Tembikai Buku Sejarah

9:09 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Tembikai -  menemukan saya dengan ulangan sirah tabiin

Orang selalu kata Sejarah Boleh Berulang kalau kita tak pandai ambil iktibar.

Yup, saya setuju!

Semalamlah serasa saya seperti kembali berhadapan dengan sebuah sejarah bila ada suatu teladan yang saya lupakan, ada pengajaran yang saya tinggalkan. Walaupun 'bisa'nya agak terasa, tapi alhamdulillah kurang-kurang saya yakin Allah sengaja nak lemparkan peringatan-Nya buat saya yang terleka.

Ceritanya begini...

Petang Sabtu semalam, saya dan H jalan-jalan balad sekejap tengok-tengok buah. Teruja pula pergi pasar sekarang sebab buah tembikai dah mula murah. Mungkin dah nak masuk summer. Sekarang buah tembikai paling murah 35 qursh sekilo. *bersinar-sinar mata tengok*  Beli2!

Kami : Pakcik, macam mana nak tahu mana satu yang elok? Kalau elok kami nak beli. Nak yang merah ya!

Pakcik A: Yang ni insyallah okay. Kejap, biar aku kopek sikit kasi kamu tengok

Tengok-tengok tembikai yang pakcik tu pilih agak tak berapa merah. Maknanya kualitinya kurang. Kami dah berpandangan sesama sendiri. Nampaknya pakcik ni dah tersalah pilih. Macam mana nih. Kami nak ambil gak ke tembikai yang dia dah buka dan tak berapa elok nih ya?

Kami : Pakcik, macam mana nih? Ni tak merah. Kau kata nak kasi kami yang elok. Ni tak elok sangat.


Pakcik A : mmmm.... (macam dah serba-salah)

Kami : . Macam mana ni pakcik? Kamu kan lebih tahu macam mana nak tahu tembikai mana lagi elok. Dah tak berapa elok macam ni, takkan kami nak beli jugak?

Pakcik B : Anak, kami ni penjual. Tugas kami hanya menjual. Kami cuma tahu tembikai tu elok bila merah dan kurang elok bila putih. Tapi mana satu putih mana satu merah kat dalam, mana kami tahu. Itu kerja Allah. Dia yang berkuasa tentukan. 


Kami : *erk, adeh terlupa!*  


Masing-masing tiba-tiba macam diam bertafakur dalam kedai. Dalam hati kami ni dah rasa semacam. Ya Allah malunya.... -_-'

Kami : Takpelah pakcik. Aku beli je lah tembikai nih. huhu. *sambil hulur duit* terima kasih untuk semuanya.


Pakcik A + B : sama-sama. 


Dalam on the way balik...

Saya : Ko ada rasa tak macam pernah baca situasi kita ni dalam sirah mana-mana? 


: Haah la.. Tabiien rasanya. Terkena sebijik aku hari ni. Adeh, insaf.. 


Saya :  Aku nak cari lah balik nanti. Muhasabah sikit. Padan muka aku hari ni. Aih.  


Cari

Cari

Cari

Cari

Haaaa! Dah jumpa!

~ IBNU MUBARAK penjaga kebun delima yang jujur ~

Sekian melaporkan buat hati-hati manusia yang kot-kot sama terlupa kuasa Allah bila membeli buahan atau sayuran di pasar-pasar di mana jua anda berada.

Ingat! Kalau buah/sayur yang anda beli tidak menepati citarasa seperti yang disangka, janganlah terus marah pada penjualnya. Mereka pun bukannya ada kuasa juga. Jadi nak marah siapa? Pencipta buah/sayur itu sendiri ?? Hish, jangan cari nahas!. Kalau rasa diri hebat, test la power kalau sanggup rasa nak tambah saham dosa... Hari ni dah jadi pengajaran, esok-esok jangan lupa pula....

Ingat lagi satu : Sejarah mungkin berulangggggggg....... kalau tak berjaga-jaga!. =)

Jumpa lagi!
wassalam~





2 comments

Write comments
zmah
AUTHOR
April 10, 2011 at 11:08 PM delete

Selalunya kita sering lupa pada sejarah...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *