Riang Ria Jordan Mac 2011

3:55 PM 3 Comments A+ a-


Assalamualaikum...

Tadi waktu break antara kelas, ada seorang kawan buka dan belek-belek organizer kecil milik saya. Di halaman Mac 2011, dia tiba-tiba terhenti lama sebelum dengan penuh excitednya berkata 

" Mak aih, penuh giler jadual aktiviti ko...! "

Itu waktu pagi tadi.

Petang tadi pula lepas berlatih bola jaring, saya singgah kejap di rumah kawan ambil barang sebelum bergegas balik untuk Maghrib dan selesaikan urusan lain di malam hari. Dalam kelam kabut saya keluar, kawan yang ini plak kata

" Robot betul la dia nih.. Ko tak reti penat ke Ainul ? "

=) 

Banyak sangat ke eh? Alaaa.. seminggu je pun jangka masa semua benda nih. Habis karang, habislah~ :p Lagipun tak semua saya jadi AJK, saya datang sebagai penonton dan pengambil manfaat je. hehe.. 

Apa kata jom review balik apa yang ada di Irbid seminggu dua nih yang buat saya ke hulu ke hilir join sekaki selepas tamat OSCE Surgery 10 Mac haritu.

1. Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 (18 Mac)



Walaupun tidak berjaya melayakkan diri sebagai penerima anugerah, tapi saya tetap datang sebagai penyokong rakan-rakan sebaya yang menjadi AJK. Ingat senang klinikal year nak handle program macam diaorang? *sokong2!* Secara tak langsung juga, saya ambil peluang ini sebagai satu booster diri balik untuk kembali semangat study untuk cycle Pedi nanti. Walaupun macam dah agak mustahil je nak cecah dean list bila klinikal year medik nih, tapi takpe lah. Usaha tetap kena usaha! Kan? Kan? Ganbatte~

Sebenarnya seminggu sebelum event ni, saya sedang bermasalah sedikit dengan persepsi sesetengah orang yang suka bertindak tanpa berfikir di sini. Dengan kedudukan saya sebagai orang yang tersepit waktu tengah tak sihat minggu ni, saya jadi rasa cepat kecil hati dengan perangai mereka. Waktu itu saya tercari-cari, apa sebenarnya the best solution yang saya patut buat. Kenapa ada manusia yang terus suka tuduh melulu bila nampak sesuatu yang macam tak kena di mata mereka? Saya tak mahu jadi macam mereka tapi kalau saya di tempat mereka, apa yang saya patut lakukan sebenarnya. Dan tiba-tiba semua jawapan saya yang saya mahu cari, saya jumpa di majlis ini.. Seriously, saya nampak sangat-sangat jelas di sini. 

How? Nanti saya tulis lain di entry khas yang lebih spesific. Not now. =)

2. Minggu CAKNA 2011 (20-24 mac)

Debat Cakna

Cakna atau nama lainnya Current Issues And Speaking Language’s Week diadakan selama seminggu di sini. Ada banyak aktiviti yang PERMAI aturkan untuk ahlinya waktu ini. Ada forum CAKNA, Kuiz CAKNA, Debat CAKNA dan banyak lagi lah yang bertemakan 'Tsunami Reformasi Timur Tengah'

Kalau-kalau agak tak sempat nak up to date dengan isu-isu semasa global terutamanya revolusi domino effect di negara-negara asia barat sekeliling kami nih dan tsunami di Jepun, memang Minggu CAKNA adalah medium yang terbaik lah untuk ulangkaji secara ringkas semua peristiwa ini. Macam saya buat

Bercakap tentang Debat, tahun ni terpaksa tarik diri daripada jadi Hakim Debat sebab tangan dah full dengan tanggungjawab awal lain yang lebih banyak. Mana taknya bila kuliah je dah stat 8 sampai 5, lepas tu setiap malam ada debat. KARISMA pun tak setel lagi. Ish tak boleh. tak boleh. Terpaksa tolak juga. *frust* Takpe, next year kita join~ Ada dua tahun lagi. hehe. Apa pun, bakat baru debat tahun nih boleh tahan mantap. Bila plak eh nak buat english debate? Bakat banyak dah nih. Cepat laa... =)


3. PINTAR (25-29 mac)


Eh, ni bukan aktiviti khas. Ini memang program berkala setiap bulan. 
Keistimewaan PINTAR bulan nih adalah tayangan movie-movie menarik untuk tontonan semua.
Patutnya kena tengok ramai-ramai dengan anak PINTAR, ala-ala stay up ramai-ramai. Tapi sebab sekarang minggu exam dan ramai sibuk dengan CAKNA, jadi macam ter-delay kejap.
Never mind, satu apa pun dalam list cerita ni saya tak pernah tengok lagi sebenarnya. Jadi bolehlah buat stok list-list sumber elak mengantuk nanti. ^_^

4. Mini Klinik 2011 ( 26 Mac)

GP Mini Clinik 2011

Kalau dua tahun sebelum ini asyik di Irbid sahaja kerana ada sumber tenaga kerja (student medik dan dentist), kali ini MMJ buat permbaharuan baru : Export ! =) Jadi kali ini, Irbid hanya ada akan Dental Check Up dan Mu'tah dan Mafraq pula diberi peluang untuk  mengadakan Medical Check Up dan Dental Check Up khas buat pelajar Malaysia di sana. 

Sejak masuk tahun empat nih, saya memang fail kalau plan nak ke Mu'tah sebab banyak bertembung dengan hal lain, jadi inilah peluang keemasannya. Sambil jalan-jalan, sambil kerja. Sambil jumpa kawan, sambil jadi doktor. Best!

Dan alhamdulillah dapat juga saya serati program KARIM (Karnival Ilmu Mu'tah) yang turut diadakan serentak di sana. Ada beberapa keunikan yang saya suka dengan program tu. Nanti saya cerita lebih lanjut dalam entry Mini klinik ya~

5. KARISMA 2011 (31 Mac - 2 April)


Ok, sebenarnya tak mula lagi pun program nih. Masih di peringkat countdown. Masing-masing tengah pulun berlatih petang-petang nak tambah stamina untuk persiapan KARISMA. Tahun ini Karisma buat kembali di Irbid, ini kali kedua selepas waktu saya first year dulu. Insyallah moga ada penambahbaikannya dari yang lepas~

Debar sebenarnya nak lalu KARISMA ni sebab saya ditaklifkan menjadi Timbalan Ketua Kontigen Irbid tahun ini. Berat gak sebenarnya tanggungjawab yang satu nih. Insyallah lepas ni tak nak jadi dah. hehe.

Buat masa sekarang so far semua persiapan okay. Latihan okay. Baju T-shirt khas dari brotherhood arts pun dah siap semalam. Mereka dah hantar pos tadi. Jangka masa sampai maximum  31 haribulan dengan syarat lancar tanpa kerenah emigration. Bab ni memang kena tawakkal habis-habis. Allah je yang mampu handle. Kami dan mereka dah buat yang terbaik sedaya upaya. Moga-moga sempat sampai. Aminnnnnn... Insyaallah~ Doakan ya!

Harapan utama saya selain semoga kami menang (normal lah sukan kan?), harap-harap kelemahan-kelemahan KARISMA di tahun-tahun lepas dapat dipertingkatkan khususnya dari sudut semangat kesukanan. Sampai sekarang saya blur macam mana nak bagi orang tak gaduh time main. Terlebih dose sangat kalau semangatnya gitu. Main-main gak, akhirat jangan lupa... Ok? Jadi ukhwah kena jaga~ Insyallah..

selesaiiiiiiiiii...................

Ada satu lagi program besar sebenarnya tapi sebab dia masih di peringkat kajian, jadi kita simpan dulu lah. Buat bahan next time. =)

Ha, ini lah aktiviti IRBID bulan MAC 2011. Banyak ke? Ok je kot....

Kalau berminat, join je semua..
Kalau tak sempat, pilihlah mana yang utama..
Yang penting, peluang sudah di sua
Nak ambil manfaat atau tidak, itu hati sendiri perlu di tanya~

Remember : Time and tide wait for no man!


So far, saya sebagai warga PERMAI sangat berpuas hati dengan bulan nih. Mungkin juga sebab waktu penuh program bulan satu haritu saya tak sempat join walau satu pun sebab tengah busy exam, jadi bila dah habis exam waktu orang lain busy exam, saya rasa sangat bosan dan tertanya-tanya PERMAI takde program ke ye? hehe..  Bulan inilah tempat kita balas gian nak join program sama-sama. Alhamdulillah...

p/s: Nasib baik gak minggu ni dan minggu depan round kat Rahmah Hospital je. Maunya kalau kat KAUH, jenuh gak kena fikir dua tiga kali nak join program merata-rata macam nih. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Tq Allah!

Ok, cukup setakat ini. Next time cerita lagi.

p/s: Program-program juga, study jangan lupa! ^_^

*tutup pen*

Jumpa lagi~
Wassalam....

p/s II : Tukar baju blog. Biar mata terang-benderang. =)

3 comments

Write comments
Rossarina™
AUTHOR
March 28, 2011 at 10:21 AM delete

asal aku macam kenal je ayat kawan yang pertama tuh? hehe. XD

semoge mudah sume urusan ko, Ainul. amin... :)

Reply
avatar
Kelly Chantek
AUTHOR
March 29, 2011 at 2:31 AM delete

not bad baju baru blog Ainul neh... :)

Reply
avatar
July 29, 2011 at 2:38 AM delete

arina:
taktau2.. hehe. amin.. ko pun ^_^

kelly cantek:
terima kasih ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *