Selamat Datang, Bayi Comel!

1:13 PM 7 Comments A+ a-

Assalamualaikum



Sekarang saya tengah minggu nursery. Jadi persekitaran saya di hospital setiap hari adalah bayi-bayi baru lahir hingga sekitar seminggu dua hari. Alhamdulillah hari ini ada satu pengalaman baru yang saya timba di hospital. Saya dapat masuk operation teater untuk tengok pembedahan Caesarian.

Memang betul-betul begini!
*Gambar adalah ihsan google, tapi 98% sama antara gambar dan realiti tadi*

Awal-awal lagi bila kami bertiga perhatikan prosedur pembedahan, saya ada satu perasaan semacam bila nampak ada satu tangan yang terhulur keluar dari bawah kain yang menutupi seluruh seluruh tubuh si ibu di sebelah meja anaestetic. Ada manusia rupanya di bawah itu yang sedang berserah, bertawakkal dengan membiarkan manusia lain merobek tubuhnya, hanya untuk mengeluarkan seorang manusia kecil yang berada di kantung perutnya. Penentuan hidup matinya juga boleh jadi di situ.

Waktu doktor menghiris pisau ke perut ibu yang terdedah, menggunting sikit demi sikit lapisan membran yang ada, menarik sedaya upaya lemak-lemak yang menghalang perjalanan, mengelap darah-darah yang keluar sebelum berhati-hati menebuk lubang di rahim ibu yang licin yang seterusnya memancutkan cecair-cecair jernih yang laju dari isi dalamnya, saya lihat satu persatu bagaimana doktor menarik keluar makhluk kecil yang menginap di situ dengan cepat dan segera tapi masih berhati-hati.

Ia kecil, putih kebiruan, lembap kuyup, lembik dan longlai. Betul-betul macam anak patung adik yang direndam dalam mesin basuh kami di rumah. Dalam hati dah ada satu soalan. Anehnya dia! Betul ke manusia tu? Aku macam tu ke dulu? Macam tak percaya je... @_@

Senyap. Tapi setengah minit selepas itu, ada suara menangis mula kedengaran. Kami yang melihat di tepi terus bergegas keluar bilik utama, menuju ke Dr 'Ula, residen Pediatric merangkap doktor grup kami hari ini yang sudah siap-sedia menunggu kedatangan bayi di tepi tempat pemanas baby.

Sambil beliau mengelap saki-baki cecair likat putih yang ada di badan bayi tu dan menyedut kahak-kahak yang ada dalam tekak bayi, kami di ajar maklumat-maklumat penting yang perlu kami kuasai dalam memastikan 10 minit terawal kelahiran bayi ini adalah berada di tahap selamat. Kami periksa keseluruhan inci tubuhnya, dengar bunyi jantung, dan pelbagai lagi check-up yang penting lain untuk bayi seawal ini. Contoh:

Airways - Check!
Breathing - check!
Circulation - check!
Obvious Abnormality - Check!
Urine - Check!
Blood Stem - Check!
Jap cari kaki - check!
---> elak tertukar baby~

Dari biru kini bayi itu dah kembali menjadi pink kemerahan, tanda perfusion stabil buat setakat ini. Suara tangisannya sangat kuat dan pergerakan badannya sangat aktif. APGAR score 6/8. Grimace tak dapat buat sebab bahan tak jumpa.

Melihatnya seorang bayi yang sedang kuat menangis di depan saya, saya jadi kembali teringat waktu awal kelahirannya tadi. Biru dan senyap. Memang macam ajaib rasanya tengok perubahan dari keadaan yang senyap, longlai, kuyup dan lembik tiba-tiba jadi aktif, merah, bising dan gebu. He's already here! Tadi takde, sekarang dah ada! =D Subhanallah~

Dr 'Ula buat kerja sangat pantas! Dia tanya soalan pun pantas sungguh! Kalau tak jawab pantas juga, maknanya bakal kena bebel kenapa tak bersedia. She's great! I like her!

Bila saya tengok Cesaerian tu, saya jadi teringat pengalaman mama waktu lahirkan arwah Fatimah dulu. Mesti macam ni jugak kan? Dari segi macam mana suspennya arwah nak lahir, macam mana birunya dia waktu lahir, macam mana lajunya doktor-doktor cuba nak selamatkan dia dari terus lemas + tersedak dalam meconium aspiration sebab placental rupture tu, dan semua aspek yang saya nampak tadi. Mesti sama!~

It's worth a while! Rasa dia tetap lain dari tengok video..

Saya terasa macam kembali masuk ke mesin rentas masa, melihat sendiri apa yang berlaku waktu mama saya melahirkan arwah adik. Cuma bezanya, bayi depan mata saya sekarang normal. Tapi arwah adik saya kena komplikasi yang agak teruk sebab kelahiran tu. She was having a major cerebral palsy. Totally. But still alhamdulillah both mama dan adik selamat waktu tu. Syukur..~

18 tahun masa yang Allah tangguhkan sebelum Dia makbulkan doa saya nak tahu apa jadi sebenarnya waktu mama bersalin dulu. Sekarang dah selesai. =)

Melalui pengamatan sendiri hari ni, saya memang serius rasa
-hebatnya Allah!
-hebatnya penciptaan manusia!
-besarnya pengorbanan ibu!
-besarnya tanggungjawab doktor!

Semuanya bercampur jadi satu dalam hati.

Just say ALhamdulillah....
Thanks you for everything....

Yet I'm still a sinful slave till now...
Forgive me O Allah...
Ameen ya rabbal 'alamin....~

Last but not least,
Ahlen Wasahlan wahai bayi-bayi comel... ^_^

Jumpa lagi
Wassalam~

p/s:
I'm doing my best not to get sick right now. Sayang lah kalau kena jauhkan diri dari bayi-bayi comel nih. But yet, my health seems getting worse. Esok wajib pergi klinik. Demi mereka yang cute, saya akan gagahkan diri telan ubat batuk putih yang tak sedap dari markas sihi itu. Yosh! Chaiyok2~ >_<

Ada kawan kata : Apalah ko immune lagi rendah dari baby kat sini. Gi minum susu ibu! Ceh~ -_-'

7 comments

Write comments
March 16, 2011 at 11:44 PM delete

kak, pergi klinik ambil ubat ok? semoga cepat sihat. babies comel kat sana perlukan akak :)

Reply
avatar
chilavek
AUTHOR
March 17, 2011 at 1:20 PM delete

waaaa....i'm envying you right now...can't wait to experience those moments.....but the situation here is diff..need to master and polish up my russian so that i can gain lots of knowledge from the great doctors here..hehe...

g la makan ubat tu..makan vit bnyk2..baru la blh boost energy and defence sys skit...hehe... ;P

Reply
avatar
March 17, 2011 at 11:06 PM delete

harishah:
akak dah gi klinik dah semalam. dr pesan suruh pakai mask time pergi hospital.. huhu. =)

asyraf:
you can do it too! insyallah~ i've already envying your skill of surgery, russian dah belajar cara buat jahitan awal2, kitaorg mana ada lagi skrg. belajar teori je banyak. kalau masuk oT pun tengok je, mana boleh buat sendiri lagi. huhu..
ye la. ye la. org nak makan la nih.. hehe

Reply
avatar
Akhyar
AUTHOR
March 18, 2011 at 5:09 AM delete

mesti seronok giler kan tym first sambut bayi..

tringin plak,tp saya dentist,,hehe

Reply
avatar
Yazan Mousa
AUTHOR
March 23, 2011 at 9:12 PM delete

Hey Arina, this is truly an amazing post! How has your fourth year been thus far? I honestly can't wait, still seems like ages to go. Must admit though, I used Google translate to read your post, guess it gives me one more reason to learn Malay, haha. By the by, I payed a visit to Malaysia a couple of months ago, Kuala Lumpur is just amazing, absolutely love it! Terima kasih for the nice read.

Reply
avatar
July 29, 2011 at 2:41 AM delete

zul:
apa kata awk tunggu baby awk snediri nanti? boleh je kan? ^_^

yazan:
gosh, you translate my post? haha. happy learning malay~ ^_^

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 20, 2011 at 7:18 PM delete

Terima kasih atas informasi menarik

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *