Kita, Mereka dan Buku

11:36 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum...




IMAM AHMAD........kadangkala ingin keluar menuntut ilmu sebelum terbit fajar. Ibunya meminta supaya melewatkan sedikit sehingga manusia bangun dari tidur


IMAM NAWAWI....... ‘2 tahun aku belajar, rusukku tidak pernah jatuh ke bumi…’. Beliau belajar dari pagi , petang sehingga malam,  belajar 12 subjek sehari, hanya makan sekali selepas Isyak dan minum di waktu dinihari. 


IMAM DAUD...... Salah satu lengan bajunya lebar namun yang satunya lebih kecil dan sempit. Lengan baju yang lebar ini digunakan untuk membawa kitab-kitab, sedang yang satunya lagi tidak diperlukan. 


ALHAFIZ IBN HAJAR AL-ASQALANI ..... ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani yang mengandungi lebih seribu hadis dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. 
FAIRUZ ABADI ...... dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.
IMAM SYAFIE .......beliau tidak dapat membeli kertas untuk menulis kerana miskin. Oleh itu beliau menulis ilmu di atas tulang-tulang, kulit-kulit binatang. Pernah satu ketika beliau hanya menulis ilmu di atas tapak tangan beliau semasa kuliah Imam Malik.
JAHIZ...... yang sangat asyik dengan dunia buku, tidak pernah ke mana-mana tanpa bersama buku; buku sentiasa di tangannya. Dan kisah Jahiz dikatakan meninggal dunia kerana dihempap dengan buku 
IBNU 'AQIL ...... "Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang."
AL NAISABURI.....membaca kitab Sahih Muslim sebanyak 100 kali.

IBN SINA.....membaca buku Al Farabi sebanyak 40 kali.

IBN HAZIM.....selepas semua bukunya terbakar,beliau mula menulis kembali melalui apa yang di ingat dan di hafalnya.

QATADAH.....menghafal buku seberat kaldai.

AL SYA'BI ..... tidak pernah menuliskan tinta hitam ke atas kertas putih tentang sesuatu ilmu kecuali aku menghafalnya terlebih dahulu.

IBN MUBARAK.....mengulangkaji dan menghafal hadis sampai ke pagi sambil berdiri.

IBNU ALJAUZI...... "saya ceritakan tentang keadaan saya sendiri bahawa saya tidak pernah kenyang dalam menelaah buku. Jika saya melihat buku yang belum pernah saya lihat sebelumnya, seakan-akan saya menemukan emas. Seandainya saya katakan bahawa saya telah membaca 20 000 jilid buku atau lebih saya tidak akan berhenti mencarinya".
NASIRUDDIN AL-ALBANI ...... sanggup menghabiskan sehingga 12 jam di Maktabah Azzahiriah untuk mengkaji bidang hadis ,dan terpaksa pula mengalas perut dengan sedikit makanan sahaja demi cintanya terhadap ilmu.
KHATIB AL-BAGHDADI..... mempunyai tabiat membaca sambil berjalan. Beliau akan membawa berpuluh-puluh buku jika berjalan ke sesuatu tempat dan perlu disediakan ruang yang besar jika ingin menjemput beliau berceramah kerana beliau akan mentelaah sebelum memberi ucapan.
ALFARABI ...... menyalin sendiri buku-buku (milik orang lain) yang dilihatnya tidak ada dalam simpanannya seolah-olah beliau sebuah mesin fotokopi. Kemudian beliau akan menyalin juga satu salinan untuk dihadiahkan kepada sesiapa yang dijumpainya sepanjang permusafirannya atau dihadiahkan kepada sesebuah kampung yang terpencil.
AHMAD BIN HANBAL.....menjadikan dirinya sebagai orang suruhan demi mencari ilmu.

ABU HANIFAH.....menjual perabot rumahnya untuk pergi mencari ilmu.

SUFYAN AL TSAURI.....sanggup berlapar selama tiga hari kerana mencari hadis..

ABU HURAIRAH .....menghafal sebahagian besar hadis dan membahagikan
malamnya kepada 3 bahagian..
satu pertiga yang pertama : belajar.
satu pertiga yang kedua: solat.
satu pertiga yng ketiga: tidur.

JABIR BIN ABDULLAH.....sanggup menempuh perjalanan selama sebulan
ke Mesir semata mata mencari satu hadis.

ABU MUSLIM ALKHURASANI..... pernah di tanya: "Mengapa kamu tidak tidur?" Beliau menjawab:"Kerana cita cita yang tinggi tekad yang kuat dan jiwa yang tidak dapat menerima penganiyaan aku sanggup tidak tidur walau satu saatpun."

SYAIDINA UMAR AL KHATTAB .....berkata"Jika aku tidur pada siang hari,urusan umatku tidak akan selesai. Jika aku tidur pada malam hari ,urusan peribadiku tidak akan selesai."

ABU ISHAQ AL SYIRAZI.....mengulang ulang pelajarannya sebanyak seratus kali dan mempelajari setiap qiyas sebanyak seribu kali dan menulis seratus jilid buku.

IBNU AL JUHAM ...... “Apabila aku mengantuk sedangkan belum tiba waktu tidur, maka aku terus mengambil buku dan membacanya. Saat membaca, aku merasakan hatiku bergoncang dan seronok kerana mendapatkan apa yang kucari.


HASSAN HANAFI......  sentiasa mempunyai masalah kewangan semasa di Sorbonne dan mengalami kekurangan zat   akibat kehati-hatiannya dalam berbelanja untuk makan. Dia hanya makan sekali sahaja, selama 2 tahun di Sorbonne agar dia mempunyai wang yang cukup untuk membeli buku-buku falsafah  secara kronologi tulisan Husserl.
 AL-NADIM....... telah membuat catatan untuk semua buku buku yang pernah dimiliki di perpustakaannya dan juga untuk buku yang dijual di kedai buku beliau, bahkan catatannya bukan saja merangkumi Tajuk dan nama pengarang bahkan beliau juga turut mencatat keterangan mengenai isi kandungan serta riwayat hidup serta karya yang ditulis oleh pengarang tersebut, Bahkan beliau juga mengkelaskan buku buku tersebut dalam kelompok  yang tertentu mengiktu bidang dan jenis perbincangan buku 
IMAM IBNU JARIR ATH-TABARI....pada waktu ia sedang sakit dan diziarahi,  beliau ada ditunjukkan doa diriwayatkan oleh Jaafar bin Muhammad. Lantas Imam Ibnu Jarir terus meminta diambil pena dan kertas untuknya menulis. Kemudian dikatakan kepadanya: “Apakah ketika ini masa yang sesuai? Tetapi Imam Ibnu Jarir menjawab: Tidak wajar bagimanusia meninggalkan kutipan ilmu, hingga kematian menjemputnya.”


KITA ???!!!!


*adeh, malu...malu... *




Yok baca buku yok!


Conquer bidang kita habis-habisan~


Untuk orang kat Malaysia, selamat ke Pesta buku~ *sob3. jeles3.*


Sekian
Wassalam....



4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 22, 2011 at 3:14 AM delete

malu (jugak).

x dpt pergi bookfair :'(

Reply
avatar
budak adab
AUTHOR
April 22, 2011 at 2:35 PM delete

baru sembang citer2 camni dengan kawan tadi time makan mandi yamani..mmg hebat ulama' dulu

xtido malam mecari ilmu,kite mencari movie..

"Ya Allah,tunjukkan kami hidayah"

Reply
avatar
July 29, 2011 at 2:25 AM delete

anon:
kan?kan?

budak adab:
amin.....

kak zmah:
=)

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *