Cara men-smash Sarcasm

9:10 PM 0 Comments A+ a-


Tak ramai rasanya manusia yang mampu berdepan dengan sarcasm secara bijak. Ah, saya pun sama je sebenarnya. 

Kadang-kadang bila sekali kena, ada dua perasaan yang selalunya akan muncul. Either mahu mati kena tembak terus menyorok dalam kubur atau rasa terus mahu lancarkan perang dunia ketiga. Adeh.. 

Macam mana ya nak hadapi ia dengan sangat tenang dan cool?

*Tiiiiiiink ...idea! *

Oh, ada satu yang kawan saya pernah praktikkan... erm, actually dia terbuat je.. tapi berjaya~

Kawan : (tension) Dr, sorry. Aku tak sempat habiskan history sebab mak patient not co-operative.

Dr : (dalam english) Owh takpe, nanti aku bagi kau ulang tahun empat, then tahun depan boleh jumpa balik makcik tu lengkapkan history.

Saya : (aduh, giler dalam doktor nih tikam)

Kawan : (dengan muka innocent dan sengih gembira) Baik Dr. Insyallah~

Erkkk! Aduh.aduh. Saya nampak Dr punya muka sangat terkejut macam terlanggar dinding. Aaaaa.. habislah.... Dr dah tengok semacam dengan kawan saya nih. Fuh.fuh. jangan la bagi Dr angin tetiba. Takutnya.. Tapi anehnya, Dr jadi macam pelik je tengok kawan saya. Terdiam terus Dr lepas tu.

kat luar......

Saya : Weih, berani betul ko menjawab macam tu. 

Kawan : Ha? Ha? Aku jawab apa plak?

Saya : Tu yang insyallah bila Dr kata nak bagi ko repeat. 

Kawan : La... yeke? aku salah dengar la nih? Aku ingat Dr kata takpe, next time boleh jumpa lagi makcik tu. Aku tak perasan pun yang ayat repeat year tu.. Haha. nasib baik aku salah dengar. Tak rasa apa-apa pun sekarang.. Hehehe.. 

Saya : Haaaaa??? -_-'

Okeh, kesimpulannya sarcasm boleh di-smash semula dengan cara buat-buat tak paham dan selamber kan sahaja diri jadi innocent. 

p/s: Tapi pilih orang dulu! Takut-takut karang jadi nak stop, ternaikkan volume plak. hehe=) 

Wassalam..~








Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *