Doktor Russia

Assalamualaikum



Orang dulu-dulu pernah pesan,

Jangan sebab marahkan nyamuk, kelambu habis dibakar..

.
.
.

Kalau dapat tengok betul-betul,

Dalam setandan kelapa, tak semuanya rosak binasa..

.
.
.

Kamu,kamu, dan kamu,

Benih kalau dah baik, dibaling ke laut jadi pulau, dilontar ke udara jadi kejora..

.
.
.

Ingat,
Kita yang patut pengaruhi persekitaran, bukan persekitaran yang pengaruhi kita..

.
.
.

tentang Russian student
Saya mungkin tak tahu sepenuhnya keadaan mereka
Saya sekadar tahu sedikit sebanyak dari pengalaman adik dan kawan-kawan di sana
Tapi
bila saya sendiri menjejak kaki melihat dunia mereka
saya tahu mereka ada kelebihan tersendiri
dunia mereka tak sama dengan dunia kita
mungkin ada kurangnya, tapi kelebihan tetap ada
kalau tak, mustahil kerajaan Malaysia membazir duit buang tenaga untuk mereka

Jangan lupa, Russia ni negaranya 'kedekut harta'
Moga kamu di sana dapat kutip sebaiknya untuk ummah kita

Apa pun,
moga kalian tak lemah semangat
Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk semua
Yang penting kita percayakan diri kita
Dan tunjukkan pada mereka siapa anda!

Allahu yusahhil alaikum~

p/s:
Asyraf, good luck!

3 comments

wani adnan | February 25, 2011 at 6:45 AM

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih Ainul. Pem-back up budak rusia. Ehehe.

Hanya yang pernah menjejaki rusia dan tahu kesusahannya saja yang boleh buat judgement huhu

chilavek | February 25, 2011 at 12:11 PM

memang susah hendak dibezakan kaca dan permata..kerana hanya jauhari yang mengenal manikamnya..biarlah apa orang nak kata...biar mulut terkunci dan hanya kelakuan dan tingkah laku yang bakal merungkai segala-galanya...

mungkin itu kes terpencil dan hanya hendak dimanipulasi oleh orang-orang tertentu sahaja..memang la,graduan Russia masih baru di Malaysia(tak sampai dua batch pun yang baru jadi MO)jadi, memang tak boleh nak melawan cakap mereka yang sudah lama...(i mean doctors that have been graduated from other places that already have many batches served in this service)

Setiap doktor tak kira dari mana asalnya(graduated) mempunyai kelebihan yang tersendiri,jadi haruslah diekploitasi kelebihan-kelebiha ini supaya taraf kesihatan di Malaysia bermutu tinggi (mixing and manipulate)

lainla kalau doktor tu memang tak tahu langsung pasal dunia perubatan...jadi,kalau begitu janganlah salahkan university,salahkan tuan empunya diri...setiap tempat mempunyai sistemnya yang tersendiri..kalau sistem yang diguna pakai di sesebuah negara tak berkualiti,mengapa masih diguna pakai hingga ke hari ini dan banyak pulak teknologi dan inovasi yang dihasilkan dari sesebuah negara...manfaatnya diterima oleh seluruh dunia....kesimpulannya janganlah hanya nak menuding jari,kelak tergigit lidah meraung tak sudah....hehe...

p/s
ini hanya sekadar pendapat.... bukan niat untuk mengata,hanya sekadar nasihat untuk diri sendiri dan untuk semua...anyway,thanks for the wish..... =)

Ainul Arina Madhiah | July 29, 2011 at 3:03 AM

kak wani + asyraf:

good luck!

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images