Bumi Dia Dunia Saya

10:31 PM 8 Comments A+ a-

Assalamualaikum

*Sesi sambung cabaran*

Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.

TRAVEL

Let see mana tempat yang dah pergi~

Tahun 1

Jelajah seluruh Jordan

Tahun 2

Turki (Istanbul + Antakya + Capadocia + Hatay + dll)
Syria (Halab + Damsyik)
United Kingdom (Leeds + London)
Perancis (Paris)
Belgium 
Holland (Amsterdam + Volendam)
Austria (Innsbruck + Neuschwanstein)
German (Frankfurt + Fussen)
Italy (Venice + Florence + Rome + Pisa)
Switzerland ( Jungfrau + Lauterbrunnen)

Tahun 3

Spain ( Cordova + Granada  + Barcelona)
Perancis (Paris + Besoncon + Gilley)
Syria (Damsyik + Homs + Hama + Nawa + Busra )
Russia ( Moscow + St. Petersburgh)

Tahun 4

*bersambung*

* update June 2011 : Korea (Seoul + Jeju) *

( Jalan-jalan transit < less than 15 hours : Kuwait, Bahrain, Mesir)
.
.
.
.
Yup,
Saya memang kaki jalan. Merata-rata saya pergi.Lagi jauh lagi saya suka. Lebih luas dunia yang saya lalui, lebih jelas perbandingan yang saya ketahui. Banyak benda yang saya boleh belajar. Belajar berdikari, belajar pengurusan, belajar bumi tuhan dan belajar kenal manusia.

Keluarga alhamdulillah sangat supportive (dari sudut dorongan ye, bukannye wang lagi setakat nih. Sendiri nak jalan, sendiri kumpul duit.). Mungkin juga sebab mereka sendiri pernah belajar di luar, jadi mereka tak kisah sangat saya berkembara asalkan pandai urus dan pandai jaga diri. Lagipun, mereka galakkan saya all-out sepuasnya sebelum balik Malaysia dan terikat dengan banyak tanggungjawab nanti.

Dulu waktu kecik, tempat utama yang saya nak pergi adalah Canada, bumi kembara ilmu mama dan abah saya. Tapi bila tahun pertama di Jordan, saya batalkan sebab ingatkan Canada tu macam America, susah ya amat nak masuk. Bila dah tahun empat baru tahu rupanya tak sesusah itu sebab Canada sama sahaja macam UK. Hmmph! Tengoklah kalau ada rezeki nanti, saya nak jugak pergi. Amiin......

Jujurnya,
semangat saya lebih berkobar-kobar untuk berubah dalam tempoh mengembara
mungkin sebab waktu begitu mata hati saya lebih terbuka
saya nampak jelas perbezaan kita dan mereka
malah kelebihan dan kekurangan yang saya ada
semuanya macam lebih tersusun jelas di depan mata
sebab itu kalau boleh saya nak genggam bawa kembali sebanyaknya 
sebab saya takut saya kembali futur di dunia saya

Semua bumi Allah ni sama
Di mana ada Islam, itulah bumi kita
Yang berbeza mungkin cuma budaya
atau hikmah sejarah yang kita jumpa
Selagi mana kita niat kekal kerana-Nya
Insyallah banyak ilmu baru bakal kita ada
Bukan sekadar kumpul debu di kasut saja.

Hurm... Saya cuma berbaki 2 tahun di luar. Entah balik Malaysia nanti dapat lagi ke tidak peluang macam nih. Syukur sangat-sangat sebab Allah beri saya peluang untuk belajar dalam keadaan ini. Walaupun kadang-kadang saya tension juga sebab duit selalu kurang sebab banyak habis mengembara, tapi saya selalu cuba kuatkan hati bahawa ini lebih baik dari saya habiskan sia-sia .... =)

Ok, doakan rancangan saya yang seterusnya berjaya. Saya sedang debar-debar tunggu keputusan aturan Dia.  Kalau baik untuk saya, insyaallah kaki ini akan sampai ke tanah baru dalam dunia saya. Insyallah kheir. Amin..

Jumpa lagi
Wassalam~













8 comments

Write comments
tepianmuara
AUTHOR
March 30, 2011 at 11:39 AM delete

FUH,

gerun sungguh tengok list tempat kembara masa tahun dua tu...

harapnya dpt jejak tempat2 tu juga.

Reply
avatar
zmah
AUTHOR
April 2, 2011 at 12:31 AM delete

Blog berwajah baru...menarik dik
Masukkan banyak gambar tau!

Reply
avatar
zmah
AUTHOR
April 3, 2011 at 2:31 PM delete

Bila nak keluar gambar baru...

Reply
avatar
zmah
AUTHOR
April 4, 2011 at 3:19 AM delete

Tak sabar dah akak nak tggu entry baru,nanti maklumkan pada akak ya...

Reply
avatar
July 29, 2011 at 2:37 AM delete

zul:
=D selagi allah beri rezeki dan peluang, insyallah takkan lepaskan.

harishah:
alhamdulillah ^_^

hanif:
insyallah, awk boleh sampai semua tempat tu nnti. yang penting, plan~

Reply
avatar
July 29, 2011 at 2:37 AM delete

kak zmah:
sampai tiga ha.. hehe. insyallah kak ^_^

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *