Mulukhiya

Assalamualaikum

*Sesi sambung challenge*

Day 2 – A photo of something you ate today.


Ini namanya MULUKHIYA

Ala-ala sayur bayam tapi rasa dia lain sket. Sedap gak la~



Sejenis sayur yang dibuat dalam bentuk sup yang sangat likat dan berlendir-lendir. Tak semua orang bukan Arab boleh telan sup lendir-lendir nih. First time tengok pun tekak saya kembang sket. Tapi lama-lama sedap plak jadinya. Hehe...

Mulukhiya nih sangat terkenal di timur tengah terutama Mesir (sebab diaorang dah mula makan sejak zaman Firaun dulu nun). Diaorang selalu hidang Mulukhiyah ni kalau ada majlis ramai-ramai orang, tapi bukan tujuan untuk kasi impress (ada org kata). Kira traditional food gak la.

Dalam English, dia dipanggil Jew's mallow atau Green mallow atau nalta jute. Ni gambar sayur dia sebelum dimasak.



Selalunya mulukhiya ni dia satu set dengan nasi dan ayam. Ada gak orang buat stew terus. Contohnya ini.

Encik Wiki kata "The leaves are rich in betacarotene, iron, calcium, and Vitamin C. The plant has an antioxidant activity with a significant α-tocopherol equivalent Vitamin E."

Malaysia ada jual tak? Nanti kalau rindu time balik, boleh makan. Hehe..

Ok, sekian~

p/s: Selamat bercuti kepada semua warga Jordan dan selamat terus bersekolah kepada semua student clinical Medicine JUST. Selamat! T_T

8 comments

wani | January 16, 2011 at 8:36 AM

Salam

unik2.. akak paling suka makan makanan arab. nasib baik tak duduk sana, kalau tidak habis badan akak macam dipam-pam sebab akak memang suka makan. T.T

Abdul Munir Sanusi | January 16, 2011 at 11:53 AM

Sepanjang hidup 6 tahun di Jordan, eden tak pernah makan bendalah ini. Agak. Tak tahu nak expalain macam mana.

n0n0i♥a'n'l | January 16, 2011 at 6:21 PM

Biar Ainul kata macam lendir2 tu automatik kembang tekak akak @_@
Tapi tatau le plak kalau dah rasa, kot-kot tanak berhenti makan kot HAHA.

Ainul Arina Madhiah | January 16, 2011 at 9:09 PM

kak wani:
haha, setiap yg ditakdirkan itu ada hikmahnya. ;p

senior muneer:
isk2, rugi la tak rasa. alang2 dah nak habis, habiskan lah sama benda2 lain yg takde di malaysia. hehe

kak noi:
sedap gak la nih akak. ^^

Anonymous | January 19, 2011 at 10:27 AM

salah entri nih!
bukan sepatutnye ltak gmbo laen ke?
:P

ummu tasnim | August 5, 2011 at 5:22 AM

salam alaik ya ukhti!akak suka jenguk blog kamu,hlg rindu kt jordan!mulukhiyya ni mmg sdp,mula2 tgok lendir dia mmg kmbg tekak tp dh lama2 sedap sgt tau!baru2 ni akak masak mulukhiyyah,adik sepupu belikan sepeket yang jenis kering dari mesir,zaki jiddan!sehhatain

Ainul Arina Madhiah | August 5, 2011 at 12:46 PM

anon:
huh? entry mana kah yang patutnya sebenarnya? :P

ummu tasnim:
wa'alaikumslam kak. akk x-jordan ya? uni mana dulu? oo, ada gak rupanya yg kering. kena gk la mcm ni ^^,

依之汉 | November 28, 2012 at 9:05 PM

Kat Malaysia ada jual biji benihnya. Saya ada tanam di rumah. Boleh rujuk di sini http://www.tanamsendiri.com/search/label/mulukhiya

Cuma setakat ini, saya tak berani nak makan. Al-maklumlah bukan makanan tempatan.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images