Graduasi 2011

7:53 PM 3 Comments A+ a-

Salam...

Salam

Disebabkan bulan Jun adalah bulan graduasi, maka nya kali ini saya nak paparkan suasana graduasi di Jordan. Buat bekalan semangat pada diri sendiri dan rakan-rakan lain yang masih meneruskan perjalanan dalam mencapai misi yang serupa pada suatu masa yang akan datang kelak~

Yosh! 

KAD JEMPUTAN GRADUASI MEDIK
oh ya, lupa plak nak cerita dulu pendahuluan tentang majlis graduasi senior kami. Graduasi di JUST ada dua komponen. Satu outdoor (di stadium universiti) untuk perarakan ambil sijil dan satu lagi indoor (di dewan di Amman) untuk upacara angkat sumpah.

SUASANA DALAM STADIUM YANG HIRUK-PIKUK. 
Masyarakat Arab selalunya terkenal dengan cara mereka yang meraikan sesuatu perkara dengan sangat semangat tak ingat dunia. Bayangkanlah mereka beramai-ramai datang sekampung (serius ni ramai giler datang untuk raikan sorang) dengan bawak segala sepanduk kain rentang, botol-botol ala-ala penyembur nyamuk yang boleh keluar bunyi hon, semboyan, gendang , tabla dan segala jenis benda yang boleh buat bunyi kuat-kuat bila diketuk (nasib baik tak bawak baldi gak).

Duh, pening kepala kalau duduk sebelah pasukan pancaragam tak bertauliah seperti ini. Kejap-kejap bunyi sorak macam dalam tengah main bola, kadang-kadang nanti pula bunyi macam semboyan nak pergi perang. Itu belum lagi sorakan 'lololololoololoo' yang diaorang selalu buat waktu menari. Tsk, sabar je lah. Rasa macam nak pakai headphone je setiap kali masuk stadium waktu majlis grad.

Tak pe. Tak pe. Sabar....... Itu budaya mereka meraikan anak-anak kebanggaan mereka yang baru habis grad. Nak buat macam mana. Kita layankan saja lah~

PARA GRADUAN MASUK KE TENGAH STADIUM

YEAH... ITU DIA PARA DOKTOR TURUN PADANG !

PENTAS TENGAH DEWAN - LOKASI SESI AMBIL SIJIL YANG SANGAT LAJU
SESI LAGU SEBELUM AMBIL SIJIL. (first time kot dengar lagu JUST )
GRADUAN-GRADUAN DENGAR UCAPAN SAMBIL KENA SALAI BAWAH MATAHARI. hehe..
YEAY.....! HAPPY GRADUATION....!  (alhamdulillah..)
Kami takde topi segi empat graduasi tu. Maka gantinya adalah fail bekas-bekas sijil yang keras kedegang itu untuk dibaling. Lepas baling, semua tunduk sorok kepala takut kena hempap balik dengan fail keras tu. Haha..

SENIOR MEDIK KAMI ... KINI BERGELAR DOKTOR..~ cool.....!
Kalau tadi kita lihat pelajar-pelajar Melayu bergaya graduasi ala-ala macam biasa di Malaysia (baling-baling 'topi' dan bergambar dengan bergaya), orang Arab pulak lain sikit caranya. 

Kebiasaannya graduan akan didukung diarak bagai pahlawan oleh suku-sakat keluarganya yang hadir dengan laungan-laungan lagu dan sepanduk serta semburan-semburan spray salji tak ori. Pastu boleh grup tengah jalan menari buat bulatan sama-sama. Tepuk-tepuk tangan, kaki rentak kasi sama, dan mulalah keluar itu  'loloooolooolooo'.  

