Saya suka sejarah

12:49 PM 10 Comments A+ a-

assalamualaikum



Hari ini seharian rasanya hidup saya asyik bersembang berkisar SEJARAH..

Kumpul dengan adik-adik belajar sejarah
Kumpul dengan kakak-kakak pinjam buku kisah sejarah
Kumpul dengan kawan-kawan sembang-sembang sejarah

Nerd kah bunyinya? =p

Eh tapi saya rasa, siapa yang tak reti nak tasa best waktu baca sejarah adalah lebih nerd sebab jiwanya hanya mampu berisi fakta-fakta sains tulen (medic, math, dll) sepanjang waktu! Anda berjiwa keras! Hehehe... (gelak kejam)

Kalau yang sains tulen tak minat, sejarah pun tak minat, hanya minat buku-buku jiwang karat maka itu tandanya jiwanya sedang melarat. Ish3~ Hati-hati!!


Okay, berbalik kepada sejarah hidup saya sendiri macam mana saya boleh minat sejarah.
Macam mana eh?

Erm, mungkin terima kasih kepada mama dan abah yang selalu bawak saya pergi kedai buku setiap bulan dan kadang-kadang hadiahkan buku-buku cerita sejarah versi kanak-kanak yang saya sendiri konfirm kalau mama abah tak hadiahkan, saya takkan terfikir nak pegang dan bukak pun. Huhu..

Apa kata kita refresh kejap buku-buku sejarah/classic zaman kecik-kecik saya..
1. Satu set Hikayat Malim Deman + Hikayat Sang Sapurba + Hikayat Wan Empuk Wan Malini
2. Satu set buku kisah-kisah 25 nabi (2 jilid)
3. Satu buku tebal kisah-kisah zaman Nabi
3. Dua siri buku Anne of Green Gable
4. Satu set buku english classical literature (beli ansur-ansur sebulan satu bermula dengan Little Women)
5. Satu set buku cerita rakyat Nusantara ( ni library punya..)
6. Hikayat 1001 malam

Saya paling ingat buku paling awal saya baca adalah buku membaca Peter and Jane untuk english dan untuk bahasa Melayu saya tak ingat la plak. Tapi buku cerita Inggeris seterusnya adalah set2 cerita rakyat seperti Dancing Shoes, Matches Girl Snow Queen, Hensel and Gretel dll. Buku-buku famous seperti Cinderella dan Snow White agak lambat sikit saya terima. Dan peliknya saya juga kurang minat buku kisah-kisah princess itu kecuali dalam bentuk movie. Apesal entah..

So, kesannya saya membesar dengan jiwa suka membaca benda-benda berunsur sejarah dan klasik serta unik. Tambah-tambah kalau susunan ayatnya cantik. Lebih indah kalau kulitnya klasik bercorak macam zaman dahulu kala macam buku zaman Andalusia atau dengan lukisan russia. waa... Superb lah!

Dulu pernah terjumpa abah punya buku kitab lama(sebab kelabu kuning beranai-anai macam harta karun)bertajuk HIKAYAT TUN SRI LANANG! Woh, memang excited tahap tak ingat dunia. Ye la, ni spesis hampir pupus ni. Bukan senang nak jumpa kat kedai. Huhu. =D

Masuk sekolah rendah + menengah, saya jadi penyelongkar tetap rak-rak bacaan buku cerita lama (kecuali buku yang tebal tahap tak ingat dunia dan tulisan kecik tahap semut kerdil. Anti sungguh buku macam tu.)

Sirah nabi dan pengikutnya, Shakespear, Hikayat Melayu Lama, English Literature semuanya insyallah saya sudah habiskan kecuali kalau kalau belum jumpa version moden punya buku lama satu cerita.

Dan lepas tak dapat jumpa sumber buku2 cerita-cerita lama, barulah saya akan pergi ke bahagian buku cerita zaman sekarang seperti karya sastera, detektif remaja, novel cinta, buku fakta, autobiography, motivasi dan buku dogeng seperti Twilight ataupun Harry Potter.

Saya paling malas nak layan buku action thiller english. Tak de feel lah! Kecuali Dan Brown je berjaya habiskan. Lain semua tuang. B.O.S.A.N.

Makin saya besar, saya makin tertarik pula untuk baca buku-buku terkenal seperti buku-buku yang menang anugerah hebat-hebat, buku-buku yang ditranslate ke pelbagai bahasa. Lagi dia femes, lagi saya berkenan.

Di Jordan ini, saya terperasan dia banyak juga keluarkan buku-buku hebat yang klasik daripada penulis-penulis sasterawan pelbagai negara yang menang noble prize in liturature macam Orphan Pamuk, Naquib Mahfouz, Kenzaburo Oe, atau Gao Xingjian. Tapi malangnya buku-buku diaorang ni still macam tak sebest english literature. *sesuka hati je cakap, padahal baru test tengok. Tak baca lagi*

Dan, di Jordan saya punya minat membaca agak sedikit merudum sebab yang ada banyak buku English and Arab je. Saya nak buku Bahasa Melayu!!!! T_T Seriously bila lama tak baca buku tambahan, saya terasa hidup sangat dull dan saya sangat terbantut tak berkembang. Nak sembang idea merapu, nak menulis idea beku, nak tukar pendapat pun macam buntu. OMG~

Sangat jeles kot tengok kawan-kawan kat Malaysia beli buku bertimbun-timbun kat Malaysia. Saya plak agak terbantut kat sini. Dah la Malaysia punya publisher makin pandai cari tajuk best-best. Ish! Tapi bila dah balik Malaysia, saya punya teringin tu tak terluak habis pun. Sebab saya selalu strictkan diri beli satu buku je sebab buku Malaysia mahal giler! Urgh... Tak boleh ke murahkan harga buku ke bawah 15 je sentiasa? hehe..

Jadi jalan keluarnya sekarang adalah sekadar pergi meminjam dari kawan-kawan atau senior-senior yang kaki buku juga. Peminjam berjaya lagilah saya nampaknya~

And now, saya sedang gilakan buku-buku sejarah tarbiyah. Tak kiralah buku sirah nabi ke sahabat ke khulafa' ke empayar muslim ke gelojak Islam serata dunia ke. Even sejarah Islam Nusantara pun saya sangat semangat nak habiskan sekarang. Sebab? Saya tahu saya dah banyak ditipu lama gila dengan bacaan yang pendek dan tak cukup kebenaran. Jadi, sekarang masanya untuk menggali dan kembali mencari perkara hakiki.

Buku lain pun saya sedang hadamkan juga. Terutama buku Browse Surgical yang saya rasa mcam dah muak asyik tengok dia je (padahal hafal ye tak. Ih...)

Eh, panjangnya saya tulis..

Haaa.. ni lah kesan estacy saya bila jumpa orang-orang yang sama minat dalam isu yang serupa.

Tadi kami bincang tentang kisah klasik nusantara. Kami senaraikan mana yang kami dah baca dan mana yang kami masih mencari-cati bukunya. Hikayat Malim Deman, Hikayat Sang Sapurba, Hikayat Wan Malini Wan Empuk, Hikayat Ain Zubaidah, Hikayat Tun Sri Lanang semua dah selesai baca.

Kami teringin nak jumpa Hikayat Perang Sabil, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Pemuda Mati Hidup Semula, Hikayat Muhammad Hanafiyyah dan hikayat-hikayat lama yang fungsinya menaikkan semangat umat Islam untuk terus berjihad demi yang Esa~

Ada sesiapa tahu buku, kalau prosa klasik moden yang dikarya selain 1515, manikam kalbu, Iskandar bukan Alexander, Ramli Awang Mursyid punya siri Laksamana Sunan , buku klasik apa lagi yang ada untuk dibaca?

WE WANT TO READ IT, thank you~ ! ^_^

Pendek kata : Saya suka Sejarah! Sejarah BESTTTTTTTTTTTT~

p/s: kalau ada yang beri berita gembira lepas baca entry ini, ketahuilah kami sayang anda! hehehe...

Jumpa lagi..

p/s 2 : Bicara tentang sejarah, hari ini sejarah baru telah tercipta. Tahniah buat penduduk Mesir, akhirnya Husni Mubarak turun jua. Good Job! ^_^ Alhamdulillah...

10 comments

Write comments
tepianmuara
AUTHOR
February 12, 2011 at 3:02 PM delete

suka sejarah juga!!!!

pengaruh mak abah kot.
ada sekali pulang ke rumah dari kampung di Perak, saya bertanya,

"Sejarah Melayu tu cerita pasal apa eh?"

terus seisi kereta berubah jadi lecture hall. hah.

Kat sini saya ada Sejarah Umat Islam, tulisan Buya Hamka. Empat jilid yang dihimpun.
Dari zaman nabi, khulafa' arrasyidin, bani umayyah, bani abassiah, Uthmaniyah, Perang Salib, dll....
dan paling best, sejarah Islam di nusantara!

suka gaya buya Hamka mengolah sejarah dengan pena seni.

Reply
avatar
Kelly Chantek
AUTHOR
February 12, 2011 at 8:58 PM delete

salam ainul

agak2 ainul la kan, budak umur berapa tahun elok ditanam budaya membaca ni? zaman sekarang ni pun, nak membaca pun banyak jugak yang kita kene peratikan, sebab takut tersalah pilih bahan bacaan!

Reply
avatar
February 12, 2011 at 9:55 PM delete

haniff:
good! good!
erm, "kat sini" tu maknanya kat jordan ke? Waaa, bestnya! Nak pinjam bila2 boleh?

kelly chantek:
ws. bagi saya la paling elok pupuk sejak sekecik yg boleh. Bawak pegi kedai buku tiap-tiap bulan n belikan at least satu buku yg boleh tarik perhatian dia. Buku yg mak ayah hadiahkan kalau kena dgn tahap dia mesti anak baca punyalah. Nak hadiahkan buku tu pun mesti mak ayah check dulu kan. Itu kira tapisan awal la tu.

org skrg malas baca sbb mindset diaorg buku tu terlalu kompleks dan memeningkan. Even kalau tajuk berat pun, pilih buku yg ayat dia simple dan menarik cukuplajh.

Reply
avatar
akak
AUTHOR
February 13, 2011 at 4:49 AM delete

akak pun suka!!! lagi² kalau bab sejarah islam ni. Tapi x minat hikayat² yg ainul sebut tu.. Boleh tidur kalau bukak buku² mcm tu..:p

Reply
avatar
chilavek
AUTHOR
February 13, 2011 at 5:32 AM delete

i'm not into literature so much,much prefer the factual and scientific books...hehehe.... ;P

08.02.2011...where is the post about Aiman's birthday...?mau mengamuk budak tu nanti...hakhakhak.....

Reply
avatar
February 13, 2011 at 7:19 AM delete

akak:
hehe... biasala tu.. ;p

asyraf:
thanks god He create you with that kind of interest. At least boleh kak ina pinjam buku ko je. Takde la rumah tu penuh orang bahasa je. Ada gak org rekacipta macam ko. haha..
birthday Aiman kak ina tak publish lagi. tapi wish special utk dia kak ina dh kirim awal2 lagi dh kat mak suruh wish dia kat skolah. ^^
weh, blog ko bila nk update. malas betul!

Reply
avatar
chilavek
AUTHOR
February 14, 2011 at 12:07 PM delete

tapi masalahnye sampai sekarang masih tak jumpa buku yang boleh menepati citarasa especially in Malaysia...yang ader buku scientific penerangan untuk budak and kalau ader pun buku tu buku ilmiah rujukan orang blaja...hahaha...

now,i'm realised that i'm not born to be a blogger...hehe...malas nak tulis banyak sangat...banyak jer post2 yang tergantung tak habis2 tulis lagi..hehe... ;P

Reply
avatar
tepianmuara
AUTHOR
February 14, 2011 at 1:58 PM delete

xdehal kak.

cakap je nak bila, insyaAllah

Reply
avatar
February 15, 2011 at 9:02 PM delete

asyraf:
high tastenyer... buat sendiri la buku kalau mcm tu. haha.
weh, dh siap pindah rumah belum? bila nk update ke malaysia. org tertunggu-tunggu tu..

haniff:
thanks!

Reply
avatar
zoeyy233
AUTHOR
April 21, 2011 at 7:00 AM delete

saya perlukan pertolongan untuk buat karangan dan tajuk sia adalah saya suka sejarah malaysia. dapat tolong sayakah?

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *