Surat Untuk Yang Menyakitkan Hati

Assalamualaikum

*Sambung cabaran lagi*

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Erm.. dah lama tak surat lah sebenarnya. Macam mana ya?

.
.
.
.

Ehem.ehem...


Kehadapan ***** yang menyakitkan hati saya, (skema...sekema...)

Terima kasih,
sebab buat apa yang awak dah buat sekarang

Terima kasih,
sebab bagi saya sedar ragam manusia itu berbeza-beza

Terima kasih,
sebab bagi saya pengalaman berdepan dengan orang macam awak

Terima kasih,
sebab bagi saya inisiatif cari jalan macam mana nak handle perangai awak

Terima kasih,
sebab bagi saya perasaan tension maka saya lagi ingat Allah

Terima kasih,
sebab beri peluang untuk saya lari kejap tenang diri

Terima kasih,
sebab bagi saya sedar saya belum kuat nak kawal diri dan perasaan

Terima kasih,
sebab bagi saya tahu yang saya ni belum cukup bagus dalam bermuamalah

Terima kasih,
sebab bagi saya kenal kelemahan saya sendiri

Terima kasih,
sebab bagi saya peluang fikir kenapa kita jadi macam nih

Terima kasih,
sebab bagi saya fikir macam mana nak elak benda yang sama jadi

Terima kasih,
sebab bagi saya berlatih jadi sabar lebih kuat dari selalu

Terima kasih,
sebab bagi saya keazaman tak mahu buat perkara yang sama pada orang lain

Terima kasih,
sebab bagi saya pengajaran untuk bekalan saya yang akan datang

Teriman kasih,
sebab hadir dalam hidup saya

Semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk kita semua~

.
.
.
.
.
.

Isk, sayang satu benda je. Semua luahan hati dalam surat ini selalunya akan datang 2-3 jam selepas saya bertenang. -_-'

=)

See?

Tak semua yang buruk itu memburukkan dan tak semua yang sakit itu sentiasa menyakitkan~ Sekurang-kurangnya imuniti hati boleh bertambah...

Insyallah~

*********************************************************************

Saya punya aktiviti:

Mulai minggu ini,
kelas mula pukul 8 pagi hingga 4.30 petang

awal Pagi morning report
tengah pagi round dengan doktor
Tengahari rehat sejam sekejap
hujung tengahri sambung afternoon round
petang kelas sampai habis

balik kelas, terus turun padang (kalau tak lewat + tak penat)
berlatih bola jaring, bola tampar
sampai dekat maghrib

balik rumah
rehat 2-3 jam sesuka hati
sambung study untuk esok
kalau tak larat, tidur je terus
bangun awal pagi baru ulangkaji

esoknya,ulang-ulang-dan-ulang rutin satu hari...

Okay, pediatrik memang penat sungguh! saya dah mengaku~ T_T

Nasib baik ada baby-baby nursery yang comel-comel boleh menghiburkan hati.. =D


Harap-harap badan yang macam terkejut sekarang ini cepat sikit adapt-nya.
Saya dah rasa semacam. Penat semacam. Tekak tak sedap & asyik rasa nak termuntah je.
Tapi setakat ni alhamdulillah boleh tahan muntah,
isk saya tak suka muntah
Muntah bagi saya adalah lambang severity.
Sekali muntah, insyallah terus sakit betul.
Dah itu dalam kelas sekarang mengantuk macam agak severe
Kena set satu badan balik nih
Ke ini side effect last vaccination of hepatitis semalam eh?
Entahlah..


Never mind!
Pediatrik best.
Walaupun orang kata antara semua, pedi paling dasyat rotationnya
Saya akan cuba sedaya upaya mem-best-kan diri sendiri

Just wish me luck!
Doakan ya~

Jumpa lagi

Wassalam

6 comments

Rossarina™ | March 15, 2011 at 4:22 PM

bagusnye surat ko nih, Nul. kalau aku lah kan, dah habis dah kuar sume maki hamun segala tuh huhuhu. ><

aku pun demam siket mase lepas kene cucuk hep b hari tuh. syafakillah, Nul. :-*

Ainul Arina Madhiah | March 15, 2011 at 4:49 PM

arina:
kan aku dah tulis isi surat ni selalu datang 2-3 jam lepas kau bertenang. kira interval masa sebelum tu ada la yang aku tunggang-tebalik macam ko jugak. huhu..
ko ada ubat tahan muntah tak? ko kan sekali headache. ;p bawak weh time sekolah bila2, nak sikit kalau aku perlu. hehehe..

MounLike | March 15, 2011 at 9:00 PM

hikhik~!! Surat Oh Surat..=)
Tulis la mcm nie.
Asslamualikum,
terima kasih kerana awak telah memberi saya pahala keatas kesabaran yang awak telah berikan kpada saya~
^^
ehehehe~~

eisya_007 | March 15, 2011 at 9:56 PM

salam, ainul.
1stly, akak doakan ainul dberi ketabahan utk hadapi pelbagai ujian pd satu masa yg sama.awk kena yakin, awk boleh! 2:286

awk xboleh control org lain, tp boleh control apa yg kuar dari diri awk.just give your very best.tny dan mintak pertolongan dari Allah & org sekeliling.iAllah semoga dpermudahkan.

apa yg sedang awk lalui adalah proses belajar.dan ia menyakitkan! bykkan bertanya & bincang.iAllah kher.

go Ainul go.jgn lemah semangat. 3:139

Aliyah Al~Istiqamah | March 27, 2011 at 8:53 PM

akak-the letter i very nice.seringkali org yang menyakiti hati kite sebenanrnya banyak membantu kita untuk hidup menjadi orang kan =)

Ainul Arina Madhiah | July 29, 2011 at 2:43 AM

mounlike:
hehe.. agaknya kalau kita kasi orang tu, dia jadi apa ye? bertaubat mungkin? ^^

kak aisyah:
akak, ini hanya ilham yang datang dari fikiran. bukan perasaan. hehe.. sy takde masalah apa2 pun dgn hati yang sakit sebab orang. alhamdulillah la setakat ni. tapi apa2 pun, thanks for the advice. i appreciate it ^_^

aliyah al-istiqamah:
betul3. ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images