Kawan Terbest?

7:29 AM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum
Dah.dah. Abaikan entry sebelum nih. Sambung challenge seterusnya~

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.

Erm, susahlah soalan nih!
Best friend tu kira kawan baik ke kawan rapat ke kawan macam mana YA? Definisi kawan baik saya luas sangat la plak. paling simple nak terang = sekepala.

Kawan baik saya ada banyak sumber bergantung kepada hidup saya waktu tu dekat mana. Geng kamceng sejak baby (sbb masing2 ibu bapa bergeng juge sebelum dan selepas kawin)? Geng sekolah rendah? Geng sekampung? Geng NTISS? Geng Igop? Atau geng Jordan? Yarmuk? JUST? Haaaa.. tak tau nak letak sapa nih~

Isk.

Kalau nak letak serba satu gambar, macam susah plak sebab album tak bawak. Yang dalam hardisk semua gambar2 terkini. Saya letak gambar best friends di JUST je la ye?

Yang Yarmuk dan lokasi-lokasi lain, tak letak gambar bukan bermakna mereka bukan kawan baik saya. All of them are my best friends! Dalam blog je tak de gambar, dalam hati lekat selalu~ ^_^



Ini gambar batch saya a.k.a my best friends sepanjang 6 tahun duduk Jordan ni insyallah~ Sayang sangat-sangat dekat diaorang semua. Kalau tak wujud diaorang ni kat sini, mesti hidup saya tak macam hidup saya sekarang. Who knows~ =)

Terima kasih kawan-kawan sebab jadi kawan saya~

Saya sayang kawan-kawan saya! ^_^

p/s:

Ramai sangat kawan baik ni bagus tau! Lapang hati kalau jumpa ramai-ramai. Kalau bertelagah satu sama lain pun, nanti yang lain boleh tolong sama-sama betulkan. Tak delah rasa 'unbelonging' sangat dekat tempat asing. Boleh belajar perangai masing-masing dan membesar sama-sama dengan pengalaman yang berbeza.

Keburukan?

Insyallah takde.

Cumanya kalau hati ada terbolak-balik nak lebihkan sesiapa, itu normal la kot. Kalau nak samakan semua dalam apa jua keadaan, boleh susah jiwa raga nih. Contoh kalau nak bagi hadiah. Takkan semua nak benda yang sama dengan harga yang serupa kan? Kopak oo. ;p

Cumanya, dah besar-besar nih bila berkawan seboleh-bolehnya elakkanlah rasa jeles-jeles nih kalau kawan baik kita rapat dengan orang lain juga. Ini bukan zaman kanak-kanak yang fikirannya pentingkan diri semata. Peliklah ~
(ini berdasarkan pengalaman sendiri. Horror tahu ada mata jeling-jeling!)

Akhir kata, berkawan biar seribu, bermusuh biar takde. ^__________^

Sekian...
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *