Fanous fil Ramadan

Assalamualaikum

Tarikh hari ini 18 Ogos 2011 adalah bersamaan 17 Syaaban yang juga bermaksud kita ada dalam lebih kurang 10 hari lebih sahaja lagi nak sampai bulan Ramadhan.

*excited*

Zaman sebelum saya datang Jordan dulu di Malaysia saya sangat-sangat cam bahawa bila datang bulan Ramadhan, mesti TV di Malaysia akan mula pasang lagu-lagu irama background Arab ala-ala zaman dulu-dulu dalam banyak rancangan/segment dia contohnya Jejak Rasul, Mari Bercerita Kisah Nabi dengan kak Wardina (wujud lagi ke nih?) atau pun setiap kali nak mula/tamat slot "Waktu Berbuka Puasa bagi wilayah Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya......". 

Kiranya macam naik jugak lah feeling-feeling Ramadhan sikit sebelum ditenggelami dengan pelbagai iklan-iklan dan rancangan-rancangan nak sambut hari raya walaupun baru puasa beberapa hari. Lepas tu, memang tak nampak sangat dah bulan Ramadhan punya power. Asyik terbayang-terbayang raya je. Pergi mana-mana kedai ke shopping compleks ke mesti lagu raya yang kuat berkumandang.

Sekarang macam mana ye? Last saya puasa kat Malaysia rasanya waktu tahun 2 haritu, itupun last week puasa baru sampai Malaysia......~

Takpelah. Sebenarnya kali ni saya nak bercerita sikit tentang tanda Ramadhan nak datang dalam situasi kami di Jordan.

Di sini, satu perkara yang paling jelas boleh kita nampak bila Ramadhan bakal tiba adalah bila kedai-kedai dah mula jual tanglung Ramadhan atau dalam nama Arabnya ---> Fanoos / Fanus / Fanous 

( plural : Fawanees)



Fanous ni sebenarnya kalau diikutkan adalah tradisi orang Mesir. Tapi sebab selalunya Arab ni dah bercampur-campur di negara Timur Tengah, maka Jordan pun banyak je wujud Fanous ni. 

Fanous selalunya orang guna khas bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak sahaja. Ada banyak sangat bentuk dan warna yang dihasilkan. Maka dalam bulan puasa nanti memang kita akan nampak rumah-rumah dan tepi-tepi jalan raya sangat bergemerlapan waktu malam seakan-akan macam ada pesta. 

Mengikut sejarah, adat guna Fanous ni bermula apabila Khalifah Al-Hakim Bi-Amr Illah terasa malam-malam Ramadhan di Kaherah sangat suram jadi baginda suruh sheikh-sheikh masjid gantung Fanous di tepi-tepi jalan supaya keadaan nampak lebih meriah dan lebih hidup dalam bulan barakah Ramadhan ini.

Ada juga yang kata tradisi Fanous ni mula sebab dulu-dulu perempuan tak boleh keluar sendiri malam-malam, maka mereka yang nak keluar akan diiringi oleh murakib-murakib kecil (budak lelaki) yang akan bawa bersama Fanous sebagai alat yang dapat menandakan kehadiran wanita-wanita tu, jadi dalam masa yang sama kalau ada lelaki tepi-tepi jalan tu semua kena berundur kasi laluan (fuh, dah macama raja plak...)

Ada juga kisah lain kata Fanous ni asalnya kegunaan agama Kristian Coptic untuk raikan Krismas so bila ramai orang Kristian masuk Islam, diaorang bawa masuk sekali adat ni juga. Ada setengah pulak kata Fanous ni wujud sejak zaman Firaun dulu-dulu untuk raikan dewa. Ntah la kesimpulan. Wallahualam mana satu yang betul.

Apa-apa pun, Fanous yang dulunya hanya diperbuatkan dari tin dan dinyalakan guna lili sekarang dah makin variasi dan moden. Versi plastik, kain, ber-lampu bateri semua dah wujud. Siap made in China lagi. Berwarna-warni bagai. Memang lawa habis lah!  Suka sangat tengok bila malam-malam terang benderang warna warni macam tu. Ada feeling lain terasa bila malam Ramadhan datang... 

Ish, ni yang tak sabar  nak tunggu Ramadhan.....~   ^_^

Ahlan wasahlan ya Ramadhan....!



=)

6 comments

Salsabila | July 17, 2011 at 10:52 PM

:)

nice post awak ^_^

ahlein ya ramadhan !

semoga kita terus istiqamah dan meningkat iman kita dalam ramadhan nanti ^_^

biiznillah :)

bintu assiddiq | July 19, 2011 at 1:02 AM

ilmu baru bagi saya....senronok dengar kisah bagaimana ramadhan di sambut kat negara asing...lain drpd yg lain...
nice sharing entry...(^_^)

Syahira Ismail | July 19, 2011 at 10:51 AM

salam, terjumpa kaka.ingat lagi x zaman frienster.pernah berbalas komen dgn akak.salam ukhuwah

ainshams | July 20, 2011 at 6:36 AM

rindu ramadan di Jordan. Sya3ban pon da terasa aura nya. ramadan lebih meriah.
berlainan dgn Msia. baru mausk sya3ban, dah mula promosi beli belah aidilfitri. Tak terasa aura nk masuk bulan ramadan.
apepun, kenangan ramadan tahun lepas (last di Jordan) mmg sgt33x best!

Ainul Arina Madhiah | July 29, 2011 at 1:46 AM

salsabila:
insyallah... jom sama2 ^^,

bintu assidiq:
=)

syahira:
ws, ada ye? hehe. maaf akak terlupa. salam taaruf kembali ^^

Ainul Arina Madhiah | July 29, 2011 at 1:47 AM

kak ain:
mana taknya bila yang tinggal di irbid hanya sejemput kita je. hehe takpe akak, akak sebagai warga 'baru' di malaysia lah kena cuba ubah suasana. yang baik kita amalkan, yang tak betul kita hindarkan~ ^^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images