Terima Diri

9:49 AM 5 Comments A+ a-

Assalamualaikum

*sambung cabaran blog*

Day 21 – A photo of something that makes you happy.
- Recently -



Gambar ini mewakili rasa lubuk hati saya yang kadang-kadang jadi muram bila terasa ada bisikan yang buat saya rasa rendah diri, rendah semangat, rendah motivasi dan adik-beradik rendah yang lain. Maka, bila saya baca dan kembali berusaha jadi kuat, saya kembali sukahati! ^_^


Sukar sebenarnya saya mahu menjadi saya. (Eh, ayat apa nih?)

Saya cuba buat dalam bentuk nombor ya. Biar senang nak cerita kisah encik risau dalam diri saya dan encik jawapan yang selalu nak datang tolong~

1. Duduk di Jordan ini bagi saya bukan mudah. (Tapi bukan lah terlampau dasyat teruk sampai saya benci). Dengan orang Arab yang kadang-kadang senang sangat nak buat kita sakit hati, kesabaran memang sangat-sangat selalu teruji. Dengan kawan-kawan yang selalu dapat markah tinggi, kadang-kadang saya selalu terfikir saya sebenarnya layak ke tak nak berdiri bersama mereka di sini..

---> Ish, Ainul! Kamu kira bertuah dah dapat sampai Jordan dah 4 tahun ni. 4 tahun tu tahu? Dah 1460 hari dah pun. Duduk bercampur dengan Arab yang menyakitkan hati ni, pernah tak buat kamu rasa bahawa kalau kamu masih gagal kawal perasaan, memang kamu masih lemah bab urus marah. Tapi kalau dah pandai uruskan mereka, bravo! =) Kan bagus dapat belajar tahan marah.. Markah tinggi? Macam mana agaknya kalau markah kamu paling tinggi dan kamu jadi riak dan malas belajar dah? Ish3, na'uzubillah~

2. Saya memang suka berpersatuan. Kalau ada aktiviti-aktiviti menarik, saya memang tak lepas peluang. Tapi kadang-kadang bila ada masalah datang, saya terfikir adakah saya buat keputusan yang salah? saya takut sebenarnya kalau kerja saya dianggap fitnah kalau markah akademik saya tak setinggi rakan yang lain.

---> Kalau kamu tak berpersatuan, boleh jamin markah kamu boleh mencanak-canak naik macam menara taiwan 101? Siapa boleh tahu selain Allah? Bukan ke selama kamu banyak persatuan ni, Allah ajar banyak sangat perkara pada kamu khususnya bab tawakkal? Pernah tak kamu teringin nak bayang berapa banyak benih akhirat yang kamu dah tanam bila kamu bantu permudahkan urusan orang lain waktu berpersatuan nih? Nak harapkan pahala luar kerja + ibadah wajib je rasanya kamu punya akaun mesti tak cukup makan. Hesh, berapa kali nih nak ajar suruh yakin dengan Allah? Siapa tolong Allah, nanti Allah tolong dia balik~ INgatt~

3. Saya selalu teringin nak jadi macam orang lain. Nak baik macam dia tu, nak pandai macam dia nih, nak comel macam dia nun, nak istiqamah macam dia hat sana. Selalu sangat terasa macam saya serba kurang. Serba jahat. Serba tak best. Di sisi manusia pun rasa macam tak lengkap, di sisi Allah tu tak tahu lah apa taraf saya sekarang. Sedihnya tiba-tiba.

---> Tiada manusia yang sempurna lah Ainul. Setiap orang ada rezeki masing-masing, ada kekurangan masing-masing. Benda yang kita dah ada, tak semua orang ada. Sebab tu ada benda yang orang lain ada, mungkin kita tak ada. Adil la kan? Bila nampak orang hebat, doa lah banyak-banyak pada Allah moga-moga kalau ada rezeki dan kebaikan, kita pun boleh jadi macam dia. Orang yang lebih hebat jangan kita cemburu lebih-lebih. Allah mesti lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita jahat? Kita tak pernah bunuh orang kan? Kita tak pernah teguk arak kan? Kita tak pernah belasah cikgu kan? Jahat sangat kita level kita sekarang? Kalau setakat benda-benda kecik, sekali terbuat sudahlah. Jangan sesat lama-lama, patah balik cepat-cepat. Allah selalu boleh terima kita, asal kita betul-betul nak berubah walaupun susah. Biarlah orang nak kata apa, yang penting kita tahu hati kita

4. Saya banyak sangat kelemahan sampai kadang-kadang saya terfikir kenapa banyak sangat kelemahan yang saya ada. Orang lain tak macam saya pun..

---> Kita adalah kita. Mereka adalah mereka. Apa-apa pun, diri kita sekarang adalah satu keunikan yang kita saja ada. Tiada siapa boleh jadi kita, ganti kita dalam dunia. Semua orang ada ciri khas tersendiri. Kalaupun dekat sini kita rasa kita kosong, tapi ingat kita adalah anak kebanggan ibu bapa kita. Kita pegang harapan mereka sekarang. Sekarang kita dah mula bertapak sejauh ini, kenapa kita nak berhenti tengah jalan dan lari? Teruskan! Percayalah, dengan kelemahan ini insyallah suatu hari nanti ia boleh jaid kekuatan untuk kita terus berdiri kuat dalam cabaran hidup kita nanti.

Ok??? =D

Normal lah kalau kadang-kadang hati berbisik macam nih. Yang penting kita kena tetap terus kuat dan berkeinginan untuk terus berjaya dalam hidup! Pengalaman adalah guru yang terbaik. Mana-mana yang nampak tak betul, kita betulkan. Bila selesai dan berjaya, tua nanti mesti kita boleh berbangga dengan apa yang kita dah lalui sebelumnya.


Ganbatte ! Jiayou! Jiayou! =)

***************************************************************************

Ramble~

1. Hari ini hari pertama masuk round Pediatric! Tiada round pun tadi, cuma doktor compact-kan 4 sekali satu hari. *Berpinar-pinar* Lepas ni boleh lah nak ambil gambar bayi Arab banyak-banyak masuk blog. hehe... Owh, tadi result surgery dah keluar, alhamdulillah lebih tinggi dari jangkaan asal (soalan sangat susah dan tak terjangka!). Boleh tenang sekarang. Mari study Pedi~ Yeay!

2. Saya ditaklifkan sebagai Timbalan Ketua Kontigen Irbid untuk KARISMA IV tahun ini. Pertama kali kena uruskan hal-hal kesukanan walhal selama ini aci redah main je. Dalam masa satu bulan ni, kami bakal beraksi habis-habisan di padang. Mohon doakan kejuaraan IRBID tahun ni ya. =) Aminnnn!

3. Tadi telefon Malaysia, mama abah semua di kampung. Ada kenduri sambut cucu tiga orang sekaligus. Tak kesampaian lagi saya nampaknya. Dengar bising-bising belakang telefon pun dah rasa macam nak balik malaysia sekarang jugak. T_T

4. Sekarang dah pukul 1.30 pagi. Tadi 1.15 pagi baru habiskan buat puisi untuk projek antologi terbaru GKLN. Itulah tangguh punya akibat. Isk3..

5. Irbid masih winter. Kelmarin tak tahu suhu tapi seharian hujan. Semalam 5 degree hujan-hujan jugak. Hari ni 9 degree terang dan panas. Sobah punya gas macam dah nak habis je nih. Kalau habis, maksudnya bakal jadi tong ketiga baru la tahun ni. Aduh.

Ok jumpa lagi
Wassalam~

5 comments

Write comments
wani adnan
AUTHOR
March 14, 2011 at 9:01 AM delete

Assalamualaikum wbt. Ainul.

1. Duduk di mana-mana dalam ceruk sudut dunia ini pun tiada yang mudah. Duduk di Malaysia pun bukan semudah yang kita jangka. Tapi kena sentiasa ingat, cabaran suatu tempat dengan tempat yang lain adalah berlainan. Duduk di Rusia pun lain cabarannya >.< Dan ya! Ianya buat kita lebih bijak uruskan diri esply bab MARAH (kat rusia ni itulah yang akak belajar :D)

2. Islam mengajar kita untuk terlibat juga dalam persatuan. Dengan berpersatuan kita lebih tahu selok belok politik (bukan politik kotor ye :P) dan itulah yang Rasulullah ajar kepada kita kan? Rasulullah pun rancak juga berpolitik dalam membentuk Daulah Islamiyyah kan? ^^ Pasal markah tu jangan risau, yang penting, kita tahu bahagikan fiqh aulawiyyat.

3. Ala, akak ni lagi la suka nak jadi orang tu la org ni la. Akak selalu ada low self-esteem. Tapi apa kawan akak pesan, kita usaha untuk jadi yang terbaik di sisi Allah. Usaha tu yang Allah pandang kan?

4. Kelemahan boleh dibaiki. Jangan kita sentiasa rasa kita tak ada kelemahan, tu yang buatkan kita selalu lupa diri. Kalau lupa diri, Ainul sendiri tahu apa akibatnya kan? =)

Dah jangan sedih-sedih. Nanti baby semua nangis tak berhenti-henti :P Enjoy your Peads. All babies are cute! Just like me ('.')V

Reply
avatar
laila biruni
AUTHOR
March 14, 2011 at 8:08 PM delete

i love this postt.!!

Reply
avatar
March 15, 2011 at 4:42 PM delete

kak wani:
thanks for the advices akak. really appreciate it~ ^_^

laila:
me too! hehe ;p

Reply
avatar
.khaulah-j
AUTHOR
March 19, 2011 at 5:38 AM delete

suka point yang ke-3 & 4. Sebab selalu rasa macam tu juga. Terima kasih mengingatkan :)

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *