Invitation of A Grumpy Old Lady

Salam

Semalam hari ahad. Hari pertama sekolah untuk minggu terakhir Surgery.

Lokasi : Mafraq
(Yeay, boleh tidur..eh!..study dalam bas untuk 1 jam)

Kedatangan : 6/12
(Hampagas betul yang baki tu ponteng untuk exam. Orang lain pun exam da..)

Kes : Diabetic Foot + Dermoid Cyst + R.T.A
(Alhamdulillah ada gak kes dermoid cyst nak jumpa, senang sikit nak hafal)

.
.
.



Tengah-tengah kami perhati seorang patient lelaki yang kakinya dah teruk diabetec foot, tiba-tiba saya rasa semacam. Turut rasa diperhatikan dari tepi. Tengok Fathiyah.

" Weh, makcik tepi ni apesal tak alih-alih tengok kita ni? Dah la muka macam garang. Seram aku kena perhati macam alien.."

"Dia tak pernah jumpa Malaysian kot"

Jadi untuk mengurangkan rasa segan kena tenung, saya terus tegur makcik tu.

" Salam Makcik! Selamat Pagi! Hehe..."

"Ws.Selamat Pagi! Ko dari mana?"
tanya makcik

saya lega tiba-tiba sbb dia dah boleh bercakap, dari langsung senyap tenung kami

"Kami dari Malaysia"

" Jom pergi rumah aku jom! " ajak makcik tiba-tiba

Ha??? Takde angin takde ribut tiba-tiba ajak pergi rumah... Kenal pun belum, sembang pun baru tiga patah.. -_-'

" erm...aaa...isk..erm.. makcik, sorry. Kami ada exam rabu nih. Kena balik study. hehe. terima kasih... " balas hati sambil sembunyi cuak dalam hati.

ish makcik nih. Gaya macam nak menculik orang je. Kan kami dah terkejut. Cuba bina jambatan hati dulu ke ramah-ramah dulu ke gelak-gelak dulu ke. Ini tak, tenung lama-lama macam nak makan, pastu terus serbu ajak pergi rumah dari hospital. Kalau saya kanak-kanak, dah lama saya lari lintang pukang. Pelik lah makcik! =)

.
.
.
.

Ok, untuk hari Isnin dah dibenarkan cuti round dari hospital. Alhamdulillah boleh ber-ashabul kahfi di rumah. Harap tak syahid atas katil plak. Amin...

Exam :
MINI OSCE 9 MAC 8pagi
OSCE 10 MAC 8pagi

Doakan kami ye!

Jumpa lagi~
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images