Ahlan 2011

11:26 PM 1 Comments A+ a-



Ahlan Wasahlan~

25 things about my Batini OSCE~

3:13 AM 2 Comments A+ a-


Assalamualaikum!

Time to answer Aliaa's tag. 25 things about me. Erm, or maybe the tittle should be 25 things about my batini (internal medicine) osce? =)

1. Baru habis OSCE beberapa minit yang lepas. Perasaan? Erm, empty? Taklah, mixing sebenarnya. Nervous, lega, risau, bahagia. So, stabil la jawabnya~ Tawakkaltu 'ala Allah...

2. Terus terangnya, saya selalu jadi gagap kalau nervous, excited dan takut. Normal ke? Ntah, tapi saya sangat tak suka. Janganlah sesekali tanya how come a debator ada gagap. It happen to me okay. Dan time OSCE tadi, si gagap itu keluar di section 1. Ciskek sungguh lah! Tapi bravo gak sebab berjaya kurung dia di section 2 dan 3. I even talk as fast as I can! *rasa macam debat je* Good job to myself. haha~

3. Tadi kena buat abdominal examination. @_@ Haih, nasib baik tak jadi ikut nafsu malas belajar abdominal examination sebab bajet ia lebih untuk surgery. See? See? Kena sebijik! Alhamdulillah sebab dah praktis banyak kali. It smooth and easy~

4. Dr JUST sangat mengotakan janji tahu. When they say, this time you'll get the real patient not like your seniors before, then that's means by hook or by crook you'll get it! Aish, menggeletar okeh nak cari finding. Nak tekan lebih-lebih pun tak berani sebab dia sakit sangat. Ntah iye tak idak apa yang aku jumpa. Ya Rabbi sabar je lah...

5. Always be spesific! Tadi doktor sempat post mortem my performance and he say i forgot to ask if the patient has hypertension. Aik? But Dr, I already asked him if he had any chronic disease and you say he don't know anything about any disease before. Pun tak diterima... Be spesific. Yea.Yea. Okay, i'll be like one in the future~ T_T

6. OMG! Macam mana boleh lupa nak tanya patient pasal dia merokok ke tak!!!!!!! Punyalah jumpa ramai perokok tegar tiap2 hari di Jordan, itu jugak yang lupa nak tanya. Aaaaaaaaaa~ Dr cakap time post mortem baru teringat. Alaaaaa... *takpe, i'll never forget it ever next time!*

7. Being in OSCE, i has this unsecure feeling if i give the right diagnosis or not. Ish, takutnya kalau salah diagnose orang. Dari nak jadi doktor, tak pasal2 jadi pembunuh. Na'uzubillah...

8. Ada sorang budak arab tadi depress dasyat sungguh kot sebab terlupa satu benda kecil time OSCE. Lupa nak cakap pasal position je pun. Dia punya terkejut dan menyesal tu sampai tumbuk2 dinding dan muka macam ada orang meninggal je. Eii, Horror la you.. Aish, tawakkal sudaaa..~

9. Aha, akhirnya saya berjaya ambil history dengan fully Arab! Yeay! Alhamdulillah.. Walaupun tadi sempat ada dua tiga kawan arab hasut2 tak yah la cakap Arab, english je sudah tapi still i made it! Horray~ Perhatian ye, i can do it! Don't turn me to be a chicken. I believe in myself =D

10. Ada sorang kakak mukim (MO) yang jadi patient olok2 untuk history tadi tiba-tiba dengan baiknya nak tolong saya dengan buat gaya mulut untuk kasitau jawapan bila doktor tak tengok saya. Haha. Lawak okay! dia kejap on gaya, kejap tunduk, kejap on sebab tak nak doktor yang amik markah perasan. Dari takut dah jadi rasa rileks plak sebab nak tergelak. She's nice! But unfortunately saya tak faham sepatah apa pun yang dia cuba nak sampaikan. Adeh... -_-'

11. My purple stestoscope was missing in action pagi2 time nak pergi exam. Aiseh, dugaan2x! But fortunately i have a spare stetoscope which the one that my own father buy for me. The purple one i buy it myself. Gatal. But going to exam with a new stetoscope which had been special for me (from my father!), i do feel like abah is always beside me during the whole exam. Sangat membantu menenangkan jiwa raga. Alhamdulillah~ (Abah, if you read this, sorry i buy the new one. The colour is tempting.. ngeeee...;p)

12. Being a biasa-biasa student, i don't always actually understand how people can be so depressed everytime they finish their exam. But i admit i do have my own time too. But not everytime laa. Selalunya lepas keluar markah, bukannya lepas keluar dewan. I always tell myself don't ever regret what you has been through. We've done our best. Unless you did a very stupid mistakes. That's it. The rest just left it to Allah. But still you should not do the same mistakes in the future. Itu penting!

13. Bila fikir-fikir balik, this whole OSCE sebijik macam dulu-dulu pernah main dekat kampung. Ala, main doktor-doktor tu. Adik jadi patient, akak jadi doktor. Hehe, dejavu kan? Itu pasal bila sekarang ni takut sangat, saya cakap dalam hati "alah, macam main doktor-doktor je nih!" untuk kasi rileks. =P Tapi jangan buat sampai lewa plak. Patient betul tu weh! Ada markah siap. Huhu..

14. Sebenarnya walaupun muka saya kering tapi hati saya tetap basah dengan cuak nak dapat markah. Abnormal la kita kalau tak hirau result kan? Melampau sangat rileks tu. Huhu. Tapi the last thing that we can do is praying and tawakkal. I believe in magic. I means magic done by Allah la, bukan magic yang bukan-bukan tu. Allah kan hebat~ Mesti dia boleh buat punyalah.. Just yakin and tawakkal. Insyallah~ I have a lot of experince. ^^, Moga kita semua dapat high marks. Aminnnnnnnnn...

15. Oh, semalam kitaorang berkampung OSCE di rumah. Sori la kawan-kawan untuk everything yang merapu meraban semalam. Tambah-tambah bila masing2 gigil masuk bawah hiram sebab bilik tak ada pemanas. Dan pada para pesakit yang sampai senak-senak perut kena tekan atau tahan geli geleman, uuuu mintak maaf. Moga jasa-jasa kalian bantu kita study Allah balas dengan sebaik-baik ganjaran. Amin....

16. Dua hari sebelum ni plak, Sir Izz (x-lecturer di INTEC) datang lawat student-student di sini. Sempat la pergi jumpa Sir kejap. Tak sia-sia sejam lebih tinggal buku sekejap sebab lepas pergi jumpa tu, kitaorang dapat banyak sungguh dos-dos motivasi dari Sir. Sampai ada senior terasa macam terus nak bukak buku kat McD. Haha. Btw, thanks Sir!

17. Mini OSCE plak boleh la tahan. Itu dugaan lagi besar tu jadi sebelum tu sebab ada masalah teknikal. Nak nangis rasanya pergi OSCE dengan sangat serabai dan jantung degup macam jadi pelari pecut. Tapi alhamdulillah Allah balas balik kemudahan banyak sangat. One of them : Acid Base yang saya tak sempat baca langsung kat rumah memang tak keluar dalam exam. Fuh, lega~ Alhamdulillah... Yang lain? Erm, ntahlah. I've done my best. Itu je rasanya..

18. OSCE sangat membantu untuk jadi lebih yakin menjadi doktor. Tak tahu kenapa saya sangat gabra kalau doktor suruh buat PE atau ambil history dalam Arab depan orang ramai dalam round biasa-biasa. Tapi lepas buat OSCE, rasa macam makin yakin plak. Yosh, let us be better in the future~ ^_^Y

19. Setiap OSCE punya station ada 6 minit. Nampak pendek kan? Tapi tu kalau kena time blank atau rasa macam dah habis buat tapi banyak masa lagi (either you're great or you miss something!) , rasa macam Ya Allah panjangnya masa Kau bagiiii... Cuak kentang jadinya.. Tapi alhamdulillah tadi okay je even ada gak termiss something or tak sempat something.. Never mind. Benda dah lepas..

20.Tiba-tiba rasa rindu plak. Tambah-tambah sejak dah 4 minggu straight menjadi penghuni tetap KAUH di akhir round, dah rasa macam susah plak nak gi rotation lain. Aceh. Hehe. I will gonna miss Dr Liwa's "Mumtazzzzz, you are wrong!", Dr Abdllah Khasawneh's eagle starry eyes, Dr Iman's motherly touch, Dr Mahmoud Aiyesh's "Why10x??" for every marathon question answer, Dr Malkawi's kindness, Dr. Ammar Daoud's "Davidson says.." and all the doctors in KAUH Batini (Internal Medicine)'s department. Thanks for everything and i love you all! KAUH is the best! Doktor2 di Mafraq dan Basma, i love you too.. Hehe. Thank you~

21. Habis OSCE, mari rileks-rileks lapangkan diri dengan banyak kerja lain selain study yang dah lama kita tahan. Buku? Meeting? Jalan? Kawan? Blog? everything~!!!

22. Next rotation is SURGERY! U.. scarynya rasa. Surgery terkenal dengan sebagai rotation paling strict, berdisplin, paling lama berdiri tak duduk2 dan banyak lagi yang serba skema. Sangat jauh beza dengan internal medicine yang macam heaven. I'm excited but i'm also worry about it. Eish, boleh! boleh! Hai surgery~! =D

23. Yes! Exam dah habis~ Takyah berfinal exam deret2 macam orang lain.. Erk, tapikan lepas ni cuti hujung minggu kejap and terus sambung masuk rotation baru. Takde dah cuti winter.. T_____________T aaaaaa jelesnya~

24. Okay, internal medicine dah habis! Eh, dah habis? Satu rotation dah selesai? Wah, cepatnya rasa.. Biar betul... Lepas ni pejam celik pejam celik berapa banyak plak rotation banyak habis. Dan fikir-fikir balik rupanya masa saya di Jordan hanya tinggal 2 setengah tahun je lagi. Lepas tu kerja. Wow~

25. Last but not least, Selamat tahun baru 2011 semua~

1st OSCE

6:59 AM 1 Comments A+ a-



"Wahai Tuhanku lapangkanlah dadaku dan permudahkan segala urusanku dan lepaskan kekakuan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku"

Ainul Arina
OSCE exam
8.30 pg
30 Disember 2010
7th floor
King Abdullah University Hospital

Magical Music Box

9:49 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum



" O Majestic tinkle of euphony
Vanishing off the dark
Come and spell me a lullaby
Let the magical sparks "


[Music Box]
[24th December 2010]
[Irbid, Jordan]

Tekanan terlampau (aceh.. hiperbola sket.) telah buat saya jadi kronik semacam yang serba tak kena.

Makan tak kenyang
Keluar tak senang
Study tak lapang

Sampailah tiba-tiba tergerak hati nak main music box Russia yang adik belikan dulu.

♫♪♫♪♫♪♫♪.....♫♪♫♪♫♪♫♪.......♫♪♫♪♫♪♫♪

Dengar irama music box sambil pejam mata konon-konon rehat akhirnya berjaya buat saya rasa macam dah terbang naik awan pergi fairytale kingdom dan jumpa unicorn which is absolutely so ridiculous yet calming and sweet..!

Waktu-waktu tension macam ni saya tak berapa suka dengar suara penyanyi dalam lagu, takut-takut tak sedap, terus lagi tambah tension. haha. So, kita dengar irama sudah. Kali ini irama pilihan adalah melody music box~

So as fast as lighting, terus cari cari dos ubat banyak-banyak untuk simpan.

*Geledah2 internet cari music box melody yang kena dengan jiwa..*

1 minit
2 minit
3 minit
5 minit
.
.
.
30 minit lebih~

Siapppp!!!! ✌♫♪˙❤‿❤˙♫♪✌

Saya share sikit je ni yer

1) Arashi Music Box Collection (Tak pernah minat suara diaorang, last2 sangkut gak kat music latar sahaja.. Hoho. A for Arashi~!! ;p )
2) 99 Ci Wo Ai Ta (As usual OST instrumental always the best! Hehe.. Abaikan slide gambar ye, dengar lagu je)
3) Doushite + others DBSK Music Box Collection ( My old favourite group ever.. )
4) Pandora Heart version sweet + version scary ( prefer sweet version. Hate creepy! )
5) Nak MP3 ? --> 4shared MP3 Music Box

Ngeee... Best! Best! Like! Like!❤

Welcome Season of Music Box Melody ~~~~~~~~ !!
(Season piano, instrumental, and violin boleh masuk almari ye.. ^_^)

Now, i am so as energized as ...errr apa eh? entah lupa plak apa proverb dia.. lantaklah. <【☯】‿【☯】> Mata dah besar, kepala dah selesa,telinga dah bahagia, hello buku! here i come~~!!

- And that is how the poem begins... when beautiful rhythm keep refrains.. =) -

Letih

3:57 PM 6 Comments A+ a-


Assalamualaikum...

Alhamdulillah tadi selamat selesai meeting muhasabah SPB (Sambutan Pelajar Baru) Irbid 2010/2011. Fuh, terangkat satu beban~

Lega dah dapat selesaikan kerja SPB kali nih. Pening kepala sungguh dengan kerenah pelbagai pihak terutama warga Arab yang agak pemalas kalau suruh buat kerja cepat.

Tengah-tengah ramai mengeluh teringat pengalaman sendiri, tiba-tiba ada seorang ahli ni keluarkan satu ayat ringkas yang terus tersemat dalam kepala.

" Tak apa lah kita bersusah sekarang. Nanti bila adik-adik ni dah berjaya dan hebat-hebat belaka di masa depan, segala usaha kita sekarang ni sekurang-kurangnyanya ada saham untuk kita sebab tolong licinkan perjalanan mereka menuntut ilmu. "

!_!

Uiks, tak terfikir langsung~

=)

Lepas ni boleh lah pakai ayat ni lagi bila letih!

Kalau letih..
jadi Cikgu - letih ni saham kita kasi murid pandai untuk bantu umat.
jadi Doktor - letih ni saham kita kasi orang sihat untuk bantu umat.
jadi Ketua - letih ni saham kita kasi ahli dpt manfaat utk bantu umat.
jadi Ustaz - letih ni saham kita kasi semua berilmu agama untuk bantu umat.
jadi Engineer - letih ni saham kita kasi cipta kemudahan untuk bantu umat.
jadi Askar - letih ni saham kita kasi aman terjaga untuk bantu umat.
jadi Pekerja - letih ni saham kita kasi kerja licin untuk bantu umat.
jadi Pelajar - letih ni saham kita bagi ilmuan selalu ada untuk bantu umat.
jadi ...... - letih ni saham kita ............ untuk bantu umat.
(isi sendiri)

Wah, berapa banyak ni dah saham kita nih? ^_^

So, kenalah bersemangat selalu... Ye dak? Hehe....~

Chaiyok2!

p/s: Psss... sebenarnya tengah penat menyumbat lecture yang tak habis-habis dibaca ni untuk exam mini OSCE 27hb nanti. Adoih, tak boleh mengaku kalah sebelum berjuang! Ganbatte Ainul~!!!

Ok bye! Nak sambung study balik.

Berpisah kerana Gene

12:46 PM 7 Comments A+ a-


Assalamualaikum.

Hari ini ada satu kisah sedih jadi depan mata.

Dua minggu lepas,

Encik Arab A : Weh korang, aku berkhitbah minggu nih~ *sengih*
Kami : Iye??! Wah, tahniah2!! *sambil sambut cokelat dia*

.
.
.
.
Tadi,

*setelah terkejut melihat kadar kecepatan Encik Arab A menjawab beberapa soalan Dr. tentang Thalasemia selaju bullet train hari ni sampai semua orang ternganga...*

Saya : Erk, dahsyat sangat budak ni jawab soalan Dr hari ni. Kalah sheikh kabeer Encik Arab B. *sambil cuak dalam hati*

Kakak Arab C
: La, ko tak paham ke apa dia cakap time kami sembang lepas Dr ngajar tadi? Dia dah baru baca la bab tu. Tu yang terer sangat tu..

Saya : Mana aku dengar la. Tadi aku kan discuss pasal benda lain ngan si D tu..

Kakak Arab C
: Ish ko nih. Bukan nak dengar orang cerita tadi. Dia dah masyi habis pasal Thalasemmia sebab dia baru putus tunang lepas test dia ngan bakal isteri dia dua-dua carrier Thalasemmia ..

Saya
: Haaa??!! Biar betul...~

Kakak Arab C
: Betul. Dia yang cerita ramai-ramai tadi. Tu la tak dengar sapa suruh. Kat Jordan, Thalasemmia ni endemic. So semua wajib buat test before kawin. Memang itu peraturannnya.

Saya
: Oh, eh? Kesiannya dia. *simpati dalam hati*

Kakak E
: Adalah hikmahnya tu. Mana tau jodoh dia nanti lagi terbaik untuk dia. Belum sampai waktu lagi la tu..

Kami
: *Angguk2*

>> Tak sangka plak bakal nampak sendiri kes-kes tak jadi kawin sebab masalah genetik nih. Bahaya nya~ Tapi memang wajar kot check awal-awal daripada tanggung risiko anak bakal menderita teruk macam pesakit-pesakit Thalasemia yang kami banyak jumpa dekat Jordan. Bukan sekadar Thalasemmia je, yang AIDS tu pun sama penting gak untuk check dulu. So, para bakal pengantin-pengantin, silalah hargai diri anda dan pasangan anda. Check everything sebelum terlambat! *isk, macam promoter Jabatan Kesihatan Negara plak*

>> Buat yang terlibat, didoakan yang terbaik bakal menyusul untuk dirinya. Berat tu dugaan kena berpisah dek kerana perkara yang tak dapat nak dielakkan (genetik bukan pilihan kan?). Insyallah, moga Allah balas segala kesabaran kamu dengan ganjaran yang lebih hebat. Amin..~

Bidadari Besi Kita

3:16 PM 6 Comments A+ a-

Assalamualaikum



*Bed Time Story*


" Sapa nak jadi kuat??!! "
" Sayaaaaaa, cikguuuu! "


Ok, sebab semua orang nak jadi kuat maka cikgu hari ni nak cerita sikit psal seorang perempuan yang sangat40x kuat yang pernah wujud di dunia nih... Bidadari Besi nih~

" Siapa tahu siapa perempuan terkuat di dunia??! "

" Mak saya! " (erm, bukan kot..)
" WWF kat tv! " (Ya Rabbana..)
" Catwomen! " (pengaruh kartun sungguh..)
" Nyonya Meneer! " (-_-' hxchfhczjksq!!)

Haih. Diam. Diam. Skema sikit. Orang nak cerita nih~

Wanita terkuat di dunia adalah Fatimah Az-zahra Binti Muhammad s.a.w....!

Iye ke? Buktinya?

1) Dalam perit menahan pemulauan kepada keluarga, Fatimah berjuang menerima kenyataan ibunya telah tiada dalam usianya yang masih muda. Datuk saudara yang turut bersama juga pergi dimamah usia. Demi ayah, Fatimah takkan menyerah. Walau kecil, Fatimah akan sentiasa tampil.

2) Ummu Abiha (Ibu kepada ayahnya) gelaran Fatimah yang utama, tanda hebat seorang anak yang sentiasa menjaga ayah tercinta.. Ibu yang pergi, Fatimah lah yang mengganti. Bila ayah sedih, Fatimah hiburkan hati. Bila ayah kerja, Fatimah uruskan rumah yang ada. Bila ayah bahagia, Fatimah juga berlapang dada.

3) Walaupun Fatimah bongsu, kakak dan abang semuanya pergi dahulu bertemu Tuhan yang satu. Tinggal Fatimah seorang diri menemani ayahnya di dunia ini. Tapi hanya kerana Fatimah, waris si ayah kekal wujud sehingga kini. Walau dulu pernah diperli, janji Allah tak pernah mati.

4) Semenjak kecil penderitaan ayah di saksi menahan siksa kafir quraisy tak berhenti. Najis dilempar Fatimah buangkan. Pasir di baling Fatimah bersihkan. Luka di pukul Fatimah ubatkan..Ayah tak pernah ditinggal sendiri, Fatimah pasti ada di sisi.

5) Menjadi puteri Rasulullah bukan bermakna menjadi puteri raja. Sedekah bukan miliknya. Hal ummat menjadi prioriti utama. Semua tetamu dirai walau rumahnya tiada berisi. Kurang makanan dan kurang harta peribadi. Segan meminta pada ayah, sanggup Fatimah berdiam menahan segala mehnah walau calar tangan dan berbekas di badan.

6) Sewaktu hijrah, Fatimah cekal menyerah diri dan hati pada illahi walau risaukan ayah yang pergi sendiri bersama sahabat sejati. Biar ditinggalkan seketika, Fatimah yakin di Madinah kelak mereka akan kembali bersua. Hanya kepada Allah segala perkara diserahkan untuk dijaga.

7) Suami Fatimah bukan hartawan di dunia malahan Ali antara pemuda termiskin semasa zaman mereka. Walau hidupnya susah walau selepas bersuami, Fatimah tak pernah mengeluh dan menyesal sendiri kerana tahap hebatnya iman dan peribadi Ali teramat tinggi hingga satu-satunya dipilih menjadi menantu nabi,suami kepada penghulu wanita di syurga nanti.

8) Patuhnya Fatimah pada suami jelas tertera saat pertama kali Ali terguris hati. Kerana risau tidak diampun suami, maaf diulang berjuta kali. Malah ditawafnya Ali 70 kali semata mahu mendamba keampunan suami. Tabah sungguh hati isteri sehingga Ali kembali senang hati.

9) Di Perang Khandak, Fatimah antara tenaga wanita yang menyediakan makanan buat wira-wira penggali strategi. Di Perang Uhud, Fatimah jua yang turun sendiri merawat luka ayahanda yang cedera di medan bakti. Di mana ada Rasulullah, di situ pasti ada Fatimah.

10) Saat ayahnya hampir wafat, Fatimah tetap berdiri kuat Hatinya bercampur sedih dan bahagia. Pertama kerana ayah tercinta bakal pergi . Kedua kerana Fatimah bakal terawal menyusul nanti...

Kata ibu tirinya (Aishah r.a):
"Saya tidak pernah berjumpa dengan susuk peribadi yang lebih besar daripada Fatima, kecuali keperibadian ayahnya."


Kata ayahnya pula (Rasulullah s.a.w):
"Sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku"

.
.
.

oooooooooooooooooooooooooooooo ~

Padanlah Fatimah Az-zahra terpilih menjadi penghulu wanita syurga...
Tabahnya Fatimah hidup di dunia bukan sebarang sikap biasa...
Tak tentu semua wanita mampu berdiri secekal Fatimah di dunia...
Memang sesuai Fatimah diangkat wanita terkuat yang pernah wujud dan ada..

" Cikgu, jom jadi kuat macam Fatimah yer...! (semangat) "

" Baik! " =)




p/s: Ya Allah, kuatkanlah kami sebagaimana engkau kuatkan orang-orang terdahulu sebelum kami.

~ Peaceful & Silence ~

12:43 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum...



It's already end of Thursday! ^_^

Since it is one of my favourite days, alhamdulillah today it has been blessed with a very good starting and ending.

Well, first I got up earlier than before just to cook some dishes for today's dinner since i will may be come home late at night. I had this some of senses to changed my habit of just buying fast food when i got busy at night and cannot be at home. It is quite interesting to cook as early as possible (even before adzan Subuh) because suprisingly i managed to get focus and not sleepy anymore.

Done with cooking and praying, i went for some study. Opss, not just SOME. I managed to finish more than some notes which i never done before (studying early in the morning)except during exams. Maybe because i received an email saying that there will be an OSCE simulation today. So the nervousness had made me took about an hour to finish all of notes(some) just in the morning.

Then i dressed up and had my breakfast and quickly decided to just went to the university with my friend (half an hour earlier than before) to discuss about OSCE together since i was bored in the house. We managed to finish 3 topics together in the bus.

As i reached the hospital, again i chose to take history with Mahera & Arina & Akmal which mean i am the only one from my group to take the case (Never done this before too. I always be with an Arab and at least formed a group with 3 of my A1 members). I enjoyed it very much than before because this time i didn't have to depend to the Arabs to help me much. Plus, i did quite a lot of preparation at home with the notes and the questions, so it was easy and interesting!

When the doctor of the day came (Dr Musa Malkawi), he decided to take my case which means i had to present it alone (which i never dare to do that before). But suprisingly i didn't scared at all. I just miss one question and the whole things was just fabulous and perfect. Even the doctor praised me up for giving such a good history taking with enough diffential diagnosis that he wanted from us. It had been a long time since i was asked to do so. =D

Even in cafe, one of the worker there was so nice at us and gave us lot of portion than others due to some conflict of choosing that i and my friend had. He asked us to divide all of them fair and square for each of us. Thanks!

However, when i was really ready to be in the exam simulation (getting better than before in arabic and question to ask), there was an announcement saying that it has been postpone. Oh no! But never mind. There will be no class too. So i could go home and got some rest earlier! ^^,

In the evening, i had a feast with my PINTAR group which also formed by a few of my batches from other rotation (Aliaa, Atiqah, Arina, Mahera, Belle, and Wan Aleen). It has been a long time since we have time to eat and to chat as relax as this moment. It was so hilarious. Everyone wanted to shared their experience in ward. Opss, it was still medic thingy~ hehe..

After being with PINTAR, i had another gathering with other sisters in my residence area. As been with PINTAR, we chat, we ate, we update one another and etc. It just like the whole night was done with meeting people and got some socializing activity together. Love it!

And last but not least, i had this one conversation with a friend on how to be better in life. Specifically in friendship. As you know, each of us here will spend our life for at least about 5 or 6 years together. It is not easy to maintain the harmony when everyone will have their own moment of depressed and one may hurt oneself accidentally.

There are many ways to get hurt by others. I even found this beautiful poem regarding this matter in the internet.

Sticks and stones are hard on bones.
Aimed with angry art,
Words can sting like anything.
But silence breaks the heart.

Well, i have a lot of that experiences before, too. The worst is the silence. It is creepy and haunting me each second of my life. I hate it. But most of the time i find out that it was the biggest challenge for me since i need to shot in the dark to find the solution.

But by being happy and at peace for the whole day like this one, i can see through a lot of things clearly in a different views. No excessive emotion. No worries and no assumption. The best thing is i manage to direct myself to see only the solution, not those who need to be accused or else. Alhamdulillah~

So dear friend,
I know that silence is also a speech
but still
it is open to gross misinterpretation,
it is a text easy to misread,
and it propagates itself,
the longer talk has been suspended, the more difficult it is to find anything to say.

" Silence will save me from being wrong (and foolish), but it will also deprive me of the possibility of being right. "

Do correct me if i'm wrong~ =D

See you again. May Allah bless us all today. Amin..~

Ramble I

11:38 AM 3 Comments A+ a-


Assalamualaikum~

1. Kelmarin Jordan dah mula bersalji. Di Amman dan Ajloun je lah baru. Awal gak tahun ni eh. Selalu dia start tengah bulan satu tapi sekarang akhir bulan 12 plak. Makanya bila dah salji ramailah warga Amman terperangkap takleh datang jamiah. Grup hospital saya pun tinggal separuh je haritu. Macam aneh je doktor tanda hadir walaupun tak hadir sebab salji. Alasan yang cepat diterima. Huhu. Irbid? Belum lagi bersalji even tahun ni dijangka ada. Suhu dah cecah 6 degree haritu. Turun la salji~ Turun la~ Walaupun takde lah excited mana sebab dah main salji baru-baru ni, tapi still nak lagi rasa salji di rumah sendiri selepas 4 tahun tak ada. Feeling dia tetap special. hehe =)

2. Tarikh exam makin dekat. Makin cuak plak rasa. Nota bertimbun lagi tak habis. Kalau habis pun, harap-harap bolehlah hadam ingat semua. Internal Medicine punya silibus banyak giler tapi study macam heaven pun ada. Orang-orang Surgery dan Pedi semua hidup di lingkungan disiplin yang tegas tapi Internal Med ni rasa macam melingkupkan lagi disiplin ada lah. Datang lambat takpe, kelas selalu takde, doktor mostly benign belaka dan macam-macam lagi lah. Takut plak nak habis dan masuk round lain. Hish, jangan biarkan keadaan sekeliling mempengaruhi anda. Andalah yang kena mempengaruhi keadaan sekeliling. *Moto hidup minggu ini*

3. Orang-orang luar Jordan dah ada banyak update cerita baru. Chiam + Kak Arifah dah dapat anak. Abg Kemal dah bertunang. Kakak H nak kawen. Dan macam-macam lagi lah. Tahniah2 semua orang~ Seronok plak dengar. ^^,

4. Time bercuti haritu ada singgah Mesir jumpa orang tersayang. Aceh. Hehe. Kawan baik lah~ Aimi Athirah Azmi Murad. Dah 4 tahun tak jumpa dia! Waaaa, seronok2! Makin hebat dia sekarang ni. Calon bonda perubatan tu. Mantap~ Tak puas rasa nak share banyak stori-stori sama-sama. Next time nak kena stay lama sket lah. Ha,dan jumpa gak beberapa lagi kawan terlibat yang sanggup tunggu sampai jam 2 pagi semata-mata nak jumpa tetamu Jordan yang datang 12 jam je. Huhu. Syukran katheer habibty!

5. Haritu jumpa sorang patient perempuan kat KAUH. Bila tanya dia kenapa sakit balik, dia kata dia takde duit nak beli ubat yang doktor suruh beli, so dia biar je lah dulu. Ish, sebak nya dengar. Tak tahu dah nak cakap apa kat dia. Nak tolong pun tak tau macam mana. Kesian kan patient2 yang miskin macam ni. Nak beli ubat pun tak mampu. Berserah pada takdir je. Moga Allah murahkan rezeki dia suatu hari nanti. Amin..

6. Alamak, habit lama datang balik. Asal takut je, gagap. Asal nervous terlebih je, gagap. Macam mana nak masuk OSCE nih? T_T Alaaa, sejak bila dia jadi balik nih.. Dulu rasa dah hilang dah~ Aish.. Abah kata psycho je lebih gagap nih. FACE YOUR FEAR..! Betul2, tapi takut gakkk.. Gulp... Kawan2 plak kata apa kes debator gagap. Kurang asam betul! Hehe.. Apa? Ingat debator takde takut ke atas pentas? Itu control je lebih tahu. Huhu. Nampak gaya kena reset mind balik nih macam nak debat dulu2. Penonton itu kayu. Pentas itu billik sendiri. Aku berani. Aku tak takut orang lain. Chaiyok2~!

7. Semalam Ku Amira punya famili datang Jordan. Buat makan-makan. Masakan ibu habis~! Seronok jugak jumpa balik kawan-kawan dentist yang lama dipisahkan oleh klinik yang berbeza sekarang. *rindu* Terus teringat famili Nabilah Muhaimin yang datang Jordan jugak baru-baru nih. Ramai sungguh tetamu Jordan tahun nih. Tahun depan bulan satu pun berderet-deret orang nak datang. Ahlan wasahlan! Harap-harap Jordan tak buat perangai tak normal lagi macam naikkan bayaran masuk Petra sampai 50JD seorang macam sekarang. Menyeksa tetamu namanya tu. Kesian orang luar nanti..Ish2..

8. Baru-baru ni entah kenapa sangat tertarik dengan idiom. Idiom English terutamanya. Macam sedap plak pakai ayat-ayat yang maksudnya kena fikir lebih macam tu. Takdelah statik straight je bunyinya. Tapi baru-baru ni baru perasan yang kalau guna ayat-ayat macam tu pada orang yang tak biasa dan tak paham, boleh haru biru. Dari benda series boleh jadi lawak. Tapi kalau nak buat lawak pakai idiom, boleh jadi langsung tak lawak sebab orang tak paham.. Contohnya:

A: Why baby strawberry is crying now?
B: Because her parent are in a jam

Double meaning kan? Konfirm kalau yang tak biasa guna akan konfius sket maksudnya apa..

9. Owh, baru dapat msg dua minit tadi. Mini Osce will be on 28/12 and OSCE will be on 30/12 ! Selamat maju jaya kawan2~ Ok, jom study!

10. Erm.. last but not least. Saya rasa entry kali ini adalah sangat dull and plain. Ergh, writing block maybe? It really bugs me. Maaf kalau membuang masa~ Namanya pun Ramble kan~.. Ok bye.

... -_-'

Travelog Russia - St Petersburgh & Moscow 2010

7:29 PM 24 Comments A+ a-

Assalamualaikum~

Peringatan: Travelog ni panjang ya amat~

Pertama-tamanya : Salam Maal Hijrah buat semua! ^_______^

Memandangkan 1 Muharam ni cuti umum di Jordan, jadi saya decide baik saya setelkan siap-siap travelog sekarang supaya tak berapa basi sangat nanti sebab exam pun dah nak dekat..

Let's begin~



Ok, secara pengenalannya Russia ni adalah negara yang sangat-sangat besar. Terletak di Timur benua Eropah. Lain-lain fakta biasa boleh rujuk terus sini.

Memandangkan bahasa Russia agak aneh dan macam susah nak survive kalau sendirian berhad, maka saya travel ke Rusia guna khidmat adik dan rakan-rakan sebagai tour guide. Di 5 daerah di sini yang ada student Malaysian - Moscow, Volgo, Niznhy, St. Pete dan Kursk. Tapi jarak masing-masing jauh ya amat. So, saya pergi 2 tempat je yakni Moscow & St Pete. Itu pun naik flight sejam setengah macam nak pergi Mesir dari Jordan.

Oh ya, pada yang nak gi tengok majoriti Muslim di Russia, saya sarankan pergi Kazan. Rugi betul tak pergi haritu. Lambat tahu dan kurang info tentang tempat ni. Tapi still, teringin sebenarnya nak pergi. Huhu

Tentang Visa Russia, takde lah susah mana pun. Tapi saya tak buat sendiri. Saya guna agent di Amman. So dia yang uruskan segala visa dan invitation letter serta urusan dengan embassy. Tempoh nak dapat visa pun tak lama, just dalam seminggu je. Alhamdulillah so far takde masalah.

Bahasa Russia memang agak susah. Tapi huruf Russia agak senang! Betul! Saya sendiri just sempat study sepanjang flight je which is 6 jam untuk hafal semua huruf dia. Insyallah senang, just macam kod-kod rahsia sikit je. Dan bagi saya, once dah hafal huruf dia insyallah jalan takkan sesat. Boleh jalan sendiri dan balik sendiri.Student sana tak teman pun insyallah ok. Dengan syarat tak payah bercakap la sepanjang jalan. Jalan guna mata dan kaki je. Hehe.. Dijamin no problem, sebab saya dah buat haritu~ Tapi still kalau nak bercakap gak, kena lah hafal ayat2 simple mereka.



Mostly di Russia, transport banyak pakai metro, bas, trolley bus, tram, mashut(van)atau taxi. Kos metro utk 20 kali lalu mesin dia adalah 450RB. Bas plak 20 kali naik bas harga dia 350RB. Mahal gak la.. T_T

Owh lupa. Currency 1JD = 44RB (rubble). Kalau Malaysia RM1 = 10RB. So boleh convert sendirilah nanti ye. ^_^



So, sekarang kita mula catatan kembara~

Saya bertolak bertiga ke Russia bersama teman serumah Maisarah dan Akmal pada 16hb November 2010 jam 5 pagi. Bersamaan dengan hari pertama Raya Aidiladha! Berhari raya di rantau sungguh nih~ Nasib baik transit Mesir kejap. Jadi sempatlah solat raya di Airport Cairo. Menariknya waktu transit tu, kami terjumpa dengan satu famili Malaysia yang sedang sama transit. Sembang punya sembang, last-last diaorang jamu kami kuih-kuih raya dari malaysia. Nasib baik rendang tu leceh nak makan, kalau tak, memang raya sakan kat airport. Hidangan Malaysia tuuu.. ^_^



Dari Mesir ke Moscow ambil masa 4 jam setengah. Jadinya kami sampai di Domodenovo Airport jam 3.30 petang. Suhu waktu tu 2 darjah celcius. Fuh, takpe. Adik dah warning awal so preparation untuk extreme cold dah ada. Bila sampai Moscow, kami terus balik rehat kat apartment kawan2 adik di Universitet. Malam ni sesi rehat2 and ice breaking je dengan tuan rumah. Esok pagi nak bertolak ke St Pete plak.



First impression tentang Russian people : Kasar + Serius.

Baru di airport, dah jumpa sorang Russian yang hentak2 paip dengan ganas bila air tak keluar. Terkejut kitaorang. Mostly diaorang semua series memanjang. Kalau masuk metro awal-awal datang tu, rimas sket lah sebab diaorang obvious sangat perhati kita head to toe tak henti-henti. Still trauma dengan bombing suicide dulu kot. Maybe~

K,ni lah tuan rumah kami. Junior tahun 2 MMA. 5 orang serumah. Hazel, Amira, Aysha, Piqa dan Ria. (Ria takde dalam gambar sbb dia tengah bed rest due to post surgery). Never met them before but they are very outgoing and friendly. Alhamdulillah diaorang duduk apartment, jimat duit kitaorg gak sbb mosly student sini duduk hostel, orang luar kalau nak masuk kena bayar. Apartment Russian mostly Western style, kecik je. Tapi sewa tinggi. ⊂•⊃_⊂•⊃ Eh lupa, dah nama pun Moscow. Hehe



A little brief about Malaysian student in Moscow. Uniknya di Russia..

1)result exam bergantung kepada status mental lecturer. Erk? Yup! Kalau lecturer bad mood, bad la markah. Tengah baik, maka baiklah resultnya. Uish, bahaya oo~
2)Kebanyakan lecturer agak baik dan bertimbang rasa. Misalnya kes Ria yang terpaksa meninggalkan kelas agak lama sebab tak sihat, pensyarah dia kasi zachut terus untuk semua exam. Erm, kira macam pass terus la.. Wa, baik giler! Alhamdulillah..
3)disebabkan TB terlampau common di Russia, diaorang siap ada Cycle/Round TB lagi! Dekat Hospital TB gak. Khas serba TB semuanya. Menarik~
4) Student Russia banyak giler test mingguan. Marks antara 1-5. 5 (pyat) is the best. Dalam semua test2 minguan tu, kalau semua test dapat pyat, maka dibenarkan tak payah ambil final. Ok, best kot... ! =)

Done sampai situ dulu ye..



Sekarang mari bertolak ke St Pete~ Keluar dari rumah jam 6.30 pagi yakni sebelum subuh! Subuh pukul 7.15. Nasib baik naik aeroexpress lama, jadi terus solat dalam train. Kami guna flight Aeroflot utk ke St Pete.





Dari Airport Sheremetyevo ke St Pete Airport ambil masa sejam setengah. Jadi kami terbang pukul 10 pagi dan sampai jam 11.30 tengahri. Lepas tu balik rehat hostel kawan kejap makan-makan sebelum keluar balik jalan-jalan pukul 3.30 petang ( padahal maghrib pukul 4.30).Oh ya, Muslim Russia pertama yang saya jumpa adalah di sini. Sangat baik. Tahu sahaja kami Muslim, terus ditolongnya tawar menawar bas sampai dapat murah.





Ini plak salah satu metro di St Pete. Cantik kan? Tak ingat plak nama stesen dia apa. Tapi kalau tak silap, untuk ke Nevsky Prospect tu kami berhenti di Metro yang area Gostiny Dvor. Peta sepanjang boleh rujuk sini ye.



Ringkasnya, sepanjang petang sampai ke malam kami berjalan-jalan bersiar-siar di sekitar bandar St Pete. Pertamanya kami berjalan kaki melalui Nesky Prospect, yakni antara jalan utama di St Pete yang menghubungkan pelbagai monumen-monumen menarik di sini seperti Admiralty, Peter The Great Monument, Kazan Cathedral dan lain-lain lagi.





On the way tu, kalau ada mana-mana bangunan yang penting dan menarik kami akan berhenti ambil gambar. Tak masuk pun. Diaorang nak terang panjang lebar tak sempat sebab takut terlewat. Balik nanti baru search balik dalam buku tempat ni nama apa. Contohnya macam Kazan Cathedral di seberang jalan nih. Dah balik Jordan baru tahu dalam dia ada Museum of the History of Religion and Atheism. Adeh~ Huhu..



Oh lupa. Actually sebelum sampai Kazan Cathedral ni ada simpang ke kanan yang membawa ke Art Square and Russian Museum. Tapi waktu murakib yang senior tu ajak, semua orang dah jalan jauh ke depan. Saya yang tertinggal kat belakang je dengar. Tapi dah semua tak pergi, takkan saya nak pergi sorang kan? Takpelah, tak sempat. Tengok dari jauh pun jadiklah... (gambar internet)



Dari depan Kazan Cathedrak tadi, kami susuri jalan tepi sungai untuk ke Church of Savior On Spilled Blood. Tapi kan actually sebelah sungai ni ada satu kedai buku besar sangat-sangat - Dom Knigi. Diasaskan pada tahun 1919 bagi menggantikan Singer House, Dom Knigi yang dikenali sebagai House Of Book ni dikira sebagai kedai buku pertama di Soviet Russia!



Okeh, sambung jalan tepi sungai. Dari sini dah boleh nampak Church Savior On Spilled Blood. Nasib baik malam winter ni sejuk ya amat. Kalau tak, memang dah lama diaorang nak ajak naik cruise lalu Neva River. Kalau summer best la kot. So, kita berhenti sini dulu ambil gambar banyak2. ^_^







Sekarang kita mara ke Church of Savior On Spilled Blood atau lebih senang dipanggil Spilt Blood. Actually Spilt ni banyakkk lagi nama dia.. Spilt ni bentuk dia macam ala-ala St Basil kat Moscow sikit kan?





Next, sambung jalan kaki ke Hermitage pulak. Hermiga sederet gabung dengan Winter Palace. Hermitage ni sebenarnya dulu digunakan sebagai Istana Raja. Tapi sekarang dah tukar jadi Muzium Seni yang terbesar di Russia dan tergolong gak antara yang terbesar dan terhebat di dunia. Ada khabar angin kata 'kalau kita tengok setiap barang kat dalam Hermitage ni seminit serba satu, kita perlukan 11 tahun untuk habiskan kesemuanya..' Wow~





Depan Hermitage ni actually dikenali sebagai Palace Square. Tengah-tengah Palace Square ni plak ada satu tiang besar tinggi yang dinamakan Alexander Column. Kalau ikut arah, utara Palace Square ada Hermitage. Selatannya pula ada bangunan lama Imperial Army General Staff yang turut bercampur dengan Triumph Arch (gambar 2 : belakang Column). Belah timur plak ada bangunan Royal Guard's General Staff dan last sekali, barat dia ada Admiralty (gambar 3: bangunan berkubah ada tajam ke atas).







Disebabkan kitaorg terus pergi shopping sikit-sikit bawah Triumph Arch dan terus menghala ke Nevsky Prospekt balik, maka tak sempat nak pergi tengok monumen Peter of The Great kat sebelah Admiralty tu even dah dekat sangat (padah tak baca buku awal2).. Huhu.. Ni gambar monumen paling femes tu waktu siang. Oh lupa nak cakap, belakang Hermitage ni semuanya Neva River tahu~ Lawaaaa.... ☾˙❀‿❀˙☽



Ok, sekarang masa untuk shopping dan makan2~ Makanan Russia pertama yang kami rasa di bumi Soviet ini nama dia Blin. Lempeng je pun sebenarnya. Tapi lempeng dia banyak isi. Ada cendawan, ada pisang campur coklat, ada caviar dan macam-macam lagi ikut citarasa sendiri. Brand dia : TEPEMOK. Tapi cara baca dia TEREMOK ye~







Dalam on the way balik ke rumah, kami terserempak dengan Museum Of Chocolate. So, singgah tengok dan beli sekali sikit saja merasa. Dia punya coklat macam lebih kurang dengan bentuk daripada Kilang Coklat Belgium. Maybe just lagi banyak varities. Dan alhamdulillah lepas tu tamatlah sesi jalan-jalan St Pete~



Esok paginya seawal jam 8.30 pagi, kitaorang dah kena bertolak ke airport balik. Wah! Keluar rumah je kena ribut salji lebat sungguh~ Suhu cecah -2 degree kalau tak silap. Hai Salji! Hehe.. Seronok tu seronok jugak. Tapi dalam hati doa-doa moga tak de la problem nanti kat airport. Delay flight kang jenuh! Tapi saya baru perasan taxi Russian memang sangat menepati waktu. Kalau kata pukul 8.30 tunggu, 8.30 lah dia dah terpacak depan rumah. Bagus2~



Oh ye, sebenarnya di St Pete ni student Malaysia sini yang banyak tolong kami. Mostly semuanya junior tahun 1 dan tahun 2. Uniknya, kami tak pernah kenal pun sebelum ni. Hanya melalui facebook, first time kami kenal sebab saya nak tanya tentang St Pete.Datang ni baru bersua muka dengan Tina, Farah dan Sahliza selain tambah kenalan : Atiqah, Lina, Amira, Lydia dan Lella serta 4 murakib lain. Semuanya kos marine engineering. Membina ukhwah melalui travel memang sangat best!

Ok, Review St Pete: Student Malaysia di sini 45 orang sahaja. Jadinya semua saling bergantung antara satu sama lain. Hostel mereka sebelah universiti tapi keadaannya agak susah. Jauh berbeza dengan rumah-rumah di Jordan. Dalam setiap bilik kecil( sakan first year Jordan pun luas lagi), ada tiga penghuni. Satu floor kongsi bilik air, tandas dan dapur yang sama. Tapi dapur diaorg buat mini sendiri dalam bilik sbb takut campur benda2 haram. Kluar masuk bilik kena berjaga-jaga sebab floor campur lelaki perempuan pelbagai warganegara. Fuh, memang mencabar kesabaran! Tabik sungguh diaorang boleh tahan menuntut ilmu dalam keadaan macam tu.. Huhu. Saya tak tahu saya boleh atau tak hidup begitu. Baru duduk 2 hari dah selalu sangat terkejut dan takut-takut, 4 tahun macam mereka? Ish..

Dengarnya ini kali pertama mereka terima tetamu student luar Russia. Jadi, yang tak pernah keluar malam pun sanggup nak keluar teman semata-mata kami sahaja. Tambah lagi, sanggup tumpangkan kami bertiga dalam hostel diaorang (dahla takyah bayar. Jimat 600RB) yang agak cukup-cukup ruang untuk mereka sahaja. Makanan pun tak habis-habis dilimpahkan kepada kami. Ya Rabbi, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian..! You guys are really a great sisters and host..~ Terima kasih banyak2... =D



Terus-terang, kembara ke St Pete bukan kembara jalan-jalan semata. Banyaknya lebih kepada mengambil teladan tentang situasi pelajar Malaysia di situ. Apatah lagi kami sekadar jalan pusing-pusing waktu malam. Mana yang sempat, kami pergi dan ambil gambar di luar sahaja. Tapi seriously di sini ukhwah dan ibrah sahaja dah cukup buat saya terkesan dan berpuas hati. Perlu lebih belajar untuk bersyukur. I'll miss them so much! =)



Okeh, kembali ke bandar Moscow. Moscow tak snow lagi. Panas sket dr St Pete. First things to do now is the visa registration. Sebenarnya kalau duduk hotel atau hostel, benda ni free dan akan disetelkan terus oleh pengurusan hotel tu. Tapi sebab kami duduk luar, so kena la fikir sendiri buat macam mana. Nasib baik agent Jordan kasi agent Russia yang ok, so dia yang buatkan cuma kena cas je lah. 1500RB. *Melayang lagi duit*



Disebabkan lokasi agent Russia tu susah sket nak dicari, adik bawa kawan Russian dia,Ilya untuk tolong kami. Alhamdulillah berkat pertolongan Ilya, urusan kami selesai walaupun terpaksa pusing kawasan yang sama 2-3 kali. Melalui Ilya dan agent Russia, saya dapat konklusikan sikit tentang sikap orang Russia.

1) Berkeyakinan tinggi - Dia nak jugak cari sendiri tanpa tanya orang even jenuh kami cadangkan suruh tanya orang.
2) A little bit selfish - Ini bukan Ilya. Tapi ini sikap mostly Russian yang Ilya nak try tanya. Bayangkan lah kan, Ilya yang Russian pun diaorang tak layan apatah lagi kita yang asing nih. Fed-up sket kadang-kadang tengok.
3) Jalan laju - selama ni mana pernah jalan seiring dengan Russian. Jenuh kot nak kejar. Maybe dia pun rush nak mencari.
4) Sesuka hati dia je nak ubah2 something - Got the impression from the agent. A little bit macam Arab. Sikit-sikit esok. Sikit-sikit nanti.Pantang lewat sket, terus tinggal. Aish. Jenuh nak tunggu siap urusan secepat boleh.



