Untuk Aiman

8:11 AM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Ini post khas buat adik tersayang nun jauh di Malaysia, Aiman Farhan Najmi~



Happy belated Birthday!!!! ^_^ (8th February)

Semoga terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berjaya cemerlang dunia akhirat. Amin.....

Selamat menjalani kehidupan pertama sebagai pelajar sekolah menengah di SMKA Nibong Tebal. Jaga diri dan jaga perangai selalu. Pandai-pandailah cari kawan yang bagus dan berakhlak. Belajar rajin-rajin. Ingat, orang sangat perhati semua perlakuan kamu bila dah jadi anak cikgu dekat situ. Jadi fikir dulu panjang-panjang sebelum buat apa-apa. Jaga nama keluarga sebaiknya~

Kak Ina yakin Aiman boleh berjaya di SMKA Nibong Tebal sebab kak ina dulu pun sekolah kat situ 3 tahun. Kita serupa. Jadi kalau Kak Ina boleh sampai ke tahap ini, Aiman pun insyallah boleh sampai juga, malah jauh lebih baik dari Kak Ina. I believe in you. =)

Last but not least, live your life to the fullest. Ini zaman remaja yang mencabar. Moga Aiman dapat laluinya dengan baik dan menjadi manusia yang hebat dan berguna di masa depan kelak. It's okay to make a mistake but once you know, don'r ever do it again. Itu namanya belajar dari pengalaman.

Kak Ina akan selalu doakan Aiman dari sini. Moga Allah sentiasa tunjukkan Aiman jalan yang terbaik dalam menjalani kehidupan yang akan datang. Maaf Kak Ina lambat publish tapi di dunia realiti, Aiman dah dapat wish ini lama dah kan. ^^,

Salam sayang,
Kak Ina

p/s:

Aiman dan Asyraf adalah dua adik lelaki yang berbeza dari banyak segi. Tapi makin lama saya makin nampak satu persamaan yang ketara, mereka membesar sebagai pelindung kepada keluarga. Pembantu kepada ayah saya. Normal lah kan. Tapi susah sebenarnya nak tahu apa isi hati seorang lelaki walaupun adik sendiri.

Mana taknya kalau kerja dari kecik asyik gaduh memanjang,walhal kadang-kadang itu cara istimewa mereka. Mengusik tanda sayang barangkali. Mangsa seperti kami memanglah tak sedar sebab asyik sakit hati, tapi kadang-kadang ada suatu ketika kalau perhati lama-lama baru boleh perasan apa sebenarnya motif mereka.

Jadi kalau gaduh-gaduh antara adik beradik, tak perlulah sampai berdendam. Air dicincang kan takkan putus. Kalau rajin, perhatikan baik-baik perangai mereka. Sebab kadang-kadang boleh jumpa rahsia yang bakal menyentuhkan hati keluarga sendiri. Tak ada manusia yang tak sayangkan keluarga. Itu fitrah. Kalau ada pun, pasti sebab terpaksa. Saya yakin.


wassalam

1 comments:

Write comments
chilavek
AUTHOR
February 18, 2011 at 2:45 PM delete

oh..is it..?hahaha...

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *