Malam Ramadan Pertama - Antara Irbid dan Bandar Hama

1:24 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum



Alhamdulillah..

Azan Maghrib hari ini auranya rasa berbeza. Terasa seperti alam sekitar berubah suasana. Ada satu permulaan sedang bermula. Yup, rupanya tetamu kita sudah tiba. Ahlan wasahlan ya Ramadan...~ Syukur alhamdulillah, kita berpeluang bertemu buat kesekian kalinya.

Watu Isya' pula semangat baru makin terasa berkobar-kobar. Tarawikh pertama untuk tahun ini. Tanda bermula kemasukan istimewa ke madrasah tarbiyah Ramadan yang dinanti-nanti. Awal-awal lagi kita dah sedia. Masuk melangkah masjid Taal, hati rasa berbunga-bunga nampak ramai jemaah semakin memenuhi ruang yang ada.

Dalam kepala juga dah berkira-kira apa pembaharuan nak dibuat untuk bulan istimewa ini, seperti tahun baru punya azam pula rasanya. Target pertama : Mahu cuba solat tanpa mengira. Biar tak rasa lama, biar rasa bahagia. Moga-moga kekal sampai ke akhir bulan puasa, insyallah. Amin..

Alhamdulillah, tarawikh pertama ini macam ada nikmat. Terasa sejuk, berangin dan tak penat. Mungkin jugak la sebab memang duduk betul bawah kipas. Tak kisahlah, yang penting hati rasa aman.

Tiba-tiba teringat tahun lepas, waktu menjelajah Syria di bulan puasa. Ber'masjid-hopping' untuk tarawikh terutama di Masjid Umaiyyah memang sangat-sangat istimewa. Rasa tenang yang paling seronok sepanjang tarawikh dalam hidup. Damai rasanya solat berbumbung langit berlantai marmar di tengah-tengah ruang masjid yang berkilau putih dan emas. Berteman burung-burung yang datang menyinggah dan angin-angin malam yang sama menyapa, subhanallah saya tak tergambar dengan kata-kata.

Dalam kerinduan pada Ramadan di Syria ini, memang dalam hati teringin nak ke sana lagi sekali. Tapi bila dirisik-risik berita, Syria masih belum aman sepenuhnya. Dan malam ini, di malam pertama Ramadan yang mulia, saya terbaca berita bandar Hama di Syria kembali diterpa sejarah yang sama buat kali kedua baru-baru tadi selepas 29 tahun peristiwa hitam seperti ini pernah menerpa. Hama diterjah  kereta-kereta kebal yang rakus mencari mangsa gara-gara pemimpin yang gila kuasa.

Dalam kami di sini tenang bersujud mengalu-alukan kehadiran Ramadan dalam rakaat tarawikh yang pertama, hampir 136 warga Hamas telah syahid dan baki yang lainnya mungkin masih dalam bersiap-sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal tiba.

 - 'Score Dead' as Syrian tanks storm Hama city  -

Masya Allah...

Terkejut saya! Dalam ketibaan Ramadan yang mulia macam ni pun pihak yang bertanggungjawab di sana langsung tidak terdetik untuk menghentikan kerja gila. Padahal setahu saya 'Paklong Syria' tu Islam orangnya. Astagfirullah..

Ya Allah, bersempena bulan Ramadan yang mulia ini kami bermohon selamatkanlah saudara-saudara kami yang tidak bersalah di Syria. Bahkan juga di seluruh dunia yang mengalami nasib yang sama. Berikanlah pertolongan, kekuatan dan kemenangan kepada mereka sebagaimana yang engkau telah tunjukkan dalam sirah-sirah ummat soleh terdahulu... Amin Ya Rabb..

Tak banyak yang saya boleh lakukan untuk mereka sekarang. Mungkin ini antara yang boleh saya sumbangkan. Moga yang terbaca ada kesedaran, moga yang tahu sentiasa mendoakan. Insyallah, dalam keberkatan Ramadan saya pasti Allah tidak akan mensia-siakan permintaan hamba-Nya yang dikasihi. Insyallah~

Selamat Memasuki Madrasah Tarbiyah Ramadan..

Sekian,
Wassalam..
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *