Latihan Pertama

9:43 PM 2 Comments A+ a-

Mini clinic 2011 Mu'tah
Assalamualaikum..

Alhamdulillah baru sudah selesai Mini Clinic di Mu'tah nun semalam.

Buat kali pertamanya, saya turut serta bukan lagi sebagai seorang pesakit atau seorang AJK atau seorang test technician tapi sebagai seorang GP (general practitioner a.k.a Doctor) yang akan bertugas menjadi di kaunter consultation.

Debar oo nak berlatih jadi doktor. Terasa macam kena ambil exam OSCE dalam bahasa Melayu plak. Bab ilmu tu satu hal, bab komunikasi pun penting gak kena praktis sekarang. Pesakit tu bukan objek jadi kenalah pandai ambil hati dan buka jalan macam mana nak kasi dia open dengan kita dan berkongsi rahsia dan masalah peribadi dalam jangka masa yang pendek tu. Uuu, cuak-cuak..

Tapi alhamdulillah, semalam semuanya berjalan sangat lancar. Totally great! Thanks to Allah for giving me such a wonderful experience in Mu'tah. Dah lama tak sesenang dan hati selapang semalam. =)

Ada banyak benda saya nak kongsi dekat sini, tapi sekarang tak sempat nak tulis semua. Ada 6 kelas menanti pagi ni. Jadi kena dahulukan apa yang lebih utama sekarang.

Sekadar mahu memetik sesuatu yang sangat terkesan semalam...

Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.” (HR Muslim)


^_^


ok ya.
Jumpa next nanti~


Wassalam.. 
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *