Kastam Jordan dan Sukan

8:09 PM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum...


First,
Zillion Alhamdulillah for today...
Akhirnya urusan tshirt KARISMA yang tertangguh 2 minggu akhirnya siap juga. Fuh~
Dari mula nak buat tshirt labuh untuk sukan akhawat-akhawat Irbid, cabaran tak habis-habis datang. Dengan masalah berubah designnya, sikit masanya, posnya, duitnya dan yang paling hangat baru-baru nih adalah kastamnya.

Even KARISMA dah habis 2 minggu lepas, masalah tshirt KARISMA still oncall. Adeh, nasib baik KARISMA menang. Kalau tak, memang mengaku awal-awal lah saya memang rasa macam regret sikit amik cabaran yang super-challenging nih. Huhu.. *Hesh Ainul! Look at the bright sideokay~*


Tapi alhamdulillah semalam akhirnya berjaya melepasi kastam dengan riang... eh... better to said dengan susah payahnya selama 2 hari berturut-turut. Biasalah deal ngan Arab kan. Pantang tepat habis office hour je (atau few minutes sebelum), jangan harapla dapat belas kasihan nak sambung kerja.

Kesian encik senior yang tolong kitaorang semalam. Dah la tolong drive, pastu tolong goreng (syabab kan lagi terer goreng-goreng nih.. hehe), tolong angkat barang (4 kotak serba 19 kilo semuanya kecuali satu 10 kilo), tolong hantar lagi. Sorang-sorang plak dia je lelaki. Syabab lain semua tak dapat membantu sebab ramai exam. Nak mendapat sorang syabab yang boleh bantu ni pun tensennya macam nak cari beras dalam pasir je rasa seminggu. -_-'

Kami yang berdua akhawat ni just sebagai pelakon tambahan,  tolong tunjuk muka sebab barang tu nama kita. Dah siap komplot actually kami yang akhawat takkan cakap arab langsung dengan erti kata lain tak reti langsung cakap arab, English pun terabur so kena la pakai khidmat senior. Haha.. Adoilah, hampir-hampir terkantoi sikit terpaham Arab. Nasib baik boleh goreng balik sket kitaorang tahu kira nombor arab je.. hehe.. best gak jadi orang baru balik. Orang Arab nak bising-bising pun kita buat muka toya je. =P

However, semalam memang banyak sangat benda baru dapat belajar. Tak pernah lagi dapat masuk sampai ke area tentera-tentera airport punya lokasi. Checkpoint sampai 2, udah macam masuk Lumut plak rasa. Kena keluar, keluar check kereta, check beg, goreng Arab lagi sekali. (As usual, nasib baik senior ada). Bila dapat jumpa ketua kargo, rupanya baik je dia. Lagi senang nak deal ngan ketua dari nak deal ngan orang bawahan. Birokrasi sungguh!

Dalam sesi goreng-goreng tu, ada gak sesekali tu kami hampir-hampir tewas. Arab kan pandai gak. Duh, waktu tu memang habis segala doa la kitaorang (saya ngan kawan yang perempuan sorang lagi) baca dalam hati. Hembus-hembus siap. Ya Allah, biarlah lembut hati pakcik-pakcik Arab ni, biar senior dapat buat apa yang dia nak, biar pakcik arab tu ikut cakap kami. Amin-amin-amin. Fuh.Fuh.Fuh. Dekat 5 jam lebih tau jelajah airport pergi office sana, office sini, jumpa orang tu orang nih. Memang sangat-sangat banyak proses. Memang sangat berharap dapat kurang harga kastam tu. Kopak la kami kalau tak..

Dan alhamdulillah berkat kesabaran, ketererran senior goreng dengan backup plan yang sangat cepat dan doa-doa warga Irbid dan Malaysia, akhirnya kemenangan berpihak di pihak kami. Rupa-rupanya orang airport salah baca resit English dari Malaysia. Dia boleh plak kira semua nombor yang ada tu sebagai bilangan baju walhal nombor tu nombor bayaran service syarikat, nombor bayaran fedex kat Malaysia dan nombor-nombor lain yang takde kena mengena dengan bilangan baju. So, dari baju 160 tu dia gi kira sampai baju tu 400 lebih. Patutlah harga tinggi macam KLCC. Adeh kastam Jordan nih, nak baca English pun buat halai-balai. Saman kang! Kesimpulannya, sesiapa nak pos barang ke Jordan sila buat kertas (invois misalnya) detai-sedetailnya biar macam nak kasi budak tadika baca. -_-'

Kesimpulannya : Semuanya adalah misunderstanding belaka....

Tapi paling tak tahan, dah hujung-hujung tu bila semua officer kastam turun kat kami sebab kami dah deal dengan ketua kastam, dan keadaan jadi macam kelam-kabut sikit sebab ada Arab yang cuba nak halang officer kastam biasa berkaitan dengar cakap kami, once bila kebenaran kata-kata kami terbukti (walaupun goreng) dan dia nampak baju-baju tu baju labuh untuk akhawat, terus dia puji melambung-lambung balik..

"I ni baju syariat nih! Untuk muslimah! Kena tolong nih.."


