Kakak ada jarum?

Assalamualaikum

Dah masuk minggu keempat saya dalam rotation pediatrik.

Minggu pertama : Nursery KAUH
Minggu kedua : NICU Hospital Rahmah
Minggu ketiga : Wad Biasa Hospital Rahmah
Minggu keempat : Wad biasa Hospital 'Nisa-i' Mafraq

Dalam empat minggu ini dalam banyak-banyak benda yang saya baru belajar, saya paling perasan budak-budak kat hospital sangatlah bersikap 'White Coat Syndrome'

Pernah sekali di Rahmah saya baru nak temuramah seorang ibu yang anaknya (nama MALAK) usia 7 tahun suspected Meningitis, tiba-tiba budak tu bisik pada ibu dia....

" Mak, kakak-kakak ni ada jarum ke? "

Mak dia gelak sakan tanya kami depan dia " korang bawa jarum je hari ni?..."

Ha??? -_-' Adeh la adik, bijak... bijak.....~

Jenuh kitaorang buat muka paling angelic sambil pujuk "takde.takde. kitaorang ada pen ngan buku je...."
Lega akhirnya bila tembok antara pesakit dan doktor berjaya dirobohkan bila dia dah mula main-main dan seronok sembang dengan kami. Bukan main bijak budak nih, senang kerja nak ambil history dia sebab dia boleh terang sendiri tanpa perlu mak dia menyampuk sangat.

Dekat hospital Mafraq plak, ada sorang patient ni awal-awal nak je main peek-a-boo dengan kami waktu kami tak sarung lagi white coat. Sekali bila dah sarung, laju sungguh dia lari menyorok kat mak dia. Terkejut kami. Ingatkan kenapa, rupanya mak dia kata "dia takut tengok kot putih"  Erk... 

Maka, kesimpulan awal : Better ambil history tu tak payah pakai kot putih kot. =p

* Tapi jangan buat depan Dr Sulaiman KAUH, nanti expectedly bakal kena ambush je. Dia allergic. hehe..*

Hospital Kanak-Kanak Amirah Rahmah

Adik pemalu yang sakan main frisbee kat hospital


Baby comel yang paling sporting!

Inilah Malak, adik pintar yang sangat talkative dan funny~

Alhamdulillah gak KARISMA dah setel. Saya tak sempat nak update lagi di sini sebab gambar belum sedut lagi daripada orang lain, saya tak sempat ambil gambar sendiri gara-gara pressure terlebih main dan urus atlet tahun ini. Nanti dah siap, saya cerita sini~

Minggu ini nampak gaya common cold yang datang dua minggu lepas kembali bertandang semula. Mungkinkah gara-gara hujan yang datang tanpa diundang 2 hari ini sampai kami kuyup lencun pergi balik hospital dalam selang cuaca yang nampak macam dah panas? Esh, hujan kan rahmat~

Apa-apa je lah. Just tolong doakan saya sihat walafiat baik ya. Tak berapa sedap plak nak belajar dalam keadaan macam nih, tambah-tambah bila jumpa pesakit. Takut terjangkit kan orang lain plak. Na'uzubillah.. Itu pasal juga macam tak berapa rajin nak update blog sket sekarang. Asyik-asyik batuk bersin batuk bersin tak henti-henti. Sejahtera keatas saya sendiri , aminn~ 

Ok, nak sambung study. Sekarang dah pukul 12 malam. Tadi syahid dari lepas maghrib sampai 11 malam lebih sebab tak sedap badan. Doakan saya sukses! 

Jumpa lagi~

1 comment

Anonymous | May 13, 2013 at 2:20 AM

Salam, macamana saya nak dptkn novel kot putih ni?

Rozi, From Malaysia.

FB Roziana binti shafiee
Email : rozianashafiee@gmail.com

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images