Terpisah Tanpa Dinding

Assalamualaikum...




Sunyi walaupun penuh bunyi
Sendiri walaupun ramai di sisi


Ini yang saya namakan sebagai 'Terpisah tanpa Dinding'

Satu dunia baru yang saya suka masuk bila kepala sarat dengan masalah waktu hati berjuang tak mahu beremosi saat keadaan tidak memahami seperti di tempat awam yang penuh duri.

Mana ya pintunya?

Awal cara, saya sumbat MP3 sekuat nada suara luar sambil pejam mata supaya yang tinggal hanya bunyi yang buat saya bersendiri.

Tapi bila MP3 tiada, senjata kedua adalah buku cerita~

Buku cerita paling kuat kesannya pada saya.

Tak perlu pejam mata
Tak perlu tutup telinga


Tengok buku, fokus ke situ, kepala membayang kisah berlaku dan Taraaaa~ Saya dah berada di dunia baru!

Hah, barulah saya tak rasa macam mahu mencantas sorang demi seorang waktu rasionaliti berada di tahap paling bawah sekali. Mereka kan tak bersalah. Saya sendiri yang perlu mengawal diri. Huhu....

Inilah yang terbaik untuk saya temui ketenangan sebentar, merasionalkan diri sebelum kembali bertemu face-to-face dengan masalah yang bertandang. Jangan semberono pergi menyelesaikan masalah waktu diri belum seimbang. Nanti yang sedikit jadi membukit, yang mudah makin susah.

Take a time,
have a rest,
look for the prime,
and you'll be the best...

=)

Jumpa lagi!

*Mahu pergi pintu sakti ini sebentar, cari jalan lepas tekanan*

3 comments

Nabila Azureen Azis | January 7, 2011 at 8:43 AM

salam. sya suka la baca blog kkak. bestt, pnuh pngisian :)

erm, kkak bljar d jordan eh? ee, msti best kan? kkak knal kak zuria murniyati?? dya pon bljr sna, uni of jordan gak, amek medic. knal? :)

jemput dtg ke blog saya kak. dah follow kkak daa :)

salam! :)

AuLiA | January 7, 2011 at 11:44 PM

sunyi di dalam ramai. memang rasa nak fire suma orang. heeee~

Ainul Arina Madhiah | January 9, 2011 at 11:25 AM

Nabila;
ws. terima kasih datang baca. Semoga ada manfaatnya untuk awak. =)
haah akak di Jordan. Tapi bukan Uni of Jordan. Akak belajar kat JUST. Zuria Murniyati? Tak sure lah, nnti akak try cari. Tapi rasanya Uni of Jordan takde budak medic melayu.=) JUST kot nih...
Insyallah nnti akak datang~

Aulia:
Kasi jurus naruto sebijik karang, lenyap habis semua orang.Kang langsung sunyi. Lagi tak best. hehe

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images