When He Answered Me

9:13 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum




Ini entry panjang, tapi isinya penting. Kalau ikut hati, saya teringin mahu wajibkan anda baca. Moga ada kebaikan untuk kita. Insyallah~

Alhamdulillah dah berlalu satu persimpangan hidup yang banyak buat saya belajar minggu ini. Memang saya mesti akan ingat sampai bila-bila, insyallah~

Tapi macam sayang kalau saya seorang yang faham, maka saya nak kongsi di sini supaya bila ada yang mungkin nanti berhadapan perkara yang serupa, moga dia boleh tahu saya juga pernah melaluinya dan dia dapat belajar juga apa yang dia patut lakukan.

Kisahnya begini...

Hujung minggu lepas, Irbid ada adakan satu program sukan buat semua warga PERMAI di sini. Nama besarnya PROSPEK. Seperti biasa, saya memang takkan lepaskan peluang-peluang emas macam ni sebab ini je lah antara salah satu peluang saya nak main habis-habisan di padang. Jadi hari selasa lepas saya daftar masuk game netball dan volley yang bakal berlangsung pada hari sabtu kemudiannya.

Dalam minggu yang sama juga, saya dengar khabar angin cerita Interview Surgery bakal di adakan minggu depannya. Tapi belum confirm. Erm, risau juga. Study banyak belum habis lagi. Harap-harap dia buat lambat sket. Apesal ntah diaorang buat interview tiga minggu sebelum exam. Jauh sangat jaraknya berbanding surgery lepas.

Pagi hari khamis tu, rakan sekelas kata mungkin interview bakal buat hari Isnin. Owh, ok. Lega sikit. Maknanya saya bakalan ada satu hari selepas sukan untuk pulun sambung study. Tapi hari Jumaat tetap kena pulunkan habiskan study jugak, so Ahad tu boleh review2 je. Maka, hati jadi sedikit lapang untuk bergembira bermain di padang.

Tunggu punya tunggu, Jumaat pagi baru keluar jadual sohih tentang Interview..

A1 ----> Ahad ! 12 pagi !

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! щ(゚Д゚щ) *pengsan*

Habislah! Habislah! Macam cacing kepanasan saya dekat rumah. Aduhhhhh... T_T

Waktu tu, dalam kepala dah mula serabut nak buat macam mana. Kalau nak tarik diri dari sukan, mungkin boleh tapi macam agak kejam kot nak buat hal last-last minute. Kesian adik ketua rumah Bee.

Jalan terakhir, adalah sesi slot hati ke hati dengan satu-satunya kawan yang punya masalah serupa sebab kami sahaja budak Melayu yang interview hari ahad. Tambahan dia pun masuk sukan jugak sabtu nih. Memang sehati sejiwa betul lah~

Bincang punya bincang, lepas timbang tara pro dan kontra semua aspek, kami decide. Sukan tetap diteruskan. Study memang kena push lagi dasyat lah sebelum dan selepas main. Letih ke tak belakang kira. Yang penting usaha. Eh silap, yang PALINGGGG PENTING, tawakkal pada DIA!

Maka, hari jumaat tu memang seharian pulun study pagi sampai malam. Hari Sabtunya pula, main tetap main puas-puas tapi setiap kali ada masa free dekat padang, duduk tepi court bukak buku surgery. *Nasib baik takde bola datang sasar kepala macam KARISMA dua tahun lepas*

Kawan-kawan plak sangat supportive kasi dorongan suruh study di padang (ada siap halau balik rumah lagi. hehe), siap ada yang kongsi pengalamn tahun lepas di KARISMA, exam dia selepas game dapat markah paling tinggi drpd exam before game. Tapi syaratnya usaha mau lebih dan tawakkal mau hebat! Naik semangat saya dengar!

Alhamdulillah, dari mula game pukul 8pg sampai habis pukul 3ptg, saya dapat kumpul satu pingat perak untuk netball. Volley plak terpaksa berputih mata terima kekalahan. Takpe2, at least dapat balik awal. =)

Habis game, terus kemas beg kemas baju salam kawan-kawan mintak doa dan minta diri dan balik rumah. Disebabkan seluruh badan sakit-sakit bahana dua bola, lepas Asar terus tidur recharge tenaga. Sambil nak tidur sambil doa janganlah terlajak sampai esok pagi, naya je.

Dan alhamdulillah lepas 3 jam rehat yang sangat nyenyak, sabtu malam saya sangat bersemangat dan bertenaga untuk sambung study sampai tengah malam. Jarang owh bangun segar bugar macam nih. Insyallah, insyallah study sangat berkesan. Yakin!yakin!

Esok pagi ahad tu, muscle sore dah mula terasa bisanya. Nak pergi round pun jalan macam peguin, naik turun tangga apatah lagi. Tambah kena berdiri dengar doctor bercakap sampai 4 jam. Ya Allah, azabnya rasa. Waktu doktor tanya-tanya soalan, budak-budak arab nampak sangat hebat dan dah ready, memang inferior sungguh dalam hati nih.

Stress, debar, letih, tak larat. Semua gabung jadi satu --> Tak sedap badan. Saya dah mula rasa semacam, nak muntah, malas nak layan orang, sejuk yang sangat, tangan pun dah kuning. Ops, ini sign yang tak baik.

Sebelum saya buat drama lagi sekali kat KAUH, baik berjaga-jaga. Bukak buku tengok apa yang boleh diterima lagi, telan panadol, sumbat air mineral dua botol, pasang lagu INSYAALLAH Maher Zain, duduk, pejam mata. Ya Allh, rileks, rileks! Risau dapat Dr apa satu hal, risau soalan pun satu hal lagi.

"Ya Allah, series sangat nih aku takut giler sekarang. Aku serah the last ni pada Kau. Apa nak jadi, jadilah. Aku tawakkal! Bagilah aku dapat Dr Rami Azab (sebab Dr ni memang sangat femes dgn tak tanya soalan saintifik yang susah dan selalu bantu student). tak pun soalan yang aku boleh jawab. Jangan sampai aku pengsan ke aku fail ke sudah..." bisik hati.

Dan suddenly...

"Second group A1 - Fathiyah, Ain, and the rest.. You guys with Dr Rami 'azab and Dr Khammash too! Congrats!" kata C.R penuh semangat.

Bukk!
Wow, cepatnya makbul! Nak menangis boleh tak? *sebak*
Dr Rami Azab ---> The one that i wish dari dulu untuk exam!
Dr Khammash ---> His nickname by us : Bapa mithali! Superkind-hearted!
Series, memang rasa macam ada satu ketul batu besar terangkat sangat cepat dari dada. Terus rasa lapang, rasa tenang, jadi sangat yakin.

Tapi bukan yakin confident boleh dapat high mark!
Tapi yakin Allah betul-betul tengah tengok aku sekarang!

I'll be fine! He's here!
I have Him! I can do it!
Yes! I believe I can do my best and He will help me!


=D

Dan alhamdulillah, interivew berjalan dengan sangat lancar.
Saya yakin, saya tenang dan saya jawab apa yang saya tahu.
Even kena provok sebab guna English pun saya boleh sengih lebar lagi.
Walaupun ada jawapan saya yang tak menepati skema Dr pun, saya tak gabra sangat.

Nak tahu soalan saya dapat apa?

1. Apa pathophysiology appendic? (soalan scientifik)
2. Kamu rasa kalau ada dua patient, sorang lelaki sorang perempuan,dua-dua sakit sama severe,siapa yang perlu diutamakan utk operation? threshold siapa lebih tinggi tahan sakit? (soalan KBKK)
3. Kalau kamu dilantik jadi pengarah hospital, apa pembaharuan kamu nak buat untuk penambahbaikan untuk student surgery? (soalan KBKK)

Exactly what i wish for my interview! (kecuali soalan nombor dua)

Terima kasih Allah!
Alhamdulillah!

I am very-very-very-very grateful enough with just the doctors and the question given. Markah? Dah tak berapa nak risau sangat lagi. Sebabnya pertolongan Allah yang dua ni pun dah buat saya rasa tak tahu nak cakap apa dah. One of the best nikmat I ever had for the whole of my life, sangat special sebab saya terlampau mengharap dan dia tersangat cepat tunjuk jawapan. What else can I say?

The only thing that I know right now is : He will never let me in despair~

Jadi, untuk yang keseterusnya seperti markah tu just perlu usaha sekuat hati dan serahkan yang baki pada tangan-Nya. Memang dah rasa yakin tahap tinggi nih nak tawakkal.

Tapi kan waktu ni tiba-tiba teringat, kalau ini adalah tawakkal paling tinggi aku boleh rasa untuk Allah dan ia sangat manis dan takkan dapat dilupakan, apa agaknya perasaan tawakkal tahap sahabat Nabi dulu ya? Mesti lagi hebat!

-Muhasabah-

Sepanjang saya di Jordan, ini adalah kali kedua hati saya bergetar sangat hebat waktu saya nampak jelas pertolongan Dia. Betul-betul depan mata tak perlu cari susah-susah. Dan setiap kali ia berlaku, saya memang terasa jadi selemah-lemah hamba, sekerdil-kerdil makhluk dan sehina-hina manusia. Menangis dan ternampak balik segala dosa adalah benda utama yang akan jadi selepasnya. Tapi susahnya nak kekalkan iman di tahap yang sama. Sukarnya saya nak kekal jadi hamba bertaraf merdeka dari dunia walaupun sekadar seminit dua.

Peristiwa pertama saya belum pernah lagi catatkan di sini. Insyallah lain masa nnti saya akan usahakan. Cumanya saya mahu fokuskan sesuatu untuk anda yang membaca. Keajaiban masih boleh terjadi jika Allah izinkan. Mungkin kita takkan terserempak lagi dengan mukjizat para nabi atau gerombolan tentera Ababil mahupun malaikat yang datang sama berperang, tapi ada masanya pertolongan Allah pasti tetap akan datang dalam bentuk yang Dia mahu. Dan kita??!! Jangan sesekali putus harapan dan teruskan berdoa. Insyallah akan datang suatu masa, kita sendiri akan melihatnya. Jika tidak dengan mata biasa, insyallah mata hati pasti akan masih merasai kehadiran Dia. =)


Wassalam~


eh lupa, terima kasih juga buat semua yang tak putus-putus mendoakan kami di Malaysia, di padang PROSPEK, di hospital dan di mana-mana jua anda berada. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kita. Terima kasih!

6 comments

Write comments
Kelly Chantek
AUTHOR
February 22, 2011 at 2:14 AM delete

alhamdulillah.

entri yang bagus dan berbaloi membacanya.

shukran!

Reply
avatar
February 23, 2011 at 6:19 AM delete

Huhu. Sangat terinspirasi ;)

Faiza azamta fatawakal ala'llah!

Reply
avatar
February 24, 2011 at 6:44 AM delete

indahnya bila rasa kebergantungan pd Dia, kan? :)

Reply
avatar
akak
AUTHOR
February 24, 2011 at 7:38 AM delete

alhamdulillah..Dia selalu mendengar & ada di sisi kita, cuma kita ni je yang selalu lupakan Dia..Semoga kita mampu menjadi hambaNya yg lebih baik selepas ni..insya Allah.

Reply
avatar
July 29, 2011 at 3:04 AM delete

kelly chantek:
alhamdulillah =)

faizah:
^_^

harishah:
betul2...!

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *