Magnificent of Surgery

12:43 PM 9 Comments A+ a-

Assalamualaikum



Minggu ni boleh kata minggu terakhir rotation surgery. Iklan exam dah keluar. Maka 9hb dan 10hb ni insyallah akan mula mini OSCE dan OSCE.

GuLp..

Doakan ya! Doakan ya! Doakan ya!

Macam rasa sekejap sangat la plak surgery nih. Baca pun tak habis lagi. Tup-tup dah nak exam. Rasanya baru sangat lagi main tembak-tembak tak mati-mati dengan doctor dalam round.

Tentang masuk operation teater plak nampaknya saya agak kurang bernasib baik. Tak pernah masuk lagi. Haih. Setiap kali one-to-som dengan kawan-kawan, asyik tak dapat-dapat. Time boleh masuk, kelas plak jauh sangat nak pergi lari. Nak testing masuk curi-curi, terkantoi plak dengan makcik scrub yang saya baru tahun 4. Hummph!

Nasib baik ada sekali dalam Emergency Room Basma dapat tengok sedekat-dekatnya sebelah doktor live suturing process luka seorang pakcik dekat dahi yang agak dalam dan sepanjang 2 ruas jari dari tengah dahi turun ke tengah hidung dia. Kes jatuh terhantuk bucu. Errgg, sakitnya~

Tapi..Pergh, stylo sungguh la Dr lelaki tu menjahit manusia macam jahit baju dengan gerakan tangan secantik perempuan! Pakcik tu pulak sangat cool langsung tak jerit sakit mahupun menyebut sepatah "adoi!" sepanjang masuk bilik sampai habis jahit. I wonder lah pakcik ni dia ada diabetes ke apa tak rasa sakit walau isyi. Ke dah dapat dua tiga dos analgesik sebelum jumpa doktor eh..

Tapikan sebenarnya dalam hati ada sikit rasa nyilu2 masa mula-mula doktor nak jahit tu asyik terkoyak-koyak je kulit pakcik nih sebab edges dia sikit sangat. Doktor plak rileks je cakap "Hal-hal unpredictable macam ni macam biasa je. Korang kena cool dan pandai wa pantas buat keputusan baru bila jadi cenggini. Okeh?" Wow, kalau kitaorang mau banjir peluh dah agaknya.

Tengok orang kena jahit, teringat zaman dulu-dulu diri sendiri pun kena jahit kat kaki sebab eksiden time darjah tiga. Memang tak sakit pun sebenarnya mula-mula, tapi bila doktor tuang alcohol nak start jahit masya allah pedih giler! No wonder lepas tu habis semua nurse kiri kanan katil semua saya tendang. Tak pasal-pasal kena pegang macam orang gila kat atas katil sambil doktor jahit. Wuu.. Sapa la nurse-nurse tu ye, mintak maaf la banyak-banyak~ Huhu.. *Macam mana pakcik tadi boleh diam je, heran sungguh*

Minggu last dekat KAUH sekarang ni pulak tengah minggu Urology. Boleh plak dapat minggu khas last-last. Memang la agak bagus sebab senang sikit nak hafal tapi bila yang last-last semua benda baru, agak tension gak la sebab senak kepala kena sumbat banyak fakta baru yang lain dan tak berapa biasa.

Bila namanya urology, hal-hal taboo yang melibatkan part-part rahsia manusia dan sebarang aktiviti hidup yang sensored semuanya kena gali. Masalah pertama, saya perempuan. Masalah kedua, ini Jordan. Adeh, ini malas nih baru nak praktis tanya hal-hal private bukan wanita. Memang out la bab urology nih dari choice. Doctor pun dah pesan, "korang pompuan tak yah amik lah." Susah!

Tapi so far patient saya sekarang amik semua kanak-kanak. Haha, senang hidup! Takde la segan sangat. Tapi bila bincang kes kawan-kawan, nanti mula lah keluar experience-experience doktor jumpa patient urology yang extraordinary luar tabiee.

Macam tadi, doktor cerita pasal kes-kes yang melibatkan banyak farmer yakni Zoophilia. Ya rabbana, apekejadahnya lah perangai macam tu. Macam takde spesis manusia lain dah kat muka bumi nih. Astagfirullah~ Jijik kot dengar. Doktor siap pesan, "korang wajib tanya dia ada experience ke tak buat benda macam tu" sebab suprisingly dia dah jumpa ramai sangat patient say YES! So time ni, kitaorang semua memang muka blur habis. Masing-masing terfikir agaknya agak-agak bakal kena maki hamun tak kalau tanya macam tu kat patient. Macam mana nih... -_-'

Tapi kesimpulannya, seorang doktor kena jadi sese-curious mungkin untuk betul-betul cari punca dan sebab musabab datangnya seorang pesakit ke hospital. Nobody suka datang duduk hospital girang gembira dapat penyakit. Mesti ada something wrong somewhere. Plus, to prevent any complication. Bersalin pun lebih kurang lah even ia bukan satu penyakit, kalau main aci bersalin sesuka hati tak checkup betul-betul, 2 nyawa boleh melayang tau sekaligus!

Cool lah doktor! Mantap betul menyiasat!

Tapi sambil-sambil kagum dengan doktor yang hebat, kami jugak disajikan dengan cerita-cerita ignorance doktor. Satu contohnya, yang tak deflate ballon time letak folley catheter sebelum tarik keluar dia punya tiub. Kesannya tarik punya tarik, last-last rupture terus urethra patient tu. Lelaki + Ruptured Urethra due to doctor's mistake = Hell. Catastrophic habis!

So please, please, please, be prepared to be a good doctor!

Once, saya pernah ditanya apa beza round surgery dengan internal med :

Jawapan saya -
Internal Med punya doktor sangat hebat tahu semua benda sampai diri sendiri ter-inspired nak jadi macam diaorang. Tapi doktor surgery pulak dia punya hebat sampai diri sendiri rasa bodoh giler tak tahu apa-apa a.k.a diaorang punya knowledge tu sangat100X detail sampai sekecik-kecik benda dari basic sampai ke future(prognosis) semua diaorang kena tahu .

The most important thing to be consider is -
When you hold a scalpel, you are either a doctor or a murderer!

Ok, panjang plak tulis nih.

Study yok! Minggu depan exam. Jumpa lagi!

Doakan kejayaan kitaorang ye. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~

9 comments

Write comments
Ibnbakr
AUTHOR
February 28, 2011 at 8:37 PM delete

Moga nanti diri ini diberi kesempatan untuk merasai pengalaman2 spt ini..

Reply
avatar
March 1, 2011 at 9:31 AM delete

bittaufiq wannajah kak! :D

Reply
avatar
zmah
AUTHOR
March 2, 2011 at 4:10 AM delete

Seronok kan setiap hari ada pengalaman baru.

Reply
avatar
Jacknaim
AUTHOR
March 2, 2011 at 4:15 AM delete

nicely written.. keep up the good work and let the enthusiasm keep kicking... all the best

Reply
avatar
c's
AUTHOR
March 12, 2011 at 7:32 PM delete

err.. kalau nak jatuh pun, agak2 la..

pakai helmet nu~

Reply
avatar
c's
AUTHOR
March 12, 2011 at 7:32 PM delete

err.. kalau nak jatuh pun, agak2 la..

pakai helmet nu~

Reply
avatar
March 15, 2011 at 4:47 PM delete

ibnubakr:
insyallah. akak doakan yang terbaik utk kamu. =)

harishah:
thanks dik! ^_^

kak zimah:
haah akak. best tapi kena tahan sket lah. hehe

Reply
avatar
March 15, 2011 at 4:48 PM delete

jacknaim:
insyallah. doakan ya. bitaufiq utk utk final exam! =)

raden:
jordan mana ada helmet da. motor pun ada seketul dua je. huhu

Reply
avatar
Cik Tyra Lee
AUTHOR
August 20, 2012 at 9:03 AM delete

nak follow sini..
seronok baca pengalaman.. :D

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *