Kembali pulang


Assalamualaikum~

I'm home! (☼◡☼)

Keifiek everyone? Semoga sihat-sihat belaka hendak-Nya. Insyallah~

Hari ini akhirnya tamat sebuah kisah cuti dan masa-masa untuk kembali bersekolah akhirnya bermula buat kesekelian kalinya...

" How is your holiday?? " adalah soalan yang paling banyak diperolehi dari budak Arab pada hari pertama masuk kelas hari ini selain dari soalan macam mana baju lab kot saya menjadi biru secara tiba-tiba ( susah benar nak terangkan tentang kewujudan nila kat diaorang )...

Okay, obviously I don't wanna go home. I mean Jordan. Specifically the hospital!

Why??!

Cause it will take about another 6 months to get to the next holiday! Urghh.. T_T

You'll never take the holidays for granted when you never get one enough like us. Hehe.. =)

Right, back to topic..

Alhamdulillah semua benda berjalan lancar sepanjang cuti haritu. It is quite challenging actually. But never mind, i like it~

I once told a friend a brief about my experience in Russia. Since every country have their own word, i thought COURAGEOUS is the best phrase to define Russia for me.

It took courageous to spend a big sum to go there..
It took courageous to face with the stone-cold emotion of Russian in there..
It took courageous to live as Muslim in there..
It took courageous to actually study in difficult surrounding like that in there..
It took courageous to be in those extreme weather in there..
It took courageous to always depend on luck in the university there..

Everything in Russia need Courageous..

Maka dengan penuh rasa takzimnya saya beritahu saya tabik dengan Malaysian in Russia.. They are great! Seriously~ ... Tak bodek!

Kenapa? =) Itu tunggu. Nanti baru saya cerita.

Dan buat kesekian kalinya selepas ke luar negara, saya akan selalu berbisik pada diri "Ya Allah, aku bersyukur aku adalah aku yang kini disini (Jordan)" - travel selalu buat saya lebih menghargai nikmat yang ada pada diri.

Overallnya, Russia memang seperti apa yang saya expect. Well, maybe more than that. Alhamdulillah, as usual it is not only JUST travel but i get to see more. In and out. The people and the culture. Those thing i'm eager to know, i got to see by myself. In Moscow and St Pete. Cuma sayang, saya lambat tahu tentang Kazan. Terasa rugi tak ke sana sekali.. (Siapa nak ke Russia, silalah ke Kazan jugak!)

Insyallah dalam masa terdekat bila semua dah settle down, saya akan berkisah kembali. Dengan gambar dan travelog seperti biasa. Bersama hikmah dan kisah yang saya baru jumpa. Everything is new and it was really a nice trip. For me. =)

Seinfiniti terima kasih buat seluruh warga Moscow dan St Pete yang banyak membantu dari first year sampai final year, tak terhitung rasanya jasa kalian buat kami.. Spasiba Bolshoi! ^___^

I'll miss Russia forever~

Oh ya,
Ucapan akhir yang istimewa, tak boleh lupa -

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 22 buat mama dan abah tercinta!!! ⊂(◉‿◉)つ
Semoga terus kekal bahagia di bawah lembayung rahmah, barkah dan mawaddah hingga ke syurga~ Aminnnnnnn......

Rindu famili semua! ^^,

Ok, that's it for now~

Until we meet again later. Bye! Salam..

p/s : Dari -12 degree (Russia) ke 12 degree (Jordan), badan terasa macam ngengong-ngengong sikit plak. Oh tidak! Pening-pening selesema cukuplah, janganlah sampai demam. Amin...

Prolog : Moscow



Assalamualaikum~

Mereka kata...........

"Elders of Russia sangat sayangkan komunis. Sampai nanti, tengoklah kenapa. " -Yaqin-

"Salah satu negara yang sangat menghargai budaya adalah Russia. Macam fairytale." - Miss X -

"Russia dulu tertutup. Sekarang dah buka, jadi go & see. Ambil apa yang boleh " - Mr Z -

" Konflik Russia Chechen dah lama bergolak. Kisah paling terkenal adalah perjuangan Imam Syamil. Tapi sekarang, Islam bukan lagi asing di Russia." - Akhawat -

" Dasyat2 Jordan, dasyat lagi Russia rasanya.." - Adik -


=)

Saya suka dengar cerita. Tapi lagi suka kalau saya boleh pergi lihat apa yang diceritakan sendiri kalau ada rezeki.

Alhamdulillah, kali ini Allah permudahkan jalan ke sebuah lagi daerah yang Dia miliki. Kisah-kisah sukar yang saya dengari untuk masuk ke negara ini nampaknya banyak Dia elakkan dari kami. Syukur.. Moga-moga sepanjang ke sana nanti dipermudahkan jua.

Kenapa saya ke Russia, negara bekas komunis itu?

Malah ada yang mempersoalkan kenapa tidak ke negara-negara Islam yang masih ada?

Well, pertamanya siapa kata tiada Islam di bumi Russia?

Keduanya, saya lihat banyak perkara baru yang ada pada Russia dan tidak ada pada negara lain di sekitarnya atau di mana-mana juga. 'Every country has their own word'. Paling minima, saya mahu lihat budaya asli mereka. Yang baik boleh dibuat teladan, yang tak baik dijadikan sempadan. Contohnya? Nanti balik baru saya cerita ya~

Kebetulan, adik saya belajar di sana. Maka, sekurang-kurangnya safar mar-ah saya berteman ahli keluarga. Insyallah, doakanlah moga kembara kali ini dipermudahkan dan diberkati Allah hendaknya..

Cuma satu yang terkorban kali ini adalah kami terpaksa beraya di atas kapal terbang gara-gara tersilap tarikh tiket. Ingatkan raya Aidiladha 17 haribulan, rupanya 16. Huhu, tak apalah.. Tak ada rezeki. Baiklah, selamat hari raya, semua! ^_^

Dah nak bertolak nih. Jumpa lagi!
Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali ya~

Oh ya, ucapan istimewa: Selamat Pengantin Baru buat Kak Amani dan Senior Abu yang bakal menikah malam raya pertama nanti! Moga kalian diberkati hingga ke syurga. Aminn..

*Selak buku*


"The Land of Moscow..."
[From "The Reminiscences at Tsarskoe Selo"]

The land of Moscow -- the land that is my native,
Where in the dawn of my best years,
I spared the hours of carelessness, attractive,
Free of unhappiness and fears.
And you had seen the foes of my great nation,
And you were burned and covered with blood!
And I did not give up my life in immolation,
My wrathful spirit just was wild!...

Where is the Moscow of hundred golden domes,
The dear beauty of the native land?
Where yore was the real peer to Rome,
The ruins, miserable, lied.
Oh, how, Moscow, for us, your sight, is awful!
The buildings of landlords and kings are fully swept,
All perished in a flame. The towers are mournful,
The villas of the rich are felled.

And where the luxury was thriving,
In shady parks and gardens, in the past,
Where myrtle was fragrant, limes were shining,
There now are just coals, ash, and dust.
At charming summer nights, when silent darkness roves,
The noisy gaiety would not appear there,
The lights are vanished over lakes and groves,
All dead and silent. All unfair.

Be calm, o, Russia's banner's holder,
Look at the stranger's quickly coming end,
On their proud necks and void of labor shoulders,
The Lord's vindictive arm is laid.
Behold: they promptly run, without look at road,
In Russian snows their blood like river's flood,
They run in dark of night, felled by famine and cold,
And swords of Russians, from behind.

~ Alexander Pushkin ~

p/s:

Bismillah...


الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ ‏‏اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ‏ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا ‏ ‏تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا‏ سَفَرَنَا هَذَا‏ وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ،‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ‏ وَالْخَلِيفَةُ فِي‏ الأَهْلِ ‏،‏ اللَّهُمَّ‏ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ‏ ‏وَعْثَاءِ‏ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ ‏ ‏الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”

[Ainul Arina Madhiah, 16-23 Nov 2010]

JUST + Yarmouk = Irbid~

Salam


" Kak, macam mana akak boleh rapat dengan orang Yarmuk? "

tanya seorang adik JUST lepas program BKAPJ tadi bila saya beritahu saya tidur terus di rumah program yakni rumah milik pelajar Yarmuk di sini. Apatah lagi bila semua ahli rumah ini telah tidur dan saya terus mengambil alih tugas jadi tuan rumah bila program habis agak lewat...

Hurm, macam mana ya?

Ntahlah~

Saya sendiri memang an out-going person. Tapi seingat saya rapat-rapat ini ia bermula awal-awal dulu waktu masih pegang biro KK di tahun dua, saya dan Fathiyah pemegang biro PP memang selalu balik lewat atas urusan kerja dan kami banyak berurusan dengan orang Yarmuk. Bila dah selalu balik lewat, kadang-kadang memang kena paksa tidur rumah orang sana terus.

