Siapa saya?


Assalamualaikum

*sesi sambung cabaran~*

Day 23 – 15 facts about you.

Erm, memandangkan saya dah selalu sangat jawab soalan macam ni secara sendirian berhad, kali ni saya cadang nak ambil jawapan dari orang lain pula. Jadi secara istimewanya disebabkan saya dapat tugasan cabaran blog ini dari PlurkVille a.k.a Kampung Pisang Joget, maka sasaran responden juga adalah mereka yang tinggal di sana. =)

Baik.

Soalannya berbunyi : Apa pandangan kalian tentang saya yang kalian kenal?

Jawapan mereka..........

Kak Ai's
beliau seorang yang bersemangat berpasukan....gehehe~*main bola jaring pakei baju kurung*

(erk,hehe..itu namanya gian nak pegang bola selepas berbulan-bulan pegang buku. ;p)

Tim
dia budak baik, gadis solehah yang berjiwa besar. atlit ni.. dan berpandangan jauh~ seorg yg mesreee jugak =)

(rasanya saya dah terlebih 'mereng' dan 'kurang masak' dalam plurkville tu. =p )

Kak Wani Adnan
peramah. =D

(Owh, yang itu memang konfirm fakta sebenar.. hehe..)

Kak Sarah Shukor
Komited dengan study dan tanggungjawab =)

(Am I? Tetiba rasa jauh sangat lagi bezanya dengan KS. huhu...)

Arina
mcm mak2 =p

(shuuuuuuu??????!!!!!.... -_-' bertuah punya budak. Ko lagilah, macam baby! hehe )

Kak Wana
bersemangat dan cekal =)

(Cekal? Psss akak, nak tahu satu rahsia? saya pun selalu homesick jugak. hehe.. ;p)

Ct Winky
mesti seorang yg tenang dan susah nak marah? btol x? sbb ct tgk layout plurk n profile picture..hee~~

( => Gambar-gambar tu semua memang gambar penenang kalau tengah hangin. Tengah berusaha menjadi orang yang banyak bersabar sekarang..)

Jull
inquisitive =D tidak malu bertanya, kualiti terbaekkkkk! pemimpin berjiwa rakyat pun boleh gak kan =D

( kesimpulannya saya cepat excited kah? hehe.. pemimpin berjiwa rakyat? Hope to be one. Amin.. =D )

Kak Izz
aktif,komited,tegas,bakal leader in future insyaAllah..

( Terasa ada ciri skema di situ. Hehe. Takpe, kearah skema yang berkualiti. Kan akak kan? hehe.. )

Kak Yus
ye lar jwpn izz tu! nmpak sgt komited dlm smua hal.. *Atlet pun yer jugak ni*

( Jawapan para ibu ni selalunya lebih kurang sama kan? Mama saya pun pernah cakap saya tak reti duduk diam, suka sangat ke hulu ke hilir.. hehe.. )

Kak Nat
ye..ye..sangat setiakawan jugak!dan pandai coupe dgn any situation dan cekal hati..

(akak, cekal hati dan pandai coupe dengan keadaan tu sebenarnya berat sangat saya nak buat seminggu dua nih. Banyak sangat benda jadi sekaramg. Sebak plak saya baca akak sebut saya gini, walhal saya sebenarnya takde lah kuat mana. Doakan saya kuat-kuat selalu ye! => )

Mahera
FLOJ

(*pengsan* Itu Fathiyah Idris la wei...! aiyoo... >_< )

Kak Sol
unique =)

(Hurm.. Terkejut eh tengok saya kat plurkville? hehe... Sayang akak!)

Lala
dia dah pegi rusia akhir taun lepas. dah tgk kubah bawang tu.

(Haa? Erm, maknanya saya kaki travel kah? hehe.. betul3... ;p )

Kak Qis
hmm...awk seorg yg fun, loving n penuh emosi..hehe

(Yup, plurkville adalah saya punya playground~ Yeay!!!! =D )

Kak Diya
akak tak reti nak describe orang sangat ni. akak bagi jawapan simple2 jelah ye. akak rasa ainul ni sangat rajin dan aktif, suka explore new places or new things. ainul teliti, dan suka memerhati. bukan perhati yang biasa2, tapi perhati dengan akal hati =) wallahu'alam. akak tak kenal awak in person, jadi tak mampu describe banyak2.

(Ini bukan simple nih, ni dah berjela nih. hehe.. Takdelah, gurau je. Yup, saya memang suka memerhati lama-lama. Sebab saya selalu takut yang kalau-kalau yang saya nampak hanyalah ilusi semata. =r )

Kak Nad
Ainul: Berani suarakan pendapat dan voice out. Jujur je gaya dia tulis kat blog, kalau baca selalunya mesti macam eh alamak aah laa betul laaa (alamak kantoi2 stalker sebab baca dendiam pastu tak tinggal komen pun haha). Pastu rasa2nya, Ainul enjoy travelling eh? :D

(Yang ketiga saya memang angguk-angguk setuju. Yang kedua saya tengah usaha. Tapi yang pertama tu.... erm, saya belum betul-betul berani sebenarnya akak. Masih belum sampai benchmark idola-idola saya. Doakan ya. hehe.. )
.
.
.

Selesai~!

Eh terlebih 2 plak. Takpe je lah ye.

Ok, itu adalah saya dari pandangan ahli Plurkville, komuniti privasi kecil saya di tempat persembunyian seketika waktu bahagian-bahagian diri yang selalu terselindung mahu memunculkan diri. Bukan maknanya mahu hipokrit, tapi sekadar mahu berstrategi dalam hidup. Tak semua kondisi dapat kita hadapi dengan cara yang serupa. Seperti ada masanya diri kita perlu berhibernasi untuk kembali me-recharge tenaga. Atau pergi menukar angin supaya tidak terlalu lali dengan tabiat diri.

Dah lama rasanya saya tak buat aktiviti 'tanya orang siapa saya' secara rawak. Saya pernah cerita dulu sekejap pasal aktiviti ni. Sekarang ni banyaknya cermin saya adalah rakan-rakan rapat yang selalu monitor saya. Tetap, saya masih belum betul-betul mantap dari pelbagai segi. Banyak sangat lompong buruk sana-sini. Tapi takpe, saya akan buat yang terbaik untuk belajar memperbaiki diri. Pengalaman kan guru yang terbaik! Tolong saya juga ya kawan-kawan~ =)

Ok

Nak pergi CAKNA lepas nih.

Jumpa lagi
wassalam~

3 comments

.khaulah-j | March 20, 2011 at 9:20 AM

apa itu 'FLOJ' ?
-.-''

Rossarina™ | March 20, 2011 at 12:44 PM

meh nak jawab.

FLOJ = first lady of jordan hehe.

Mak! hahahaha. :D

Ainul Arina Madhiah | July 29, 2011 at 2:39 AM

khaulah:
-_-'

arina:
oit! ooit! nak kena belasah? hehe

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images