Never Get Tired Of...

4:14 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum...

*sambung sesi cabaran ... selang satu hari kejap.. terus ke 29...*

Day 29 – Something you could never get tired of doing.





~ ...........D.R.E.A.M.I.N.G............. ~










Dreaming  =  berangan  berimpian!

Hidup tanpa impian adalah hidup yang kosong tanpa arah tujuan...

Sama seperti bola dalam sukan. Kalau tidak ada tiang gol, tidak ada arah tendangan dan tidak ada semangat mahukan kemenangan, apa lagi yang tinggal untuk kita sorakkan?..... Kosong.

Tapi andai kata kalau sudah berjaya capai impian?   ........ Cari sahaja lagi impian baru~

Saya?

Impian tak pernah hilang. Cuma ada ketika impian-impian yang ada makin minta diperbaiki, dinaik taraf ke tahap yang lebih tinggi. Agar langkah perjuangan tak perlu terhenti walaupun kadang kala tersungkur tersadung dan tertiarap sepi. 

Alhamdulillah di sekeliling saya penuh dengan manusia-manusia yang banyak mengajar erti kehidupan. Anak-anak muda yang penuh wawasan walaupun baru berusia suku perjalanan. Kesannya saya sering terpantul sendiri kembali berkoreksi akan kelemahan diri yang membukit tinggi.

Mari jadi lebih baik
Mari jadi lebih baik
Mari jadi lebih baik

Walau siapa pun kita, Dia masih kurniakan masa dan peluang untuk beraksi lagi. 

A perfectionist will never be perfect.

Ya!

Tapi....
tak salah untuk kita bercita-cita menjadi lebih sempurna. Lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Plan.Work.Plan.Work..Plan.Work.

Plan your work
Work your plan

Success will then be in your hand~ Insyallah..... 

Masih belum berjaya? 
Cuba lagi. Cuba lagi. Cuba lagi.

Siapa tahu tiba-tiba langkah keseterusnya ini lah akhirnya yang membuahkan segala hasil yang dicita~ 

=)

Apapun,

Terima kasih kakak adik sahabat PINTAR 2011..

Kisah 1 tahun dan 2 tahun kalian hasilnya teramat tinggi
Seakan tak tertanding dengan kisah 3 tahun diri sendiri
Mungkin ada sesuatu yang kurang saya sedari
Atau ada sesuatu yang Dia mahu saya pelajari
Tapi yang penting, hari demi hari
ada kemanisan yang saya kecapi
ada pembaharuan yang saya harungi..

Apakah untuk yang seterusnya saya perlu berhenti atau kekal bersama meneruskan misi? 

Tetap,
Saya tidak sempurna tapi saya juga tak akan berhenti dalam usaha memperbaiki diri ~

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)


p/s: 

1. I do wanna be like the Bakawali ------  Tersendiri, berani, berseri, bernilai tinggi. Pendek kata tak perlu takut untuk menjadi manusia berprinsip yang tidak sama dengan arus sekelilingnya. 
2. Teringat Bakawali, teringat rumah sendiri...  Nak balik! T_T
3. Sayang PINTAR... TF, S, DA? lagi lagi lagi lagi lagi sayang! =) 






Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *