Back to reality - Summer

Assalamualaikum....


6-7     Jun : Malaysia
8-16   Jun : Korea
16-19 Jun : Malaysia
20      Jun : Jordan

I'm back!
Selamat pulang ke dunia realiti untuk diri sendiri ~

Suhu Irbid minggu ini adalah sekitar 32 degree dengan matahari yang sentiasa tegak atas kepala bersama angin kering yang men-dehydrate-kan badan dengan senang sepanjang hari. Cukup jauh beza dengan Malaysia atau Korea yang sepoi-sepoi bahasa (eh, tengahari Korea panas terlebih jugak lah).

Ditambah pula dengan keadaan Universiti yang sangat lenggang (minggu ini kami adalah the only student yang kena pergi kelas), bas yang sangat kosong dan sikit, cafe yang sentiasa tutup, dewan yang sentiasa penuh 1/3 bahagian sahaja..... Fuh, memang mencabar kesediaan nak pergi kelas dengan rela dan bahagia. 

Tengah-tengah lapar, teringat plak syurga makanan Malaysia yang baru ditinggalkan .Tak boleh sebut terang-terang kat sini, nanti kena luku dengan kawan yang langsung tak balik Malaysia. Tapi seriuslah, memang agak mengada bila dah balik Jordan baru teringin nak makan roti canai mamak padahal waktu dekat Malaysia dulu rasa sebu perut tengok makanan banyak sangat sampai tak tahu pilih.

Makanan minuman di Korea jangan cerita lah! Memang terngiang-ngiang di kepala sepanjang masa (sampai ada seorang tu dah sentiasa lukis-lukis gambar air aloevera dalam buku nota dia. haha). Manakan dapat kami cari bibimbap yang penuh khasiat dengan pelbagai sayur semangkuk di sini atau Kimchi Tuna yang sangat lazat dengan kuah yang mendidih-didih di bumi kurang air macam Jordan ini. Nak mencari air aloevera atau milky soda lagilah, udah macam mencari kucing bertanduk di celah-celah ribuan tin-tin pepsi yang penuh di Irbid. Teh ais Malaysia?  buat sendiri je la jawabnya....

Waktu bosan di rumah, semangat nak mengupdate blog tentang travel pula jadi terbantut gara-gara semua gambar masih dalam tangan kakak senior yang hanya bakal pulang ke Jordan Jumaat ni. Mengupdate tanpa gambar adalah seumpama baca buku medik hitam putih tanpa sebarang warna mahupun gambar. Sangat dull lagi bosan. isk. Last-last demi rindu yang menggunung pada gambar, kita lukis sendiri gambar dalam buku *macam gambar atas tu ha*

Semalam pulak alkisahnya baru pergi beli tiket balik Malaysia bulan 8. 20hb haritu kakak tu kata tiket tu harga 480JD. Ok, fine. Beli terus. Esok dia call kata Oman baru kasi confirmation harga tiket jadi 560JD. @_@ Tak beli karang maksudnya tak balik. Baik balik. Waaaa!!! Berlubang poket~

Kesemua faktor-faktor ini lah yang mendorong rasa hati macam nak pusing Amman kejap untuk lari..... eh tapi kan ke tapi poket baru kosong?  T_T 

ok, itu maknanya kena duduk diam-diam di Irbid sudah.. Pergi kemas beg la Ainul! *takde mood*  Pergi susun barang-barang travel tu ha!*takde tempat*  Pergi update blog!*takde gambar*  Pergi ziarah orang grad! *orang tengah busy packing, famili diaorang ramai datang*  Pergi jumpa orang lain!*segan, nanti orang tanya hadiah, tak dapat kasi sebab takde. sedih tau*  Pergi jalan lah! takde duit* Pergi punggah satu bilik!*malas*  Sah, dah keluar perkataan malas tu maknanya memang malas sungguh la tu. Ish3.. Astaghfirullahal'adzimmmm.... Pergi buat ibadah banyak-banyak la weh time free macam nih! Baca Quran ke tambah solat sunat ke baca buku ke! *Erk.. -_-' kena sedas~* 

Hish, Tahukah anda.....

As a human, the truth is you can control your circumstances and how you feel and act in response to your surroundings.

One of the key messages from Stephen R Covey’s book “The 7 Habits of Highly Effective People” is that you are “response-able”. You are not like a moth flying into a candle flame because it cannot change the way it responds to the stimulus of the light from the candle.

As a human you are able to choose how you respond to your surroundings, to other people, to your circumstances. There is a gap between the stimulus from your senses and your response to that stimulus. In that gap you can make a vital choice – your response!

Am I depressed now? 

Then terjumpa plak artikel "DEPRESSED IN RIYADH" ... eh.eh. macam sama je. Tapi saya Depressed in Jordan. Haha. Sama la kan, dua-dua depressed kat tanah arab. Tak paham sungguh, patutnya kat tanah arab lagi tenang sebab sini Islam didaulatkan.  Senang sikit nak hidup daripada negara-negara lain yang Islamnya minoriti (macam kat jeju dulu).  

Erm... tapi tak jugak sebenarnya. Have you ever heard about how others met Islam in non-Muslim country?.. Nantila cerita bab nih.

Pendek kata sekarang, saya masih lagi tengah dalam proses meng-adapt diri untuk kembali ke dunia sekolah lepas cuti yang sangat seronok.  Harapnya tak lama. Agak sakit jiwa duduk dalam situasi ini. I don't like it.  Mempunyai ketenangan dan semangat adalah lebih mendamaikan hati dan sanubari. ^_^

Doakan ya!

Ok,  jumpa lagi!

wassalam~






4 comments

sas | June 21, 2011 at 8:57 PM

unpack unpack unpack.
hikhik
pi study la ainul. dah kenyang jalan2 tu. high booster dose tu.
doakan kitorang. tak abes2 exam lagi nih.

Cidak | June 21, 2011 at 9:15 PM

kadang2 kita asyik tengok langit

sampai lupakan tanah tempat berpijak.

:(

Ainul Arina Madhiah | June 22, 2011 at 3:46 AM

sai:
haha.. ye la cik kak, saya gi study la nih skrg nih. selamat exam ye~! buat molek2 ^^

cidak:
opss... betul2. huhu..
takpe, jordan masih ada istimewanya. ^^

Anonymous | June 22, 2011 at 5:54 AM

mintak2 la ade bebudak korea yg nk datang jordan ni. boleh pesan tlong bawakkn air aloevera beberape btol..hehe..
cepat2, amin kn doa ni :)

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images