Lama-lama dari sekadar urusan kerja, ukhwah jadi makin erat. Kalau dulu setakat mengadu hal-hal PERMAI, lama-lama terus tukar-tukar kisah sendiri dan berkongsi rasa. Jika dulu datang sekadar turun padang, sekarang datang sebab rindu plak yang bertandang. Biasalah bila lama tak jumpa walaupun sekadar seminggu dua. Sekali nampak, terus banyak cerita nak sembang.

Tambah-tambah bila berbeza bidang.Jadi kadang-kadang kalau rasa nak lari sekejap dari persekitaran medik, maka tempat dituju tentulah di rumah-rumah para ahli kuliah Yarmuk. Walaupun kadang bukannya bincang isu akademik pun, tapi bezanya masih ketara terasa lapang yang lain auranya. Hehe..

Dulu-dulu waktu ramai senior, rumah utama saya di Hijazi (kawasan Yarmuk) adalah Bayt Insyirah. Kakak-kakak di sini tip top! Dengan kapasiti satu rumah sampai tujuh orang, kalau berkampung beramai-ramai memang sangat riuh-rendah! Kalau ada masalah yang menyendat dada, masuk Insyirah memang lupa habis dunia. Tenang damai happy go lucky macam dapat balik kampung~ Memang itu pun kampung saya di Jordan nih.

Tapi bila Insyirah dah tak ada sebab akak-akak tu dah grad, datang pulak rombongan IKIP batch sebaya yang datang menggantikan mereka.Bayt Casa Intelek 2010. 6 orang serumah.Sama perangai sama gila sama satu kepala.Sebijik macam kakak-kakak insyirah jugak. Bezanya kali ini kami semua sebaya. Selain mereka, Bayt Nailah Al-farafisyah pun (Yarmuk 2007 sebaya) jadi lokasi tempat lepak-lepak saya juga~The only 5 yarmukian sebaya zaman first year. Hehe..

Dengan mereka-mereka ini lah kadang-kadang saya habiskan hujung-hujung minggu kalau tak ada kerja. Asal ada cuti, pasti ada sehari dua saya akan include-kan mereka dalam jadual diri. Makan sekali, tidur sekali, meroyan sekali, buat kerja program pun sekali. Owh lupa plak, Saya baru terperasan satu lagi persamaan mereka. Insyirah dan Casa Intelek dua-dua rumah program paling femes di Irbid. Memang dah dapat cop rasmi dah pun - warga suka berkerja. Haha~ Maybe ia jugak faktor saya selalu terdampar di sini.

Bila dah biasa melepak sama-sama dua bidang berbeza, barulah connection ukhwah mampu jadi lebih luas. Saya mengaku dan saya sangat-sangat sedar bahawa melalui rakan-rakan Yarmuk inilah, saya dapat kenal ramai lagi akhawat Yarmuk yang lain. Kalau tak kenal diaorang, memang agak sukar rasanya nak lengkapkan semua. Alhamdulillah setakat ini semua batch sendiri Yarmuk sudah sangat saya kenali. JAIS dan IKIP sendiri. Itu pun lepas secara tak sengaja terjoin program IKIP sahaja waktu saya sibuk uruskan SPB. Even malu tahap giga, tapi syukurlah kerana itu saya berjaya habiskan taaruf kami~ ^_^

Apa-apa pun, segalanya bermula dengan diri kita sendiri. Sama ada kita nak kenal atau tidak dan mahu rapat atau tidak. Kalau dalam diri ada kemahuan, insyallah Allah akan permudahkan. Malu di awal permulaan memang pasti ada, tapi kadang-kadang kita kena juga tebalkan muka. Kalau dua-dua asyik mengharap orang lain yang tegur masing-masing, sampai bila kita nak mula kenal dan bermesra? Kan?Kan?

Just make a move!
Break the ice!
Touch and grow
! *motto siapakah ini? hehe*

Kesimpulannya, semua orang boleh rapat tak kira berbeza bidang mahupun universiti. Kita semua sama. Pelajar Malaysia yang tinggal di bumi asing bersama. Generalize lagi kita punya akidah dan adat yang serupa. Patutnya lebih senang nak berhubung bila masing-masing saling perlu bergantung.

The main point is ourselves.

Hopefully dalam makin ramainya warga Malaysia di Irbid ini yang datang sekarang, gap antara Yarmuk dan JUST takkan bertambah. Suasana sekarang bagi saya sudah sangat bagus. Cumanya yang adik-adik masih perlu dirapatkan lagi antara JUST dan Yarmuk (akhawat). Tak apa, insyallah masa mereka masih ada.

Mungkin program percampuran universiti perlu dikaji dan dibanyakkan lagi semenjak sekarang nampak gaya program campur-campur makin kurang sebab bilangan yang terlampau ramai - tempat tak cukup + masa tak sama. Kalau campur terus semua pun tak boleh pakai sangat jugak sebab takkan sempat tertegur semua dalam satu masa sahaja.

Anyone has an idea?


p/s : Sebenarnya saya ada juga terselit satu niat dari dulu lagi kenapa saya suka kenal ramai orang dan rapat dengan mereka. Saya nak buktikan budak-budak medik bukan manusia nerd yang sekadar buku semata dan tidak sosialize. Connection kami juga bukan sekadar orang-orang medik sahaja macam orang lain suka assume. Pantang sungguh dengar orang kata macam tu.. (\ _ /) Huhu. See? See? Saya budak medik dan saya suka bersosial! (sosial ikut syariat ye, bukan yang main redah tak kira hukumm. =D )

p/s II : Nak habiskan semua Malaysian seJordan memang susah, tapi tak mustahil! Huahuaua.. Cabaran2x~ ^_^

p/s III : Kalau dapat buat ramai-ramai kepada yang bukan Melayu juga, anda memang hebat lah! Teach me! Teach me! huhu... Saya lemah sikit kalau dengan orang bukan sebangsa dan sebahasa nih.. -_-'

Ok, jumpa lagi~

Let's be Happy~!!



To my dearest little brother, Aiman Farhan Najmi......

Well Done in your UPSR~ Don't be too sad! You've done the best and i'm so proud of you, bro!

It is a little bit unexpected since you are already good in English. But never mind, maybe it is not your time yet. Don't worry, Allah knows the best~ Insyallah He'll give you a better present as compensation. ^_^

Well, at least let me wish you a belated Congratulation for your achievement as Tokoh Kokurikulum Sekolah 2010! See, that's great! We never got one before. huhu. Tahniah2~! ^_^



Now, give your best shot in the next games, man !

You'll be great, insyallah~

Let just pray for the best. I'm already in! ^_^

Lot of love,
Kak Ina~

******************************************************************

" Allahu yuk'tikal 'afiyah~! "

... Yeay, akhirnya keluar jugak ayat keramat Dr Mahmud Ayyesh yang buat semua orang terus bukak langkah besar-besar balik kelas sambil hati gembira sangat-sangat suka lepas jam 4.30 petang tadi.

Kenapa?

Sebab mulai saat ini, it is officially cuti !!!!!!! ✌♫♪˙❤‿❤˙♫♪✌

Excited jumpa cuti makin dasyat plak sejak cemburu tahap giga-giga bila kelas Intro dulu mula time orang masih sedap-sedap raya September haritu. Dua minggu siap plak tu cuti raya haji nih~ Whoaaaaaa, yeay! Eh, eh.. alhamdulillah.. ^_^

Ramai kawan-kawan dah start balik Malaysia malam nih.. Auch, nak balik gak tapi nak berjalan tempat lain gak. Macam mana nih? ;p Takpelah, absence make the heart grow fonder.. tak gitu? hehe

Selamat balik Malaysia kawan-kawan! Kirim salam peluk rindu pada bumi yang sangat dirindui tu sama~ Jangan lupa balik Jordan balik 28 haribulan! (゚ヮ゚)/

Selamat jalan-jalan jugak untuk kawan-kawan yang nak jalan-jalan. Mari berjalan dengan tujuan yang satu bak kata Cikgu semalam : Berjalan demi mencari keredhaan Allah. INsyallah semuanya bakal dapat kaf.ba.ro.kaf.ta.alif.ta.nunnn bak kata iklan IKIM plak.. ~

Yang stay Irbid, selamat berukhwah sepuas rasa di hari raya! Jangan duduk rumah tengok komputer 24 hours sahaja ye. Hehe.. Mari jalan-jalan eratkan hubungan Yarmouk, JUST, Mafraq, Mu'tah mahupun Amman~ Saya bakal join lepas 23 haribulan ok?

List cuti:

Esok - Jumpa BKAPJ
Lusa - Liqa Nuqaba PINTAR
Tulat - Berkampung
Tulat punya esok - Siap-siap
Tulat punya lusa - Raya atas kapal terbang
Tulat punya tulat - Sesi bermurakibkan adik sendiri~

p/s: Lepas tulat apa ye?

Cuti ini bakal jadi cuti terakhir sebelum jumpa cuti lagi sekali pada bulan enam. Jauh bebenor sangat tu. Selamat la memanfaatkan cuti yang ada~

Yalla Bye~

Selamat!
Selamat Hari Cuti~
Selamat Hari Raya~

(づ。◕‿‿◕。)づ

Jumpa Lagi!!

*******************************************************************



p/s II : Abah, Arina cuti sekejap kat sini! =) Tolong sambung tulis bleh? hehe..

Pengorbanan Hamba



Assalamualaikum ~

Tahniah adik!

Akak tak sangka...

Semuda ini adik sudah mula mengeluarkan persoalan yang terberat di alam remaja. Nampak gaya adik sudah mulakan pencarian misi di dunia. Akak tahu, bukan memberontak niatnya cuma sekadar menambah keyakinan di jiwa.

Alhamdulillah, akak sendiri kembali bermusahabah diri.

" Kak, kenapa amalan kita kena berjiwa hamba? "

" Kak, kenapa kita perlu berkorban demi Allah sampai ke tahap bertaraf hamba? "


" Kenapa mesti HAMBA? "


Seisi alam terasa bagai sama terdiam. Berfikir cari ilham bagaimana untuk memberi faham. Persoalan ini bukan mudah. Salah bahasa boleh terlari makna. Silap petunjuk boleh tersesat langsung terduduk.

Bismillahirrahmanirrahim~

Adik..

Andai kata kita ini engineer dan kita cipta sebuah robot. Lalu kita letak padanya kebolehan berfikir dan berkata-kata. Kita cipta robot ini tujuannya supaya dapat membantu kita memudahkan kerja misalnya, mungkin sebagai robot pengemas rumah contohnya.

Salahkah kita kalau kita berkuasa untuk tentukan apa yang kita mahu robot ini lakukan dalam 'hidupnya'? Kejamkah kita kalau kita menghukum robot yang tak mahu menurut kata kita dan berbuat sesuka hati mereka? Bukankah itu fungsi robot ini kita ciptakan di dunia kita?

Siapa kita bagi robot itu? Dan siapa robot itu bagi kita? Bukankah kita ini dikira tuannya dan mereka itu adalah hamba ciptaan kita?


Itulah perumpamaannya antara kita dan Pencipta kita yakni Allah s.w.t ~

Kenapa kita hamba? ----> Kerana kita dicipta oleh-Nya.

Maka, by common sense pun sepatutnya wajarlah kita kena mengikut setiap arahan-Nya dan meninggalkan setiap larangan-Nya seperti mana seorang hamba patuh kepada arahan tuannya~

" Kalau kita tak nak jadi hamba? "

=)

Boleh!

=)

Tapi pulangkan dulu setiap pada yang Dia pinjamkan dan buktikan pada Dia bahawa kamu boleh berdiri sendiri tanpa-Nya.

Contoh pinjaman?

Pertamanya pinjaman jasad yang dia bentukkan. Mata, telinga, kaki, tangan, semua pulangkan balik. Bina anggota badan kita sendiri supaya kita tak bergantung kepada ciptaan Dia.

Tak pun, pulangkan tanah bumi yang kita duduki. Carilah mana-mana tempat yang bukan Dia ciptakan yang boleh kita duduki sebagai tempat tinggal kita.

Mungkin juga boleh pulangkan sama udara-udara yang kita hirup. Jangan langsung menghirup udara yang ada di bumi sebab udara ini pun kepunyaan Dia.

Erm, makanan! Jangan sesekali makan makanan yang diciptakan dari makhluk ciptaan-Nya. Binatang, tumbuhan, ikan, dan semua yang Dia ciptakan jangan ambil walau satu. Carilah makanan bukan dari kurniaan-Nya.

Oh ya, harta-harta kita. Itu semua pinjaman juga. Duit, rumah, keluarga, anak-anak. Duit biasiswa kita ini pun sama. Semuanya Dia yang beri pinjam. Pulangkan.Pulangkan. Baru boleh selesai hutang kalau tak mahu bertuankan Dia.

Atau akal kita ini pun. Pulangkanlah kembali pada Dia. Maka,kita nak pakai apa? Ntah, carilah sendiri bagaimana..


Aduh... Banyak ni dik. Tak terlarat akak nak sebut.. Apa kata kita bukak list pinjaman dalam Surah Ar-rahman? Kalau semuanya kita berjaya pulangkan, maka bolehlah kita keluar senarai dari menjadi hamba-Nya..

Macam mana? Okay tak? ^_^

Boleh ke kita buat macam tu? =)

.
.
.
.
.
.
.
.


Maka adik tersayang~

Pengorbanan sebagai hamba ini sepatutnya bukan atas makna korban yang menyusahkan diri kita.

Tapi
Korban ini maknanya tanda.

Tanda cinta.
Tanda terima kasih tak terhingga.
Tanda setia.
Tanda sujud seorang hamba.
Tanda percaya.
Tanda iman kepada Pencipta.

Bagai Ibrahim yang redha diuji
Demi cinta pada Allah, sanggup disembelih anak sendiri
Seperti Hajar yang setia disisi
Demi yakin pada Allah, sokongan diberi pada suami
Laksana Ismail yang rela menanti
Demi iman pada Allah, leher disua tak pernah lari

Tapi lihat, Allah tak kejam. Allah sekadar mahu menguji. =D

Maka natijahnya

Bila sedar kita hamba,
Bertuan Allah tujuan utama
Atas amal yang cuma sebelanga
Berbanding nikmat seluas saujana
Pasti
Tanpa sedar
Perintah-Nya sentiasa kita ikuti
Tanpa paksaan
Larangan-Nya tentu kita sentiasa jauhi

Syukur alhamdulillah...

Akhirnya petang ini jadi petang barakah. Moga persoalan tadi dapat kita ambil jadi ibrah. Aidiladha yang makin merapat, harapnya mampu kita genggam erat. Sebagai bukti ekspresi cinta seorang hamba kepada Pencipta, mari kembali hangatkan sumbu di kalbu. Moga nyalaan iman kembali marak menerangi hatimu~

Salam Aidiladha..

Dari hati kakak,
Ainul Arina Madhiah
9 november 2010
Irbid, Jordan

Time is Ticking~






6 DAYS LEFT~

Count On Me



Assalamualaikum...

Buat tatapan mereka yang sering keliru untuk untuk berkongsi rasa..

Kita lihat dakwah nabi...
Jatuh bangun baginda bukanlah sekadar seorang diri. Sahabat setianya penuh di kanan kiri. Tunjangnya kukuh dipengaruhi kental kasih Siti Khadijah dan Abu Talib di sisi. Saling berkongsi suka duka perit jerih rahsia hati. Sampai ke hari ini nikmatnya Islam dapat kita rasai. Maka, kenapa perlu disebut mereka disini ? Kerana fitrahnya manusia perlu sokongan untuk terus berjaya di kemudian hari~

Kita lihat jari jemari yang ada...
Dicipta lima bukan sekadar sia-sia. Setiap satunya ada punca. Andai hilang walau sekadar satu, kesannya sangat terasa hingga hidup boleh terganggu. Penulis hilang daya, penjahit hilang punca, pengarah hilang kuasa, bahasa tubuh hilang makna. Maka kenapa dicipta sampai jemari sampai lima? Kerana setiap satunya perlu bersama baru segala kerja jadi sempurna~

Kita lihat lebah yang terbang disekeliling...

Hidupnya mencari madu buat khasiat manusia. Kecil kecil begitu sangat besar jasanya. Tapi bukan senang untuk mengumpul madu berlipat ganda. Hanya dengan kerjasama maka mereka berhasil melaksanakannya. Dan kita sebagai manusia, nikmat Allah itulah menjadi sumber tenaga dan penyembuh bahaya. Maka kenapa perlu kita perjelaskan sikap bantu-membantu mereka? Kerana atas dasar itulah, semua pihak mampu memperoleh kebaikannya. Kita dan juga mereka~

Kita lihat anggota badan yang berpasangan...
Setiap satunya ada separuh kekuatan. Tanpa keduanya, masing-masing hilang keseimbangan. Bermata satu, kita hilang jarak anggaran. Berkaki satu, kita hilang keseimbangan badan. Bertelinga satu, kita hilang nikmat bunyi ciptaan tuhan. Maka kenapa semuanya perlu dua? Kerana perpaduan adalah punca sebuah kekuatan~

Kita lihat adatnya manusia di atas bahtera...
Masing-masing punya fungsi yang sama pentingnya. Kapal akan hilang arah andai nakhoda tiada. Bahkan angin akan sendiri beraja andai layar tiada pengemudinya. Mereka yang berbeza posisi dan lokaliti perlu sentiasa bergabung tenaga. Andai tiada persepakatan, seperti tugas mengambil air misalannya, bahtera bakal musnah bila yang di bawah menebuk lubang tanpa berfikir panjang. Maka kenapa perlu sepakat semua? Kerana kita bukanlah hebat untuk melakukan semua kerja sendiri tanpa orang lain bersama~

Kita lihat hebatnya seekor semut ciptaan tuhan...
Tersangat kecil tapi fitrahnya menakjubkan buat manusia yang mahukan pelajaran. Rajinnya bukan sekadar rajin sendirian. Hidupnya berteman dan penuh persaudaraan. Sama mencari makanan buat bekalan, sama berjalan di dalam satu barisan, sama membina busut yang penuh dengan teknologi pembahagian ruangan. Hinggakan manusia sampai tertekan bila hadirnya mereka penuh satu kumpulan, mencari makanan menjelajah kawasan. Maka kenapa mereka bergerak segerombolan? Kerana dengan kesatuan, yang kecil dapat dibesarkan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing~


Maka wahai insan yang disayangi, =)

Janganlah takut untuk berkongsi perasaan.
Masalah wujud bukan untuk disimpan sendirian
Yang perlu dicari adalah jalan penyelesaian
Supaya kita belajar demi masa depan
Menjadi lebih baik dan lebih berwawasan
Agar diri berguna untuk ummat dan generasi kehadapan~

Dan nasyid dibawah, saya dedikasi khas buat kalian mewakili rasa hati sendiri~

.: You and I See :.

When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I will never let you down

Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather

No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too

No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See...

Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender!

Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong

(by UNIC)


( ^_______^ )Y

Sekian..

Yang sedang mencuba untuk membaca diri,
Ainul Arina Madhiah
Irbid, Jordan

Date of Death


Assalamualaikum...


" This patient won't live long... The farthest will be just around 40 years old.."

Terdiam kami semua dengar prognosis doktor. Kasihannya dia ~

Siapa tahu dalam senyum gelak-gelak dia layan kerenah kami budak baru belajar nak ambil history, rupa-rupanya beban yang dia tanggung tersangatlah berat.

.
.
.
.
.
.
.
.

Seawal jam 8.30 pagi seperti biasa kami mulakan rutin harian dengan mencari pesakit yang boleh bekerjasama untuk mengambil history. Jadual di kaunter medical attendance kami rujuk dan ambil datanya.

Eh, ada kes Thalasemmia! Menarik nih~

Jom-jom pergi tengok cepat. Karang jenuh nak rebut-rebut dengan student nursing~

.: Room 300* , Bed 0* :.

There he is~! Sedang tersenyum memandang kami yang sedang mencari-cari tanda mengalu-alukan kehadiran kami di awal pagi..

Ismak Ahmad Al-urduni (bukan nama sebenar) ? [Nama kau Ahmad Al-urduni?]

Aiwah! [Ya saya]

Ehna tullab sanah Robiah Tibb Basyari. Mumkin as-alak syuai an musykiltak ? [Kami student medik tahun 4. Boleh tak nak tanya kau sikit tentang penyakit kau]

Tafaddhol.. [Silakan]

Memandangkan kami berlima dari 2 grup yang berbeza mengambil history yang sama hari ini, tugas menyoal saya beri kepada rakan yang lain. Saya pencatat data sambil-sambil membuat penelitian sedikit secara kasar terhadap pesakit.

Pesakit ini nampak muda, saya jangka dalam awal belasan tahun kalau ikutkan wajahnya.

Iddish 'umrak?
[Berapa umur kau?]

Talat 'isyrin [23 tahun]

Erk! Lari jauh giler dari jangkaan~ Kami lagi muda dari dia rupanya...

Banyak lagi yang ciri-ciri aneh ada pada pesakit ini. Dia orang Arab tapi kulitnya pucat kehitaman, seperti orang India. Eh, tak macam India sangat pun, tapi macam mana ya nak terang? Macam orang India yang tengah sakit pucat lesi kot. Selain tu jugak, di kulitnya juga ada macam serbuk-sebuk putih macam yang selalu jadi bila kita lama tak bukak stokin waktu winter. Kering dan berhabuk. Nampak jelas. Matanya sedikit kekuningan.

Wajahnya pula nampak agak lain. Bahagian pipi dan keningnya sangat ketara berbonjol. Jarak antara hujung hidung ke bahagian tengah bibir atas agak jauh. Saya buka buku sekejap untuk tengok ciri-ciri pesakit talasemia : Prominent feature of face and skull deformities. Skull! Dan bila saya renung dari tepi, memang jelas rangka kepalanya sedikit berbentuk bukan seperti biasa. Lebih besar dan lebih jelas rautnya.

Mukanya sangat licin, langsung tiada tanda pertumbuhan rerambut muka yang biasa ada pada lelaki normal. Waktu kami lakukan pemeriksaan di tubuh badannya, kami juga dapati ciri yang serupa di bahagian dada dan perut. Tak ada rerambut di dada dan perut yang biasanya menjadi bukti tumbesaran sekunder lelaki yang biasa. Sah, dia delayed puberty (pertumbuhan terbantut).

Juga di bahagian tengah perutnya ada satu parut pembedahan besar yang melintang tanda kesan spleenectomy yang dibuat beberapa tahun lepas. Kebanyakan pemeriksaan lain yang memerlukan sentuhan di perut seperti check saiz hati dan palpation tak dapat kami lakukan sebab dia akan sakit di kawasan perut. Tapi bukan di kawasan parut tu pun. Sebab apa? Kami pun tak pasti sebab doktor masih belum diagnose lagi kerana dia baru masuk wad sehari sebelumnya.

Hampir sejam kami bersoal jawab dan buat physical examination pada badannya. Dia langsung sikit pun tak merungut. Malah kadang-kadang sempat lagi bergurau-gurau dengan kami bila ada di antara kami tersilap pakai ayat yang dia sendiri tak faham. =)

Syu na'ouk talasemia 'indak? [talasemia jenis apa eh yang kau ada nih]

Major [major]

Erm.. That is quite bad actually.. Moga dia cepat sembuh.

Tepat jam 10, doktor kami datang bertanyakan kes untuk kami bentangkan lalu kami ceritakan tentang pesakit Talasemmia tadi. Maka sekali lagi kami berkumpul di sekeliling pesakit yang sama untuk mendapat penerangan yang lebih mendalam dari doktor.

Sedang-sedang doktor menerangkan kepada kami tentang keadaan pasakit ini, doktor sembang-sembang gurau sekali dengan pesakit tadi.

(saya translate siap2 la ye)

Kau ada terfikir nak kawin tak?
Haha.. Kalau ikut, memang la semua orang nak doktor tapi aku takut.
Kenapa?
Aku takut anak-anak aku jadi macam aku. Taknak lah.
*senyum*
Dr,aku serah je kat Allah. Kalau tu yang terbaik, aku redha.

Moga Allah selalu permudahkan urusan kau

Kami yang disekeliling semua tersenyum nipis. Rasa kasihan membuak-buak dalam hati. Doa kami moga-moga dia cepat sembuh dan kembali sihat. Tapi...

Ok, korang semua dah faham tentang Talasemia? Jom keluar tengok patient lain.

Berhenti. Eh? Rupanya, doktor keluar tak bawa kami jumpa patient pun. Doktor berhenti di koridor luar bilik pesakit tadi.

Sebenarnya aku nak bagitau korang, pesakit tadi sebenarnya life span dia takkan lama. Dia berjaya sampai umur 20-an ni pun dah kira sangat agak luar biasa. Aku predict umur dia takkan sampai 40. Max 40! Itu fakta tentang Talasemia.

Erk.. Terdiam habis semua orang. Ya Allah, kiranya harapan kami supaya dia sembuh dan kembali sihat tu rupanya memang sangat mustahil. Kasihannya..

Rasa pelik sangat bila dapat tahu orang depan kita takkan hidup lama. Apa eh rasa dia? Confuse? Pedih? Sakit? blur? Ntahla... Tapi memang lain..

Well, itu kali pertama jumpa patient yang kita tahu bakal mati cepat. Tak kisah lah dapat beat the odd or not. But the prognosis is clear. Dah nama pun hospital kan? Cumanya harapan saya, moga suatu hari nanti berita-berita macam ni takkan jadi lali pada hati saya. Hidup dan mati manusia adalah perkara yang sangat-sangat penting pada jiwa kita kerana dengannya kita mampu lebih dekat dengan Pencipta. Wallahualam~
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Text Widget

Contact Form

Name

Email *

Message *

Popular Posts

Flickr Images