Wedding Arab

Assalamualaikum...

1.1.11

Tarikh kawin seorang kenalan Arab rakan saya di Jordan.

Alang-alang time cuti, kami pun pergi la join sekali. Selama ni saya asyik terlepas peluang sebab clash dengan urusan lain. Kali ni free + lepas exam = so jom!

Kenduri kawin Arab memang lain habis lah dengan kenduri kawin Malaysia.

Selalunya, orang arab buat 2 majlis. Satu majlis perempuan sahaja. Satu lagi majlis campur. Tapi campur-campur pun, tempat still asing. Kali ni kami pergi yang majlis campur.

Awwalan, semua berkumpul dekat pintu dewan tunggu para pengantin datang. Bila dia datang, ada satu pasukan nyanyi akan nyanyi lah lagu-lagu pengantin dan iring pengantin naik atas bangunan. Waktu ni semua orang perempuan akan ikut. Lelaki tunggu bawah.





Then, tetamu perempuan akan diletakkan di satu dewan khas untuk menunggu sementara pasangan aruz dan ariz (pengantin perempuan dan pengantin lelaki) pergi studio ambil gambar. No men allowed! Time ni la tetamu-tetamu perempuan arab yang datang dengan penuh litup, berjubah mahupun berpurdah akan mula bersiap diri masing-masing dengan fesyen2 yang terbuka ala-ala barat. (Kitaorang yang melayu gak yang maintain sama pakaian. huhu..) Baju blink-blink, mekap tebal giler dan rambut macam-macam fesyen. Uish~



(Gambar tadi je original semalam. Yang lepas ni semuanya ihsan google ye)



Patut la kedai 'function attire' arab semacam je seksinya. Terfikir gak, bila masanya diaorang pakai baju-baju ni semua. Tak pernah nampak pun. Kat kenduri kawen rupanya.. Ooooo...

Oh lupa, time ni only wanita-wanita sudah berkahwin je boleh pakai seksi-seksi. (Ke diaorang kakak2 pengantin lelaki eh? Maybe sebab tu aurat diaorang ok je. Nta!) Anak-anak dara still tak dibenarkan sebab nanti pengantin lelaki akan masuk sekejap untuk sesi menari.

Ok, then~ Maka masuklah pasangan pengantin dengan diiringi nasyid asmaul husna.

p/s: disebabkan pengantin perempuan yang awalnya tertutup semua serba putih di luar (rujuk gambar bawah) bakal 'buka diri' yakni pakai baju gaun pengantin yang seksi2 juga, maka tetamu dilarang ambil gambar.



Start dari sini, pelbagai lagu pengantin akan dipasang dengan kuat tahap tak ingat dunia. (pokak telinga den) Eh tapi kan lagu pengantin diaorang Islamik sungguh liriknyer. Best2.. Time ni pasangan pengantin berdua ni akan menari sesama sendiri lah depan tetamu perempuan sebelum nanti makcik-makcik famili join sama.

Habis tu, pengantin lelaki kena keluar nak gi salam2 dengan tetamu lelaki kat dewan lain. Maka, bila keluar je dia dan pintu ditutup, maka bertebaranlah semua anak-anak dara keluar ke tengah pentas dari tempat duduk mereka dengan fesyen yang 'masha allah! nasib baik aku perempuan...' huhu.. Rupanya masing-masing dah ready baju lawa di sebalik jubah-jubah yang dipakai.

Time ni, semua perempuan Arab pergi menari gelek kat tengah dewan dengan pengantin perempuan. Makcik muda, makcik tua, kanak-kanak, remaja semua join sama. Dan ada gak few tetamu yang tak tukar baju pergi menari sama dengan jubah-jubah dan tudung labuh mereka. Terkebil-kebil kami yang melayu ni tengok. Nak join tak berani. segan owh! -_-'

Lepas tu, ada sorang kakak urus dewan ni umum "Hadirat sekelian, Ariz akan masuk sekarang. Sila cover aurat pada yang perlu" dan lepas je dia umum, semua anak-anak dara pecut lari pakai jubah dan tudung balik. Lawak la plak tengok diaorang kelam kabut. Haha.. Yang warga wanita dah kawin rileks lagi baju blink-blink.Budak melayu? Owh, maintain cool je sebab tak buat apa.

Lepas Ariz masuk, ada lah sesi-sesi potongkek lima tingkat (fuiyoo!) dengan pedang dan tukar2 suap2 makan dan minum2 antara pengantin. Tapi sekali rupanya kek yang bakal dihidang adalah kek lain. Kek nak dipotong tadi kek tipu-tipu je. Ceh..



Aha, kenduri arab ni takde makan besar2 macam orang melayu. Dia hidang air gas secawan ngan kek se-slice je. Only! So, buat apa tetamu datang? Untuk meraikan dan menari je lah. =)

Lepas habis sesi kek2, semua wanita warga dah kawin pergi sarung jubah dan tudung balik. INgatkan kenapa. Rupanya pakcik-pakcik (famili only) lain bakal masuk dewan ni jugak. Patutla semua bersiap. Kitaorang nak tergelak pun ada tengok sorang kakak ni tadi punyalah dasyat pakaian, sekali bila lelaki masuk kakak tu tutup habis semua termasuk muka-muka sekali. Laaa, berpurdah rupanya akak nih.. Huhu.

Bila semua uncle-uncle dan abang-abang adik-adik famili pengantin dah masuk, diaorang semua menari sakan kat tengah dewan. Awkward okeh tengok pakcik-pakcik tua menari gelek! Adoi, sakit perut tahan gelak. Nasib baik ada unsur2 romantik sebab diaorang menari dengan makcik-makcik gak (isteri masing2). Aduh. Arab dan gelek memang macam isi dan kuku~

Owh ye, tadi before lelaki masuk, diaorang buat satu session nih. Amende ntah fungsinya. Pengantin pompuan akan buka semua barang kemas putih yang dia pakai dan mak mertua dia akan sarungkan plak dengan barang kemas version emas. Banyak owh!~ Rantai tiga, cincin dekat dua tiga gak, gelang, subang dan macam-macam lagi lah. Buntang mata kitaorang tengok. Wuuuuu, banyaknyer emas~ @_@



Habis mak mertua kasi, bila time tetamu-tetamu lain naik pelamin salam pengantin (ala-ala sesi renjis/ tepung tawar), semua pakat hulur tangan pengantin gelang sorang satu. Giler mewah! Kalau renjis mawar kat Malaysia tukar kasi gelang sebijik sorang, alamat sapa la nak datang depan ek? hahaha..

Habis bergambar, sambung menari lagi....~

Urm, kitaorang macam dah bosan la plak. Lama giler dah nih. Asyik menari je. Okeh, boleh balik dah kot. Nasib baik dah jumpa Aruz time takde lelaki tadi. So, dah habis amik gambar (bukannya kamera kitaorg pun, tak bleh! =[ )dan hadiah pun dah kasi kat ibu Aruz, maka kami pun pulang...~

Sekian~ My first time attend wedding orang Arab selepas 4 tahun duduk Jordan. Alhamdulillah, berpeluang jugak..

p/s: Time balik ke Irbid (ni kat Amman), kami dapat mesagge "Rasa tak gegar2?". Rupa-rupanya, Irbid merasai gempa bumi yang berpusat berdekatan laut mati. Hah? Jordan gempa bumi? Gulp, ya Allah nasib baik yang ni kecik. Hopefully tak ada apa-apa. Amin.....

6 comments

suria j | January 2, 2011 at 6:40 AM

salam ainul sayang!!
waaa!! bestnye dapat pengalaman ni, akak teringin sangat nak attend wedding arab, u'r so lucky! :)
diorg mmg suke nari2 erk? tp cam penat je asyik nak kene sarung tanggal sarung tanggal jubah, hehehe :p

alhamdulillah u'r good over there. harap seme okla after the quake, take care k :)

fadhlina | January 2, 2011 at 8:14 AM

heheh..lain sungguh budaya kite dengan mereka2 kan? mesti sangat cantek diorang buka purdah..

Ainul Arina Madhiah | January 2, 2011 at 8:43 AM

kak fathen:
ws akak comel! auch, miss you so much la akak. lama tak singgah sana sama.. baru roll2 kejap your blog and i was like "OMG2, bnyak giler benda best tak baca.ish2.. " hehe.. ;p
alhamdulillah, okla dpat attend gak but actually kan b4 this i regard myself as a little bit unlucky sbb dah 4 tahun bru nak merasa first time. thanks to Allah for send you here, i forgot that there are other people who didn't even have the chances. ish2, so ungrateful me~!
org arab mmg suka menari. channel tv diaorg penuh lagu gelek2 je lebih kalau bab muzik. yang bab tanggal pakai jubah tu, they HAVE TO.. rela dalam paksa kot. hehe
thanks for wish kak. same on you. take care too! ^_^

fadhlina:
haah, lain sangat2. diaorang mmg cantik sungguh! tambah2 kalau yang pakai purdah tu, mmg kadang2 kita yang perempuan pun mcm terpegun tengok kecantikan arab jordan nih..

fadzlina shukri | January 2, 2011 at 11:58 AM

salam. ainul! bila baca entry awak ni akak pun rasa nak join skali walimah arab ni. :)

ismiizzah | January 3, 2011 at 1:32 AM

Salam ainulllll

Saya dah 2 kali pergi wedding arab..keh333...

1st, ala2 sosial sikit sebab muzik dia habis pasang macam dalam kelab malam..

2nd ni.. ala2 islamik sikit..

apasal korag tak menari hah../??
hahaha masa kitorang pergi yg 1st tu, menari ala2 nak inul... memang meletoplah.. dengan tudung2 labuh sekali aku menari.. kah3333...

depa yg tarik bawa pergi tengah2 tu.. tapi best jugak yerk.. terasa lenguh2 otot ni menari.. berpeluh2.. hahaha

lepas menari, lapor.. hihihi makan jelah kek sepotong tu.. haha

Anonymous | January 4, 2011 at 11:09 PM

perkongsian yg menarik. lain dr yg lain. ye lah, seronok jg amik tau budaya bangsa lain kan. pun tergelak-gelak juga dibuatnya. cara mereka kan..

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images