" Bagus.. Bagus...! Sukan kena sopan... Bagus Malaysia.. Tahniah (sbb berjaya deal dgn kastam ke?hehe) " 


-_-'  Suruh tolong awal-awal kedekut. Dah last-last baru nak setuju. Isk3...

Nasib baik bila time bayar tu, ada sorang officer minta maaf personally pada kami sebab baju kami ni delay sampai sukan pun dah habis baru dapat. Terharu plak saya dengar.. Takpelah pakcik, anda pun jalankan tugas sahaja kan? Kita 0-0 je lah ye sekarang. Alhamdulillah sekarang ni pun dah rasa sangat bahagia sebab kastam turun banyak walaupun tak dapat free langsung.

Dalam dari charge kastam + storage yang bernilai 710JD akhirnya kami berjaya dapat turunkan kepada harga 224JD... horrayyy! Alhamdulillahh..... =D

Fuh, lega...
Ingat senang ke nak deal ngan Arab airport. ) Memerlukan kesabaran tinggi dan ketererran menggoreng macam senior. Haha.. Saya memang out awal-awal~! =P Kakak MSD pun dah kata kata dah berkurun masalah kastam macam ni takde. (So, kitaorang ni kira penimbul masalah baru la ye? hehe.. sorry~)

Apa-apa pun terima kasih la kat semua orang yang membantu dan mendoakan kelancaran proses dapat tshirt nih. Lega sangat-sangat dah selesai.

So, lepas ni tinggal agih-agih je la lagi.. Dalam seminggu dua insyallah selesai. Lepas tu boleh fokus Final dengan bahagianya. Aminnnnnnnnnnnnnnn.....

Ok, warga IRBID akhawat, lepas ni boleh ambil pada tempat-tempat yang berkaitan ya. Jangan lupa bayar sama. Hehe.. Tahun depan kita KARISMA lagi pakai tshirt labuh dengan lebih sopan dan comel~ Insyallah.. =)

Chiisana Tenshi no Kazoku:


Nak bawa dakwah syiar Islam bukan semudah yang disangka.  Ini baru tshirt labuh akhawat untuk bagi kemudahan akhawat bersukan dengan sopan. Itu pun susahnya na'uzubillah rasa macam tak nak buat lagi dah lepas nih (temberang je lah! Saya takkan putus asa. .!hehe..) 


Tapi susah hanya pahit bila tengah bermasalah. Once masalah selesai, manisnya sangat-sangat terasa. Apatah lagi bila nampak depan mata pertolongan Allah yang sangat-sangat dipinta tiba. Mungkin lambat, tapi sebenarnya ia tetap ada. Macam saya sekarang. Saya ambil masa hampir sebulan baru masalah tshirt ni selesai dengan jayanya. Siapa yang tahu apa yang saya lalui mesti tahu betapa banyaknya saya dah jatuh berkali-kali sampai tak larat nak bangun semata-mata untuk tshirt KARISMA nih.  Saya memang tak larat. Serius, terlampau banyak sangat masalah! Rupa-rupanya baru saya tahu sekarang Allah mungkin sengaja lambatkan supaya salah satu antara sebabnya agar saya dapat rasa pengalaman baru dengan kastam Arab seperti tadi. Bukan senang nak dapat pengalaman berharga macam tu. Tak semua kan boleh rasa?? =)


As we said, look at it from the bright side.  Dan yang paling penting, never forget that when we have a problem, never be alone! Ramai orang dekat sekeliling kita yang boleh sama-sama support kita. Paling-paling pun, support kasi motivasi supaya kita teruskan berlari. That is the most important thing to have!


Moga-moga semua yang kita alami sepanjang KARISMA ini takkan mematahkan semangat kita untuk bawa satu anjakan paradigma dalam sukan hidup kita di sini. Kita pernah susah, tapi kita dah dapat belajar untuk lalui kesusahan tu dengan berjaya. Next time, mana yang kurang kita topup kan supaya kerja lebih lancar dan laju. Insyallah usaha kita akan lebih berjaya.


Tak sabar nak tengok suatu hari nanti semua akhwat dapat bersukan dengan pakaian yang lebih baik dan lebih bersopan.  Paling-paling pun dalam majlis penutup misalannya. Siapa kata akhawat tak boleh bersukan kan? Kalau sukan kena dengan gayanya, kita boleh buat apa sahaja! Insyallah~


Jumpa lagi~
Wassalam

4 comments

Write comments
Cidak
AUTHOR
April 17, 2011 at 8:35 PM delete

lelaki memang hebat bab goreng2 nih.

erk !!

patut la sy reti menggoreng je,masakan lain hancur..uhukk

Reply
avatar
April 18, 2011 at 3:42 AM delete

Takpe banyak athun lagi nak gaduh dengan Arab. Kutip ilmu tu sikit-sikit. Dari bab mengayat, menyindir, memarah dan sebagainya.

Reply
avatar
M.
AUTHOR
April 18, 2011 at 3:51 AM delete

cukup indah cara Tuhan mendidik hambanya kan :)

Syabas sebab gone thru everything.

salam

Reply
avatar
July 29, 2011 at 2:27 AM delete

cidak:
yup, betul2. sangat betul. =)

senior muneer:
dua tahun lagi nih. insyallah2

M.:
^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *