainul Arina Madhiah | July 30, 2011 at 5:35 AM

cidak:
akak naik flight oman. awk balik bila? jangan beli lewat2 sgt, karang naik canak-canak naik.

Najihah Faizah | July 30, 2011 at 5:15 PM

Selamat kembali ke Malaysia Ainul! :)
Ramadhan Kareem...

Cidak | July 30, 2011 at 6:01 PM

saya balik 7, tapi naik kuwait.. :)
akak sampai klia dulu la nti..

tapi, sy transit lama kat klia..
7 jam, tataw nak buat pe.

Ainul Arina Madhiah | July 31, 2011 at 1:33 PM

najihah:
allahu akram, najihah... (^_^)Y

Cidak:
akk smpai dulu? sbb kuwait transit lama ke?

akak pun lebih kurang je, 4jam transit klia. nanti ingat nak lepak kedai buku je kot, tak pun pusing2 ke naik taman kat bumbung tu ke..

Cidak | July 31, 2011 at 3:03 PM

maybe.
sy sampai klia kul 2 petang.
flight domestik kul 7..

sy lepak dekat tmpat tengok kapal terbang berlepas ar kot..

:_)

Ainul Arina Madhiah | July 31, 2011 at 6:22 PM

cidak:
ooo.. akak smpai klia pukul 12 lebih. flight domestic pukul 4. takpe2, marilah beramai2 budak jordan mengimarahkan kawasan KLIA tu dalam bulan ramadhan. ^^

kamilah | August 1, 2011 at 2:32 AM

selamat pulang..
bagai sirih pulang ke gagang..
hehe
1st tym dengar pasal warna jubah...
uniknya jordan..
hop balik nex yer boleh akak buat tempahan..=p

Ainul Arina Madhiah | August 1, 2011 at 9:37 AM

kak kamilah:
boleh je, tak kisah =)

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images