3 peluang menguasai media

Assalamualaikum...

[ Ini bukan tulis blog ya, ini tiru dan tampal iklan buat para Melayu Jordan yang rasa mahu cuba testing bakat terpendam mahupun dah mahu asah bakat yang sedia ada... =)  ]

** ada sket poyo tak untuk tajuk entry nih...? Hehe.. Betul apa kan? Dari kita biar media massa tulis entah hapa-hapa, nasyid tak sudah-sudah dengan kisah cinta picisan, sumber bacaan adik-adik kecil yang tersasar moralnya, baik kita yang sedar ini yang tulis. Bukan nak kata kita hebat, tapi kita sendiri nampak mana hala tujunya media massa sekarang. Untung-untung ada saham boleh tuntut kat akhirat bahawa kita tetap berusaha cuba membawa Islam di mana-mana terutama di media massa yang sangat merbahaya. So apa lagi? Ada sesiapa berani sahut cabaran ini? Ayuh! Jangan sekadar bising-bising belakang, ada peluang ini sila lah ambil dan buktikan pada mereka. **


IKLAN 1 !


Peraduan Menulis Puisi dan Lirik Motivasi 
Sempena Ulangtahun ke-14 Saujana


Tarikh akhir penerimaan karya: 
16 Mei 2011


Selamat menulis! 


http://img849.imageshack.us/img849/1003/posterperaduan.jpg

888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

IKLAN 2 !

Sayembara Penulisan dalam Talian  
Hari Belia Negara 2011


Kategori:
Rencana dan Esei
Puisi
Cerpen
Berita
Pantun


Maklumat lanjut di http://www.sayembara.net/

Tarikh akhir penerimaan karya: 
16 Mei 2011

Selamat menulis!

http://img196.imageshack.us/img196/1276/unled1copyp.jpg

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

IKLAN 3 !

Projek Antologi Puisi Remaja dan Kanak-kanak 
GKLN 2011 Terbitan DBP 


http://img849.imageshack.us/img849/2350/gkln.png          http://img689.imageshack.us/img689/3319/logodbp.gif


Tarikh akhir penerimaan karya:
Ahad, 24 April 2011

PANGGILAN TERAKHIR


Selamat menulis!

SYARAT PENGHANTARAN KARYA
Chiisana Tenshi no Kazoku:
1. Penyertaan untuk antologi puisi ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut : 
- Sedang menuntut di luar negara.
- Telah menjadi ahli GKLN yang sah dan menyertai yahoogroup GKLN. Bagaimana untuk menjadi ahli GKLN yang sah? Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
- Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
- Peserta yang pernah menuntut di luar negara sama ada untuk twinning programme atau tamat pengajian dalam tempoh kurang 3 tahun dari tarikh tutup penyertaan juga layak menghantarkan penyertaan. 

2. Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran serta sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak (10-12 tahun) dan remaja (13-18 tahun) dengan menyentuh mana-mana aspek seperti: 
- Perpaduan
- Sains fiksyen
Kasih sayang
- Kekeluargaan
- Pengembaraan
- Sejarah
- Konflik sosial
- Kemasyarakatan
- Tokoh terkenal
- Lain-lain aspek yang berkaitan.

3. Karya hendaklah asli dan bukannya saduran, adaptasi atau penyesuaian. Sekiranya karya pernah disiarkan dan diterbitkan, diharap dapat menyatakan maklumat yang berkenaan selengkapnya. Sekiranya karya pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari blog dengan serta-merta. 

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis. 
5. Panjang puisi adalah bebas.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Ahad, 24 April 2011. 

7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan. 

8. Hantarkan tiga buah puisi yang memenuhi syarat-syarat karya ke gkln_sayembara@yahoo.com. Juga sertakan butiran peribadi anda seperti nama penuh, nama pena (jika ada), lokasi di luar negara serta alamat emel. Para penyumbang juga diminta untuk menghantar profil penulis yang lengkap dan kompak (maksimum 15 baris) serta sekeping gambar profil yang jelas.
8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
Chiisana Tenshi no Kazoku:
Grab your chances! 
Maximize your limit!
Push your best!
May Allah take care of the rest...  =)

Ok, sekian. Saya kembali sambung study.
Wassalam..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images