Perbaharui Langkah

3:01 AM 4 Comments A+ a-

Salam



"If you would not be forgotten, as soon as you are dead or rotten, either write things worth reading, or do things worth writing"  - Benjamin Franklin - 


Semalam saya baru habis hadam buku Rindu Bau Pohon Tin karangan Ustaz Hasrizal selepas selesai ambil bancian Community Medicine di perkampungan Joumha sementara menanti rakan-rakan lain yang belum pulang. Sepanjang pembacaan alhamdulillah terasa niat asal kembali ke Jordan kembali jelas depan mata. Tambah-tambah bila hari yang sama ini juga saya turut berpeluang mengikuti program IFMSA di universiti. Semangat mahu berubah dan lebih tekun belajar makin melonjak-lonjak.

Seperti biasa apabila mula sesi muhasabah diri, mesti seketika saya akan berpaling ke belakang, sedikit sebanyak menyesali masa-masa yang terbuang tanpa sebarang kebaikan ataupun kesedaran. Itu belum campur lagi dengan waktu-waktu pemberontakan diri. Alamak, ruginyaaaaaaaa.....!

Membaca kisah coretan sahabat seperjuangan Ustaz Hasrizal yang menemui Pencipta di bumi Isra' ini, diri rasa terusik betapa selama ini tak pernah terlintas dalam fikiran kebarangkalian yang sama mungkin boleh terjadi pada diri sendiri. Na'uzubillah, minta dijauhkan.

Bukan apa, kalau ditolak tambah dikira-kira banyak lagi benda yang belum saya selesaikan. Bekalan diri sendiri masih belum mencukupi. Tanggungjawab masih belum langsai dihabiskan. Dan masih ada banyak lagi benda yang perlu saya perbetulkan. Kalaulah sekarang ini masa saya tiba, alangkah ruginya saya! (mengikut pertimbangan sendiri) Allahu a'lam~

Maka baru sekarang terasa kembali buka mata. Sebaiknya yang telah lepas saya biarkan sahaja sebagai pengajaran. Yang bakal datang ini yang akan saya genggam sebaiknya untuk saya hadapi dengan sebaik perancangan.

Target kali ini biar kali ini nama saya betul-betul naik di hadapan Dia.
Sebagai hamba yang telah berusaha sehabis daya upaya
Memperbaiki diri
Memperbaiki situasi
Memperbaiki realiti
Menjadi sumber manfaat buat keluarga, masyarakat, agama dan juga ummat.

Sayangnya kalau hidup yang diberi sekadar hilang dibawa angin sedangkan dalam pada masa yang sama diri sendiri terumbang ambing rosak akhlak rosak ibadah tiada pegangan tiada masa depan. Keluarga pula dianak tiri dan masyarakat saja terbiar tak dipeduli. Hidup bagai enau dalam belukar, sendiri sesuka hati. Tak terasakah nanti kalau tiba-tiba ditakdirkan untuk mati, nasib waktu itu macam mati katak yang sama tak dipeduli? (nau'zubillah moga dijauhkan~)

Kita memang manusia yang banyak kelemahan tapi kita juga tetap manusia yang Allah jadikan dengan banyak kelebihan. Apa bestnya jadi manusia yang sedang-sedang? Alang-alang hidup, baik terus berjuang.

Tak semestinya kita nak hebat sampai terkenal di kalangan manusia, tapi sangat-sangat beruntunglah kita kalau nama kita ini terkenal di hadapan Allah nanti seperti Uwais Al-Qarni yang dahulu terkenal di kalangan penduduk langit kerana ketaatannya yang hebat kepada ibunya yang kurang sihat - Kisah 1 dan Kisah 2 .

=)

Jadi, jom kita sama-sama mulakan langkah baru hari ini. Semoga usaha kita sekarang bakal membuahkan hasil yang dapat membantu kita di akhirat kelak. Janganlah takut untuk gagal sebab Allah memandang pada usaha, bukan pada natijahnya. Yang penting, biar kita sama-sama menjadi salah satu sumber tenaga agar kelak di akhirat nama kita tidak ketinggalan untuk mendapat hadiah daripada-Nya. ^^

Ok, cukup setakat ini. Saya nak bersiap pergi penutup program IFMSA dan siapkan case report Community Medicine. Belajar kena sungguh-sungguh baru boleh jadi doktor yang berjaya untuk kepentingan masyarakat dan ummat khasnya, kan?

Selamat bermujahadah semua!


Ganbatte kudasai~

Jumpa lagi~

4 comments

Write comments
Sofia Farudz
AUTHOR
July 20, 2011 at 5:23 AM delete

betul kak arina..
buku ustaz hasrizal jamil sangat best dibaca.. dan sangat menyentuh hati..

buku beliau yang lain tajuknya "secangkir teh pengubat letih".. kak arina dah baca?

ganbatte kak arina.. selamat berjuang.. (^_^)

Reply
avatar
ainshams
AUTHOR
July 20, 2011 at 6:33 AM delete

wish u all the BEST!
~ramadan kareem~

Reply
avatar
July 26, 2011 at 7:39 AM delete

moga Allah redha dgn setiap bait2 kata dlm pondok teduhan ini,
slmt berjuang di bumi urdun.

caiyok! =D

Reply
avatar
July 29, 2011 at 1:45 AM delete

sofia:
akak dah baca buku tu. best2. terima kasih ya sofia. doakan akak sama ya. =)

kak ain:
thanks akak! you too, wish u all the ebst in everything~ ramadhan kareem ^^

pelaut rabbani:
amin. moga allah makbulkan segala doa kita. terima kasih ^^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *