Day 1

Assalamualaikum...



Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.

Opss, saya takde gambar lah hari ini. Jadi adik manis ni tolong wakilkan saya untuk menunjukkan ekspresi rasa untuk sepanjang hari ini, boleh? =)

Diskripsi hari ini : Life is unpredictable ~

And i kept being amazed with how amazing life can be..

Hari ini saya jumpa 2 orang pesakit kanser. Pertamanya adalah seorang wanita tua yang sudah 6 tahun menghidap colon cancer dan dah melalui 10 kali pembedahan untuk membuang sikit demi sikit segala usus-usus besar dan kecilnya yang makin rosak. Dia nampak tenang dan gembira. Waktu ditanya sama ada dia ada sembelit atau cirit-birit sekarang, sempat lagi dia bergurau kepada kami

" Aku tak pernah buang air besar langsung (Ha???? @_@)..... sebab najis aku keluar kat plastik perut ni ha...(ooo...-_-') hahaha.. "

Keduanya pula pakcik tua yang sedang menunggu keputusan pemeriksaan doktor selepas dia buang air besar berdarah. Doktor kami beritahu kami bahawa pakcik ini telah disahkan menghidap cancer colon juga, cuma dia masih belum tahu. Dan kami yang sedang berbincang mengenai dirinya di hadapan dia perlu menjaga kata-kata. Bincang berlapik guna bahasa Inggeris atau kalimah medik sahaja.

Pakcik tu nampak teruja kami berbincang tentang dia. Sekali sekala dia menyampuk tanya tentang benda-benda pelik yang dia dengar dari kami. Dan kami serta doktor jenuh cakap belit-belit supaya dia tak faham. Adeh.. Kasihannya pakcik~ Saya tertanya-tanya apa reaksinya kelak. Moga bila sampai masanya nanti, harapnya dia tabah dan tenang dengan takdir dirinya.

Dua pesakit kanser yang sama dalam dua situasi yang berbeza. Yang serupa mungkin kesan jangka panjangnya. Derita + Kematian. Nak sembuh agak sukar, melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Menyembuhkan. Siapa boleh rasa diri bakal berhadapan dengan cabaran sedemikian? Life is really inpredictable.

Hari ni jugak terperasan satu benda. Manusia ni kadang-kadang muka dan hatinya sebenarnya berbeza. Takdelah semestinya muka adalah cerminan jiwa. Aceh, ayat sastera plak. Walaupun muka macam gangster tapi hati dia sebenarnya taman bunga. Aneh. Ala, biasalah tu. Takpe, ini tazkirah hari ini supaya jangan cepat buruk sangka pada orang. Isk3... Life is Unpredictable.

Dalam kelas pulak, hari ini kami belajar tentang Urology. Hidup mati seorang lelaki, kata doktor. Penting untuk check dari kecik sebab kalau lambat detect sebarang kecacatan, kita hanya boleh serah pada takdir sahaja. Tapi yang tak tahannya tiba-tiba dekat slide last sekali keluar satu gambar aneh. Nak kata perempuan bukan, nak kata lelaki pun bukan. Jawapannya : Khunsa! Tahu doktor kata apa?

" Dalam kes ini, jangan sesekali comfirmkan pada famili patient ini either dia ni lelaki atau perempuan. Kes-kes sebegini sangat selalu jadi di MALAYSIA. "

Erkk~ Plak dah. Apesal yer? Tak pernah tahu plak negara sendiri banyak kes khunsa. Pernah je jumpa se kes dua orang cerita, tapi tak pernah tahu plak Malaysia femes antara negara terbanyak kes ini. Menarik. Life is Unpredictable.

Dan terakhir sekali, hari ini satu rancangan hidup saya dah tertukar 180 darjah. Isk, nak buat macam mana. Hidup kan perlu sentiasa kena buat pilihan. Tak semua boleh kita cekau dalam tangan. Sikit-sikit mesti ada yang terlepas jugak. Macam kali ni. Erm, tak apa lah. Ada lah hikmahnya tu. Life is unpredictable. Yang penting,

" Decisions are the endless uncertainties of life that we'll not know if theyre right until the very end, so do the best you can and hope its right."


What else? =D

Seorang kawan Arab pernah tanya saya
"Do you ever feel bored with your life?"
Jawapan saya waktu tu hanyalah sekadar
" I don't know but I love my life "
Tapi sekarang saya baru sedar yang patutnya saya jawab
" Never! Because Life Is Always Unpredictable ;)"

Terima Kasih Allah untuk hidup yang Engkau anugerahkan pada kami~ ^_^

Jumpa lagi!

3 comments

ween | January 11, 2011 at 4:31 PM

subhanAllah, sedih baca part pesakit cancer tu :( ujian Allah dtg pelbagai cara. life is unpredictable. so, always be prepared for any circumstances. persiapkan diri dgn bekalan yg cukup utk menjalani kehidupan di dunia dan akhirat..

Hanan Mahmood | January 13, 2011 at 4:00 AM

aku pun baru tahu part khunsa tu.
isk.

zmah | January 13, 2011 at 6:12 AM

Kita tak dapat menentukan apa akan terjadi di masa akan datang.

Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images