I'm my own Hero!

Assalamualaikum!




^_^

Apa khabar kawan-kawan sekelian?
Apa khabar iman?
Apa khabar amal?

Rasa macam dah lama plak tak cakap pasal makanan hati dekat sini. Lari plak objektif asal hidup penulisan saya bila asyik hilang arah semedang. Huhu.. Back to the Basic, please...!

Okay~

Hari ni sebenarnya saya tertarik dengan satu konsep hidup yang saya baru jumpa.

KENAPA KITA SUSAH-SUSAH NAK AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR PADA ORANG LAIN?

Well, kalau jawapan skeptikal yang selalu kita dengar biasanya berbunyi...

"Saya tak nak saya sorang je masuk syurga. Orang lain pun saya nak ajak jugak."

atau

"Saya nampak orang lain buat kesalahan dan saya tak nak dia terus hanyut dengan kesalahan dia"

which is kita nampak dari satu side yang mana daie ni sangat suka nak membantu orang lain. Good! Bagus la kan? Memang itu yang kita nak pun.

Tapi!

Hari ni saya terjumpa satu side of sebab musabab kenapa kita nak amal makruf nahi mungkar yang agak jauh sikit lah dari konsep 'membantu orang' tapi lebih kepada 'bantu diri sendiri'.

A little bit macam selfish dengarnya, tapi actually saya rasa ia lagi tepat dan tajam tertanam kalau kita betul-betul guna.

Macam mana?

Pernah dengar tak orang cakap alasan dia amal makruf nahi mungkar....

" Sebab saya nak selamatkan diri sendiri. Kalau saya biar diaorang, nanti kalau diaorang kena azab, dengan saya-saya pun masuk gak kena azab tu. Bahkan saya mungkin jadi lagi teruk kena azab dari diaorang. Hish! Taknaklah! " ----> Ini dari buku ye~

or

" Sebab evenpun kalau kubur masing-masing, nanti kalau kubur diaorang kena azab karang bising sampai dengar ke kubur saya. Hish! Tak nak lah! " -----> Ini idea kawan ye~

See? Nampak tak?

Ini adalah sebab dakwah yang lebih kepada menjaga diri sendiri daripada menjaga orang lain.

Eh, ingat tau! Ini bukan pentingkan diri nih.. Ini namanya perlumbaan dalam ibadah. Dalam ibadah tidak dibenarkan untuk ithar tahu.. =)

So, kalau diaorang tak nak buat, biar kita je buat. Tapi bila kita dah buat, diaorang pasti akan buat gak sebab selagi diaorang tak buat maka kita akan buat sungguh-sungguh sampai diaorang buat. Eh, macam kompleks plak ayat nih. Faham ke?

Plus, ini adalah antara alasan terbaik buat orang-orang yang tension dengan persepsi hentah hapa-hapa orang lain yang kononnya orang berdakwah ini baik tahap malaikat sampai rajin terlebih nak membaikkan orang which kadang-kadang dianggap sebagai penyibuk~

Just say that to them --->
AKU BERDAKWAH SEBAB UNTUK AKU!
Aku nak selamatkan diri aku
Aku nak dapat pahala
Aku nak lepaskan diri daripada kena tanya lebih-lebih nanti
Aku nak masuk golongan orang yang bersaksi
Aku nak syurga

Korang tak nak?
Sukahati lah~
Tapi jangan halang aku
Sebab aku akan buat jugak
Supaya aku dapat apa yang aku nak (disebut tadi)


.
.
.
.

Fuiyoo, semangat kan??
Macam hardcore sikit.
Takpe, lagi core lagi bagus.
Selamatttt dunia akhirat, insyallah~

Amaran awal : Pandai-pandailah guna cara mana yang patut mengikut kesesuaian persekitaran anda~


Sekian. Selamat beramal!

^_^

[ mode : getting in track, insyallah ]

5 comments

kaknik | February 11, 2011 at 10:57 PM

aku nak berdakwah sbb klu persekitaran aku teruk..takut akupun nnti teruk sama --- boleh gitu????ngeeee!

Qurrata 'Ayun | February 12, 2011 at 4:47 AM

salam sis!! this is a motivating one :)

how r u doing? havent been in touch with you since coming back...feel like life is faster here! r u coming back in summer? boleee jumpa lagi ^_^

hope everything goes well there.

xx

zmah | February 12, 2011 at 8:10 AM

Kita dalah Wira kepada diri ki sendiri. Sihatkah orang jauh?

Ainul Arina Madhiah | February 12, 2011 at 9:09 PM

kak nik:
boleh3!! sama la tu.. hehe..

nabilah:
ws dear! waaahh lamanye tak dgr berita. busy sungguh nih. hehe alhamdulillah akak sihat. glad to hear that you're doing well in malaysia. this summer? insyallah... =) nnti dah konfirm akak roger awk balik yer ^_^

kak zmah: org jordan sihat2 je akak. org malaysia apa khabr?

Anonymous | February 15, 2011 at 5:19 AM

seperti membasuh baju,

kotoran di pakaian hilang.
ktoran di kuku dan jari pun tanggal

:)

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images