Dulu setakat gitu-gitu, sekarang baru betul-betul tahu~

Salam

Tadi saya baru dapat gambar-gambar kami di Korea dari kak Pady, kakak senior saya di sini yang turut sama ke Korea dengan saya. Oh, lupa nak kasitau. Saya travel ke Korea berempat dengan kawan-kawan. Sorang sebaya ( housemate saya -Maisarah), lagi dua senior kami (Kak Pady dan Kak Nad). Semua perempuan. Kami jalan-jalan di Korea dengan kawan-kawan student Malaysia sana. Nantilah saya cerita detail pasal travel kami ya. Kali ni nak cerita topik lain tapi masih dalam konteks travel.

Belek punya belek gambar, saya terngiang-ngiang pertanyaan beberapa orang kenalan kepada saya tempoh hari. Soalan yang berbeza tapi maksud yang sama..

Di Korea haritu, ada seorang kawan saya di sana tanya kami
" Aik, macam mana korang senior junior boleh baik travel sama-sama? "


Balik Jordan, rupanya ada juga beberapa orang kenalan saya juga bertanya benda yang sama
" Eh, ko pergi dengan Kak Pady? sekali? "
" Macam mana boleh sama join Kak Pady travel sana? "


Awal-awalnya saya pening. Apa pelik sangat soalan diaorang semua nih. Aneh sangat ke kalau saya jalan-jalan dengan kakak senior? Macam normal je saya rasa. Ramai kan rasanya yang kat Jordan travel senior-junior. Apa yang lainnya sampai ramai sangat tanya? Serius saya tak faham.

Tapi bila fikir-fikir balik, baru nampak sikit cerahnya kenapa soalan itu yang ditanya. Betullah, kalau diikutkan saya dengan Kak Pady takde apa-apa link lain dah yang menghubungkan kami selain setakat senior-junior yang hanya kenal gitu-gitu je. Tak pernah kerja/main sama-sama, tak pernah duduk lama sama-sama, tak pernah sembang-sembang selain akademik lama-lama sama-sama. Totally zero! Hanya semata saya kenal akak tu, akak tu kenal saya. Itu je.

Plus, kak Pady ada aura 'datin-datin' yang boleh buat orang rasa macam cuak sikit nak dekat. Bukan aura jenis sombong perasan tinggi tu, tapi aura high class yang boleh buat orang admire and tak berani dekat saja-saja. Saya pulak bukan jenis orang yang bergaya sangat. Sepesen je dari dulu sampai sekarang. Memang agak jauh kot beza kitaorang saya rasa. hehe.. tapi truthfully, saya dulu sebenarnya terpengaruh sikit jugak lah dengan aura datin Kak Pady nih. Takut ooo... . hehehe.. =p

So, macam mana saya boleh tertiba-tiba jadi partner travel kepada senior yang saya cuak-cuak nak dekat ni?

Well, mungkin saya patut berterima kasih pada facebook!  ^_^

Tak perlu nak pening-pening susun ayat nak tanya untuk tahu either senior itu nak tak sama-sama travel dengan kita dalam keadaan kita sendiri takut nak dekat dengan dia macam kes ini. Boleh mengelakkan gagap dan cuak sampai terkeluar ayat lain atau takut malu tahap nak sorok muka macam ostrich kalau dia tak nak atau tak layan.

Hanya dengan balas-balas status iklan travel agensi dekat facebook tu, sekelip mata je tinggg! "Jom kita travel sama-sama nak? "

Dan sekarang lepas 8 hari duduk dengan Kak Pady di Korea, susah senang lapar panas penat sama-sama (acece..hehe) insyallah rasa dah boleh faham sikit Kak Pady ni macam mana. Bukan lah datin sangat pun.  Senior yang sangat open, sangat baik, sangat funny dan sangat best buat kawan.

Sebagai contoh, belum pernah lagi saya jumpa senior yang sanggup kena tarik macam tahanan penjara kat sebelah saya bila saya pakai handset canggih dia untuk online internet sambil berjalan-jalan dalam keadaan dia tengah guna handset tu jugak untuk dengar MP3 serentak selain Kak Pady. Ini baru satu. Ada banyak lagi benda pasal Kak Pady yang buat saya terharu sepanjang baru kenal dia secara betul-betul kenal macam nih. Cuma satu je lah, beware kalau tiba-tiba dia dapat idea nak kenenkan kita dengan somebody. Sungguh-sungguh habis la nanti jadinya. Kak Pady sangat open dan selamber okeh. Haru nanti.. Haha..

Namsan Park
Kesimpulannya, travel memang connecting people. Dan sebelum tu juga untuk dapat travel sama-sama, people can also easily connected by social networking if you're afraid to start the friendship in reality. Macam cerita saya dengan Kak Pady nih. Kalau tak ada status facebook travel agensi hztours tu dulu, saya tak rasa saya boleh tahu yang saya dan senior saya ni ada satu persamaan yang boleh merapatkan kami yang tak pernah rapat, apatah lagi dalam keadaan saya sebagai junior yang takut nak rapat dengan senior macam Kak Pady dan kami macam tak ada apa untuk dibualkan selain fasal hal-hal senior-junior. hehehe..

So, don't judge a book by it's cover. Ia mungkin nampak macam pesanan yang dah basi. Tapi once satu peristiwa dah berlaku yang nampak jelas-jelas tentang pentingnya pesanan evergreen ni, kita akan tahu betapa   sebenarnya prinsip ni kena betul-betul kita pegang dalam hidup.

Lagipun, life kan unpredictable. Who knows the future, right?

Jadi, lepas ni kalau ada lagi orang-orang yang kita tak berani tegur kat luar tu apakata kita testing tegur-tegur dalam facebook dulu ke blog dulu ke, then baru mesra-mesra kat luar plak. boleh? Terutamanya dalam keadaan senior junior yang makin lama makin jauh jaraknya bila ramai sangat sekarang...

Dengan perbezaan waktu belajar,cuti dan keterlampau-ramaian dalam semua program sekarang, bila lagi kita nak kenal mengenali antara kita kan? Saya yang makin senior ni pun kadang-kadang takut dan segan nak tegur junior yang makin ramai. apesal ntah. hehe...

Even antara satu sama lain langsung macam takde connection langsung nak sembang, mana tahu kot-kot tersembunyi satu benda yang kita sama kepala?  Tapi, Macam mana nak tahu? Ha.. kalau nak tahu, kenalah try kenal dulu.. ^_^  'Jangan setakat kenal gitu-gitu je, tahu kenalah betul-betul tahu'

** Tapi ini saya tekankan betul-betul dalam junior-senior sama jantina ya. Ikhtilat yang selain itu lain cerita. Bukanlah langsung tak boleh, tapi kena berpada-padalah ok... =) **

Baik. Cukup dulu sampai sini.

Jumpa lagi

Wassalam~

p/s: terasa macam jadi ahli promosi PERMAI plak. haha. =p

12 comments

-hazen | June 26, 2011 at 1:50 PM

setuju dengan entry.

em kak,

travel ke korea berbaloi tak?

dari segi kos, isi, dan sebagainya lah.

terasa jugak nak pergi belah2 sana lepas tengok citer running man.

ha ha.

Ainul Arina Madhiah | June 26, 2011 at 2:11 PM

running man tu crita pasal apa eh? hehe tak tau.

travel ke korea berbaloi je kalau awak pandai cari yang murah-murah secara maximum. ada banyak peluang je tapi kena cari sungguh-sungguh sket kot. Dia mcm tersorok sket klu tak rajin cari. Kebetulan skrg tgh prmosi tahun melawat korea, so banyak advantage la dapat.

plus, datang sini boleh travel banyak theme(nature,culture, shopping,film industry dll) sebab tempat dia macam agak banyak gak la dalam satu-satu daerah tu. Satu tema je ada banyak giler tempat boleh pergi. Tu belum pusing satu korea lagi. Akak just pegi satu seoul ngan jeju je. lain-lain tak sempat + tak cukup duit + tak cukup cuti.

so far bagi akak worth la. Banyak benda yang akak bru jumpa kat sana, and benda2 yg akak carik pun akak dah selesai jumpa semua. pendek kata bagi akak, korea best! timur memang beza jauh sangat dengan eropah. pergi la kalau ada peluang. =)

eida sazali | June 26, 2011 at 5:03 PM

best nye gi korea!

nak pegi jugak O.o

-hazen | June 26, 2011 at 6:09 PM

running man tu citer korea.

berapa akak habis dalam jd? tapi memang kena ada kawan kat sane eh?

kalau takde, makan solat macam mana?

ramai orang islam tak?

kak pady | June 26, 2011 at 7:05 PM

hehehe..ini dah mcm nk promote akak je ni..hehehehe
thanks byk3 jugak untuk awak yg byk uruskan psl travel kite nih..
kalo xde awak ngan mai, xtau la cane..kelam kelibut gak jdknye..hehe
sronok sgt dpt knl dgn korg..ukhuwah fillah..enshaAllah ;)

Ainul Arina Madhiah | June 26, 2011 at 8:13 PM

eida:
pergi la. pergi la. besttt.. =)


kak pady:
haha. sapa suruh akak sorang 'free' dr bahan kak nad kat sana. ni saya nak bahankan akak kat sini plak. hehe. ;p

no big deal la akak. org kaki travel mcm saya mmg suka buat keje urus-urus nih, just jangan banyak problem sgtla macam haritu. tensen dah. (tapi kan last-last Maisarah gak yg paling femes kat sana.. haha)

Ainul Arina Madhiah | June 26, 2011 at 8:14 PM

syafiq:
Kalau campur dgn duit tiket akak balik malaysia(sbb kalau pergi dr jordan mahal sgt), dalam 1500JD gak la habis termasuk belanja shopping makan semua kat sana. Tapi kalau tolak tiket flight malaysia tu, tak sampai seribu pun.

tak kisah je sebenarnya ada kawan ke tak, tapi kalau ada kawan ni lagi better. apa-apa tempat paling murah senang cari, mana tempat makan boleh makan senang dapat, ada rezeki tmpat tidur pun free. plus awak boleh travel lagi banyak dan cepat kot sebab ada org dah tahu awal-awal kawasan tu. Tapi akak jalan dgn kawan 4 hari pertama je. 4 hari seterusnya akak dah boleh jalan sendiri without diaorg ikut.

klu awak takde kawan kat sana, tmpat makan tu maybe susah sket, but awk boleh cari booklet makanan halal dr korean tourism. Kat seoul ada satu kawasan je konfirm halal sbb situ mmg area masjid tapi mahal giler lah. Tempat solat tu senang je, mana-mana park, tangga, tempat2 boleh solat yg terlindung sket, solat je la kat situ. bawak kompas.

org islam sangat minoriti kat sini. Tak ramai sgt pun. Kalau ramai pun kat area masjid la. Tu pun akak rasa definisi ramai dia tu macam definisi ramai 'student bukan arab yg jugak bukan malaysia' kat jordan. Sangat sikit.

Kalau awak nak cari connection kat sana, akak boleh je kasi contact kawan-kawan akak kalau awk nak =)

faruq al-fatih | June 26, 2011 at 10:05 PM

kirim salam kat datin pady ea, he2...

Mohd. Shafiee Bin Mohd. Desa | June 27, 2011 at 12:17 AM

adik pn slalu dok lepak ngn junior walaupn dorng takut2 nk dekat... bkn ape... nmpk garang.... tpi bila nk knai... bru la dorng taw adik nie garang ke x... hahahahah....

sebb time orentasi ja garang.... slalu denda junior... wahahaha...

bila dh abih orentasi... lepak chill mcm membr2....

Anonymous | June 27, 2011 at 5:59 AM

adek ni nampak garang ,,, tapi dalam hati ade taman...huahhuah..

Mohd. Shafiee Bin Mohd. Desa | June 28, 2011 at 12:42 AM

Bila masa plak dh dlm ati ada taman??? xdak maknanya.... hahahahaha

Ainul Arina Madhiah | July 29, 2011 at 1:51 AM

faruq al-fatih:
datin pady, ada org kirim salam! hehe

piee:
haha.. hang memang, muka ganeh, hati lembut. cecece

anon:
ni mesti cucu-cucu tok kotat gak nih. ^^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images