Permulaan Kembara Timur

Salam....


Alhamdulillah, pagi tadi akhirnya habis juga exam yang ditunggu-tunggu. Punyalah 'bahagia' jadi batch terakhir yang habis exam terutama bila pakcik teksi pun tak percaya hari ni kitaorang ada exam. Haih. Tau la semua orang dah lama cuti.  -_-'

Takpe2, biar lambat asal cuti jugak. =D

So, sekarang tibalah masa untuk menutup segala buku-buku dan nota-nota lecturer yang bertimbun macam bukit bukau yang lepas dan mencari ketenangan di luar dunia akademik................................. atau mungkin secara lebih tepatnya di luar Jordan. Hehe..

Bak kata seorang kawan semalam,
"Ainul kalau duduk Jordan diam-diam takde kerja waktu cuti adalah agak tidak logik..."  *evil laugh*

Ok..ok.. saya rela menerima kenyataan tersebut dengan pasrah. =P

Maka,

Pertamanya, buat kawan-kawan yang membaca entry blog ini tentang countdown lepas dan membuat spekulasi yang bukan-bukan tentang hari yang ke-12 tersebut, adalah ini dimaklumkan bahawa segala impian mengarut anda adalah salah lagi tak berasas.... *lega?*

Sebenarnya, countdown terakhir selepas balik Malaysia tu sebenarnya adalah 'Tarikh saya akan bertolak mencari sebuah lagi pengalaman baru mengembara di bumi Tuhan yang luas terbentang tak terkira nih.".~

Ke mana?


Destinasi  kali ini : Bumi Sonata Salju a.k.a KOREA......!

Kenapa Korea?


....... selain dari jawapan asas saya kenapa saya suka mengembara.......

1. Sebab saya dah puas pusing Europe
2. Sebab saya tak lepas-lepas buat Umrah
3. Sebab Jepun baru lepas kena Tsunami
4. Sebab tiket Air Asia ke Korea je yang paling murah
5. Sebab nak kejar peluang sambil kawan-kawan Malaysia yang ramai dah nak final year kat Korea
6. Sebab negara Timur Tengah semua tengah kelam kabut dengan reformasi dan merbahaya
7. Sebab culture Korea dan negara-negara timur lain adalah sangat unik dan menarik!
8. Sebab saya memang suka Korea
9. Sebab kebetulan kawan korea saya akan ke Malaysia bulan ogos nih, jadi saya kena ke Korea dulu jumpa dia (eh, apa punya alasan nih...?)

Pendek kata : Sekarang episod kembara saya tengah dalam mood : Pandang Ke Timur.....~ ^_^

Kenapa rahsia semacam dari dulu?


Ala, dah nama pun merancang kan?
Karang kalau bising-bising awal, kalau tak jadi karang buat malu kompeni  je. =p
Ini pun rasanya kalau diikutkan perancangan sejak awal tahun dulu, berapa banyak kali dah kejap jadi kejap tak kejap jadi kejap tak. Orang Malaysia pun dah pening dengar kitaorang asyik tukar-tukar decision bergantung mengikut keadaan. Tapi alhamdulillah, sudah tertulis jugak rupanya di atas sana yang kami bakal pergi walaupun pelbagai dugaan mendatang sepanjang perancangan dijalankan.

p/s: salah satu sebab lain, sebab takut asyik kena jerit 'tak aciiiiiiii!' dengan kawan-kawan lain yang nak ke sana juga. Huhu, takpe kawan-kawan, nanti ada rezeki insyallah korang pun bakal sampai jugak =)

Malaysia?


Untuk cuti bulan 6 ni, Malaysia adalah tempat transit semata-semata selama tiga hari dalam cuti yang hanya sesikit 2 minggu (banding dengan junior2 cuti sampai sebulan. T_T). Tapi tetap tiga hari di Malaysia adalah masa untuk bersama keluarga. Dan tentulah, tempat berkumpulnya bukan di rumah di Penang nun. Alhamdulillah gak, nasib baik famili okay je (ada senior cakap 'kalau akak buat macam tu, mesti mak ayah akak luku. hehe....). Lagipun, alang-alang turun KL boleh balik kampung sekali. Dah setahun lebih saya sendiri tak balik.

Dan salah satu sebab kenapa saya tak kisah buat macam tu, sebab cuti bulan lapan ni pun balik Malaysia lagi! Hehe.. Insyallah.... Cuti bulan lapan nanti panjang. Sebulan lebih. Itu memang confirm2 raya Malaysia lah. =)

Juga sebenarnya, saya ke Korea dari Malaysia. Takde kerja nak ke Korea straight dari Jordan, harga tiket je dah boleh buat orang sakit jantung, ribu-ribu owh..... Tsk.Tsk. Jordan mahal!

Konklusi


Akhir kalam, doakan perjalanan safar saya selamat pergi dan selamat balik..
Minta maaf salah silap, terkasar bahasa, tertension kerja, terhutang budi harta segala benda semua.
Semoga cuti kita semua adalah cuti yang bermakna dan tak sia-sia~
Dan doakan juga result saya dan kawan-kawan semua cemerlang ya. *debar-debar tunggu result*

- Doa banyak2 jom dalam musafir.. Orang musafir kan selalu doanya cepat makbul.. Jom2..-
Jumpa lagi lepas cuti~


^_^


Oh lupa2,,

Sampingan:


1. Selamat Grad buat kawan-kawan Yarmuk : Wani dan Annis yang majlis grad harini 6hb, Fatimah, Erna, Saadah dan seluruh kawan-kawan IKIP yang majlid grad rabu nih.... Maaf banyak2 tak dapat datang raikan korang sekali. Kita rai sama-sama waktu Haflah Khirij Permai yea.. (^^,) Begitu juga dengan senior-senior JUST yang juga bakal bermajlis grad yang saya tak tau bila....selamat graduasi!  ^____^

2. Selamat Pengantin Baru buat pasangan pertama batch SMKANT 2006 Wan Aisyah dan Zulhelmi...! Sangat-sangat teringin nak pergi majlis korang a.k.a reunion batch yang bakal sangat best tu. Maaf sangat-sangat tak dapat pergi sebab tak sempat balik Penang pun. Huhu.. Semoga bahagia hingga ke syurga. Amin..

3. Selamat Pengantin Baru jugak untuk semua senior junior yang bakal nak kawin cuti nih. *Fuh, ramai sungguh orang buat kenduri, tapi tetap 4 tahun ni saya tak pernah2 dapat peluang pergi* Semoga bahagia hingga ke syurga! Amin...

4. Selamat Cuti Sekolah untuk semua orang...!  =)

5. Selamat Pergi Umrah buat orang yang pergi Umrah..

6. Selamat jalan pada yang bakal keluar mana-mana. Jaga diri baik-baik. Sayangi keluarga anda. *tetiba*

*ada lagi ke ucapan yang tertinggal?*

haaa..... last!

7. Ucapan teristimewa buat dua bodyguard yang bakal menjaga Irbid yang sunyi sepi macam kena langgar garuda - Mahera dan Fathiyah -, duduk Irbid elok-elok ye. Jangan nakal2.  Nanti saya balik bawak upah. Hehe.. Tata... (esh, sedih la plak...)

Ok, siap! -ni exam withdrawal syndrom ke apa nih, panjang berjela plak jadinya-

Dan..
Lagi dua jam nak bertolak ke airport.

Bye!
Wassalam~




8 comments

fathiyyah | June 5, 2011 at 9:05 PM

NAK IKUT! waaaaa

selamat mentadabbur alam, ainul :)

Mohd. Shafiee Bin Mohd. Desa | June 5, 2011 at 9:16 PM

Wah2.... ade cenderamata untk adik x dri korea???? nk p jgk.... huhuhuhuhu

Rossarina™ | June 5, 2011 at 10:15 PM

weyh jangan lupe baju tradisional korea untuk aku.

hahahahaha. :P

selamat pegi Korea, Ainul Dora The Explorer. :D

Harishah Halim | June 6, 2011 at 1:10 AM

selamat pergi dan pulang kak.
selamat mencari erti hidup :)

-iNtaN- | June 6, 2011 at 9:17 AM

elok la kak ainul~

pegi2. nanti saya curi plan journey akak je~ (nada jeles)

haha~
selamat kak~! ^^

Mijoe | June 7, 2011 at 3:39 AM

selamat bercuti ke Korea!

Ainul Arina Madhiah | July 29, 2011 at 1:51 AM

fathiyah:
yallah, jom!

piee:
tngok la nanti. hehe

arina:
doakan aku! ^^

Ainul Arina Madhiah | July 29, 2011 at 1:52 AM

harishah:
insyallah, doakan ya ^^

intan:
haha, korang memang....~ takpe2, kita sharing is caring kan2? ^^

mijoe:
terima kasih ^^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images