Iklan Terbaik buat Para Penulis Puisi di Jordan!

Assalamualaikum

Dulu waktu saya tahun satu, rasanya arena penulisan macam agak asing di bumi Jordan. Tambah-tambah kalau bab tulis puisi. Pertandingan tak berapa ada, kawan seangkatan yang minat serupa pun macam tak nampak muka. Jadi, sendiri tulis, sendiri syok sendiri tak tahu nak belajar macam mana.

Jalan keluarnya, saya join kawan-kawan lain seantero dunia sertai Grup Karyawan Luar Negara. Dari 'mati' sorang-sorang di Irbid, baik 'berpegang tangan' dengan sesiapa yang ada walaupun tak kelihatan di mata, di medan maya tetap bersama. Aceh ayat.. ;p

Dari situ, saya kenal Ustaz Asyraffdini, pewaris tunggal GKLN Jordan waktu itu. Punyalah susah nak belajar. Nak beli buku pun pakai pos-pos beberapa bulan baru sampai. Nevermind, yang penting kemahuan itu ada. Kata Ustaz, dulu student Jordan aktif juga dalam Adabuna (saya join juga tapi rasanya GKLN lebih aktif sekarang) cuma ramai dah graduasi jadi semua mutiara sudah kembali ke Malaysia. Contoh paling simple Ustaz Zaid Akhtar.

Dan dalam masa setahun kemudiannya, Ustaz Asyraffdini pun mengikut jejak langkah yang serupa. Maka, tinggallah saya, si murid muda sendiri. Takpe-takpe, belajar berdikari. Paling-paling tidak, kena pastikan wakil Jordan tetap ada di setiap masa.

Sekarang saya dah tahun empat. Dalam masa empat tahun ini, saya nampak satu-persatu kebangkitan arus penulisan di bumi Jordan, Irbid khususnya. Even sampai sekarang sudah ada beberapa nama besar dalam penulisan di sini. Adik-adik yang baru datang pun masing-masing nampak sudah ber'taring'. Gerun pula saya lihatnya. Huhu.

Dah lama rasanya saya tak merekrut orang untuk menjadi pelapis wakil Jordan di dalam kumpulan ini. Tahun ni macam mahu kembali mulakan misi. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak Jordan, ada sesiapa sudi bersama saya sekali? ^_^ Bakat yang ada jangan disiakan. Allah bagi bukan sekadar untuk disimpan. Kalau mampu diguna untuk manfaat ummat, kan itu tandanya kita ini menghargai nikmat? =)

Oh ya, lupa pula nak terang. Grup ini bukan sekadar untuk genre puisi. Segala aspek dalam penulisan turut diketengahkan sekali.

Dan diingatkan, grup ini bukan sekadar asyik-asyik nak cari kesalahan tatabahasa, kami juga berjuang mempertegakkan jiwa Islam dalam karya yang kami bina. Hidup perlu berdisplin juga, maka bila memandang tolong jangan hanya melihat dari satu sudut sahaja. (Maaf teremosi, saya benci bila ada manusia yang memburukkan orang lain untuk menampakkan kebaikan diri sendiri)

Alhamdulillah, melalui grup ini saya belajar memperbaiki diri dan karya.Sini ramai sifu-sifu besar yang sekarang sudah kembali ke Malaysia. Di sini juga peluang anda untuk menembusi media agak mudah kerana GKLN sudah dikenali lama di Malaysia. Dan saya juga turut bersama mereka menerbitkan beberapa antologi puisi bersama-sama untuk diterbitkan buat bacaan masyarakat kita.

Aspek paling penting yang suka : Disini tidak paksaan dalam menghantar karya memandangkan saya adalah manusia yang dikelilingi tanggungjawab yang melebihi masa. Syukur. Kalau anda lebih hebat berusaha dan istiqamah dalam belajar, insyallah bakat anda bakal lebih hebat sinarnya daripada kami orang lama.

Eh, panjang plak saya cerita. Maaf ya.

Kembali ke tajuk asal. Buat para penulis puisi Irbid dan mantiqah Jordan lain yang berminat untuk menyertai grup ini, di bawah ini ada satu peluang terdekat untuk anda. Sertai kami dan anda juga berpeluang untuk bersama menggembleng tenaga untuk memberikan sesuatu kepada masyarakat kita. =)

Mahu penjelasan lebih panjang tentang grup ini? Boleh hubungi saya di ainulmardhiah_89[@]yahoo.com atau rujuk sana di laman sesawang grup ini. GKLN
.
.
.
.

PROJEK ANTOLOGI PUISI REMAJA DAN KANAK-KANAK GKLN 2011 TERBITAN DBP





SYARAT PENGHANTARAN KARYA

1. Penyertaan untuk antologi puisi ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati semua syarat berikut :
- Sedang menuntut di luar negara.
- Telah menjadi ahli GKLN yang sah dan menyertai yahoogroup GKLN. Bagaimana untuk menjadi ahli GKLN yang sah? Isikan borang keahlian dan hantarkan ke gkln_sayembara@yahoo.com bersama karya penyertaan anda.
- Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
- Peserta yang pernah menuntut di luar negara sama ada untuk twinning programme atau tamat pengajian dalam tempoh kurang 3 tahun dari tarikh tutup penyertaan juga layak menghantarkan penyertaan.

2. Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran serta sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak (10-12 tahun) dan remaja (13-18 tahun) dengan menyentuh mana-mana aspek seperti:
- Perpaduan

- Sains fiksyen

- Kasih sayang

- Kekeluargaan

- Pengembaraan

- Sejarah

- Konflik sosial

- Kemasyarakatan

- Tokoh terkenal

- Lain-lain aspek yang berkaitan.

3. Karya hendaklah asli dan bukannya saduran, adaptasi atau penyesuaian. Sekiranya karya pernah disiarkan dan diterbitkan, diharap dapat menyatakan maklumat yang berkenaan selengkapnya. Sekiranya karya pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari blog dengan serta-merta.

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5. Panjang puisi adalah bebas.


6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada Ahad, 13 Mac 2011.

7. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

8. Hantarkan tiga buah puisi yang memenuhi syarat-syarat karya ke gkln_sayembara@yahoo.com. Juga sertakan butiran peribadi anda seperti nama penuh, nama pena (jika ada), lokasi di luar negara serta alamat emel. Para penyumbang juga diminta untuk menghantar profil penulis yang lengkap dan kompak (maksimum 15 baris). Sila rujuk contoh profil penulis yang disisipkan di atas.

Selamat menulis untuk adik-adik kita!
.
.
.
.

Wassalam

p/s:
Kalau saya terlewat beri respond, saya minta maaf awal-awal ya. Hujung minggu ni saya akan Prospek (Hari sukan Irbid). Minggu depan pula berkemungkinan saya ada Interview Surgery. Sebab itu saya iklankan ini awal-awal. Takut tak sempat. Tapi insyallah saya akan cuba balas respond secepatnya. Terima kasih.

3 comments

hearttracker | February 17, 2011 at 8:58 AM

akhrnya ck ainul prmte jgk projek ni.wda bz sgt smpai xsmpat cre ag email2 gkln.smga kte dpt sme2 mngejar masa! ^^

NURUL | February 18, 2011 at 1:19 AM

salam..
ai cik ainul..huda ni..
kita nak bguru ngan ainul la..minat yg terpendam,tpi masih bnyk perlu bljr dlm bdang pnulisan..bila ade yg 'sejiwa' baru semangatkan..hihi..slame karya2 bersawang dlm folder je la..just untk suka2 isi masa lapang n release tension..hihi..ajarla daku cik ainul..hihi

Ainul Arina Madhiah | July 29, 2011 at 3:12 AM

wida:
insayllah ^_^

huda:
boleh2.. meh la sini ^_^

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images