Saya boleh faham tapi saya tak boleh cakap

1:32 PM 1 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Ingat tak dulu saya pernah cerita pasal Ilya, orang Russian yang saya kenal waktu pergi Moscow dulu? Saya dah kasitau kan yang dia fasih cakap Malaysia?

So kali ni, saya just nak share satu video yang dia buat untuk praktis kemahiran dia berbahasa Malaysia.. =)



Reaksi saya: Wow!!

Dalam jangka masa tak sampai setahun, dia berjaya kuasai bahasa Malaysia selancar ni. Hebatnya!

Saya punya Arab pun rasanya tak fasih begini. Saya ambil masa hampir 4 tahun baru saya rasa saya mampu untuk faham 80% apa yang orang Arab cakap tanpa terjemahan. Itu pun terima kasih banyak sangatlah pada fasa klinikal tahun empat nih. Kalau harap preklinikal dulu, rasanya sampai bila-bila pun arab saya kekal di takuk lama.

Ish, mana aci! Saya patut usaha lebih gigih lagi dalam kuasai bahasa Arab! Go! Go!

Sekarang alhamdulillah saya dah makin boleh faham, cuma satu je yang masih hancus. Keberanian nak bercakap bahasa Arab secara terus dan lancar. Saya terlampau fikirkan bakal buat kesalahan tatabahasa, dan kesannya saya selalu pening nak cakap macam mana. Word banyak tahu, gabung ayat tak berapa pandai lagi...-_-'

Tak boleh jadi nih. Berani! Berani!

I wish I can learn to speak as fast as I can learn to understand. Dalam Arab terutamanya. Yang bahasa-bahasa lain tu boleh tolak tepi dulu. Ada masalah warnick ke apa aku nih? Huhu..

Oh ye baru perasan, bahasa Jawa yang memang dah sebati di telinga sejak kecik lagi pun tak pass2 lagi nak lulus bercakap. Tapi paham boleh plak 90%... aish~ buat malu kroni sungguh..

Eh tapi, guess what!
Ada satu pencapaian baru dalam area faham2 saya dijumpai baru-baru ini...
Saya dah boleh faham dalam 50% bahasa Korea + Jepun waktu tengok cerita tanpa guna subtitle! Yeay! Good2~ Cumanya as usual lah, faham itu senang. Nak cakap balik itu susah! Aduh....

Takpelah, doakan saya berjaya selagi ada 2 tahun setengah lagi duduk kat Jordan nih. I must grab as much as i can~ =)

p/s: groupmate Arab saya macam excited nak belajar bahasa Malaysia. Perlukah saya tunjuk video ini pada mereka. Alang-alang study bahasa Malaysia, boleh promote Malaysia sekali. hehe..

1 comments:

Write comments
Anonymous
AUTHOR
January 13, 2011 at 9:26 AM delete

لا تستحى في تضريب اللسان

Reply
avatar
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *