Selamat Hari Jadi, Abah! =)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tadi mini OSCE dah setel~
Esok ada OSCE plak. Emmmm, mintak jangan putus doakan kami ya~ ^_^

Eh, sempat lagi kan saya nk update blog? Hehe...
Jgn risau. Ini update wajib demi somebody yang paling saya sayang..
Lulus tak lulus exam saya pun boleh kena mengena dengan redha dia...

Siapa?

(づ。◕‿‿◕。)づ ABAH SAYA !

Kenapa?
⊂(◉‿◉)つ Lusa hari jadi beliauuuuu...~ (11-3-196?)



.: Selamat Hari Lahir Abah ! I love You ! :.


Arina doakan Allah perkenankan semua doa abah dunia akhirat. Aminnn~


Baru minggu lepas saya telefon rumah membebel-bebel mengadu takut dengan exam + study + kerja pada orang di Malaysia. Tambah-tambah bila waktu tu macam-macam masalah macam menggedik nak datang sekarang.

Mula-mula cakap dengan mama, as usual mama awal-awal akan cakap " Kan dah kataaaa jangan aktif sangat masuk klinikal. Sudah-sudah la.." -_-'

Uuuu, kena sebijik~ Tebal telinga kena tegur balik. Padan muka aku. Sorry la mama. Nak buat macam mana, anakmu sorang ni memang tak boleh duduk diam. >_<

Tapi still, mama tetap kasi beberapa cadangan dan nasihat untuk setelkan masalah tersebut. Lepas tu mama kasi telefon pada abah untuk sesi nasihat seterusnya.

Bila habis mengadu pada abah, tahu apa abah jawab?

" Hek eleh. Dah tahun 4 pun takut exam lagi ke? Macam tak pernah exam.. Orang makin besar makin pandai setel masalah hidup, dia tak reti. Apa la...Hahaha... "

Erk, ini memang nak kasi jantung berhenti terus ni. Dasyatnyer smash dia. Kejam. Kejam. -_-'

Aaaaaa.... orang kecik lagi laaaa! Baru 22 tahun tahun. Mana banyak pengalaman hidup lagi macam dia! Ish, suka mengusik orang! >_<

Nasib baik tak lama. Lepas puas gelakkan anaknyer yang innocent, baru abah kembali normal dengan menjadi motivator terhebat balik dalam hidup saya.

Waktu itu lah abah pesan

"Hidup kita ni bukan semua kita boleh dapat atau kita tentukan. Semuanya Allah dah susun awal-awal. So, normal lah kalau tiba-tiba ada benda unpredictable datang. Yang penting, kita kena pandai adjust diri sendiri dalam semua keadaan. Be flexible~"

Eh, betul gak kan? Apesal saya tak terfikir eh? ๏̯͡๏

(。◕‿◕。) Thanks abah! It helps me a lot now~

Abah memang suka bawak saya fikir keluar dari kotak. Kalau bukan sebab abah punya point of view yang sangat luas dalam kehidupan, saya tak rasa saya akan jadi seperti saya sekarang.

Indeed, he has a lot of talents and skills which i really admire.

Paling penting, abah ni muka je ganeh tapi hati taman. Huahuahuahua... ;p

Ok, abah.

Sekali lagi, happy birthday to you!

Pergi dating sorang-sorang dengan mama tu jangan lupakan anak-anakmu yang jauh di asrama masing-masing. Kami sayangggg abah. We miss you. =D

Doakan Arina yang tengah busy exam dan study dan 'main kerja-kerja' di Jordan ni yer..

Jumpa lagi,
Wassalam~

p/s: Abah, lepas baca sila tinggal komen dalam blog yer. Asyik komen dalam telefon je keje. Hehehe... ;p

6 comments

chilavek | March 9, 2011 at 2:09 PM

Happy Birthday Abah...!!!! hehe... ;)

padan muka kene double smash ngan abah and mak..hahaha.. ;P

anyway good luck exam... =)

Ainul Arina Madhiah | March 9, 2011 at 8:09 PM

asyraf:
ceit, you'll get one when your time comes... hahaha :P
*tak sabar tunggu* .

thank you~ Doa kan kak ina selalu!

wani adnan | March 10, 2011 at 5:13 AM

assalamualaikum

ainul, alah adik awak tu entah2 takut exam juga huhu..

sorry eh asyraf, akak gurau je :P

all the best ainul. teringat main jawab2 soalan dengan awak dan kawan awak tu. teringat diri ini nak exam besar >.<

tepianmuara | March 11, 2011 at 12:17 AM

Alllllllllllllll the best kak!

Anonymous | March 13, 2011 at 6:37 PM

Terima kasih.

Selamat Hari Lahir???????

Selamat Datang atau Selamat Jalan?
Ingat yang lepas atau ingat yang akan datang?
Apakah yang telah dilakukan atau apa yang perlu dilakukan?
Gembirakah atau bersedih?
Biasakah atau luar biasa?

Bagaimanapun,
Yang datang pasti akan pergi,
Yang lepas itu pengajaran, yang akan datang itu perancangan,
Lakukan apa yang perlu dilakukan, Gembira,sedih,biasa, luarbiasa semua adalah anugerah.
Bersyukurlah atas anugerahnya.

Mohonlah
Kiranya diberikan pertunjuk,hidayah,dan ehsan oleh Yang Maha Kuasa.
amin.......

Khas utk Arina
Abah.

Ainul Arina Madhiah | March 15, 2011 at 4:46 PM

kak wani:
asyraf memang mcm tu. kaki mengusik. hehe.. bitaufiq akak. jom la join sekali sekali study guna plurk. ke arah plurk yang berkualiti! hehe ;p

haniff:
thanks! all the best untuk awak juga~ =)

abah:
yeay! akhirnya abah tulis komen gak. hehe..
ayat abah power lah~ betul3...
i'll do my best! insyallah. abah doakan ya! =)

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images