Fuiyoo, udah macam baru menang balik perang je gayanya diaorang nih. hehe.. ~

WIRA KEBANGGAN KELUARGA 
J.U.S.T IN MEMORY....~
Seronok sangat tengok! Tak sabar rasa nak sarung dan duduk di tempat mereka juga.Saya dan rakan-rakan lain ada lagi 2 tahun masa berbaki. Doakan ya!  =D

2ND SESSION - INDOOR - AMMAN
BUNGA API IRINGI GRADUASI MASUK MENCEMAR DULI

KHUSYUK DENGAR AMANAT DOKTOR TUA BUAT  DOKTOR MUDA

ANGKAT SUMPAH AMANAH SEBAGAI DOKTOR  (beratnya rasa)
DUKTURAH-DUKTURAH ^_^
BATCH MEDIK 2011 (AKHAWAT) - SEDIA BERBAKTI UNTUK NEGARA ! =)
Kalau tadi sesi graduan medik berjalur merah di lengan selesai, kali ini sesi graduan berjalur ungu di lengan pula tiba untuk bergraduasi dengan jaya -----> Say Hi to our DENTIST seniors~  ^_^


BATCH DENTIST 2011 (AKHAWAT) - MABRUK YA DUKTURAH ! =)

SATU BATCH DENGAN PARA DOCTOR
TOUCHING.....~

DATANG MERAIKAN KEJAYAAN BERSAMA

DENTIST MEMANG SUKA SENYUM SUNGGUH-SUNGGUH EH? hehe... 
Tahniah buat semua senior - Perubatan dan juga Pergigian. Semoga kehadiran kalian kembali ke Malaysia akan memberi kebaikan yang berganda-ganda kepada negara dan agama. SELAMAT BERKERJA! ^^


Eh, lupa. Mana boleh setakat letak gambar grad JUST je. YARMUK kena ada sama juga. Walaupun saya sekadar mampu meraikan majlis graduasi mereka di atas kapal terbang waktu itu tempoh hari, tetap saya mengharapkan yang terbaik buat rakan-rakan sebatch saya yang dah bahagia grad sekarang. 

** yang JUST tadi semua senior, yang YARMUK ni semua sebaya saya. 4 tahun dah sama-sama. Sedihnya plak rasa diaorang nak balik dah... T_T **


KAD JEMPUTAN YARMUK
9 ORANG INILAH YANG DATANG SAMA-SAMA KAMI DULU.... tapi sekarang diaorang plak balik dulu

DENGAN RAKAN-RAKAN PERBANKAN EKONOMI ISLAM ( ni lagi cepat, datang dua tahun je,then habis.)
*hehe, tak puas hati*
Tahniah ya korang! Semoga dapat balik dengan bahagia dan dapat menjana perubahan Malaysia ke arah negara yang lebih berkualiti. Hehe.. ^_^

Doakan kami yang masih di sini. Kalau rindu-rinduan, meh la datang Jordan balik sambung Master ke pula kat sini.. Boleh grad sama-sama balik lepas tu. Haha.. =D

(cepat-cepat aminkan... Mana satu kot-kot ada jugak yang bakal terbang balik macam batch atas. hehe)

ok, 

sekian
Wassalam

=)



3 comments

Write comments
Rossarina™
AUTHOR
June 27, 2011 at 8:01 PM delete

tambah lagi satu: merokok. huh naek pening pale aku duk kat belakang 4 orang pak cik nih. sekali diorang bantai merokok mase kat stadium hari tuh.

tambah lagi dua: gaduh. :-S orang kat depan tengah haru-sayu nak amik ijazah, die kat atas stadium gaduh anak beranak.

selamat grad untuk seniors! :D

Reply
avatar
Raihana Nazri
AUTHOR
June 28, 2011 at 4:18 AM delete

wahh..

saya tak sabar tggu akak punye majlis grad pulak.

Reply
avatar
July 29, 2011 at 1:49 AM delete

arina:
haha. dah nama pun arab, sabar je lahhh~ ;p

rai:
amin3... doakan akak tau rai!
awak pun, happy preclinical graduation! ^^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *