Oasis Buat Mu Dari-Nya

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat semua~



Semalam kami di Irbid ada menghadiri satu forum sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang akan tiba nanti. Bertemakan "Oasis yang Dinanti" bagi Ramadhan kali ini, forum "Mencari Seteguk Kasih Oasis" membawa kami kembali bermuhasabah akan peri penting persediaan ilmu dan amal dalam persiapan menerima kehadiran Ramadhan kali ini.

Oasis..

Satu kalimah yang apabila disebut membawa kita kepada satu gambaran yang mana wujudnya satu nikmat, satu harapan di celah-celah bahang dan panas sebuah keadaan yang menyesakkan dan menghimpit perasaan. Seakan-akan terjumpa sekolam air di tengah gurun gersang. Seperti nikmatnya asir (jus) syamam bil halib ( honeydew + susu) yang menuruni kerongkong di waktu tekak kering menghadap summer yang memeritkan dan mengeringkan. Tak terungkap nikmatnya dengan kata-kata, kalau nak dihyperbola mungkin boleh dikata seakan-akan telah berada disyurga setelah bertahun-tahun menahan siksa. Wallahualam~

Oasis dan Ramadhan : Perkaitannya jelas melalui keistimewaannya bulan barakah ini dalam kehidupan kita di sini. Ramadan umpama bulan pesta tempat manusia berlumba-lumba membersihkan jiwa setelah setahun mengharungi dunia. Ramadan adalah oasis, tempat manusia-manusia yang penat mengembara kembali mengumpul bekalan menguatkan diri untuk kembali berjalan. Seperti mana terujanya seorang musafir bertemu oasis di gurun sahara, begitulah patutnya kita dalam debar seronok bertembung Ramadan yang mulia.

Semalam timbul sebuah persoalan "Apa yang menyebabkan istimewanya Ramadhan?" Memang telah diistimewakan secara semulajadi oleh Allah atau kita yang mengistimewakan sendiri?

Kata Ustaz, pertamanya kerana di bulan ini turunkan Al-Quran, maka ia menjadi satu bulan yang lain dari yang lain. Keduanya kerana Allah sendiri telah mengistimewakan bulan ini melalui kalam-kalam-Nya dan hadis-hadis dari Nabi. Malah kita sendiri mendengar bahawa betapa selama ini manusia sering berlumba-lumba beramal di bulan ini atas rahmat dari-Nya yang mencurah-curah tak henti-henti lebih daripada bulan yang lainnya.

Serentak dengan itu sebenarnya saya kembali teringat kepada satu kuiz daripada seorang teman:



" Cuba kita renungkan, apakah tanda paling hebat pemurahnya Allah yang tidak pernah ada dalam diri hamba-hamba-Nya? "

Jenuh kami berfikir. Nak kata balasan dan syurga atas amal kita, itu lebih kurang 'macam' manusia : Bos bagi gaji bergantung kepada prestasi kita kerja di dunia ini. Bukan tu. Erm, adakah sebab dia tetap bagi rahmat walaupun hamba-Nya ingkar? Bukan juga rasanya sebab itu 'macam' orang yang tetap buat kebaikan walaupun diuji macam-macam oleh masyarakat sekelilingnya. Apa ya? Yang manusia tak pernah buat, hanya ada pada Dia. Kalau nak kata ciptaan-ciptaan yang hebat, itu lain cerita lah~

Seminit..

Dua minit...

Tiga minit..

Give up! Tak tahu!  -_-'

Jawapannya :
Dalam beramal baik, niat sahaja sudah dapat satu pahala. Kalau buat, dapat 2! Kalau nak buat jahat, niat tidak akan dikira. Kalau buat sahaja baru dicatat satu dosa~


WAHHHHHHHHHHHHHHHHH.........~

Betul lah!

Mana ada bos kat dunia ni yang kalau pekerja dia setakat niat nak buat baik, kerja sungguh-sungguh dia kasi elaun siap-siap. Manusia ini prinsipnya buat dulu, baru dapat hasil. Kalau orang sudah tahu kita berniat jahat, tak pernah jumpa rasanya yang sanggup berbaik-sangka. Entah-entah awal-awal lagi kita dah kena belasah kerana buruknya niat yang kita ada.

Subhanallah!

Tidak terlintas langsung dalam fikiran sebelum ini tentang sehebat-hebat sedasyat-dasyat sifat pemurah ini yang ada pada Allahu Rabbi. Memang sebelum ini kita tahu Allah itu memang sifatnya Maha Pemurah. Tapi untuk sampai ke tahap yang melibatkan niat-niat ini, ini memang confirm infiniti punya sifat pemurah...~

Ya lah, sebagai manusia kita mana tahu niat-niat orang lain dalam hati. Kalau boleh tahu ala-ala cerita Satorare, mahu haru biru rasanya dunia ni. Yang mendengar cuak kentang tahap sanggup lari kalau jumpa, yang didengar pasti tension nak hidup gara-gara semua yang dirasa didengar manusia sekelian ada. Kalau dah kacau bilau begini, sempat lagi ke nak testing-testing siapa niat baik kita bagi ganjaran, siapa niat buruk kita elak-elakkan? =P

Pendek kata, hebat kan Allah kita? ^_^

Nak tambah lagi tanda dari-Nya yang nampak pemurah giga-giga?



Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.
(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )



Satu huruf tu bang! Satu huruf tu kak! Bukan satu ayat atau satu kalimah. Satu muka surat kecik Al-fatihah 7 ayat tu pun dah berapa puluh huruf nak kira (ada ke yang rajin nak mengira? hehe..).

Kalau dikira darab quran tu yang ada dalam lebih kurang 600+ mukasurat dengan kandungan ayat dalam 6236 ayat (belum campur berapa banyak huruf diguna pakai dalam ayat-ayat yang berbeza pendek panjangnya), berapa billion trillion dah tu agaknya.. wow! @_@

Jadi tunggu apa lagi, alang-alang dah nak bulan Ramadhan nih, mari ramai-ramai kita perbaharui niat dan amal. Ingat ya - niat dapat satu, amal dapat dua! Allah dah kasi peluang ni, pilihan seterusnyanya ada pada kita. Nak ambil atau nak tidak diendahkan.

Sayang tahu kalau kita biarkan. Mana tahu kalau-kalau yang hujung-hujung ini adalah peluang terakhir kita di dunia. Baik kumpul banyak-banyak sebelum sampai waktunya~ ok?

Baiklah, sekian sahaja, selamat mempersiapkan diri menyambut Ramadhan Al-Mubarak~

Ramadan Kareem
Allahu Akram

=)

3 comments

arina | July 29, 2011 at 2:47 AM

selamat menyambut ramadhan, Ainul. :)

ainshams | July 29, 2011 at 8:46 AM

waa..air syammam, sedapnyer!! *glup
Oasis.. akk terfikir Astro Oasis.. hehe.
btw, selamat menyambut ramadan :)

zmah | July 29, 2011 at 4:06 PM

Salam Ramadhan,satu perkongsian yang bermanafaat...Tahniah dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu...

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images