Habis urusan, Ilya terus temankan kitaorang jalan-jalan pusing Red Square malam tu. Sambil jalan sambil berkenalan lebih lanjut sesama kami + Ilya dan Asyraf jadi jurukamera. Bukan senang nak jumpa Russian peramah dan baik macam dia. Plus, dia memang belajar Bahasa Malaysia sendirian berhad (bukan student medik MMA, dia ambil kos computer science di MSUIECS - kenal dengan Asyraf melalui internet). Jadi kadang-kadang dia berlatih bahasa Malaysia dengan kami. =) He is a nice Russian, sekurang-kurangnya imej Russian di mata saya kembali ok sket bila tengok sikap dia. huhu ◔̯◔



Tadi tu gambar dengan Ilya. Yang bawah ni plak gambar dengan murakib tetap kami yakni adik saya, Asyraf. The most important person for us in Russia. Takde budak ni, jenuh. Kesian dia sepanjang hari tu kelam kabut jemput kami pastu lari gi jawab exam, pastu datang balik bawak jalan. Thanks a lot dear brother! <【☯】‿【☯】> *meh2, datang Jordan plak*



Ok, jadi malam ni plannya kita sekadar ambil-ambil gambar suasana Red Square waktu malam~ Dalam Red Square ini ada banyak tempat khusus lagi sebenarnya. Yang pertama ini : St Basil. Bangunan kubah warna-warni yang saya selalu sebut sejak kecil sebagai rumah bawang Hensel-Gretel. Kenapa entah? Sebab dia warna warni agaknya.. Hehe



Yang ini plak, State Historical Museum. Hari ni kita tengok luar dulu. Hari last nanti baru masuk dalam, kita cerita lain.



Yang ini kiri Red Square ni ialah dinding kubu Kremlin dan Makam Lenin. Kremlin kita bakal jalan esok pagi. Makam Lenin ni jalan luar je la. Tak sempat masuk dalam pun even dalam dia ada mayat Lenin yang diawet sampai sekarang dan boleh masuk tengok sebenarnya.



Lastly, GUM Department Store. GUM ni sebenarnya shopping complex yang sangat besar. Ada dalam 200 store kalau tak silap. Tapi ni bukan calang-calang punya shopping complex nih. Hanya jenama-jenama highly-branded je yang ada dekat sini. Even ZARA yang macam gah sangat tu pun tak layak lagi bukak cawangan dalam GUM. @-@ Ih.Ih. Orang-orang kayo je kot shopping sini, orang biasa macam kite cuci mata je lah. Uhuk~ Habis pusing dalam GUM, balik rumah tidur....







The next day, destinasi utama adalah KREMLIN. Kremlin ni dia kubu yang sangat2 luas. Ada banyak benda yang kita boleh lawat dalam nih. Tapi semuanya tiket dibahagikan kepada 4 sub major. Rujuk sini. Daripada 4 tiket ni, kami tak ambil Armory Museum saja sebab tak sempat dah nak patah balik memandangkan dia bukak waktu2 khas sahaja. So, harga yang patut kena adalah 1350RB. Disebabkan kami ada ISIC card, maka diskaun boleh dapat jadi 500RB. Tapi alhamdulillah entah apa silap entah orang tu kira pada kami, diaorang cas kami 250RB je sorang untuk tiga tiket setiap orang. Uiks, alhamdulillah~ =D



Dalam semua tiket yang kami beli, tiket Ivan bell Tower ada program khas which ia hanya boleh masuk jam 11.25. Disebabkan kami datang jam 10.30, jadi pusing2 je sekitar dulu sekitar Ivan Tower Bell nih. Pertamanya, tengok Czar Cannon 74 yang dibuat pada tahun 1586 dan pernah dikatakan sebagai meriam terbesar di dunia. Wallaualam~



Kremlin ada banyak menara kubu dan setiap menara ada kisahnya dan namanya tersendiri. Area Cathedral Square pula terdiri daripada Cathedral of Assumption, Cathedral Of Archangel Michael, Cathedral Of Annunciation, Ivan Great Tower, Terem Palace, Patriarch's Palace and Tweleve Apostles Church. Area ni nampak macam architecture gereja biasa, tapi bila sambil melawat sambil pegang buku guide book, banyak benda best yang kita boleh cari dan jumpa di dalamnya.



Contohnya di Catheral Assumption yang telah berabad lama terkenal sebagai pusat upacara pertabalan takhta di Russia. Gereja ini ada tersimpan singgahsana-singgahsana lama raja yang pernah dipakai dahulu kala. Besides, this place has been described as "the image of the world church and the earnest of Russia's state integrity".



Cathedral Of the Archangel Michael pula adalah gereja yang menyimpan makam-makam diraja Russia yang terkenal termasuklah Ivan The Terrible, Ivan Kalita ("Moneybags"; c.1304-20), Dmitri Donskoi, Ivan the Great, dan Romanov Royal Families (Sejarah Pembunuhan Kejam Kelaurga Romanov & Kehilangan Anastasia).



Cathedral Annuncuation pula yang menarik hanyalah paparan lakaran kisah-kisah bible berkaitan nabi seperti Nabi Yunus yang ditelan ikan paus. Saja- saja nak tengok gambar. Lain-lain tak paham apa pun. Terem Palace dan Patriarch's Palace and Twelve Apostle Church pula ditutup (kalau tak ada muzium sejarah Russian sikit dalam dia), maka kita bergambar dari luar sahaja.







Now, it's time for Ivan The Great Bell Tower Show! Semua yang masuk dalam Ivan Tower akan dapat audio-guide sebab dalam dia nanti ada wayang sejarah pembinaan Kremlin. Sambil dia berwayang, dia akan tunjukkan sekali kaitan dengan artifak-artifak yang ada dalam menara nih. Ivan The Great Tower ni pernah jadi menara tertinggi di Moscow dulu.







Ivan The Great Tower ni ada 3 tingkat. Setiap tingkat ada wayang masing-masing. Ada satu kali tu, loceng-loceng dengan Ivan Tower ni berbunyi macam Muzik Box. Macam mana boleh jadi, tak tahu la. Lupa. Habis wayang, pakcik jaga tu bawak kami naik puncak menara lalu tepi-tepi loceng sambil tengok pemandangan Kremlin dan Bandar Moscow dari atas.









Cuba tengok kat bawah nih... Boleh nampak kan One of The Seven SIsters?



Yang comelnya waktu kat atas menara ni, pakcik jaga semangat terlebih plak bila tahu kami semua dari Malaysia. Dia kata dia suka Malaysia sangat, jadi dia layan kitaorang high class sket. Apekah? Haha.. Tapi kiranya pakcik jaga ni la yang jadi cameraman sepanjang kat atas. Nasib baik Asyraf je boleh communicate dengan dia. Harapkan kami? Mengulang sebut Spabisa(thanks) dan Da(ok..) je la tak habis. ;p





Keluar dari Ivan The Great Tower, kami pergi jalan-jalan dekat taman dalam Kremlin dan ambil gambar di kawasan-kawasan Palace, Arsenal, dan bangunan-bangunan yang berbaki termasuklah Armory Museum.



Oh, lupa! Czar Belle! Salah satu loceng terbesar dan terberat yang terjatuh dari Ivan The Great Tower dulu. Dari jauh nampak kecik, sekali datang dekat rupanya kita ni tak sampai suku pun tinggi dengan loceng tu. tebal dia plak dekat 61cm. Berat dia 200tan. Memang dah diakui sebagai loceng gereja terberat di dunia dah pun. @_@





Habis jalan-jalan Kremlin sampai sakit kaki, kami berjalan di kawasan Alexanderovsky Garden. Tenang je rasanya bersiar dekat taman nih. Cumanya kawasan sini sangat berangin dan sejuk. Daripada Arsenalnaya Angle Tower ke Borovitskie Gate, terdapat juga Unknown Soldeir Memorial yang dikhabarkan tak pernah padam, obelisk dan grotto pavillion ruins di kawasan ini. Keluar je garden, sambung jalan-jalan lagi dekat sekitar luar Red Square~









Seterusnya, kita bergerak pula ke Bolshoi Teather. Awalnya dulu plan nak tengok ballet, tapi tak jadi sebab mahal sangat plus teater biasa je ada. Teater lain semua tak best. So, tengok tempat je la. Ada dua teater : Grand teater dan Maly(small) Teater.



Next, pergi amik registration dulu sebelum boleh shopping dengan senang hati di Arbat Street. Actually kalau nak banding, Izmaiovsakaya lagi murah barang dari Arbat Street, cumanya Izmailov takde baju-baju. So better gi Arbat beli baju je, then barang-beli lain beli kat Izmailov. Ada beberapa kedai lace dan baju traditional Russia dibuka disekitar Arbat Street. Di sini mostly semua pekedai cakap boleh English, jadi takde masalah nak shopping. ^_^





Arbat Street ni approximately lebih dari 1 kilometer . Sepanjang jalan di Arbat Street penuh dengan kedai-kedai cenderahati, lukisan, cafe, bangunan-bangunan lama yang klasik dan cantik dan gerai-gerai buku terpakai. Tambah menarik, beberapa check point Arbat Street telah menjadi tumpuan pemuzik jalanan dan klon-klon seiras sebijik macam Lenin, Alexander Pushkin dan Stalin yang membuat persembahan di situ.



Selain tu jugak, di Arbat Street ni ada banyak arca tokoh-tokoh terkenal Russia seperti Alexander Pushkin dan Bulat Okudzhava, poet terkenal negara ini. Kediaman Alexander Pushkin yang sekarang ni jadi muzium pun ada di Arbat Street, berdekatan dengan metro Slemnovskaya. Vachtangov Theater yang terkenal dan Hard Rock Cafe juga terletak di area ini.





Disebabkan saya tak berapa nak shopping sangat di sini, saya lagi prefer jalan pusing-pusing sahaja sambil memerhati orang. Kebanyakan yang saya lihat pekerja-pekerja di sini mostly immigrant dari negara-negara jiran seperti Turkistan, Azerbaijan, Kazastan dan negara-negara tan-tan yang lain. Sebab itu banyak di antara mereka yang wajahnya seakan muka cina seperti di mana-mana tempat walhal mereka bukan. Immigrant-immigrant dari negara tan-tan ini selalunya beragama Islam.



Mengenai barangan kraftangan Russia yang selalu menjadi pilihan sebagai cenderahati adalah Matryoshka (nesting doll), Russian Lacquer Box (lukisan tangan di kotak-kotak comel), Faberge Easter Egg, Amber Stone, zhohloma dan banyak lagi~ Rujuk sini..



Habis yang lain shopping, maka episod hari ini selesai. Jadi, kami balik dan berehat di rumah atau sembang-sembang lagi dalam dengan adik-adik yang ada tu. Daripada apa yang saya dapat tahu, di Russia ni kebarangkalin untuk dikacau pada waktu malam kalau sorang diri adalah lebih teruk di kalangan budak lelaki daripada budak perempuan (risau plak Asyraf selalu balik lewat) dan juga student pompuan kat sini tak digalakkan pakai warna hitam semua head to toe supaya tak di suspek sebagai terrorist. Hesh, memang islamophobia sungguh!



Hari esoknya pula, awal-awal pagi ni saya dan kawan-kawan pergi melawat Ria, ahli rumah kami di hospital. Ria baru lepas surgery sebab herniated disc. Kesian dia. Moga cepat sembuh, syafahillah~ Hospital yang Ria masuk namanya EMC. Swasta. Awal-awal masuk dah kena pakai plastic biru kat kasut macam kat bilik steril. Pelik juga saya. Rupa-rupanya semua hospital di Russia dengarnya macam tu. Wa, jaga kebersihan sungguh nih! ^^, Jordan apesal tak buat eh?



Waktu lawat Ria ni lah banyak jumpa ramai student Malaysian Moscow yang lain termasuk Senior Ku Ammar - abang Ku Amira. Semua terkejut dengar kami ni rupanya tetamu dari jauh. Hehe, pelik kot sebab datang Russia time-time sejuk sangat macam nih. Dah takde cuti lain nak buat macam mana~ =p Okla tu baru 0 degree sekarang daripada -30 time january nanti. lagi tak sanggup. huhu.

Habis melawat Ria, petangnya kami menuju ke Izmailovskaya. Tempat shopping yang paling murah antara semua tempat kat Moscow ni. Waktu ni dah agak petang jadi tak banyak kedai sangat bukak pun. Takpelah, kami memang abjet kejap je sebab nak bergegas ke circus plak. Asyraf bawa kami ke kedai yang pemiliknya boleh cakap Melayu. Apa lagi, makin sakan lah kami tawar menawar~ Alhamdulillah, berbaloi lah kalau memborong dekat sini dari tempat lain. Memang murah sangat-sangat. Macam dekat St Pete plak harganya.



Eh lupa kalau nak masuk ke Izmailovskaya nih, everyday free kecuali hari ahad. Ahad kena bayar 10RB.

Belakang pasar Izmailovskayani actually ada macam kilang/ muzium kapal untuk cenderahati kalau tak silap. Ramai kata best kalau dapat pergi tapi sebab kami tak sempat dah sekarang, jadi biar je lah.. Kawasan ni macam fun fair pun ada gak rasanya. Warna warni and penuh culture. I like! ^_^



Barang-barang yang kami shopping Amira bawakkan balik dan dia tukar shift teman dengan Aysha untuk bawa kami ke Circus. Aysha datang sekali dengan Nazri. Macam biasalah, murakib mesti selalu ada. Circus Bolshoi ni terletak dekat sangat apartment rumah yang kami duduk yakni di Metro Universitet. Bayaran masuk circus 300RB. Tiket kena tempah awal-awal, takde on the spot service. Makanan2 dalam circus semua naik 2 kali ganda mahal dia.





Budak-budak ni pesan sebelum pergi tadi, bila dah start circus tu nanti tutup2 mata lah selalu. Maksudnya seksi sangatlah orang-orangnya nnti. Tapi rupanya kali ini semua pakai tutup-tutup belaka, except ketat macam orang pergi renang tu je. Maybe sejuk agaknya jadi diaorang pakai macam tu. Hehe, baguslah.. Takde sakit mata sangat.







Selain persembahan orang-orang yang buat stunt, melompat, terbang, buat lawak dan silap mata, ada juga beberapa persembahan haiwan yang sangat-sangat comel macam beruang, monyet, singa, singa laut dan macam-macam lagi. Pendek kata memang best lah circus nih! Rugi kalau tak pergi. Comel je tengok binatang tu beraksi. Lagipun circus ni salah satu kemahiran Russia yang sangat terkenal dari dulu. ^_^ Done! Itu saja untuk hari ini.











21th haribulan tu pula, awal paginya saya dan yang lain join student perempuan kat Hostel Spartiv buat program. Walaupun tak lama, sempat jumpa saya bersua muka dengan kenalan-kenalan lama yang pernah jumpa tapi tak ingat kat France dulu. Yang di St Pete pun turun bertandang skali. Oh lupa! Pagi ni Moscow dah turun salji...! (▰˘◡˘▰) yeay~

Agak-agak dalam pukul 11.00 tengahri (waktu semua tempat konfirm dah bukak), kami keluar pulak dengan Kak Wani Adnan, kenalan blog yang selama ni kenal trough KS dan Kak Asma Haslan sahaja. Jumpa jugak kami akhirnya~ Hehe. Kak Wani akan bawak kitaorang jalan hari Ahad ni sebab hari minggu je dia cuti (6th year). Kak Fida pun ikut sama gak. So, first destination will be our biggest tempting museum - Museum Cosmonautic!! (^_^)Y



Selain US, takde negara lain yang lebih hebat dalam astronomi selain Russia. Muzium Cosmonout ni memang superb lah. Lengkap serba serbi. Ada replika Laika (anjing first yang ke angkasa), ada replika satelit2 macam soyuz, ada bukti-bukti research, life asronout dan 1001 benda lagi yang berkaitan dengan astronomi. Memang lengkap dan best sangat-sangat! Cumanya.... takde penerangan dalam english la plak.. T_T... So, kita pergi utk tengok dan baca je la. Paham nyer idak.huhu. *keras betul ego Russia takmau buat research dalam English. Kot ye pun,bagila semua muzium dalam english gak* 〴⋋_⋌〵







Dari lantai hingga ke siling semuanya dibuat dalam keadaan seolah-olah berada di angkasa lepas. Terasa macam jadi astronout pun ada, Hehe... Tengok ni, info tentang Malaysia dan Sheikh Muzaffar pun ada. Diaorang kata gambar dia ada, tapi tak jumpa plak.


Alamak, lupa plak nk cerita pasal bayaran. Nak masuk cosmonotic museum ni actually 70 RB kot kalau tak silap, tapi sebab kak wani bawak 3 bekalan student kad kawan-kawan dia untuk kami, maka kami pun dapat free. Hehe.. Alhamdulillah ;) Just kamera je kena bayar 130RB kalau tak silap gak. Maaf, tak berapa ingat~





Lepas selesai Muzium Cosmonout ni, kami bergerak ke Masjid di Prospek Mira untuk solat. Waktu Zuhur time ni orang sangat-sangat lah ramai sampai area perempuan kat belah atas pun lelaki terpaksa ambik half. Padanlah diaorang tengah mempebesarkan masjid. Ramai sungguh rupanya umat Islam kat Moscow ni..



Kalau ikut yang saya tahu Moscow ada 4 masjid utama. Satu dekat prospek Mira nih atau nama betul dia Sobornaya Mosque ataupun MOscow Cathedral Mosque.Satu lagi Yardeem Mosque kat Otradnoye.Pastu ada lagi Historical Mosque dekat Paveletskaya dan last sekali Memorial Mosque dekat Park Pobedy. Tengok sini. Dengarnya pembinaan masjd kelima tengah hangat diperdebatkan. Moga Allah permudahkan mereka, aminnnn...



Masuk-masuk masjid je dah ada budak datang kasi coklat dan roti. Macam tau-tau plak orang lapar (padahal ada je beli roti kat kedai makanan halal dah kat bawah. =p). Bagusnya lah. Waktu ni baru nampak muka pelbagai jenis rupa sujud sama-sama di bumi Russia nih. Tenang je hati~ =) Orang ori Russian pakai tudung macam Arab Jordan. Kalau orang tan-tan tu mostly pakai tudung macam orang Turki yang labuh tu. Senang sangat cam. Makcik-makcik dalam masjid ada tegur something tapi sebab kitaorang tak paham sepatah apa, dia senyum je sambil pegang kitaorang dan suruh kakak senior translatekan.. Kami sengih je lah.. Hee, sorry makcik~



Setel solat Zuhur, kami bergerak plak ke Tretyakov Gallery. Gallery ni antara gallery seni terhebat kat dunia. Dalamnya menempatkan karya-karya seawal abad ke 11 lagi sampai abad ke 20 sekarang. Nak masuk Tretyakov harga asal 130RB. Tapi sebab ada kad student kawan-kawan Kak Wani, kami dapat 70RB je.. Selamat duit den~



Contoh-contoh lukisan yang ada dalam gallery ni adalah lukisan Ivan The Teribble ter-bunuh anak sendiri (famous tau lukisan nih kat sana.. Ala-ala monalisa plak) dan lukisan Unequal Marriage. Sedih je kan tengok lukisan nih. Dalam gallery nih ada lebih 70 bilik-bilik berasingan yang menempatkan kesemua lukisan-lukisan hebat di sini. Besar sungguh~





Keluar je dari Tretyakov, dah masuk maghrib. Means dah 4.30petang sekarang. Kalau tadi kami datang naik metro dari Tretyakovskaya, balik ni Kak Wani ajak jalan-jalan malam berjalan kaki lalu Moscow River ke Ohotny Ryad, metro next station. Oh, of course la kami yang kaki jalan ni lagi setuju. Mari memaksimakan masa yang ada. ^_^

Dari gallery tadi, kami menyusuri satu jambatan yang atas dia ada deretan beberapa pokok sebaris. Ingatkan pokok biasa. Sekali rupanya-rupanya pokok mangga. Eh, bukan mangga buah tau! Mangga kunci...~ Ni haa... Ni sah-sah kerja couple-couple muda mudi zaman sekarang la nih. *Aceh, macam la dia matured sangat. hehe* Ape ke bende la nak buat main kunci2 gitu? Buat karat je kena snow macam nih~







Jambatan ni licin betul dengan salji. Pakat-pakat buat macam skate plak semua orang. Tapi pemandangan dari pokok kunci mangga dan jambatan tadi agak lawa la. Nice. Banyak betul rupanya jambatan dan sungai kat Moscow nih.Boleh rileks-rileks. Jalan-jalan tenangkan fikiran. Banyak taman. Best je rasa. Jordan langsung tak ade satu pun. -_-'



Depan jambatan ni plak, ada satu patung Alexander Pushkin. Wah, berapa banyak da arca dia kat Moscow saja. Femes sungguh~ Saya dah beli siap buku Pushkin Fairy Tale. Rasa macam kanak-kanak jumpa buku cinderella pun ada, just kali ni tukar culture sket, bukan budaya princess baju kembang-kembang orang putih tapi baju warna warni orang Russia. =) Boleh lah lepas ni buku ni buat turun-temurun. Apa barang asyik Snow White je. Bosan. щ(゚Д゚щ)





Dari patung tadi, kami lalu celah-celah taman dan terus naik jambatan yang lalu betul2 atas Moscow River yang disebelahnya terus ada dinding Kremlin. Waaaaa....! Lawa..!!! (づ。◕‿‿◕。)づ Apa lagi, snap-snap gambar cepat~



Belakang dengan Jambatan ni, kami terus ternampak Catedral Christ the Savior. Yes, kira dah boleh masuk list nak nampak dan dah pergi la ni walaupun tak masuk dalam dan datang dekat kan? ;p



Lepas je jambatan rentang Moscow River ni dah kami lalu, Kak Wani bawak kami turun ke satu taman lagi. Eik, macam kenal je laluan nih.. Laaaaa, ni kan Alexander Garden yang pergi pagi tadi.. Oooo, ni ke jalannyaa...~ Alang-alang lalu taman ni pada time yang berbeza, maka kamera kenalah sentiasa beraksi. ^_^. Punya sakan amik gambar, sekali last-last kitaorang berlima terpecah dua. Sebab sejuk sangat nak tunggu masing-masing kat luar, last-last semua sepakat balik je sendiri and jumpa kat hostel.






Sampai Hostel Spartiv, Kak Diba housemate Kak Wani dah tempah nak ajak makan malam kat bilik diaorang. Uh, rezeki? Alhamdulillah.. Sambil-sambil solat dan makan, kenal-kenal la sama dengan ahli-ahli rumah Kak Wani yang lain yang selama ni saya selalu dengar nama dari blog KS&K.Wani, just cuma tak pernah jumpa -Kak Diba, Kak Pena ngan Kak Fatini. Ada 2 akak lagi tak sempat jumpa- K Emy ngan K Sha. Well, seronok! Rasa tak percaya sket pun ada sebab selama ni asyik baca pasal tempat ni, bilik ni, orang2 sini, life kat sini dari blog KS dan Kak Wani and hari ni Taraaaa!!! I'M HERE~ 乂◜◬◝乂 Hehe.. Sayang sikit tak berkesempatan jumpa Ks lagi~ Takpe2. Next time..



Before balik, pergi jumpa kejap senior-senior yang jemput datang makan semalam tapi tak sempat sbb diri sendiri busy kejar masa. Baru sekarang berkesempatan nak sembang-sembang lebih sket. So, barulah kenal Kak Murni, Kak Syikin, Kak Winda, Kak Izzni, Kak TIqah dan beberapa lagi akak2 lain yang jumpa pagi tadi. Fuh, in one day i got a lottttt of sisters! Seronoknya~ ^__________^ Some og them ada yang dah siap plan2 nak datang Jordan. Wah, ahlan wasahlan! Ahlan wasahlan! Datang la~ Datang la~ =)

Dalam pukul 8 malam, bertolak balik rumah Kak Fida plak di Skobelevskaya.Tidur sana. Jemputan khas. Kalau naik metro 1 jam, kalau naik mashut 20 minit (hopefully tak jammed la) by lebuh raya. Wa, tempat baru! Yes~ Ooo, rupanya jalan ke rumah akak ni actually jalan kitaorang datang dari airport awal2 dulu. Patut jumpa IKEA & few shopping compleks besar2 kat pinggir kota nih.. ^_^

Jadi malamnya ni plak sesi ice breaking baru lah. Dengan kakak-kakak baru. Jumpa Kak Zaff, Kak Wan, Iman ngan Kak Aisyah. Borak dengan orang lama macam diaorang nih topic dia best sket. Lebih global lebih syumul. Buat sket-sket sharing antara 2 negara dan tukar-tukar pengalaman. Rasa kecil je diri bila dengar pengalaman-pengalaman diaorang kat sini. Haish, chaiyok2! Kena bawak balik semangat baru nih dan gunakan di Jordan nanti. Insyallah.. Aminnnnnnnn ó‿ó



Okeh, disebabkan esoknya tu semua sekolah dan kami macam tak berapa reti sangat nak balik, Kak Zaff offer diri temankan. Adeh, bersalahnyer lah rasa (padahal Asyraf pun selalu gak tuang minggu ni sebab temankan kitaorang. adeh2. Moga Allah balas semua jasa baik korang semua. Amin!) On the way balik, kami singgah Ashan. Ashan ni macam Giant. Kalau nak borong coklat atau teh banyak2, better beli kat Ashan dari pergi tempat lain. Lagi besar Ashan tu, lagi murah harga dia. So, Ashan yang sebelah IKEA ni Ashan terbesar sekali kitaorang pergi. Borong coklat untuk bawak balik Jordan. =)



p/s: Suhu makin turun. -7degree

Dari Ashan, naik mashut sampai Yugo Zapadnaya. Kat sini kami berpecah. Kak Zaff pergi kelas, kami balik rumah letak barang. Kebetulan time tu dah pukul 1.00 tengari. Pukul 2.00 kami dah janji nak jalan2 Red Square waktu siang plak dengan kawan-kawan tahun 4. Owh, ramai sungguh tourguide kitaorang. Main tukar-tukar plak. =B

Ok, sesi jalan kali ni kitaorang berkenalan dengan Ain, Fina dan Aisyah. Kali ni main just jalan-jalan pusing Red Square. Saja nak tengok dia macam mana time siang and time salji macam nih. Seriously lain... Bila dah serba putih merah nih rasa macam suci bersih plak. ;P Jomlah tengok gambar-gambar pusing-pusing yang dah di ambil. Tak perlu terangkan nama kot ye sebab sama je macam yang lepas. Cuma ubah waktu ambil gambar je. ~_~












Disebabkan masih belum maghrib, maka kami decide nak masuk State Historical Museum. Bayaran sepatutnya seorang dalam 100+RB. Tapi lepas tunjuk ISIC kad sendiri, dapat diskaun jadi 80RB. Kamera kat sini sama macam di Cosmonout. Nak bawak kena bayar. So, bayar la sebuah kamera dengan harga *lupa berapa*



Awwalan ishi, masuk je State Historical Museum ni kita akan nampak himpunan emas-emas dan senjata-senjata dan harta-harta diraja. Waaa, blink2 mata~ Lega sket hati lepas kempunan nak masuk Armoury. Ni dah macam Armoury la nih, cuma takde mahkota2 je. Takpe2..



Kemudian set seterusnya adalah set Permulaan wujudnya Manusia. Oh tidak, dia guna kondep Darwin. Tengok gambar pun dah tahu. Ye la sebab tak paham because dia tulis penerangan dalam Russia. Ada sekeping je kertas English. Huh. Dari Darwin, ke Paleolitik, ke set2 sejarah seterusnya termasuk hubungan diplomatik dan perkembangan agama.





Kemudian beralih ke perkembangan politik dan sosioekonomi masyarakat Russia termasuklah keluarfa diraja dan rakyat biasa. Banyak sangat benda-benda dipamerkan di Muzium nih.



Tapi makin lama rasa macam makin penat plak. Besar sangat satu hal, tiga tingkat plak tu! Adeh, tercungap-cungap nak habiskan pusing satu muzium. Betul2 tak larat dah.. Maybe sebab dah bosan tengok muzium juga agaknya. Huhu. Mungkin.


Sepanjang 8 hari lagi duduk kat Russia, kami dah rasa 5 jenis makanan tempatan (termasuklah Russian dan Tartar). Yang pertama nya ni diberi nama manti. Macam dumpling inti dgaing.



Kedua yang ini la blin yang saya dah sebut time ke St Pete hari tu.



Yang ini pulak nama dia dia Lagman. Ala-ala mee goreng sket. Campur dengan sup pun sedap jugak.Ni pun makanan orang Tartar.



Ini pula nasi Plouf. Nasi minyak campur daging. Agak sangat oily tapi sedap. Macam rasa briyani sikit.



Dan last sekali, ini namanya Kartoshka. Ubi ketang lenyek yang di makan dengan lauk isi pilihan sendiri, contohnya either cendawan berkrim atau salted salmon atau isi ketam.
Ini fast food Russian. Ala-ala macam syawarma bagi orang Arab.



Malam lepas pergi Historical State Museum tu, diaorang semua ada hal lain. Jadi disebabkan malam masih muda, saya dan kawan yang dua ni decide untuk pusing metro dan ambil gambar di sekitarnya. Metro Russia kan unik. Inilah masa untuk betul2 fokus perbezaan rekabentuk yang ada di sini. Nasib baik dah boleh baca tulisan, so setakat pusing-pusing belit-belit metro alhamdulillah tak jadi masalah. ^_^ Dan inilah beberapa metro yang sempat kami ambil gambar.




















Suhu : -12 degree

That's it for now..
And it's time to go back.home.
Bye Moscow.
Gonna miss you forever~ =D



Terima kasih pada semua yang banyak membantu kami sebelum, semasa dan selepas perjalanan kembara cuti Aidiladha kali ini..

Ku Amira, thanks banyak2 tolong bagi banyak sangat info by your experiences..
Asyraf, thanks banyak2 jadi murakib and helping your sister there..
Warga Moscow + St Pete, thanks banyak2 for the wonderful experience we had together..

Semoga Allah memberkati kita semua~ Amin.... ^_^

p/s :

1) Warga Russia, dengarnya suhu dah mencecah -25degree, jaga kesihatan diri elok2..
2) Warga Jordan, korang pun jaga kesihatan diri elok2.. hujan dah turun tiap2 hari ni..
3) Saya bakal exam hujung bulan 12 nih, tolong doakan ya~ Thanks..
Powered by Blogger.

Text Widget

There was an error in this gadget

Contact Form

Name

Email *

Message *